Filem Pulang: Filem Malaysia 2018 arahan Kabir Bhatia

Pulang merupakan sebuah filem drama biografi sejarah Malaysia 2018 yang diarahkan oleh Kabir Bhatia diilhamkan suatu kisah peristiwa benar yang berlaku pada tahun 1940-an, filem ini dibintangi Remy Ishak dan Puteri Aishah yang memegang watak utama dibantu oleh Azrel Ismail, Erwin Dawson dan Jalaluddin Hassan.

Filem ini ditayangkan di pawagam seluruh negara Malaysia pada 26 Julai 2018.

Pulang
PengarahKabir Bhatia
PenulisMira Mustaffa
Ahmad Izham Omar
Dihasilkan olehIrene Mariena Mohamad
Tengku Iesta Tengku Alaudin (eksekutif)
Nor Shahila Harun Shah (eksekutif)
DibintangiRemy Ishak
Puteri Aishah
Azrel Ismail
Erwin Dawson
Alvin Wong
Jalaluddin Hassan
SinematografiZambree Harras
Disunting olehKabir Bhatia
Muzik olehAubrey Suwito
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehPrimeworks Studios
Tarikh tayangan
26 Julai 2018
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaBahasa Melayu
BajetRM6 juta
Pecah panggungRM2.3 juta

Harian Metro menyenaraikan Pulang sebagai salah satu dari 10 filem tempatan dengan pecah panggung tertinggi bagi tahun 2018.

Sinopsis

Sekitar tahun 1940-an semasa Jepun menakluk Tanah Melayu, Othman, seorang kelasi kapal yang ingin mengubah nasib dan kehidupan keluarganya dengan mengikuti pengembaraan berlayar ke merata dunia. Sebelum berlayar, dia telah berjanji yang dia akan pulang dengan membawa kekayaan untuk isterinya Che Thom dan anak lelaki mereka, Omar. Dengan penuh kesabaran, isterinya akur dengan kepergiannya dan setia menunggu kepulangan suaminya selama 61 tahun.

Barisan pelakon

Pelakon utama

Remy Ishak sebagai Othman
Puteri Aishah sebagai Che Tom

Pelakon pembantu

  • Azrel Ismail sebagai Omar
  • Erwin Dawson sebagai Ahmad
  • Juliana Evans sebagai Alia
  • Rahim Razali sebagai Jamil (90an)
  • Aida Khalida sebagai Jaybah
  • Syazuwan Hassan sebagai Cikgu Hassan
  • Alvin Wong sebagai Lum
  • Sherry Al Jeffry sebagai Thom (70an)
  • Winnie Thye sebagai Mamasan
  • Doppo Watanabe sebagai Pegawai Jepun
  • Sean Allan Perry sebagai Kapten Inggeris
  • Akmal Ahmad sebagai Karim
  • Nur Akhtar Mohamad Amin sebagai Salmah
  • Naza Abdul Manas sebagai Taib
  • Rosli Sako sebagai pemberi maklumat
  • Geoff Andre Feyaerts sebagai Pelayar

Pembikinan

Penerbitan

Pulang berdasarkan dari satu kisah benar seorang kelasi kapal pada 1940-an. Ia diarahkan oleh Kabir Bhatia, pengarah filem kelahiran India yang terkenal dengan filem seperti Cinta (2006), Setem (2009) dan Nur Kasih The Movie (2011). Skrip filem ini ditulis oleh isteri Kabir, Mira Mustaffa. Kos pembikinan filem ini dianggarkan berjumlah RM 6 juta, manakala kos bagi imej janaan komputer dilaporkan berjumlah RM2 juta.

Idea asal filem ini telah diberikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Ahmad Izham Omar yang mana ia berdasarkan suatu peristiwa sebenar memuatkan unsur-unsur dramatik dan turut menampilkan kisah yang pastinya cukup tragis dalam zaman yang berbeza, ia turut menampilkan zaman penaklukan Jepun ketika Perang Dunia Kedua.

