Reen Rahim: Pelakon wanita Malaysia

Noreen Ashikin Abdul Rahim (lahir 3 November 1993) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Beliau telah mencuba bakat dalam bidang lakonan dengan menyertai pentas Pilih Kasih musim yang ketiga dan dinobatkan sebagai juara.

Reen Rahim
Kelahiran
Noreen Ashikin binti Abdul Rahim

(1993-11-03) 3 November 1993 (umur 30)
PekerjaanPelakon, model, pengacara, pendandan rambut
Tahun aktif2012–kini
TelevisyenPilih Kasih (musim 3)
PasanganAhmad Nur Hazim Zainal Abidin (k. 2022)

Kehidupan awal

Reen dilahirkan pada 3 November 1988 di Klang, Selangor. Beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Beliau mempunyai diploma di dalam bidang dandanan rambut.

Kerjaya

Sebelum memulakan kerjaya lakonan, Reen Rahim memulakan kerjaya awalnya sebagai pendandan rambut.

Pada awal 2012, beliau menjuarai rancangan pencarian bakat baharu dalam bidang lakonan, Pilih Kasih musim ketiga terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Lakonan TV pertamanya ialah menerusi watak Elia dalam drama Aku Tak Percaya Cinta yang disiarkan di TV3. Reen memegang watak Amy, rakan karib Tasha lakonan Puteri Sarah Liyana dalam Evolusi KL Drift: The Series di TV2.

Kerjaya filem beliau termasuk peranan dalam filem aksi komedi, Gangster Celop arahan Ahmad Idham lakonan Syamsul Yusof dan Kamal Adli, Mawar Putih arahan Rosnani Jamil dan Soulmate Hingga Jannah arahan Abdul Razak Mohaideen. Reen memegang watak tajuk dalam drama Sahara yang disiarkan di Astro Prima, pernah mencetuskan kontroversi satu ketika dahulu.

Peranannya di dalam telefilem termasuk Talak, Romantika Bulan Madu, Aku Bukan Hijabista, Calon Suami dan Kaki Kipas.

Reen dilaporkan akan memulakan kerjayanya sebagai penyanyi, biarpun beliau lebih dikenali sebagai pelakon. Beliau bergandingan di samping aktres Nabila Huda menerusi filem Rempit Sampai Langit yang ditayangkan pada 23 November 2017.

Beliau digandingkan bersama Pekin Ibrahim dalam telefilem Perahu Kecil yang bersiaran di TV1 pada 29 September 2018.

Kehidupan peribadi

Sekitar 2016, Reen sebelum ini pernah menjain hubungan dengan pelakon Mustaqim Bahadon ketika sama-sama berlakon dalam drama bersiri HidayahMu Ramadan. Pada pertengahan 2018, beliau dilaporkan menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang pemuda yang menetap di Scotland, dan sudah berkenalan selama setahun.

Reen memberikan respons mengenai penampilan seksinya ketika bercuti di pulau peranginan, dalam satu temuramah bersama Harian Metro: "Saya sedia terima teguran dan kritikan daripada warganet kerana tidak boleh halang mereka untuk berbuat demikian." Beliau sebelum ini dikatakan bercuti di Pulau Langkawi tampil berani memuat naik beberapa gambar solonya dalam percutian itu yang terlalu seksi. Reen memutuskan untuk menutup ruangan komen di Instagram (IG) kerana "malas nak layan komen yang tidak sepatutnya".

