Puaka Niyang Rapik ialah sebuah siri drama seram televisyen Malaysia arahan Ahmad Idham untuk siaran TV3 dari 6 November 2008 hingga 29 Januari 2009.
Siri TV ini menjadi antara drama TV yang paling ramai penontonnya sekitar akhir tahun 2008, dengan jumlah penonton mencecah 4 juta orang, cukup untuk mengilhamkan olahan semula dalam bentuk filem iaitu Niyang Rapik pada tahun 2010.
Puaka Niyang Rapik | |
---|---|
Genre | Seram |
Ditulis oleh | Siti Jasmina |
Pengarah | Ahmad Idham |
Dibintangi oleh | Ashraf Muslim Liyana Jasmay Abu Bakar Juah Khatijah Tan Fauzi Nawawi Riezman Khuzaimi |
Negara asal | Malaysia |
Bilangan episod | 13 |
Syarikat penerbitan | Excellent Pictures |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Slot Seram) |
Siaran asal | 6 November 2008 – 29 Januari 2009 |
Kronologi | |
Mengikuti | Kekasihku Seru |
Diikuti oleh | Keliwon |
Pautan luar | |
Laman sesawang |
Di sebuah kampung bernama Niyang Rapik, para penduduknya itu percaya akan kehadiran kuasa ghaib yang muncul setiap kali tibanya Maal Hijrah, yang mana seorang di kalangan mereka akan mati gara-gara dikurung oleh kuasa ghaib Niyang Sakti. Sehinggalah, kehadiran Ustaz Amirul ke kampung itu mengubah pemikiran penduduk kampung dan menimbulkan kemarahan oleh beberapa penduduk setempat yang amat berpegang teguh kepada kepercayaan karut tersebut.
TV3: Seram, Khamis, 9.30 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Puaka Niyang Rapik | Berikutnya |
Kekasihku Seru | Keliwon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Puaka Niyang Rapik, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.