Dato' Seri Dr.
Dalam Kabinet Malaysia 2020, beliau menyandang jawatan sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama). Beliau merupakan Mufti Wilayah Persekutuan ke-7. Beliau juga adalah pengasas kepada Pondok Moden al-'Abaqirah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. dan sebuah institusi hadith baru iaitu Ma'alim al-Sunan li Dirasati al-Sunnah al-Nabawiyyah, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Kini, beliau merupakan anggota Muslim Council of Elders berpusat di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu yang dipimpin oleh Shaikh Dr. Ahmed el-Tayeb dan anggota The Assembly of Muslim Jurists of America, serta masih aktif membentangkan kertas kerja di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Zulkifli bin Mohamad Al-Bakri PJN; DGPN (Pulau Pinang); PMW (Wilayah Persekutuan); PhD | |
---|---|
Ahli Dewan Negara Malaysia | |
Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 8 Mac 2023 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | |
Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Sains Islam Malaysia | |
Memegang jawatan 1 Disember 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | |
Didahului oleh | Siddiq Fadzil |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama | |
Dalam jawatan 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Timbalan | Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary |
Didahului oleh | Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa |
Digantikan oleh | Datuk Haji Idris Ahmad |
Mufti Wilayah Persekutuan ke-7 | |
Dalam jawatan 23 Jun 2014 – 9 Mac 2020 | |
Didahului oleh | Dato' Haji Wan Zahidi bin Wan Teh |
Digantikan oleh | SS Datuk Dr Luqman Abdullah |
Butiran peribadi | |
Lahir | Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu | 16 Januari 1969
Pasangan | YBhg. Datin Seri Dr. Shereen binti Mohd Yunos |
Anak-anak | 5 |
Gaji | RM56,221.13 sebulan |
Nilai bersih | RM1 ke 2.5 juta |
Laman web rasmi | www |
Beliau dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu pada 16 Januari 1969 dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu (1976-1981). Kemudian beliau menyambung pelajarannya di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988). Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993). Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman. Tajuk kajiannya adalah Institusi Mufti Dan Fatwa: Satu Analisa Terhadap Enakmen Dan Beberapa Fatwa Pilihan Negeri Sembilan .
Kehidupan beliau semasa menyambung pengajian di Madinah dan Syria dimanfaatkan secara keseluruhannya untuk mempelajari ilmu-ilmu secara formal mahupun tidak formal. Selain kelas-kelas formal di Universiti, beliau juga giat mengikuti pengajian para ulama' tersohor di sana secara sistem talaqqi. Antara gurunya adalah:
Bersama dengan mereka, beliau sempat mempelajari pelbagai jenis kitab daripada pelbagai lapangan ilmu antaranya Akidah, Fiqh, Usul al-Fiqh, Ulum al-Hadith dan Tasawwuf. Antara kitab yang sempat beliau pelajari bersama guru-gurunya adalah:
Akidah
Tafsir
Hadith
Fiqh
Usul al-Fiqh
Mantiq
Nahu
Tasawwuf
Darjah Kebesaran Diraja
Pada minggu pertama setelah dilantik, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah diberi nafas baru dengan antaramuka yang lebih kemas, menarik dan informatif. Beberapa ruangan baru di web diperkenalkan oleh Datuk Dr. Zulkifli iaitu Bayan Linnas dan Irsyad Fatwa. Sehingga 12 Disember 2018, sudah ada 7 ruangan di web iaitu Bayan Linnas, Irsyad Fatwa, Irsyad Fatwa khas Ramadhan, Irsyad Fatwa khas Haji dan Korban, Irsyad Usul al-Fiqh, Irsyad al-Hadith, Tahqiq al-Masa'il, al-Afkar dan Tashih al-Mafahim. Jumlah pengunjung pula sudah mencecah 9981565 pengunjung sehingga 12 Disember 2018.
Menyedari keperluan untuk institusi mufti dan kefatwaan lebih turun padang dan dekat dengan masyarakat, Datuk Dr. Zulkifli mengambil inisiatif mewujudkan program #JumaatMuftiWP di mana beliau akan turun ke masjid-masjid di seluruh Wilayah Persekutuan untuk menyampaikan tazkirah Jumaat, Khutbah dan beramah mesra dengan masyarakat sekitar secara santai. Program ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada masyarakat sekitar dan jawatankuasa masjid.
