Syazuwan Hassan: Pelakon lelaki Malaysia

Muhammad Syazuwan Hassan (lahir 17 April 1990) merupakan seorang pelakon, model, pelawak, penari, pengacara dan pemuzik Malaysia.

Syazuwan memulakan kerjaya awal sebagai ahli pemain bes kumpulan rock indie Julie Goes Overseas. Bakat beliau mula dicungkil melalui Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan menjadi finalis. Syazuwan terkenal dengan peranan lakonan di televisyen termasuk Sein Dan Luna (2016), Cik Serba Tahu (2017), Cinta Fatamorgana (2018) dan Dia Menantu Rahsia (2019).

Syazuwan Hassan
Kelahiran
Muhammad Syazuwan bin Hassan

(1990-04-17) 17 April 1990 (umur 34)
Nama lainSyazuwan DFKL
PendidikanDiploma Komunikasi dan Pengajian Media
Pusat pendidikanUniversiti Teknologi MARA (UITM)
PekerjaanPelakon, pengacara, pemuzik
Tahun aktif2014–kini
Ketinggian1.9 m (6 ka 3 in)

Kehidupan awal

Syazuwan dilahirkan pada 17 April 1990 di Shah Alam, Selangor. Beliau berkelulusan dalam Diploma Komunikasi dan Pengajian Media di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan merupkan anak ketiga dari lima beradik, mempunyai dua abang, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan.

Kerjaya

Syazuwan memulakan kerjaya hiburan dengan menyertai pertandingan Drama Festival Kuala Lumpur 2016 (DFKL 2016) dan berjaya menjadi salah seorang finalis sekaligus diperkenalkan sebagai salah seorang pelapis baharu dalam bidang lakonan bersama-sama Nafiz Muaz, Jaja Iliyes, Amirul Faqeem, Shuhanty Hanafiah dan indah Emeerlda.

Beliau pernah menganggotai kumpulan muzik bebas (indie) bersama tiga lagi ahli bernama Rassadan sebelum itu kumpulan ini pernah dinamakan Julie Goes Overseas. Didalam kumpulan ini, beliau merupakan pemain bes. Beliau juga pernah menjadi pengurus artis kepada pelakon Adi Putra sehingga dilamar masuk pertandingan DFKL. Drama Sein Dan Luna lakonan beliau telah menarik minat peminat drama terhadap beliau. Beliau juga pernah muncul dalam iklan KFC Double Down Maxx dan KFC Chewy Cheese Commercial dan Klik Dengan Bijak. Syazuwan pernah membintangi sebuah drama mini terbitan Pusat Beli-belah The Mines bertajuk 'Terjatuh in Love' pada tahun 2014 bersama Tash Yong.

Selain itu, beliau pernah menjadi pengacara rancangan kapsul hiburan MBuzz selama dua minit di TV3 bersama Ain Edruce. Dari 13 April 2018 hingga 22 Mei 2018, Syazuwan memegang watak sebagai Huzair dalam siri drama waktu perdana, Cinta Fatamorgana yang bersiaran di Slot Akasia TV3, drama ini turut dibintangi oleh Azar Azmi sebagai Wildad dan Aeril Zafrel sebagai Rifqi.

Syazuwan memulakan kerjaya filemnya dengan membintangi filem sulungnya, Pulang arahan Kabir Bhatia, yang dibintangi oleh Remy Ishak dan Puteri Aishah. Filem ini ditayangkan pada 26 Julai 2018.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2018 Pulang Cikgu Hassan Filem pertama
2022 The Disappearance of Irdina Adhwa Daniel Farhan
Seratus Penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Terjatuh In Love Jay YouTube Drama pertama
2016 Ketupat Palas Mr. Handsome Sameon @ Sam Haikal TV3
Mr. Donat Karamel Redwan
Sein Dan Luna Sein
2017 Nahu Rindu Bokhari
Perang Otai Andam Irwan
Ops Cinta Din Sardin Daud TV9
Cik Serba Tahu Riduan Astro Ria
Lelaki Itu Pemilik Hatiku ASP Shahril Aiman/Rashdan TV3
Muzium Misteri Tajul
2018 Yes Sir Nak Pergi Mana Fidie Hypp Sensasi
Cinta Fatamorgana Huzair TV3
Andainya Takdir 2 Hafiz
Terbaik Dariku Taufiq
2019 Dia Menantu Rahsia Zamer
Asalkan Dia Bahagia Azrin
Iktibar Zahid Episod: "Korban Cinta"
Aku Tak Raya Rafiq
Cindai Iskandar
2020 Manuskrip Cinta Effan TV1
Jodoh Tersasar Alamat Muluk
Titian Takdir Nazmi TV3
Lelaki Lingkungan Cinta Adzmie
Bidadari Salju Raqib
2021 Dear Cinta Fatah
Mr. Bibik Zuhairi
2022 Wan Senja Aziq
Risik Pada Hati En. Hairul Pelakon undangan
Roti Cicah Susu Emil Astro Ria
Wanita Milik Tuan Putra Emir TV3
Kerana Cinta Itu Ada Zafran
2024 Wanita Syurga Faiz

