Festival Filem Malaysia

Festival Filem Malaysia (secara rasmi disingkat sebagai FFM) merupakan acara kemuncak bagi industri filem Malaysia.

Festival filem ini diadakan bagi menghargai dan menilai mutu kerja filem sepanjang tahun. Acara ini juga membantu penggiat filem untuk berusaha dan menambahbaikan mutu kerja mereka. Festival ini menggalakkan penggiat filem untuk menghasilkan sesebuah filem yang baik dan bermutu selain memaparkan ciri-ciri budaya Malaysia.

Festival Filem Malaysia
Anugerah semasa:
Festival Filem Malaysia ke-32
Festival Filem Malaysia
Piala Festival Filem Malaysia
Dianugerahkan untukPrestasi dalam industri perfileman
NegaraMalaysia
Disampaikan olehPerbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS)
Anugerah pertama13 April 1980; 44 tahun yang lalu (1980-04-13)
Laman web rasmiwww.finas.gov.my

Majlis anugerah ini berlangsung di Malaysia, dan mendapat liputan hanya di Malaysia. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, majlis ini turut disiarkan di Singapura. Majlis penganugerahan ini merupakan majlis tertua dan ia merupakan satu acara nasional dalam penganugerahan filem di negara Malaysia. Ia setanding dengan Anugerah Skrin, yang dianjurkan oleh TV3.

Festival ini turut menghargai penggiat filem terdahulu sebagai mengenang jasa mereka yang telah lama bekerja dalam industri ini. Permulaan festival ini pada 13 April 1980 sehingga sekarang, festival ini telah menghargai ramai karyawan filem tanah air.

Sejarah

Berikutan perkembangan filem di Malaysia yang semakin berkembang, satu usaha dilakukan oleh sasuatu pihak untuk mengiktiraf hasil kerja filem anak tempatan. Walaupun kutipan filem tidak beberapa baik, namun usaha oleh yang dilakukan oleh pihak Persatuan Wartawan Hiburan Malaysia (EJA) berhasil dengan terlaksanalah sebuah majlis yang gilang gemilang dalam menghargai karya tempatan, maka Festival Filem Malaysia Pertama diadakan. Tidak seperti negara Amerika Syarikat yang mempunyai satu badan yang menilai, mengkaji dan menganjurkan majlis pertandingan dan penganugerahan filem, sebaliknya FFM bergerak atas tanggungjawab badan-badan karyawan untuk menganjurkan majlis ini.

Untuk melaksanakan majlis perfileman, mereka merujuk kepada video majlis Festival Filem Cannes kepunyaan seorang kenamaan. Berdasarkan video tersebut, mereka menjalankan majlis tersebut. Selama dua majlis dianjurkan oleh EJA. Selepas FFM, tanggungjawab itu diserahkan oleh oleh FINAS. Pada Festival Filem Malaysia ke-19, tanggungjawab diserahkan kepada PFM bersama GAFIM. Dan pada majlis seterusnya diambil alih oleh FINAS semula. Pada Festival Filem Malaysia ke-24, GAFIM sekali lagi mengambil semula tanggungjawab sepenuhnya penganjuran majlis. Namun, akibat beberapa kontroversi yang berlaku seperti kemenangan Presiden GAFIM untuk Pengarah Harapan dan filem Libas arahan presiden GAFIM, Jureyy Latiff memenangi Cerita Asal Terbaik, GAFIM masih menimbangkan untuk menjadi penganjur.

Piala

Piala FFM sering berubah. Kini mereka menggunakan piala yang disaluti plat emas sejak tahun 2015.

Pencalonan

Pencalonan dilakukan berdasarkan borang penyertaan yang diserahkan kepada penganjur mengikut tarikh yang ditetapkan. Filem tersebut mestilah filem yang bakal ditayangkan tidak melebihi dua minggu selepas tarikh acara berlangsung. Pengumuman calon dibuat beberapa minggu sebelum majlis penganugerahan. Berbeza dari negara luar, festival seperti ini sering melakukan kejutan, seperti FFM 23 dan FFM 24 dimana kategori utama (Pengarah Terbaik dan Filem Terbaik) hanya diumumkan calon-calonya pada waktu majlis berlangsung.

Anugerah yang dipertandingkan

Antara anugerah yang dipertandingkan di dalam Festival Filem Malaysia:

Majlis penganugerahan

Berikut merupakan majlis penganugerahan yang telah berlangsung:

