Agama: Sistem kepercayaan kudus

Agama (Jawi: ‏اڬام‎code: ms is deprecated ‎) pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa yang ghaib dan sakti seperti Allah, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan kepercayaan tersebut.

Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu sistem kepercayaan yang kohesif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek ketuhanan.

Agama: Peristilahan dan pentakrifan, Jenis agama, Fungsi Agama Kepada Manusia
Agama: Peristilahan dan pentakrifan, Jenis agama, Fungsi Agama Kepada Manusia
Pelbagai Simbol untuk agama

Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan melalui fenomena seperti yang berikut:

  • Perlakuan
    seperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara.
  • Sikap
    seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan anggapan suci dan bersih terhadap kucing.
  • Pernyataan
    seperti jampi,mantera dan kalimat suci.
  • Benda-benda material
    yang zahir seperti bangunan.Contohnya masjid, gereja, azimat dan tangkal.

Salah satu lagi ciri agama ialah ia berkaitan dengan tatasusila masyarakat. Ini bermakna agama bukan sahaja merupakan soal perhubungan antara manusia dengan tuhan, malah merupakan soal hubungan manusia dengan manusia. Ciri-ciri ini lebih menonjol di dalam agama universal, daripada agama folk.

"Lihat di dalam hak asasi manusia"

Manusia yang tidak mempercayai malah menolak adanya tuhan pula dipanggil ateis.

Peristilahan dan pentakrifan

Kata agama menyerap kata bahasa Sanskrit āgama (आगम) yang bererti "tradisi", ia pada dasarnya datang dari kata kerja dasar गम gāma bermaksud "pergi" (to go) dan आ (ā-) "menuju" (toward) lalu merujuk kepada "karya suci" "yang diturunkan" (that which has come down).

Kamus Besar Bahasa Indonesia mentakrifkan "agama" adalah "sistem yang mengatur tata keimanan (kepercayaan) dan peribadatan kepada Tuhan Yang Mahakuasa serta tata kaidah yang berhubungan dengan pergaulan manusia dan manusia serta lingkungannya". Kamus Dewan pula mentakrifkan "agama" sebagai "kepercayaan pada Tuhan", "sifat-sifat serta kekuasaan"-Nya serta "penerimaan ajaran dan perintah-Nya".

Jenis agama

Agama boleh dibahagi kepada beberapa jenis menurut kategori tertentu. Orang ramai biasanya menjeniskan agama kepada agama yang sahih dan agama sesat. Penjenisan mudah ini adalah subjektif, malah boleh mendatangkan perasaan tidak puas hati dalam masyarakat yang berbilang kaum dan agama. Dengan itu, agama haruslah dijeniskan berdasarkan kategori yang zahir.

Dari segi penyebaran

Dari segi penyebarannya,sesuatu agama boleh dibahagi kepada dua jenis iaitu:

  • Agama Sejagat
    merupakan agama-agama yang "besar" dan mempunyai minat untuk menyebarkan ajaran untuk keseluruhan umat Manusia. Sasaran agama jenis ini adalah kesemua manusia tanpa mengira kaum dan bangsa. Contohnya: agama Islam, Kristian dan Buddha.
  • Agama Rakyat
    merupakan agama yang kecil dan tidak mempunyai sifat dakwah seperti agama sejagat. Amalannya hanya terhad kepada bangsa tertentu. Contohnya: Agama Rakyat China/Taoisme dan agama Sikh.

Dari segi sumber rujukan

Semua agama menganggap ajarannya kudus. Kekudusan itu berpunca daripada satu sumber yang kudus juga. Dari segi sumber, agama-agama di dunia boleh dibahagi kepada dua jenis:

  • Agama Bersumberkan wahyu.
    Merujukkan agama yang menuntut dirinya sebagai agama yang diturunkan daripada Tuhan sendiri. Penurunan ini biasanya melalui seorang Rasul. Daripada itu, agama yang berkenaan menganggap ajarannya adalah kebenaran yang muktamad. Contohnya: agama Yahudi, Kristian dan Islam.
  • Agama Budaya.
    merujuk kepada agama yang tidak menuntut kepada sumber wahyu. Agama ini mengabsahkan dirinya dengan merujuk kepada pelbagai sumber seperti pembuktian, adat, falsafah dan sebagainya. Contohnya: agama Buddha dan Hindu.

Dari segi tanggapan ketuhanan

Agama-agama yang berbeza mempunyai pandangan yang berbeza mengenai Tuhan. Perbezaan ini mungkin dari segi nama Tuhan dan sifat Tuhan. Secara amnya, agama menurut penjenisan ini dapat dibahagi kepada 2 jenis.

