Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2017.
Tema untuk acara tahun ini ialah "Fesyen dan Muzik" yang mana ia berkonsep apabila pemilihan pakaian penyanyi setiap kali AJL berlangsung memberi impak yang besar dan melengkapkan lagi jalan cerita lagu yang disampaikan. Trofi AJL pada musim ini menampilkan kelainan apabila disuntik dengan elemen fesyen hasil kerjasama Rizman Ruzaini.
Anugerah Juara Lagu 32 | |
---|---|
Tarikh | 11 Februari 2018 |
Tempat | Axiata Arena, Bukit Jalil |
Pengacara | Alif Satar & Sherry Alhadad |
Tempoh Tayangan | 3 jam |
Lagu "Jampi" nyanyian Hael Husaini (ciptaan beliau dan Ezra Kong) menjadi juara Anugerah Juara Lagu Ke-32 (hadiah RM50,000 + trofi). Lagu "Sejati" daripada Azmi Caliph Busker (Faizal Tahir dan Mike Chan) dan "Tergantung Sepi" nyanyian Haqiem Rusli (Ibnu dan Gouffran) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Manakala lagu "Aku Cinta" nyanyian Syamel dan Ernie Zakri memenangi Vokal Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi) sementara lagu "Amboi" daripada Altimet berjaya memperoleh anugerah Persembahan Terbaik (hadiah RM12,000 + trofi).
Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 32, 30 buah lagu akan berentap di peringkat separuh akhir yang disiarkan selama tiga pusingan bagi menentukan 12 lagu yang akan ke AJL 32.
Untuk melihat senarai semi-finalis untuk Juara Lagu ke-32, sila lihat Separuh Akhir Muzik Muzik 32.
Untuk merujuk senarai penuh finalis sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai lagu finalis Anugerah Juara Lagu.
Berikut adalah senarai finalis mengikut turutan giliran persembahan yang berentap di AJL ke-32:
Giliran | Tajuk Lagu | Komposer | Penulis Lirik | Penyanyi | Petikan Album | Label | Keputusan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
1 | "Lebih Sempurna" | Syameel Aqmal (Syamel) Edry Abdul Halim Mohd Anas (Boy Anaz) | Syameel Aqmal (Syamel) | Syamel | ▷ | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | Finalis |
2 | " Sejati" | Faizal Tahir Mike Chan | Faizal Tahir (digantikan oleh Azmi Saat) | "Anatomi" | Warner Music - Faithful Music | Naib Juara | |
3 | " Aku Yang Sebenar " | Mohamad Nasir Mohamed (M. Nasir) | Ahmad Shahadrian Abdul Samad (Ad Samad) | Hazama Azmi & The Penglipurlara | ▷ | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | Finalis |
4 | " Menahan Rindu" | Fadzrin Zulkurnain Yusof (Ibnu) | Sharman Daniel (Ghoufran) | Wany Hasrita | ▷ ; kemudian dimuatkan dalam "Menahan Rindu" (2018) | Fantasia Music City | |
5 | " Jampi" | Ezra Kong Hael Husaini Razmi | Hael Husaini | ▷ | Rocketfuel Entertainment - Astro Entertainment | Juara | |
6 | " Akhirnya Cinta " | Mohd Faizal Maas (Ajai) | Roslen Fadzil (Slen Fadzil) | Salma Asis | ▷ | Warner Music - Wake The Baby | Finalis |
7 | " Separuh Mati Ku Bercinta " | Mohd Faizal Maas (Ajai) | Dayang Nurfaizah | "Dayang Nurfaizah" | Indigital Music - DN&AD | ||
8 | " Aku Cinta" | Syameel Aqmal (Syamel) | Ernie Zakri Syamel | ▷ | Fantasia Music City - Astro Entertainment | Vokal Terbaik | |
9 | " Amboi " | D. Navindran (Navigator) | Ahmad Abdul Rahman (Altimet) | Altimet | "Amboi" | Sony Music - Yebba Yebba Altimet Holdings / Kartel Records | Persembahan Terbaik |
10 | " Warkah Untukku " | Akim Ahmad (Hang Nadim) | Zarimi Zahari (Laq) | Ara Johari | "AF2016" | Warner Music - Astro Entertainment | Finalis |
11 | " Bayang " | Ahmad Sairi Haslan bin Mohd Redzwan (Harry Khalifah/Alam) | Patrick Lofamia Anahoda (Patrick Anahoda) | Khai Bahar | ▷ ; kemudian dimuatkan dalam "Air Mata" (2019) | NAR Records | |
12 | " Tergantung Sepi" | Fadzrin Zulkurnain Yusof (Ibnu) | Sharman Daniel (Ghoufran) | Haqiem Rusli | ▷ ; kemudian dimuatkan dalam "Segalanya" (2018) | Fantasia Music City | Ketiga |
Untuk merujuk senarai penuh juri-juri yang pernah dilantik sepanjang penganjuran AJL, sila lihat Senarai Jemaah Juri Anugerah Juara Lagu.
Tahun | Anugerah | Kategori | Keputusan |
---|---|---|---|
2018 | Anugerah Skrin 2018 | Reka bentuk Set Terbaik | Menang |
Montaj Terbaik | Menang | ||
Rancangan Anugerah Terbaik | Tercalon |
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Anugerah Juara Lagu ke-32, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.