Keluarga Iskandar

Keluarga Iskandar ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia arahan Syed Khairul Fariz Syed Khairuldin dengan idea dan konsep asal oleh Wan Hasliza Wan Zainuddin terbitan KL Motion Pictures.

Barisan pelakon terdiri daripada Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Susan Lankester, Azhar Sulaiman, Anita Baharom, Tengku Sariwani dan Hiera Hassan. Siri ini berkisar tentang keluarga sederhana dalam masyarakat Malaysia moden di Johor Bahru, Johor.

Keluarga Iskandar
GenreDrama keluarga (Musim 1)
Komedi keluarga (Musim 2)
Ditulis olehWan Hasliza Wan Zainuddin
PengarahSyed Khairul Fariz Syed Khairuldin
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan musim2
Bilangan episod32
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Wan Hasliza Wan Zainuddin (musim 1)
  • Jamal Hj. Ismail (musim 1)
  • M. Zulkifli Abdul Jalil (musim 2)
  • Khadijah Sharin (musim 2)
PenerbitJamaludin Karim
PenyuntingAin Ab Rahman
LokasiJohor Bahru dan Kulaijaya, Johor
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
KL Motion Pictures
Nilam Rajawali Productions
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima (musim 1)
Astro Warna (musim 2)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal3 Julai 2012 – 12 Januari 2015

Buat kali pertama dalam sejarah televisyen Malaysia, siri ini dipersembahkan dengan elemen mokumentari dan memaparkan setiap watak bercerita dan menjelaskan apa yang berlaku kepada keluarga Iskandar. Siri ini disiarkan di Astro Prima dari 3 Julai 2012 hingga 9 Oktober 2012, dan di Astro Warna dari 22 September 2014 hingga 12 Januari 2015. Sebuah filem adaptasi sitkom ini, Keluarga Iskandar The Movie ditayangkan pada 16 Julai 2020.

Sinopsis

Mengisahkan tentang seorang ibu yang tegas dan penyayang bernama Khalijah Ali (Mak Jah) yang berusaha sedapa upaya untuk menyatukan anak-anak, menantu dan cucu-cucunya yang dilanda perpecahan.

Pelakon dan watak

Watak ahli keluarga utama

Watak ahli keluarga yang lain

  • Nawir sebagai Marzuki (anak sulung Aziz Iskandar)
  • Sittee Khayrishah Kemal sebagai Amalina Aziz/Malin (anak bongsu Aziz Iskandar)
  • Danish Adam sebagai Salahudin Azman/Sal (anak sulung Azman Iskandar)
  • Izz Ilham sebagai Omar Sharifudin Azman/Om (anak kedua Azman Iskandar)
  • Syifa Dhia Nurina sebagai Rania Mohd Kamarul (anak sulung Azura Iskandar)
  • Dhia Iskandar Ismadi sebagai Iskandar Mohd Kamarul (anak bongsu Azura Iskandar)
  • Rafael Elarash sebagai Jojo (anak Nurin, anak tiri Azlan Iskandar)

Pelakon pembantu

    Musim 1
  • Lia Natalia sebagai Norlina
  • Mustaqim Mohamed sebagai Faris
  • Feaa Atidah Amran sebagai Beeda
  • Amy Haruza Hamsa sebagai Radiah
  • Suhanaliza Abdul Aziz sebagai Bibik
  • Marup Mustapah sebagai Rakan Kongsi
  • Tengku Zariman sebagai Jurujual
  • Badarulzzaman Deraman sebagai Rahman Basit
    Musim 2

Penerbitan

Sebanyak 70 peratus penggambaran Keluarga Iskandar dijalankan di luar studio dan dibuat di lokasi-lokasi dalam Wilayah Iskandar seperti Johor Bahru, Kota Iskandar, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Nusajaya, Teluk Danga, Puteri Harbour, Horizon Hills dan Pelabuhan Tanjung Pelepas.

Adaptasi filem

Sebuah filem adaptasi sitkom ini telah diumumkan pada Februari 2019. Adaptasi filem Keluarga Iskandar turut disokong penuh oleh Pihak Berkuasa Wilayah Pembangunan Iskandar (IRDA) yang bertanggungjawab merancang, mempromosi dan memudahkan pembangunan Iskandar Malaysia yang terletak di selatan tanah air. Dalam adaptasi filem, sebahagian besar barisan pelakon asal sitkom Keluarga Iskandar telah menjayakan kembali watak mereka.

Penggambaran dijalankan di Johor Bahru dan di sekitar Lembah Klang. Filem ini pada asalnya dijadualkan untuk tayangan pada September 2019, namun ditunda.

Ia telah diumumkan pada Jun 2020 bahawa Keluarga Iskandar The Movie akan ditayangkan pada 16 Julai 2020 di Astro First.

Anugerah

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan Ruj.
2013 Anugerah Skrin 2013 Drama Komedi Terbaik Keluarga Iskandar Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2013 Siri TV Komedi Terbaik Menang
2015 Anugerah Lawak Warna 2015 Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri) Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Keluarga Iskandar SinopsisKeluarga Iskandar Pelakon dan watakKeluarga Iskandar PenerbitanKeluarga Iskandar Adaptasi filemKeluarga Iskandar AnugerahKeluarga Iskandar RujukanKeluarga Iskandar Pautan luarKeluarga IskandarAnita BaharomAzhar SulaimanHilal AzmanJohorJohor BahruKL Motion PicturesKismah JoharSusan LankesterZain Hamid

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Tuanku Ja’afarBukit AmanAbang AdikXPDCRangka manusiaPolis EVOTerlanjur Cinta (drama web)Gunung berapiMuhammad al-FatihPerkara yang dilarang dalam IhramBendera PalestinSenarai kaum di MalaysiaSyahadahPukimakThailandLiga Super Malaysia 2024–25Angkatan Pertahanan Awam MalaysiaLee Chong WeiTeknologi hijauTelaga BarhutSofia JaneTalbis IblisKapitalismeAman Ramli JaafarNabi Lut a.s.Ayob Khan Mydin PitchayNorian MaiUmie AidaPerang Dunia PertamaBuah kerasPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaKhalid bin al-WalidEyka FarhanaHarris AlifSenarai raja-raja MelayuJohorKedatangan dan Penyebaran Islam di NusantaraGerak KhasElla (penyanyi)Aiman Hakim RidzaHazama AzmiBarisan NasionalParameswaraAnna JoblingTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimKumpulan advokasiSultan Sharafuddin Idris ShahJamal AbdillahSabahKata ganti nama (bahasa Melayu)Sunan MuriaPerlembagaan MalaysiaHari WesakSyed Mokhtar Al-BukharyKerenggaAcryl Sani Abdullah SaniKaum DusunSolat hajatTok JanggutSurah al-BaqarahMohd Noor Helmy Abdul HalemJabatan Akauntan NegaraKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)SarafPemerintahan berajaMasya-AllahR.A. KartiniKobe Jae ChongKetua Menteri MelakaSungai BulohCinta Buat DaraNombor telefon di MalaysiaBaby ShimaKhairy JamaluddinKetupatKata kerjaPilihan raya umum Malaysia 2022🡆 More