Pemilihan pelakon

Semua pelakon yang terlibat menjalani sesi uji bakat yang dijalankan oleh Kabir bagi memilih pelakon yang sesuai melakonkan watak masing-masing. Azrel Ismail yang terkenal dengan peranan drama dan telefilem, memegang watak sebagai Omar; Azrel mengakui impian berlakon bersama Remy Ishak menjadi kenyataan dalam filem ini dan teruja kerana dapat bekerja di bawah arahan Kabir. Bekas alumni Dewi Remaja 2014/15, Puteri Aishah memegang watak sebagai Che Thom; Pulang ialah filem sulung lakonannya. Puteri berkata: "Berpeluang bergandingan dengan Remy juga satu pengalaman yang cukup berharga buat saya. Malah, saya memang memberi komitmen 100 peratus terhadap pembikinan cerita ini dan sentiasa terbawa-bawa watak saya ketika penggambaran Pulang,". Remy yang sebelum ini berlakon dalam beberapa filem arahan Kabir, memegang watak sebagai Othman; beliau pada mulanya merasakan skripnya bagus dan masih tidak dapat membayangkan bagaimana teknik imej janaan komputer (CGI) akan digunakan. Untuk filem ini, beliau berkampung selama dua minggu di Terengganu.

Keluaran

Promosi

Sebelum tayangan perdana rasmi, treler rasmi filem ini dikeluarkan di saluran YouTube rasmi Primeworks Studios pada 27 Jun 2018. Manakala, di belakang tabir filem ini disiarkan di TV3 dan TV9.

Bagi mempromosikan filem ini, rancangan dokumentari TV3, Majalah 3 menyiarkan kisah sebenar di sebalik penerbitan filem ini pada 6 Ogos 2018.

Sambutan

Kutipan panggung

Pulang ditayangkan di pawagam seluruh negara pada 26 Julai 2018. Dalam tempoh kurang seminggu tayangan rasminya, Pulang berjaya mencatat kutipan panggung melebihi RM1 juta.

Ulasan kritis

Pulang menerima ulasan positif dan bercampur-campur. Mohd Haikal Isa dari Kosmo! mendapati kekuatan sinematografi filem ini terletak pada kekuatan persembahan setiap pelakonnya. Beliau turut memuji kebijakan Kabir yang menggunakan "magis sinematografinya dari pembukaan hingga penamat filem". Haizir Othman dari Malaysiakini mendapati filem ini merupakan "kisah misteri perasaan orang Melayu yang kompleks dan sukar diduga seperti dalamnya lautan" dan mempunyai persamaan dengan kegagalan komunikasi antara Zainuddin dengan Hayati selepas kematian Aziz dalam kisah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck karya Hamka. Salman Sazali dari The Vocket berkata: "Pulang akan mengajar anda erti penantian, di mana satu pihak terpaksa menunggu insan yang disayanginya hari demi hari tanpa mengetahui bila kekasih hatinya akan pulang." Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online pula berkata: "Memang tidak dinafikan kekuatan cerita filem Pulang tetapi disebabkan kelemahan aspek teknikal menyebabkan ia menjadi sedikit cacat.

Maklum balas

Menurut Ahmad Izham Omar, beliau merasa sebak kerana sambutan positif daripada penonton tempatan di laman sosial. Filem ini berjaya menduduki tangga kelima teratas di Twitter menerusi tanda pagar #PulangTheMovie.

Adaptasi novel

Sebuah novel adaptasi filem dengan tajuk sama telah ditulis oleh novelis terkenal, Lily Haslina Nasir, dan diterbitkan oleh hasil kerjasama Primeworks Studios dan Penerbitan Karyaseni. Novel ini dikeluarkan pada Mei 2018 dan telah dikeluarkan sebanyak 8,000 cetakan dan boleh dibeli menerusi aplikasi Karyaseni dan Lazada.

Muzik

Komposer dan penerbit muzik terkenal, Aubrey Suwito diberi kepercayaan mencipta skor muzik.