Pada Julai 2014, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan Facebook rasmi Mufti Wilayah Persekutuan bagi menyampaikan info dan juga menjawab permasalahan agama semasa disamping beramah mesra dengan netizen. Pada tahun 2015, Telegram Messenger rasmi dilancarkan bagi memudahkan beliau menyalurkan info-info semasa berhubung kuliah, menjawab persoalan agama dan juga tazkirah. Tidak sekadar itu, pada 10 Jun 2016, Datuk Dr. Zulkifli melancarkan pula Instagram rasmi beliau untuk berkongsi aktiviti harian beliau sebagai Mufti Wilayah Persekutuan disamping turut dimuatkan juga tazkirah beliau dengan hashtag #tazkigram. Selain itu, beliau juga pernah mengendalikan rancangan Medan Fatwa dalam slot Cinta Ilmu di TV al-Hijrah. Sehingga kini, beliau adalah satu-satunya Mufti yang mempunyai rancangan sendiri di stesen televisyen di Malaysia .
Pada 20 Julai 2016, beliau telah mengadakan lawatan rasmi ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk mengumpul sejumlah maklumat, prosedur dan perlaksanaan operasi pembedahan bagi kajian kefatwaan. Hal ini mendapat sambutan yang sangat baik daripada pihak IJN dan turut mendapat pengiktirafan daripada Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan, Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Facebook beliau atas usaha Datuk Dr. Zulkifli berkenaan. Dengan dasar untuk merakyatkan institusi mufti dan kefatwaan juga, beliau mengadakan lawatan berkala ke Darul Kifayah, Dar Assa'adah, Penjara Kajang dan terbaru, ke Sekolah Tunas Bakti di Sungai Besi, Kuala Lumpur.
Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menjadi satu polemik yang besar kepada masyarakat Malaysia amnya. Cukai yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi menggantikan SST ini mendapat pelbagai reaksi masyarakat yang dizahirkan terutamanya di media sosial berhubung hal ini. Datuk Dr. Zulkifli melalui Bayan Linnas menyeru kerajaan supaya menurunkan kadar 6% mengikut kemunasabahan dan kemampuan rakyat kebanyakan pada masa kini. Selain itu, beliau juga menegaskan bahawa mekanisma dan cara pungutan dan pengagihan perlu selamat daripada sebarang unsur penindasan dan orang-orang miskin dikecualikan daripada dibebani dengan cukai. Begitu juga mekanisma supaya tidak berlaku eksploitasi orang yang tidak bertanggungjawab yang perlu dikawal sebaik mungkin agar kemaslahatan terzahir.
Majlis anjuran bersama Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Global Unity Network dan Archbishop Kuala Lumpur pada 7 Januari 2016 telah mempertemukan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri dan Ketua Paderi Kuala Lumpur Julian Leow Beng Kim. Pertemuan yang disifatkan oleh Datuk Dr. Zulkifili sebagai ‘bersejarah’ itu dikongsi melalui status Facebooknya yang dimuat naik bersama-sama dengan beberapa foto. Dalam pertemuan tersebut, mereka berbincang tentang pelbagai isu termasuklah konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama. Pelbagai isu yang dibincangkan bersama khususnya perihal konsep kepelbagaian masyarakat, toleransi, dan sikap hormat-menghormati antara agama .
Pada 8 Ogos 2016, Datuk Dr. Zulkifli telah mengeluarkan satu Irsyad berhubung Hukum Memberi Makan Daging Korban Kepada Non-Muslim. Hukum ini terdapat perbezaan pandangan di sisi empat mazhab yang utama; Hanbali, Maliki, Hanafi dan Syafie. Namun menurut Datuk Dr. Zulkifli, al-Imam al-Khatib al-Syarbini Rahimahullah menyebutkan bahawa al-Imam al-Nawawi di dalam kitabnya al-Majmu' berpendapat bahawa daging korban yang disembelih kerana ibadah sunat boleh dibahagikan kepada kafir zimmi yang miskin. Akan tetapi jika korban tersebut dilakukan kerana wajib maka tidak boleh dibahagikan kepada mereka dan pendapat ini sangat mengejutkan al-Imam al-Azra'ie Rahimahullah. [Lihat al-Iqna' fi Hal Alfaz Abi Syuja'. Dar al-Fikr, 2/593]
Sebagai kesimpulan selepas perbahasan yang panjang, beliau menegaskan bahawa bahawa isu ini hendaklah dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah supaya ia lebih harmoni dalam masyarakat di samping menjadi senjata dakwah yang paling ampuh kepada masyarakat yang bukan Islam. Oleh itu,
Tarikh 23 September 2016 menyaksikan satu pertemuan antara Friendship Group for Inter-religious Service (FGIS) dengan Datuk Dr. Zulkifli bertempat di Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mengadakan perbincangan dan memperihalkan bentuk-bentuk serta nilai-nilai agama masing-masing secara ringkas, dan mencapai perpaduan serta keharmonian dalam melayari kehidupan sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini. Sebagaimana penjelasan Datuk Dr. Zulkifli, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan mengambil pendekatan yang selari dengan Manhaj Universiti al-Azhar dalam mempraktikkan Fiqh al-Ta`ayusy berkaitan hubungan antara agama yang antara lain menekankan soal kebebasan agama dan tiada paksaan.
