Kerana Cinta Itu Ada ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Azri Izhar, dibintangi oleh Aedy Ashraf, Nabila Razali, Puteri Khareeza dan Alvin Chong.
Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia, TV3 bermula 28 Disember 2022 menggantikan Terima Kasih Cinta.
Kerana Cinta Itu Ada | |
---|---|
Genre | Romantik Lipur lara |
Berdasarkan daripada | Adaptasi novel Kerana Cinta Itu Ada karya Sophilea |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Azri Izhar |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Selagi Ku Ada" - Nabila Razali & Khai Bahar |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 28 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Zetty Adila Dato' Ramly Zetty Alia Dato' Ramly |
Penerbit | Dato Zaiton Muhd Jiwa |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Global Station Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 28 Disember 2022 – 3 Februari 2023 |
Kronologi | |
Mengikuti | Terima Kasih Cinta |
Diikuti oleh | Ku Akad Kau Dengan Bismillah |
Mengisahkan tentang seorang gadis bernama Nabila Aulia, graduan lulusan pengurusan perniagaan yang kini mengusahakan resort keluarganya.
Ketika bekerja di situ, Nabila Aulia (ataupun lebih mesra dipanggil, Bella) telah bertemu dengan Tengku Aisy Mateen, yang merupakan anak pemilik hotel terkemuka di Kuala Lumpur. Selepas beberapa pertemuan romantis yang tidak dijangka, membuatkan mereka berdua jatuh cinta.
Pada Bella, Aisy merupakan lelaki paling hebat yang pernah hadir dalam hidupnya. Manakala bagi Aisy, Nabila bukan hanya seorang gadis biasa tapi bidadari yang Allah kirimkan dari syurga. Villa Paksina menjadi saksi kisah cinta mereka.
Namun hubungan percintaan ini putus di tengah jalan dek kerana fitnah oleh kawan baik Bella sendiri, Dahlia Rizwani yang semenjak dahulu sentiasa menyimpan rasa cemburu dan sakit hati pada kawan baiknya.
Bella membawa diri bertahun-tahun lamanya dan Aisy tetap setia menanti. Hatinya yang terluka buatkan Bella membenci Tengku Aisy tanpa tahu antara dia dan Aisy masih terikat dalam hubungan suami isteri.
Dapatkah hubungan cinta mereka kembali terjalin atau terpaksa mengambil keputusan untuk melepaskan?
Alaman
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Kerana Cinta Itu Ada, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.