Adiwiraku

Adiwira Ku (atau Adiwiraku) ialah sebuah filem drama Malaysia 2017 arahan Eric Ong terbitan bersama Sol Pictures, Iceberg Design dan Filmecca Studios.

Ia dibintangi oleh Sangeeta Krishnasamy, Xavier Fong dan Ahmad Adnin Zidane Muslim. Filem yang berdasarkan dari kisah benar ini ditayangkan pada 9 Mac 2017. Pada 29 September 2017, filem ini memenangi anugerah Filem Terbaik dan Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sangeeta Krishnasamy di Festival Filem Malaysia ke-29 sehingga menjadikannya pelakon bukan berbangsa Melayu pertama merangkul anugerah tersebut.

Adiwira Ku
PengarahEric Ong
PenulisJason Chong
Cheryl Ann Fernando
Eric Ong
Dihasilkan olehEric Ong
Jason Chong (eksekutif)
Khairul Anuar Latip (eksekutif)
DibintangiSangeeta Krishnasamy
Syarikat
penerbitan
Sol Pictures
Iceberg Design
Filmecca Studios
Diedarkan olehEmpire Film Solution
Tarikh tayangan
19 Mac 2017
Masa tayangan
100 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu, Inggeris

Sinopsis

Berdasarkan dari satu kisah benar, filem itu mengisahkan tentang kumpulan ceramah dari SMK Pinang Tunggal di Kedah, yang memenangi pertandingan perbahasan pada tahun 2015. Ia mengikuti perjalanan pasukan itu dipenuhi dengan pelbagai perjuangan dan cabaran untuk memenangi gelaran.

Pelakon

  • Sangeeta Krishnasamy sebagai Cikgu Cheryl
  • Xavier Fong sebagai Cikgu Constant
  • Ahmad Adnin Zidane Muslim sebagai Zidane
  • Nur Irdina Tasnim Ishak sebagai Irdina
  • Muhammad Alif Abu Bakar sebagai Alif
  • Farra Noradzlina Safwan sebagai Kemboja
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Franklin

Penerbitan

Adiwira Ku berdasarkan daripada kisah benar guru bahasa Inggeris, Cheryl Ann Fernando, yang ditempatkan di SMK Pinang Tunggal di Sungai Petani, Kedah, yang menemui cara mengajar pelajarnya untuk bercakap dan menulis dalam bahasa Inggeris. Ia diarahkan oleh Eric Ong dengan Jason Chong dan Khairul Anuar Latip bertindak sebagai penerbit eksekutif. Lakonlayar filem ini ditulis oleh Jason, Eric dan Cheryl Ann. Eric kemudiannya melaporkan yang Adiwira Ku pernah ditolak sebuah studio penerbitan dan hampir dijadikan drama rantaian dan beliau sanggup mengeluarkan wang simpanannya sendiri demi merealisasikan impiannya. Kesemua pelakon yang terlibat ialah pelajar SMK Pinang Tunggal.

Kos pembikinan Adiwira Ku menelan belanja sebanyak RM600,000 dan ia berdasarkan daripada anekdot Cheryl Ann. Fernando sendiri adalah seorang ahli paduan suara di sekolahnya (SRK Taman Sri Gombak, Selangor) pasukan di Tahun Enam. Pasukannya menjadi juara negeri Selangor. Pihak penerbitan bertemu dengan pihak berkuasa sekolah dan mendapat kebenaran daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, ibu bapa dan pelajar sebelum menjalani penggambaran. Cheryl Ann turut mengakui menangis menonton lakonan Sangeeta dalam filem itu.

Keluaran

Adiwira Ku ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 19 Mac 2017 dan akan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Tokyo ke-30 di Tokyo, Jepun yang akan diadakan pada 23 Oktober.

