Nordin Ahmad: Pelakon dan pengarah Malaysia

Nordin Ahmad ialah seorang pelakon filem Melayu Malaysia terulung.

Beliau dilahirkan di Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 4 Ogos 1929. Lakonan hebat beliau adalah seperti dalam filem Sri Mersing, Semerah Padi, Air Mata Duyung, Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Gurindam Jiwa dan Lanchang Kuning. Selain itu, beliau juga dikenang dengan lakonan agresif seperti dalam filem Hang Jebat dan Chuchu Datok Merah.

Nordin Ahmad
Nordin Ahmad: Kerjaya, Kematian, Filemografi
Nordin Ahmad, pelakon filem Melayu.
Kelahiran
Nordin bin Ahmad

(1929-08-04)4 Ogos 1929
Kampung Kota, Permatang Pasir, Seberang Perai, Pulau Pinang, Malaya British (kini Malaysia)
Meninggal dunia15 Jun 1971(1971-06-15) (umur 41)
Sebab kematianDemam Kuning
DikebumikanTanah Perkuburan Islam Bedok, Singapura
PekerjaanPelakon, pengarah, penulis
Tahun aktif1951–1971
Terkenal kerana
PasanganSalmah Hitam (k. 1952; m. 1971)
Anak-anak3
SaudaraSidek Ahmad (adik)

Kerjaya

Penglibatan beliau bermula apabila beliau bekerja sebagai kerani di pangkalan Tentera Udara Diraja British di Seletar, Singapura pada 1951 dan tidak menyimpan hasrat berlakon sehingga melihat iklan mencari pelakon-pelakon baru di Utusan Melayu. Atas dorongan rakan-rakan, beliau menerima jemputan uji bakat bersama Malay Film Productions (MFP) tetapi gagal. Pengarah S. Ramanathan yang mengujinya berpendapat Nordin tidak mampu berlakon.

Nordin menerima tawaran bekerja sebagai buruh kasar di studio MFP dengan harapan dapat menjadi pelakon satu hari kelak. Beliau muncul di beberapa filem termasuk Rayuan Sukma dan Juwita sebagai pelakon tambahan tanpa dialog. Pengarah Haji Mahadi mengambil Nordin menjadi pelakon utama filem Permata Di Perlimbahan berganding dengan Maria Menado tetapi filem itu tidak laris. Akibatnya, nama dan kerjaya Nordin mula merudum dan terumbang-ambing dan beliau terpaksa menjadi pelakon tambahan semula, sebahagiannya ialah watak-watak antagonis. Biarpun begitu dia mencekalkan semangat dan tidak berputus asa.

Nordin Ahmad: Kerjaya, Kematian, Filemografi 
Teruna (Nordin Ahmad) dalam filem Semerah Padi (1956)

Rakan Nordin, P. Ramlee ialah orang yang bertanggungjawab menaikkan semula nama Nordin dalam filem Semerah Padi pada tahun 1956. P. Ramlee dengan yakin memberikan watak Teruna iaitu hero utama kepada Nordin dan hasilnya, nama Nordin kembali memuncak dan sebaris dengan bintang-bintang ternama dalam industri filem Melayu. Sebaik sahaja tamat kontraknya bersama MFP, pada 31 Disember 1956, maka Nordin Ahmad mula dilamar oleh Cathay-Keris Film Productions dengan tawaran lumayan dan menjadi kesayangan Cathay. Itupun atas nasihat P. Ramlee supaya berhijrah ke syarikat produksi tersebut, kerana P. Ramlee yakin Nordin Ahmad akan lebih berjaya di situ jika dibandingkan dengan MFP.

Pengarah-pengarah berlumba-lumba untuk mengambilnya membintangi filem mereka. Di samping jalan cerita yang menarik dan pengarahan yang bagus, Nordin Ahmadlah elemen penting dalam kejayaan filem-filem Cathay Keris seperti filem Hang Jebat arahan Hussain Haniff, Chuchu Datok Merah oleh M. Amin dan Sri Mersing oleh Salleh Ghani.

Nordin sendiri ditawar menjadi pengarah pada 1964 dengan filem pertamanya Wan Perkasa yang tidak begitu berjaya. Namun begitu, peluang mengarah terus diberikan kepadanya melalui filem-filem Kaseh Ibu, Naga Tasik Chini, Play Boy, Kekasih, Si Murai, Nafsu Belia, Keranda Berdarah, Mat Lanun dan Lubang Neraka. Nordin mengakui bahawa beliau lebih terserlah sebagai pelakon berbanding pengarah.

Namun yang pasti, setiap kali menyebut nama Nordin Ahmad, peminat akan terus teringat adegan-adegan dan dialog-dialog yang menjadi klasik filem-filem Melayu sepanjang zaman seperti dalam filem Sri Mersing arahan Salleh Ghani dengan dialog berpantun ; "Kajang Pak Malau kajang berlipat, kajang saya mengkuang layu, dagang Pak Malau dagang bertempat, dagang saya musafir lalu." Dalam filem Gurindam Jiwa (1966), Nordin berganding dengan Latifah Omar mendendangkan lagu Gurindam Jiwa dengan rangkap "Tuai padi antara masak, esok jangan layu layuan, intai kami antara nampak, esok jangan rindu-rinduan". Filem terakhir Nordin ialah filem Jahanam arahan M. Amin yang diterbitkan pada tahun 1971, yang mana Nordin berganding dengan seniwati Saadiah.