"Layarlah Kembali"
Single oleh Dayang Nurfaizah
daripada album Dayang Nurfaizah
Dilancarkan pada7 April 2017
Dirakamkan pada2017
GenreBalada
Panjang4:31
SyarikatMonkey Bone Records
PenulisAd Samad
PenerbitAubrey Suwito
sunting · sunting di Wikidata
Filem Pulang: Sinopsis, Barisan pelakon, Pembikinan 
Lihat pendokumenan templat ini

Runut bunyi rasmi bagi filem Pulang ialah "Layarlah Kembali" nyanyian Dayang Nurfaizah, dikeluarkan pada 7 April 2017 oleh Monkey Bone Records dan boleh didapati untuk muat turun digital di iTunes dan penstriman digital di Spotify.

Format dan senarai runut

Muat turun digital
No.TajukPenulisPenyanyiMasa
1."Layarlah Kembali"Aubrey Suwito, Ad SamadDayang Nurfaizah4:31


Sejarah keluaran

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 7 April 2017 Muat turun digital
Penstriman digital
Monkey Bone Records

Anugerah dan pencapaian

Tahun Anugerah Kategori Penerima Keputusan
2018 Anugerah Skrin 2018 Filem Terbaik Pulang Tercalon
2019 Festival Filem Malaysia ke-30 Pelakon Lelaki Terbaik Remy Ishak Tercalon
Pelakon Wanita Harapan Puteri Aishah Tercalon
Sinematografi Terbaik Zambere Haras Tercalon
Cerita Asal Terbaik Ahmad Izham Omar & Omar Othman Tercalon
Kostum/Busana Terbaik Hasnan Yaakob Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Imaginex Studio Sdn Bhd Menang
Penataan Seni Terbaik Tunku Tommy Mansur & David Manjit Tercalon
Penyunting Terbaik Kabir Bhatia, A. Samad Hassan & Naeim Ghalili Tercalon
Skor Muzik Terbaik Aubrey Suwito Tercalon
Anugerah MeleTOP Era 2019 Filem MeleTOP Pulang Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Filem Pulang SinopsisFilem Pulang Barisan pelakonFilem Pulang PembikinanFilem Pulang KeluaranFilem Pulang SambutanFilem Pulang Adaptasi novelFilem Pulang MuzikFilem Pulang Anugerah dan pencapaianFilem Pulang RujukanFilem Pulang Pautan luarFilem PulangAzrel IsmailErwin DawsonJalaluddin HassanKabir BhatiaPuteri AishahRemy Ishak

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Yang di-Pertuan Besar Negeri SembilanFrekuensi radio di SarawakRazarudin HusainSherry AlhadadPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021RakaatBeto KusyairySuku BidayuhS.S.C. NapoliAaron AzizSenarai negara mengikut keluasanDemografi MalaysiaTengku Zafrul Abdul AzizMinal 'Aidin wal-FaizinGereja KatolikIslam di MalaysiaSultanah Nur Diana Petra AbdullahPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSultan PerakFrekuensi radio di SelangorPiala Dunia FIFA 2026Perjanjian PangkorMona FandeySolat hajatPerakPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaBrondongSunan Gunung JatiAsiah binti MuzahimMaryamRaja berperlembagaanErma FatimaBahasa MelayuJohor Darul Ta'zim F.C.Pulau PangkorMatlamat Pembangunan MampanSukan elektronikIntan LadyanaAbu Bakar as-SiddiqAmira OthmanBendera MalaysiaShuib SepahtuSlot SakuraSainsBunga rayaSejarah MalaysiaDoa IftitahMantra (filem)BumiputeraUmar bin Al-KhattabKerajaan Bani AbbasiyahSerpihan SayangUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaAwesome TVSarimah AhmadSultan Iskandar ibni Sultan IsmailSumber primerSaleemAsnafJambatan Pulau PinangSharnaaz AhmadFrekuensi radio di KedahGrup Gerak KhasSolatHari Paskah BesarPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSingapuraHukum Kanun MelakaKabupaten Lampung TengahOptimismeSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirPolis Diraja MalaysiaTengku Ahmad Ismail Mu’adzam ShahPerodua MyViQatarPuteri Sarah LiyanaPlagiatProton SagaKerajaan Melayu🡆 More