Pada 24 Disember 2022, Reen sah bergelar isteri kepada Ahmad Nur Hazim Zainal Abidin dengan sekali lafaz.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Gangster Celop Rabiahtun Filem pertama
2015 Mirip
2016 Mawar Putih Tengku Zarina
2017 Soulmate Hingga Jannah Qalisya
Balun Mona
Rempit Sampai Langit Inspektor Murni
2019 KL Vampires Reem Najwa
2020 Syif Malam Raya Mira
Town Mall Akma
2022 Seratus Penampilan khas
Daddyku Gangster Zack
2023 Sumpahan Malam Raya Tania
Sue-On Sue-On
2024 Rampok Inspektor Natasya
TBA Omerta Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Aku Tak Percaya Cinta Elia TV1 Drama pertama
Runtun Qalbu Amy TV3
2012–2013 Evolusi KL Drift: The Series Amy TV2
2013 Sahara Sahara Astro Prima
Jodoh Katya Astro Ria
Kampung Girl TV3
Cinta Jannah Balqis
AKU Nini
Kiambang Amira TV2
2014 Lara Ameena Seri TV1
Menantu Sepuluh Ribu Umairah TV3
Tanah Kubur (Musim 9) Aisyah Astro Oasis Episod: "Semabuk Arak"
Kifarah 2 Maya TV3 Episod: "Durian Oh Durian"
Buih-Buih Kasih Fazrin
2015 Terlanjur Mencintaimu Tengku Hanis Zulaikha TV1
Masihkah Ada Kasih
Babyana Lily TV2
HidayahMu Ramadan Amira TV3
Zara Zara Zahrah TV Okey
2016 Jom Kahwin Fatiha HyppTV
Lambaian Ramadan Warda TV3
Imam Muda Dari Cairo Puteri Aishah TV1
Sayangku Kapten Mukhriz Siti Awina TV3
Pergilah Air Mata Maria TV1
Tika Langit Terbuka Astro Oasis
Abang Sado Boleh Beres Linda TV3
Diari Cinta Kita Lisa TV9
2017 Jangan Ikut Aku Cikgu Aleeya TV3
Tauke Jamu Gia Avira
Mr. Delicious Fina
Waris Kampung Semarah Padi Melati TV1
2018 Geng Tadarus Arlene TV2
Suriram Suri Astro Prima
Selamat Malam Tan Sri Hanim Hanani TV2
Mencari Qiblat Dila TV3 Episod 10: "Payung Emas"
Raisha 2 Mira
Pujaan Hati Kanda Suria
Doa Ku Mohon Cik Laila Episod 6
2019 Wanita Yang Dikasihi Mastura/Dania TV Okey
Lelakimu Yang Dulu Faiqa TV3
Kereta Sewa Wani Episod 10
JKK (Musim 5) Sazzy Salak Episod 10 : "Penapis Hati"
Terlanjur Mencintaimu 2 Tengku Hanis TV1
Ikatan Kasih Reena TV Okey
2020 Manuskrip Cinta Fauziah 'Gee' Ismani
Sekali Ku Jatuh Cinta Tasha TV1
2021 Hantu Van Sewa Maya Awesome TV
Kisah Mr Cinderella Putri Tengku Rania TV Okey
Kelmarin Cinta Wan Nur TV Okey
Isolasi Ika Awesome TV
Keluarga Instafamous Kiki
Apartmen Putra Maya TV2 Sitkom
2022 7 Hari Mencintaiku 3 Fatin Husna TV3
Impian Lara Lara Awesome TV
Reen Putus Cinta Reen
2023 Bunga, Aku Tunggu Haura TV3
TBA Kau Takdirkan Bersama Diana