  • Agama Monoteisme
    merupakan agama yang menganggap Tuhan hanya satu, yakni mendukung konsep kewahidan Tuhan. Contohnya, agama Islam.
  • Agama Politeisme
    merupakan agama yang menganggap bahawa Tuhan wujud secara berbilangan, yakni ada banyak Tuhan atau Tuhan boleh berpecah kepada banyak bentuk. Contohnya, agama Hindu, Agama Rakyat China.

Fungsi Agama Kepada Manusia

Dari segi pragmatisme, seseorang itu menganut sesuatu agama adalah disebabkan oleh fungsinya. Bagi kebanyakan orang, agama itu berfungsi untuk pelindung kebahagiaan hidup. Tetapi dari segi sains sosial, fungsi agama mempunyai dimensi yang lain seperti apa yang dihuraikan di bawah:

  • Memberi pandangan dunia kepada satu-satu budaya manusia.
    Agama dikatankan memberi pandangan dunia kepada manusia kerana ia sentiasanya memberi penerangan mengenai dunia(sebagai satu keseluruhan), dan juga kedudukan manusia di dalam dunia. Penerangan bagi pekara ini sebenarnya sukar dicapai melalui inderia manusia, melainkan sedikit penerangan daripada falsafah. Contohnya, agama Islam menerangkan kepada umatnya bahawa dunia adalah ciptaan Allah(s.w.t) dan setiap manusia harus menaati Allah(s.w.t).
  • Menjawab pelbagai soalan yang tidak mampu dijawab oleh manusia.
    Sesetangah soalan yang sentiasa ditanya oleh manusia merupakan soalan yang tidak terjawab oleh akal manusia sendiri. Contohnya soalan kehidupan selepas mati, matlamat hidup, soal nasib dan sebagainya. Bagi kebanyakan manusia, soalan-soalan ini adalah menarik dan untuk menjawabnya adalah perlu. Maka, agama itulah digunakan untuk menjawab soalan-soalan ini.
  • Memberi rasa kekitaan kepada sesuatu kelompok manusia.
    Agama merupakan satu faktor dalam pembentukkan kelompok manusia. Ini adalah kerana sistem agama menimbulkan keseragaman bukan sahaja kepercayaan yang sama, malah tingkah laku, pandangan dunia dan nilai yang sama.
  • Bertugas sebagai kawalan rakyat.
    Kebanyakan agama di dunia adalah menyaran kepada kebaikan. Dalam ajaran agama sendiri sebenarnya telah menggariskan kod etika yang wajib dilakukan oleh penganutnya. Maka ini dikatakan bahawa agama bertugas sebagai kawalan rakyat.

