7 Suami

7 Suami ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2014 arahan Heykal Hanifah terbitan Suhan Movies & Trading.

Dibintangi oleh Izreen Azminda, Aiman Hakim Ridza, Azhar Sulaiman, Fazren Rafi dan Azhan Rani, drama ini bersiaran di Slot Ratu TV9 dari 29 Januari 2014 hingga 25 Mac 2014. Ia juga pernah diulang siar di Slot Samarinda TV3.

7 Suami
GenreDrama
PengarahHeykal Hanifah
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifJulia Juhasu
Penerbit
Lokasi
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Suhan Movies & Trading
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal29 Januari 2014 – 25 Mac 2014

Sinopsis

Mengisahkan Safiyah atau Yah (Izreen Azminda) yang tinggal bersama neneknya di kampung. Kehidupan mereka serba kekurangan. Malah keturunan Yah dipertikaikan gara-gara kesilapan ibu bapa Yah suatu ketika dulu. Walaupun masih dalam berpantang, ibu Yah tetap pergi untuk bekerja di kelab malam. Nenek Yah (Norlia Ghani) sedaya upaya melarang ibu Yah daripada terus melakukan kerja kotor.

Bapa Yah, seorang kaki judi dan malas bekerja. Dia hanya mengharapkan ibu Yah mencari wang dengan bekerja di kelab malam sebagai pelacur. Malah lebih teruk, bapa Yah seorang penipu, banyak berhutang di sana sini. Kerana itu juga orang kampung membenci keluarga Yah. Kerana berhutang dengan lintah darat, bapa Yah akhirnya dibunuh. Pembunuhan itu disaksikan oleh ibu Yah. Kumpulan lintah darat itu menangkap ibu Yah lantas dibawa ke satu tempat. Ibu Yah telah diperkosa sebelum dibunuh. Hancur luluh hati seorang emak apabila mendengar berita itu. Selepas kematian ibu dan ayah, hanya nenek tempat Yah menumpang kasih.

Kehidupan mereka begitu miskin. Haji Dollah (Kazar Saisi) merupakan orang terkaya di kampung itu. Dialah yang sering membantu keluarga Yah. Membayar perubatan yang begitu mahal, yang Yah sendiri tidak mampu untuk mencari wang sebanyak itu. Kebaikan hatinya didalangi niat ingin mengahwini Yah. Haji Dollah sering mengunjungi nenek Yah. Mendesak inginkan jawapan dari Yah. Agar Yah menerima lamarannya. Yah diserang perasaan serba salah. Ini kerana mereka begitu banyak terhutang budi dengan Haji Dollah.

Ihsan (Aiman Hakim Ridza) jejaka kampung merupakan kekasih Yah. Mendengar berita itu Ihsan pergi menemui Yah. Bertanyakan mengenai hal tersebut. Yah tertekan, cintanya terhadap Ihsan kian menebal namun hatinya dibuai rasa bersalah kerana budi yang begitu banyak ditabur oleh Haji Dollah. Pada awalnya, Ihsan ingin mengahwini Yah. Namun hajatnya ditentang habis-habisan oleh keluarganya. Keluarga Ihsan begitu membenci keluarga Yah. Malah Ihsan juga masih dalam proses belajar. Keluarganya ingin Ihsan menumpukan pada pelajaran. Ihsan kecewa. Yah juga kecewa. Apakah yang bakal berlaku? Adakah Yah akan berkahwin dengan Haji Dollah? Bagaimana pula cintanya terhadap Ihsan?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Rujukan

Tags:

7 Suami Sinopsis7 Suami Pelakon7 Suami Rujukan7 SuamiAiman Hakim RidzaAzhan RaniAzhar SulaimanFazren RafiHeykal HanifahIzreen AzmindaSlot SamarindaSuhan Movies & TradingTV3TV9

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nabi Isa a.s.Emma MaembongChacha MaembongRazarudin HusainAzam AzmiKerajaan Bani UmaiyahHamzah bin Abdul MuttalibSlot SakuraS.S. LazioOktovia ManroseSenarai sistem badan manusiaIzzue IslamFadlan HazimIndonesiaPertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuZarina ZainuddinNajua NasirLayang Layang PerkahwinanPolisAmyra RosliSungai BulohErry PutraPuteri Gunung LedangMelakaKhadijah binti KhuwailidProton WiraCiri-ciri orang munafikAliff Dalam 7 DimensiPenjodoh bilangan bahasa MelayuMalaysia MadaniKhunsa (siri TV)Masjid al-AqsaDawoodi BohraBola sepakBola tamparMaryamKata ganti nama (bahasa Melayu)Sejarah MelakaPulau PangkorNorreen ImanAlhamdulillahBank RHBPangsapuriNabi Yusuf a.s.Unifi TVAisha RetnoKimpalanKarim BenzemaMuhammad bin Idris al-SyafiiSijil Tinggi Agama MalaysiaPuteri BalqisPiala UEFAPiala Dunia FIFA 2026Nuzul QuranJabatan Kastam Diraja MalaysiaSilat Gayong MalaysiaMolek FMEnglandPahangLembah KlangBaba dan NyonyaPasukan Gerakan AmPuchong, SelangorShahril Sufian HamdanSunan Drajat18 Puasa di Kampong PisangZul AriffinSarah SuhairiJabatan dan agensi kerajaan MalaysiaPenyelenggaraanKristianGua HiraTembikaiSenarai buahSunan KalijagaHalim RadziSurah Al-Ikhlas🡆 More