Edisi Tarikh Filem Terbaik Tempat Tema
Pertama 13 April 1980 Tiada Esok Bagimu Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur Malam Merak Kayangan
ke-2 12 April 1981 Dia Ibuku
ke-3 28 November 1982 Bukit Kepong Auditorium Besar, Angkasapuri, Kuala Lumpur Memasyarakatkan Filem
ke-4 11 Disember 1983 Ranjau Sepanjang Jalan Auditorium RISDA, Jalan Ampang, Kuala Lumpur Filem Sebagai Agen Pembudaya
ke-5 15 Disember 1984 Matinya Seorang Patriot Auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Filem Sebagai Media Komunikasi
ke-6 14 Disember 1986 Tsu Feh Sofiah Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Cintai Filem Malaysia
ke-7 6 Disember 1987 Rahsia Hotel Ramada Renaissance, Melaka
ke-8 9 September 1989 Tiada Nirwana Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur
ke-9 2 Jun 1991 Hati Bukan Kristal Auditorium Majlis Perbandaran Shah Alam, Shah Alam
ke-10 17 November 1992 Bintang Malam & Selubung Grand Ballroom, Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
ke-11 17 Jun 1994 Perempuan, Isteri & .....? Stadium Tertutup Johor Bahru, Johor Perfileman Ke Arah 2020
ke-12 5 November 1995 Sayang Salmah Grand Ballroom, Hotel Istana, Kuala Lumpur Filem Citra Jati Diri
ke-13 28 Disember 1997 Layar Lara Auditorium Besar RTM, Angkasapuri, Kuala Lumpur Filem Merealisasikan Tamadun Bangsa
ke-14 7 November 1999 Jogho Hotel Syuen, Ipoh, Perak Mengangkat Maruah Bangsa Melalui Filem
ke-15 5 Ogos 2001 Leftenan Adnan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, Selangor
ke-16 19 April 2003 KL Menjerit Royal Ballroom, Palace of the Golden Horses, Kuala Lumpu Filem Malaysia Era Globalisasi
ke-17 26 Jun 2004 Paloh Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur
ke-18 17 Julai 2005 Sepet
ke-19 13 Ogos 2006 Gubra Ke Arah Kecemerlangan dalam Penerbitan Filem
ke-20 3 Ogos 2007 Cinta Dewan Tuanku Syed Putra, USM, Pulau Pinang Ke Arah Kecemerlangan Filem Malaysia
ke-21 9 Ogos 2008 Kala Malam Bulan Mengambang Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya
ke-22 8 Ogos 2009 Papadom Dewan Canselor, Universiti Malaysia Sabah, Kota Kinabalu, Sabah Filem Malaysia ke Persada Dunia
ke-23 24 Oktober 2010 Magika Pusat Konvensyen Shah Alam, Shah Alam, Selangor
ke-24 20 November 2011 Hikayat Merong Mahawangsa Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Gemilang Filem Malaysia
ke-25 2 Mac 2013 Bunohan Merayakan Perak Mengilhamkan Emas
ke-26 1 November 2014 KIL Auditorium Tunku Puan Chik, Kompleks Penyiaran Tuanku Muhammad Sungai Gadut, Paroi, Seremban, Negeri Sembilan Transformasi Sinema Malaysia
ke-27 5 September 2015 Lelaki Harapan Dunia Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Kuala Lumpur Sehati Sejiwa
ke-28 3 September 2016 Jagat Transformasi Sinema Kita
ke-29 23 September 2017 Adiwiraku Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur Transformasi Citra Karya
ke-30 30 Mac 2019 One Two Jaga Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Inspirasi Sinemaku
ke-31 10 Disember 2021 Roh Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, Putrajaya Citra Senima
ke-32 2 Disember 2022 Spilt Gravy on Rice Encore, Melaka Filem Kita, Citra Kita
ke-33 2024

Rujukan

Tags:

Festival Filem Malaysia SejarahFestival Filem Malaysia PialaFestival Filem Malaysia PencalonanFestival Filem Malaysia Anugerah yang dipertandingkanFestival Filem Malaysia Majlis penganugerahanFestival Filem Malaysia RujukanFestival Filem MalaysiaFestival filemFilemMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hari Kebangsaan MalaysiaTunku Aminah Maimunah IskandariahMaklumatIftarFasha SandhaSaifuddin Nasution IsmailBugisSherry AlhadadAeril ZafrelFrekuensi radio di PahangKelayakan UEFA Euro 2024Keputusan perlawanan pasukan bola sepak MalaysiaZUS CoffeeVirusPetronasMajapahitNegeri SembilanTV3Universiti Teknologi MalaysiaRita NadiraAliff Syukri KamarzamanHantu Kak Limah Balik RumahHannah Delisha18 Puasa di Kampong PisangPerang PadriPemancutan maniDasar Ekonomi BaruNabi Isa a.s.Senarai Saintis IslamNabi Ibrahim a.s.NeelofaRadius OneBani IsraelSurah al-Baqarah7 Hari Mencintaiku (musim 3)Alat kebesaran diraja MalaysiaUpin & IpinPembenihan awanSurah al-AlaqHun HaqeemPersekutuan Pengakap MalaysiaMokhtar DahariAn-Nuayman bin AmrHuminodunHalim RadziBank Negara MalaysiaPuasa (Islam)Mazhab SyafiiPerjanjian HudaibiyahWan Junaidi Tuanku JaafarRosyam NorJabatan Kastam Diraja MalaysiaMyKadElizabeth TanJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaUniversiti MalayaMaktab Rendah Sains MARAMenara Berkembar PetronasMohamed Fadzli HassanDompet digitalTeknologi hijauImbuhan kata nama (bahasa Melayu)Hassanal BolkiahKhairy JamaluddinFrekuensi radio di SelangorBatuk kokolSel (biologi)Abu Bakar as-SiddiqKhunsaPersatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah AntarabangsaNabiGeografi IndonesiaLee Chong WeiTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahSenarai Yang di-Pertuan AgongDugongNaszriah Ngasri🡆 More