Pauline Tan: Pelakon dan model Malaysia

Pauline Tan Li Shin (Cina Mudah: 陈俐杏; pinyin: Chén Lìxìng; lahir 11 Februari 1991) merupakan seorang pelakon, pengacara, model dan bekas ratu cantik Malaysia.

Beliau merupakan naib juara Miss Universe Malaysia 2015.

Pauline Tan
Kelahiran
Pauline Tan Li Shin

(1991-02-11) 11 Februari 1991 (umur 33)
PekerjaanModel, pelakon, pengacara
Tahun aktif2011–kini
PangkatMiss Universe Malaysia 2015
PasanganHenley Hii (k. 2022)
Pemenang pertandingan kecantikan
Warna rambutHitam
Warna mataHitam

Kerjaya

Kerjaya awal

Pada tahun 2011, semasa menuntut di Taiwan, Tan telah mengambil bahagian dalam Miss Astro Chinese International semasa cuti musim panas tetapi tersingkir. Kemudian pada musim cuti musim panas di universiti tahun ketiga, Tan mula mendapati bahawa beliau mempunyai minat yang besar dalam industri media, tetapi seorang pelajar Kesusasteraan Bahasa Inggeris dan tiada kaitan dengan media.

Apabila mengetahui ntv7 sedang mencari pengacara untuk rancangan Mandarin Battle Star, Pauline tidak berganjak dan mencuba nasib, bagaimanapun beliau tidak disenaraipendekkan. Tuah memihak kepadanya apabila ditawarkan membintangi drama pertamanya, After Class yang bersiaran di ntv7. Beliau mula dikenali umum pada 2014 selepas membintangi drama Sweet Delicacy terbitan ntv7.

Miss Universe Malaysia 2015

Tan terpilih sebagai salah seorang dari 17 peserta yang bertanding di Miss Universe Malaysia 2015 dan beliau dinobatkan sebagai naib juara, di belakang Vanessa Tevi Kumares yang bergelar juara. Sepanjang penglibatannya dalam Miss Universe Malaysia 2015, beliau pernah mengikuti latihan intensif selama empat bulan.

Peranan lain

Pauline juga pernah dilantik sebagai duta DFKL 2018 bersama pelakon Syazuwan Hassan. Beliau juga menceburi lakonan dalam industri hiburan tempatan Cina dan Melayu. Pauline juga hos rancangan bual bicara berbahasa Cina iaitu Living Delight yang disiarkan secara langsung di 8TV dan ulang tayang di ntv7.

Kehidupan peribadi

Tan mengakui akan kelemahannya berbahasa Melayu dalam temuramah bersama mSTAR Online: "Saya mahu mencuba nasib di pasaran Melayu pula, jadi perlu fasih dan banyak yang perlu saya pelajari lagi. Sebelum ini saya belajar di Taiwan dan Korea menyebabkan saya sudah lebih lapan tahun tidak berbahasa Melayu."

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Rain Town Filem pertama

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017
The Memoir of Majie
Lei Yu Hong
雷雨虹
ntv7
Pelakon Utama
The Men In Black School
Meng Tian
孟恬
2018
Singing in the Spring
Xin An An
辛安安
8TV
Penampilan khas
(Episod 1)
2019
Sweet Delicacy
Long Xiao Yu
龙小余
Pelakon Utama
Dia Menantu Rahsia
Jenny
TV3
Pelakon Pembantu
Turning Point 2
Jessie Jian Hui Shan
简慧珊
8TV
Pelakon Utama
2020
Love Delivery
Long Xiao Yu
龙小余
Maaf Tak Indah
Cheryl
TV3
Pelakon Pembantu
2021
A Promise To Love
Guan Zi Mei
关子美
8TV
Pelakon Utama

Telefilem

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2014 We Were The Best Chloe Filem pendek
2015 Cafe Lumiere Eva
2018 Baeu, Baeu Dalnim
Kebaya Mek Hwa Mei
2019 Antara Dua Deru

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2014 Golden Award 2014 Pendatang Baru Terbaik Pauline Tan Tercalon
2018 Anugerah Skrin 2018 Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian The Memoir Of Majie Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pauline Tan KerjayaPauline Tan Kehidupan peribadiPauline Tan FilemografiPauline Tan Anugerah dan pencalonanPauline Tan RujukanPauline Tan Pautan luarPauline TanMiss Universe Malaysia 2015Pinyin

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Gangga NegaraBadarFrekuensi radio di SarawakSultan Sharafuddin Idris ShahInflasiPembenihan awanFrekuensi radio di TerengganuComorosBaksoUngku Ismail AzizWadi AnnuarAisyah Abu BakarNasi lemakPerang AhzabSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanSenarai Perlawanan Akhir Piala Dunia FIFAHaidOnn Hafiz GhaziMahkamah MalaysiaAgama BuddhaSemenyihPrivate BodyguardRuqyahAbdul Razak HusseinSenarai bank di MalaysiaAzhan RaniWings (kumpulan muzik Malaysia)Fauzi NawawiIbanKerisKanun KeseksaanAdnan bin SaidiNadia BrianSenarai Saintis IslamShahrulezad MohameddinKementerian Kesihatan MalaysiaPemboleh ubahPolis EVO 3Sepahtu Reunion LiveHero Seorang CinderellaMerdeka 118Nombor dalam budaya CinaJuventusSyirikAliff Dalam 7 DimensiTengku Zafrul Abdul AzizNuzul QuranKerenggaNabi Isa a.s.Mohd Na'im MokhtarKata hubung (bahasa Melayu)Pasukan Kadet PDRMMohd Ridhuan TeeCarles PuigdemontOptimismeKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Pembentukan MalaysiaWikipediaIsu kalimah Allah pada stoking 2024Jabatan Kastam Diraja MalaysiaHantu Kak Limah Balik RumahAzhar IdrusAmir AhnafNegara-Negara KomanwelBumiputeraRamadanUthman bin AffanZarina ZainuddinKota KinabaluAedy AshrafSabahUndang-undangSultanah ZanariahPerempuan Itu (drama)Konsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaParameswaraZodiakAl-QuranSSC Napoli🡆 More