Pada 12 Oktober 2016, julung-julung kali delegasi Hartford Seminary, Connecticut, USA mengunjungi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dengan tujuan kunjungan hormat dalam rangka lawatannya ke Malaysia, Singapura dan Indonesia. Dalam pertemuan berkenaan, Mufti Wilayah Persekutuan konsisten dengan prinsip bahawa beliau menghormati kepelbagaian agama dan bangsa dan berusaha sebaik mungkin untuk mempromosikan dialog dan penerangan sesuai dengan prinsip wasatiyyah dan toleransi di dalam Islam. Delegasi Hartford Seminary pula mengharapkan siri pertemuan ini dapat diteruskan di masa akan datang bagi merungkai pelbagai salahfaham antara agama seterusnya saling bertukar-tukar idea dan saranan demi kemaslahatan kehidupan multi-agama di Malaysia dan Amerika Syarikat.
Institusi fatwa negara kini dihambat dengan kepantasan penyaluran maklumat melalui media massa yang memerlukan sesuatu permasalahan dijawab dengan segera, agar tidak timbul kemusykilan dalam kalangan masyarakat. Ini telah mendesak institusi fatwa memahami sesuatu isu dengan segera dan menjawab persoalan secepat mungkin berdasarkan dalil dan hukum syarak. Media massa moden seperti internet dan aplikasi WhatsApp menyebabkan maklumat disalurkan dengan cepat kepada masyarakat. Sesuatu fatwa perlu dikeluarkan segera bagi menjawab persoalan yang mungkin boleh mengelirukan. Datuk Dr. Zulkifli menegaskan bahawa usaha tersebut memerlukan ketekunan dan kesungguhan semua institusi fatwa agar selari dengan keperluan masyarakat dan terus diyakini. Seruan ini dilontarkan selepas merasmikan Seminar Isu-isu Kefatwaan Kontemporari anjuran Institut Antarabangsa Kajian Tinggi Islam Malaysia (IAIS) pada 10 Mac 201
Melihat kepada permintaan masyarakat dan hasrat Datuk Dr Zulkifli sendiri bagi melahirkan cendekiawan Islam yang mahir dalam ilmu agama dan ilmu duniawi, maka tercetusnya idea penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah. Mesyuarat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan kali ke 131 bil 1/2015 pada 23 Mac 2015 bertempat di Masjid Wilayah Jalan Duta seterusnya telah meluluskan penubuhan Pondok Moden Al-'Abaqirah. Objektif penubuhan pondok moden ini memfokuskan kepada perkara seperti berikut :
Oleh kerana Pondok Moden al-'Abaqirah adalah hasil idea beliau sendiri, maka pengajian pelajar adalah di bawah seliaan dan pengawasan sepenuhnya oleh beliau selaku Mufti Wilayah Persekutuan. Pondok Moden al-'Abaqirah adalah merupakan pusat pengajian pondok pertama diwujudkan di Wilayah Persekutuan menggabungkan silibus pengajian kitab turath (klasik) dan Akademik dengan pembiayaan sepenuhnya oleh Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan.
Berikutan cadangan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menubuhkan bank susu, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri telah mencadangkan supaya diwujudkan kad khas bagi bayi yang menyusu daripada wanita yang bukan ibu kandungnya. Beliau berkata ini bertujuan menyatakan hubungan ibu dan anak susuan (nasab) kerana pada masa ini terdapat wanita yang menyusukan anak orang lain tetapi tidak mengetahui pertalian itu. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membincangkan topik 'Ibu Susuan: Antara Hukum, Nasab, Hak dan Tanggungjawab' sempena minggu penyusuan susu ibu peringkat Kuala Lumpur & Putrajaya, di Auditorium Perpustakaan Negara, pada 24 September 2016.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Zulkifli Mohamad Al-Bakri, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.