Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal.
Beliau juga pernah berlakon filem dibawah arahan Aziz M. Osman memegang watak utama iaitu filem Seri Dewi Malam
Jeslina Hashim | |
---|---|
Kelahiran | Nor Jeslina Hashim binti Khairuddin Mohamed Hashim 11 Mac 1978 |
Pekerjaan | Penyanyi, pelakon |
Tahun aktif | 1999–2004 |
Pasangan | Dion Andrew Vercoe (k. 2005; c. 2013) |
Anak-anak | 2 |
Saudara | Linda Jasmine (sepupu) |
Jeslina dilahirkan pada 11 Mac 1978, di Ayer Hitam, Pulau Pinang, Malaysia. Beliau mempunyai darah campuran Cina dan India Muslim.
Kini Jeslina mempunyai syarikat miliknya iaitu Citrus Entertainment
Jeslina pernah ditahan dalam serbuan JAWI di Zouk Club tahun 2005 sebuah kelab malam bersama kira-kira 100 orang muslim yang lain pada pukul satu pagi pada 13 Januari 2005.
Berikutan dari itu, beliau dikatakan membuat sindiran kepada pihak JAWI dalam rancangan Melodi
Antara lain beliau amat kecewa dengan tindakan pihak JAWI yang menangkap mereka ketika itu. Kononnya itu adalah hak mereka sebagai seorang remaja di sebuah negara demokrasi. "Sedangkan ibu bapa kami tidak menghalang kami untuk berhibur, kenapa pula orang lain seperti JAWI sibuk-sibuk untuk menjaga kami?.
Kebanyakan ibu bapa kami tahu di mana kami berada dan mereka tahu bila kami akan balik. Akibat tindakan JAWI menangkap dan tidak membenarkan kami berhubung dengan ibu bapa kami ia bukan sahaja menyusahkan kami malahan juga para ibu bapa kami !!!" gertak Jes dengan nada keras ketika diinterviu oleh pengacara Melodi, Wahid Senario.
Sebelum temu bual itu berakhir, artis tersebut memperli Jawi ketika bersalam dengan pengacara dengan berkata "nanti ditangkap kerana bersalam antara lelaki dan wanita.
Pada 15 Feb 2005 Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) hari ini mengeluarkan surat pembatalan saman terhadap penyanyi Jeslina Hashim, 27, berhubung penahanannya di sebuah pusat hiburan pada 13 Januari lalu.
Pembatalan saman terhadap penyanyi itu dimaklumkan menerusi surat yang dikeluarkan Jawi kira-kira pukul 3 petang. Surat itu memaklumkan pembatalan saman kes jenayah di bawah Akta 29 Kelakuan Tidak Sopan. Jeslina dijadualkan didakwa di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 5 April depan.
Pada 17 Februari 2005, Pegawai JAWI tersebut mengeluarkan kenyataan dalam Malay Mail bahawa pihak Kabinet telah mengarahkan mereka membatalkan saman tersebut pada hari Selasa iaitu sebelum mesyuarat Kabinet pada hari Rabu (hari ini), tanpa apa-apa perbicaraan di mahkamah.
Sehubung daripada kejadian tersebut, tersiar beberapa gambar Jeslina memakai pakaian yang menjolok mata (menampakkan separuh buah dada), dengan dakwaan bahawa itu adalah gambarnya di Kelab The Zouk.
Dalam satu kenyataan akhbar Ahad 27 Feb 2004, Jeslina menyatakan bahawa gambar yang tersiar di Internet itu adalah gambar lamanya dan bukannya gambar ketika beliau ditangkap di Kelab The Zouk. Jeslina juga mengumumkan bahawa beliau akan berkahwin tidak lama lagi.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
2001 | Seri Dewi Malam | Dewi | Filem pertama |
2002 | KL Menjerit | Ayu (alih suara) Lisdawati | |
Idola | Elise | ||
2003 | Iskandar | Amira | |
Aku Kaya The Movie | Lela/Isabella | ||
2004 | Aku No. 1 | Jesnita | Filem terakhir |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
2002 | Aku Kaya | Leha | VCD |
2003 | Cinta Popular | Jeslina | |
Puteri Histeria | Puteri Hidayah | ||
2004 | Kelibat | Zaireen | Astro Ria |
Aku Kaya Giler | Leha | VCD |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Jeslina Hashim, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.