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Luna Elvira Fattah Azim TV9
2017 Cik Misi Farish
Isteriku Cikguku Cikgu Ahmad TV3
Bawaku Ke Syurga Farouk TV9
2018 Menantu Nista Armin TV3
Diari Abah Zarif
2019 14 Hari Eddie
Cassandra Luqman
Ayyad Aisyah Suhaimi
Syawal Untuk Semah Fazreen
Bisu Nazim
2020 Jihad Ramadhan Fuad
2021 Aku Bukan Malaikat Mahmud Din TV1
Raya Hampir Tak Jadi Angah TV3
2022 Jeriji Patin Rizal
2023 Cik Diva Balik Kampung Fahri

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2016 MBuzz Pengacara TV3 Beliau mengacarakannya bersama Ain Edruce
2017 Perang Bibir Peserta TV9 Juara Episod 8 bersama Raja Afiq (yang dicabar oleh Juara Minggu 7 iaitu Reen Rahim) dan Adeline Tsen. Akan ke pusingan separuh akhir 3 bersaing dengan Reen Rahim, juara minggu 7 dan Ryzal Jaafar, juara wildcard. Malangnya tidak dapat ke peringkat akhir kerana telah dikalahkan oleh Ryzal.
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2017 (DFKL) Penari TV3 Melakukan persembahan tarian (pembukaan) bersama Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Mawar Rashid, Jaja Iliyes, Izzue Islam, Mimi Lana dan Azira Shafinaz.
Ketuk-Ketuk Ramadhan Artis Jemputan TV1 muncul di episod 15 Jun 2017.
Bila Bujang Masuk Dapur Pengacara TV9 bergandingan dengan Syafiq Kyle di musim 4
2018 Anugerah Juara Lagu ke-32 Artis Jemputan TV3 menjadi watak teman lelaki kepada Wany Hasrita dalam persembahannya menerusi lagu "Menahan Rindu".
I Can See Your Voice Malaysia ntv7 Menjadi penyiasat jemputan bersama Jaja Iliyes disamping penyiasat tetap - Jihan Muse, Seelan Paul dan Mark Adam (Episod 2-11 Ogos 2018). Penyanyi Jemputan adalah Ayda Jebat.
2020 Studio Drama Sangat TV3 menjadi artis jemputan bersama Ayda Jebat, Nazim Othman, Raysha Rizrose, Niezam Zaidi, Fatin Afeefa untuk mempromosikan drama Cindai (11/1/2020)
menjadi artis jemputan bersama Nadia Brian, Sweet Qismina, Fimie Don, Balkish Semundur Khan dan Raja Atiqullah untuk mempromosikan drama Titian Takdir (18/1/2020)
Pesan Makan sebagai tetamu chef Paris' Yaacob Scammer' untuk episod 25 April 2020
By The Sea selebriti jemputan bersama Riena Diana

Iklan

Tahun Iklan
2015 KFC Double Down Maxx
KFC Chewy Cheese Combo
2016 Klik Dengan Bijak
2017 Nescafe Blend & Brew

Penajaan

Anugerah dan penghargaan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2016 Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) Penerima
2018 Anugerah MeleTOP Era 2018 Artis Baru Meletop (Ops Cinta Din Sardin) Pencalonan awal
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 Selfie Pilihan
Top 5
Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
2020 Gempak Most Wanted 2020 Artis Bujang Tergempak Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Syazuwan Hassan Kehidupan awalSyazuwan Hassan KerjayaSyazuwan Hassan FilemografiSyazuwan Hassan PenajaanSyazuwan Hassan Anugerah dan penghargaanSyazuwan Hassan RujukanSyazuwan Hassan Pautan luarSyazuwan HassanAnugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2016Cik Serba TahuCinta FatamorganaDia Menantu RahsiaJulie Goes OverseasMalaysiaSein Dan Luna

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Penerbangan 370 Penerbangan MalaysiaAsnafPeraturan bola jaringErra FaziraNadhir NasarMacIndonesiaJenis air untuk bersuci dalam IslamLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSumber primerKelurSiti HariesaMelakaKata kerjaThailandIskandar ChempakaSayu Yang SyukurDaerah LangkawiLagi-Lagi SenarioSherry AlhadadKematian Zulfarhan Osman ZulkarnainTulisan JawiNusyuz Berkiblat CintaMuhamad Akmal SalehSophia AlbarakbahKadet Remaja Sekolah MalaysiaSenarai poskod di MalaysiaMarga SangirNombor dalam budaya CinaElizabeth TanJambatan Pulau PinangIsu kalimah Allah pada stoking 2024Uthman bin AffanUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaUnifi TVSultan Mizan Zainal AbidinInternazionale Milano F.C.GajahSepak takrawSainsYang di-Pertua Negeri SarawakAgama BuddhaSurah Al-AlaqShahril Sufian HamdanFrekuensi radio di TerengganuSonu SoodTakbirSlot SakuraHarissa AdlynnVirusCik ManggisCendolLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaMuhyiddin YassinWarna Warni AidilfitriFrekuensi radio di SabahTanah Melayu BritishJata MalaysiaSultan PerakSharifah HusnaAhmad Zahid HamidiAli bin Abi TalibBola tamparCarles PuigdemontQiamullailIrma HasmiePangsapuriSrivijayaZul AriffinHari GawaiKuantanGantung The SeriesAdat resam kahwin MelayuNabila HudaHari Raya AidiladhaPembantu perubatanRamadanJabatan Kastam Diraja Malaysia🡆 More