Senarai agama

Jenis-jenis Kristian

  • Gereja Anglikan Ortodoks
  • Gereja Anglikan di Amerika Utara
  • Gereja Episkopal Kristian
  • Gereja Katolik Anglikan
  • Kommunion Anglikan
    • Gereja Anglikan Amerika Tengah
    • Gereja Anglikan Australia
    • Gereja Anglikan Bermuda
    • Gereja Anglikan Burundi
    • Gereja Anglikan di Aotearoa, New Zealand dan Polynesia
    • Gereja Anglikan Jepun
    • Gereja Anglikan Kanada
    • Gereja Anglikan Kenya
    • Gereja Anglikan Kon Selatan Amerika
    • Gereja Anglikan Kongo
    • Gereja Anglikan Korea
    • Gereja Anglikan Mexico
    • Gereja Anglikan Papua New Guinea
    • Gereja Anglikan Rwanda
    • Gereja Anglikan Selatan Afrika
    • Gereja Anglikan Tanzania
    • Gereja Bebas Filipina
    • Gereja Sailan
    • Gereja di Wilayah Hindia Barat
    • Gereja England
    • Gereja Episkopal (Amerika Syarikat)
    • Gereja Episkopal Anglikan Brazil
    • Gereja Episkopal Cuba
    • Gereja Episkopal di Baitulmaqdis dan Timur Tengah
    • Gereja Episkopal "Reformed" Sepanyol
    • Gereja Episkopal Scottish
    • Gereja Episkopal Sudan
    • Gereja Evangelikal Hawari Katolik Lusitania
    • Gereja Ireland
    • Gereja Nigeria
    • Gereja Uganda
    • Gereja Wales
    • Gereja Wilayah Afrika Barat
    • Gereja Wilayah Afrika Tengah
    • Gereja Wilayah Asia Tenggara
    • Gereja Wilayah Lautan Hindi
    • Gereja Wilayah Melanesia
    • Gereja Wilayah Myanmar
    • Hong Kong Sheng Kung Hui
  • Misi-Misi Anglikan di Amerika
  • Perikatan Anglikan Kanada
  • Gereja Hawari Baru
  • Gereja Katolik
    • Aliran Albania
    • Aliran Armenia
    • Aliran Bulgaria
    • Aliran Croatia
    • Aliran Kalda
    • Aliran Latin
    • Aliran Maruni
    • Aliran Melkite
    • Aliran Romania
    • Aliran Slovak
    • Aliran Syria
    • Aliran Ukraine
    • Aliran Yunani
    • Ordinari Untuk Pengikut Pelbagai Gereja-Gereja Katolik Timur
  • Katolik Lama
    • Gereja Katolik Kebangsaan Poland
  • Katolik Liberal
    • Gereja Katolik Liberal
  • Kristian Bebas
  • Kristian Zionis Afrika
    • Gereja Kristian Zion
  • Yahudi Pengikut Al Masih
    • Kesatuan Perhimpunan-Perhimpunan Nasrani Bani Israel
    • Kesatuan Perhimpunan-Perhimpunan Yahudi Pengikut Al Masih
    • Ministri Bangsa Pilihan Tuhan
    • Ministri Kalam Al Masih
    • Pakatan Yahudi Pengikut Al Masih Bersatu
    • Perhimpunan Yahudi Pengikut Al Masih Beth Shalom
    • Persatuan Perhimpunan-Perhimpunan Al Masih
    • Persatuan Saksi-Saksi Jesus Al Masih Sedunia
    • Persekutuan Antarabangsa Yahudi Pengikut Al Masih
  • Gereja Ortodoks Timur
  • Gereja Hawari Armenia
    • Takhta Suci Kilikiyah
    • Ibu Takhta Ejmiatsin Suci
  • Gereja Assyria Kuno Timur
  • Gereja Katolik Ortodoks Amerika
  • Gereja Kuno Timur
  • Gereja Ortodoks Abkhazia
  • Gereja Ortodoks Afrika
  • Gereja Ortodoks Arab
  • Gereja Ortodoks Yunani
    • Gereja Cyprus
    • Gereja Ortodoks Yunani di Antioch
    • Gereja Ortodoks Yunani di Baitulmaqdis
    • Gereja Ortodoks Yunani di Iskandariyah
    • Gereja Yunani
    • Patriarchate Ekumenikal Yunani Instanbul

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Agama Peristilahan dan pentakrifanAgama Jenis agamaAgama Fungsi Kepada ManusiaAgama Senarai agamaAgama Lihat jugaAgama RujukanAgamaAllahKepercayaanTuhanTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

BermainAsia TenggaraSenarai saluran AstroFrekuensi radio di PerakBukan Kahwin PaksaMonokotiledonOrang utanJohor Darul Ta'zim F.C.Azhan RaniKlangSyed Zainal Abidin Syed Mohd TahirAbby AbadiUniversiti Sains MalaysiaEPeristiwa 13 MeiNegeri SembilanCampaShazia RozainiM.O.BSurah al-BaqarahElly ArifinLiga Super Malaysia 2024–2515 Puasa (telefilem)Orang LampungButakPhat FamilyAnna JoblingOlahragaSukan elektronikAmyra RosliSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarHang TuahDarurat Tanah MelayuMacNasi tangasMyKadIzzue IslamBendera MalaysiaMatlamat Pembangunan MampanMohd Zaquan Adha Abdul RadzakNabi Musa a.s.Bella AstillahHantu Kak Limah Balik RumahZul AriffinPerakTengku Permaisuri NorashikinJangan Menangis Cinta (drama)Raja berperlembagaanPantang larang MelayuZara ZyaHukum madHari Raya AidiladhaAllosaurusBahasa Melayu MalaysiaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaRozita Che WanSenarai negara berdaulatPangsapuriBaby ShimaSyamer Kutty AbbaOrang Cina MalaysiaPerlembagaan MalaysiaFolikel buluSarimah IbrahimSetelah Cinta Itu PergiMat SallehSarawakKugiran MasdoKerenggaKhairulaming18 Puasa di Kampong PisangNegarakuHuruf syamsiah dan qamariahKitab suci IslamNabila HudaPeribahasa MelayuTwitter🡆 More