Sekuel

Penggambaran

Pada tahun 2019, penggambaran utama bermula pada 2019 di Negeri Sembilan dan Kuala Lumpur, Malaysia di mana Pekin Ibrahim telah memuat naik satu gambar di Twitter (kini dikenali sebagai X) beliau di mana pra-produksi dijalankan ketika itu.

Pengeluaran

Pada asalnya, filem ini dijadualkan ditayangkan pada tahun 2020 menurut SOL Pictures tetapi ditunda akibat pandemik COVID-19 yang melanda satu dunia termasuk Malaysia menyebabkan filem ini bersama-sama Abang Long Fadil 3, Polis EVO 3 dan Mechamato Movie ditunda (juga terbitan Astro Shaw).

Menurut jadual asal Astro Shaw, filem ini sepatutnya ditayangkan pada November iaitu selepas Rahsia (juga sepatutnya tayang pada Oktober tetapi diawalkan ke Ogos) dan sebelum filem The Experts (dijangka ditayangkan pada Disember 2023). Walau bagaimanapun, filem ini diawalkan iaitu pada 26 Oktober 2023 iaitu tarikh yang sama dengan filem antarabangsa Five Nights at Freddy's dan Saw X (tayangan Malaysia).

Pemasaran

Astro Shaw memuat naik teaser filem pada 22 Ogos 2023 dengan mendedahkan tarikh tayangan filem iaitu pada 26 Oktober 2023. Treler dan poster filem dimuat naik di laman media sosial Astro Shaw pada 7 September 2023 ketika sidang media di TGV Pavillion Bukit Jalil.

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2017 Festival Filem Malaysia ke-29 Filem Terbaik Adiwira Ku Menang
Pelakon Wanita Terbaik Sangeeta Krishnasamy Menang
Cerita Asal Terbaik Jason Chong Menang
2019 Anugerah dan Festival Filem Antarabangsa ASEAN 2019 Pelakon Wanita Terbaik Sangeeta Krishnasamy Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Adiwiraku SinopsisAdiwiraku PelakonAdiwiraku PenerbitanAdiwiraku KeluaranAdiwiraku SekuelAdiwiraku Anugerah dan pencalonanAdiwiraku RujukanAdiwiraku Pautan luarAdiwirakuFestival Filem Malaysia ke-29Pelakon Wanita Terbaik (FFM)Sangeeta Krishnasamy

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Frekuensi radio di SabahPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Yang di-Pertua Negeri SarawakSawiJanna NickShahrulezad MohameddinLesbianKanun KeseksaanSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiProton Holdings BerhadHabib Umar bin HafizBalik KampungAyamSharnaaz AhmadAnda PerdanaTengku Fahad Mua’adzam ShahKodi RasheedAdnan bin SaidiQueen of TearsAyob Khan Mydin PitchayTengku Zafrul Abdul AzizKetua Polis Negara MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuBatik Air MalaysiaKata kerja transitifSheikh Muszaphar ShukorSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaRita RudainiKiblatRita NadiraI.D.Mimi LanaAbang Long Fadil 3Nasi lemakNyai Roro KidulYang di-Pertua Negeri Pulau PinangGunung JeraiSlot MegaDramaPerang Dunia PertamaFrekuensi radio di PerakWilayah PersekutuanMeerqeenQarinOrang Cina MalaysiaMenteri Besar KelantanHarris AlifBahasa MaduraBugisMy Lovely DriverJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaNasha AzizMalaysiaPerodua KancilIzzue IslamBendera MalaysiaR.A. KartiniSlot AkasiaKelantan F.C.Perempuan Itu (drama)Perodua VivaMelur Untuk Firdaus (musim 2)Adat resam kahwin MelayuAstro MalaysiaWan SharmilaUrwah al-BariqiSunan DrajatSolat Sunat NikahJepunBahasa Melayu MalaysiaAween IsmailKhadijah binti KhuwailidEizlan YusofMelancapSelangor F.C.KelurKhaliq Mehtab Mohd Ishaq🡆 More