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Air Yassin Cikgu Mastura TV2
2015 Talak Rina TV3
Romantika Bulan Madu Reen
Gebu-Gebu Manis Amira Astro Ria
Pengantin Gila Elina TV3
Wira Insan Suri TV9
Aku Bukan Hijabista Zaharah
Calon Isteri Odah TV1
Pinangan Ke-20 Balqis
2016 Cintaku Terkail Wani TV9
Kaki Kipas Erin
Dengan Beetle Kami Beraya Shura TV1
Jaga Depa Sat Mya TV3
Bella Zara
2017 Wanita Luar Biasa Alin TV9
Obses Irezah Unifi TV
Puteri Idaman Rita TV1
Jalan Sehala Ally
2018 Perahu Kecil Syikin
Hujan Manik Sofea
Haluan Erin TV2
2019 Geng Van Jenazah TV3
Pujaan Hati Kanda Raya Suria
5 Hari Kita Bertemu Raisyah TV2
2020 Arus Merah Marina Astro First Eksklusif
Jam Tangan Paksu Wardah TV1
Kembar Kasih Maira TV2
Tebus Sofia
Reda Ku Adrina TV Okey
Pesanan Nadia Nadia TV1
Jefri Haji Muda Awesome TV
2021 Puaka Pak Selar Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2012 Pilih Kasih (Musim 3) Dirinya sendiri/peserta TV2
2013 Dinamik 2 Artis Jemputan YouTube
2015 Ketuk - Ketuk Ramadan Artis Jemputan TV1
Sepahtu Reunion Cikgu Balqis Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Kelas Lakon"
2017 Perang Bibir (2017) Peserta TV9 Episod 7 & 11
2020 I Can See Your Voice Malaysia (Musim 3) Artis Jemputan
Senang Terhibur (2020) Artis Jemputan
Wanita Hari Ini Artis Jemputan TV3 Episod: "Benarkah Lelaki Cerewet"?
Glam ke Teng'glam Artis Jemputan Awesome TV Episod 6
2021 Shuk Nak Tanya 2 Artis Jemputan
Selamat Pagi Malaysia Artis Jemputan TV1 Mempromosikan drama "Kelmarin Cinta"
Jalan-Jalan Jom Pengacara TV Okey
2022 Rumah Insaf Awesome TV
Sepahtu Reunion Al-Raya Raisa Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Guntingkan Kesedihanmu"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2012 Pilih Kasih Juara
2013 Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama (Talak) Tercalon
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017 Pelakon Filem Wanita Popular Tercalon
2019 Anugerah Telenovela Pelakon Wanita Popular Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Reen Rahim, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Reen Rahim Kehidupan awalReen Rahim KerjayaReen Rahim Kehidupan peribadiReen Rahim FilemografiReen Rahim Anugerah dan pencalonanReen Rahim CatatanReen Rahim RujukanReen Rahim Pautan luarReen RahimPilih Kasih

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sabri YunusBella AstillahNa’im BrundageMakkahHutan hujan tropikaN. SurendranSolat Sunat RawatibAngeline TanPasukan bola sepak kebangsaan IraqNajis dalam IslamPersekutuan Pengakap MalaysiaSeri KembanganRukun ImanIslamKesihatanSunan Gunung JatiPASKAL (filem)Arab SaudiBahasa CinaBani SyaibahRujukan kehormatPutri JannahSharifah HanimSingapuraKerajaan SalakanagaraKasih Iris LeonaGunung berapiAlor SetarPerkahwinan menurut IslamTunku Abdul Rahman ibni Sultan IbrahimLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaNatasya MahyanBangladeshUqasha SenroseSejarah SingapuraTeluk IntanIntan NajuwaPiala FA InggerisDaerah di SabahFrekuensi radio di Negeri SembilanSenarai syarikat MalaysiaPemancutan maniJadual berkalaSungai PetaniBruneiAhli Sunah WaljamaahPosisi seksualGerak KhasBatik Air MalaysiaPendidikan di IndonesiaSenarai jajahan di KelantanJ RevolusiKanun KeseksaanAtmosfera planetKristianNegeri-negeri Melayu BersekutuUniversiti MalayaGayatri Su-Lin PillaiRendangJohor Darul Ta'zim F.C.Frekuensi radio di JohorAstro ShawKedah TuaAman Ramli JaafarJabatan Kemajuan MasyarakatTakdir Itu Milik AkuIkanPencemaran udaraPak Ketipak KetipungDaerah LangkawiMia KhalifaBuliSandrinna MichelleMusa HassanHubungan seksPuasa (Islam)Ms Puiyi🡆 More