Kematian

Beliau menghembuskan nafas terakhir di Hospital Besar Singapura pada 15 Jun 1971 ketika berusia 41 tahun kerana menghidap demam kuning. Beliau meninggalkan balu, seniwati Salmah Ibrahim (Salmah Hitam) serta tiga cahaya mata - Asmah, Norman Shah (Tuah) dan Asnor.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1951 Rayuan Sukma Filem pertama, pelakon tambahan
Juwita Pengawai Polis Pelakon tambahan
1952 Aladdin
Permata Di Perlimbahan Abdullah
1953 Chemburu
Putus Harapan Osman
Ibu Borhan
1954 Panggilan Pulau Johan
Arjuna
Perjodohan Yaakob
Gelora Hidup
1955 Abu Hassan Penchuri Putera Raja Tartar
Roh Membela Hussain
Bernoda
1956 Hang Tuah Hang Kasturi
Semerah Padi Teruna
Anak-ku Sazali Mansor
1957 Belantara Johan
1958 Orang Minyak Orang Minyak
Serangan Orang Minyak Orang Minyak
1959 Mahsuri Dato' Panglima Deramang
Raden Mas Panglima Dandiar
1960 Noor Islam Tengku Bador
1961 Gado-gado Penampilan khas
Siti Zubaidah Sultan Zainal Abidin
Sri Mersing Damaq
Hang Jebat Hang Jebat
Sultan Mahmud Mangkat Dijulang Datuk Laksamana Megat Seri Rama
Yatim Mustapha Derma Lingga
1962 Dang Anom Malang
Lanchang Kuning Panglima Alang Yahya
Tun Fatimah Tun Ali
Laila Majnun Qais
Jula Juli Bintang 7 Tengku Maharin
1963 Chuchu Datok Merah Awang Janggut
Gul Bakawali
Tajul Ashikin Tengku Ibrahim @ Tajul Ashikin
1964 Air Mata Duyung Awang Jermal
Hutang Darah Dibayar Darah Tengku Hasan / Tengku Husin
Panglima Besi Panglima Besi
Wan Perkasa Juga sebagai pengarah
1965 Gurindam Jiwa Dahlan
Patung Cendana
Kaseh Ibu Juga sebagai pengarah dan penulis
1966 Naga Tasik Chini Sebagai pengarah
1967 Play Boy Nordin
1968 Si Murai
Kekasih
Mat Lanun Beliau mengarahkan bersama Mat Sentol
1969 Sial Wanita Johan
Serikandi Kenchana
Nafsu Belia Sebagai pengarah
Keranda Berdarah
1970 Lubang Neraka
1971 Jahanam Sang Kurnia Filem terakhir

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2006 Bicara Lagenda Dirinya sendiri Astro Ria Dokumentari

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Filem Kategori Keputusan
1967/68
Festival Filem Malaysia
Kekasih Sutradara Terbaik Tercalon
1966
Festival Filem Malaysia
Naga Tasik Chini Tercalon
1965
Festival Filem Malaysia
Gurindam Jiwa Aktor Terbaik Tercalon
1963
Festival Filem Malaysia
Chuchu Datok Merah Menang
1961
Festival Filem Malaya
Hang Jebat Menang
Sri Mersing Tercalon
1960
Festival Filem Malaya
Noor Islam Tercalon
1956
Festival Filem Malaya
Semerah Padi Tercalon
1953/54
Festival Filem Malaya
Panggilan Pulau Aktor Pembantu Terbaik Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nordin Ahmad KerjayaNordin Ahmad KematianNordin Ahmad FilemografiNordin Ahmad Anugerah dan pencalonanNordin Ahmad RujukanNordin Ahmad Pautan luarNordin AhmadAir Mata DuyungChuchu Datok MerahGurindam JiwaHang Jebat (filem 1961)Lanchang KuningOrang Melayu MalaysiaPulau PinangSeberang PeraiSemerah PadiSri Mersing (filem)Sultan Mahmud Mangkat Dijulang (filem)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sejarah SabahNabi Lut a.s.Proton Holdings BerhadTeluk IntanIsmail Sabri YaakobFrekuensi radio di KedahYasmin AhmadRaja berperlembagaanUniversiti Teknologi MARASejarah MalaysiaGunung RuangPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaUsia BumiKhaliq Mehtab Mohd IshaqKaum DusunSusukAbdul Rahim Mohd NoorTracie SinidolProton WajaPulau RedangTatabahasa bahasa MelayuAku Tahu Kapan Kamu MatiElektroterapiHassanal BolkiahSurah al-FatihahAmir MasdiBabiPemberontakan India 1857Solat hajatFauzi NawawiFalasiShaheizy SamPulau (filem)KimpalanTulisan JawiTahun Baru CinaAllahRujukan kehormatAbu Bakar BasyirHari Raya AidiladhaRukun solatKhalid bin al-WalidRaysha RizrosePasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Emiriah Arab BersatuNabi Adam a.s.Ketua Menteri MelakaMilo (minuman)LembuSolat subuhSepahtu Reunion LiveDaerah di MalaysiaTanah Melayu BritishUniversiti Kuala LumpurMerdeka 118Puasa (Islam)Bade Hj. AzmiKugiran MasdoIsmail Mohamed SaidNeelofaMyKadPasukan Gerakan AmAdi PutraKaum-kaum di MalaysiaEmelda RosmilaMohammed Hanif OmarQistina KhaledRangka manusiaCongkakPerpaduanKementerian Kesihatan MalaysiaDadahMia Sara ShaukiSophia LianaBungaRemangShiqin KamalAznil NawawiJamal AbdillahKerajaan Salakanagara🡆 More