Kru

KRU merupakan kumpulan pop dan hip hop Malaysia yang ditubuhkan pada 1992.

Ia dianggotai oleh tiga bersaudara Norman, Yusry dan Edry Abdul Halim. Kumpulan KRU telah mengembangkan lagi bidang yang diceburi mereka dengan menubuhkan syarikat rakaman mereka yang dikenali sebagai KRU Records. Selain merevolusikan industri muzik Malaysia, KRU juga menubuhkan syarikat mereka sendiri, KRU Studios yang mengkhususkan industri media dan hiburan di Malaysia.

KRU
Berasal dariMalaysia
GenreR&B, Hip Hop, Pop
InstrumenVokal
Tahun aktif1992–2018
Syarikat rakaman
EMI Music Malaysia (1992-2006)
KRU Records (1995-2018)
Pengkarya berkait
Feminin, Elite, Indigo, Juliana Banos, Ezlynn, Rabbani, Ella, Tyco, Abon, Adam AF2, Stacy AF6, V.I.P., Saiful Apek, Shy'8, Forteen, M. Daud Kilau, Altimet, Mojo, Jaclyn Victor, Anita Sarawak, Dafi
Laman sesawang
http://www.krustudios.com
Bekas ahli(Norman) Dato' Norman bin Abdul Halim
(Yusry) Datuk Yusry bin Abdul Halim
(Edry) Edry bin Abdul Halim

Pada 18 April 2018, kumpulan ini mengumumkan pembubaran mereka selepas 25 tahun bersama selepas konsert terakhir mereka yang telah diadakan di Istana Budaya, Kuala Lumpur pada 6 Mei.

Sejarah

Ketiga-tiga adik-beradik ini mula menghasilkan muzik sendiri sejak di bangku sekolah lagi apabila salah seorang ibu saudara mereka membeli papan nada mainan untuk Norman sempena hari jadinya yang turut mencetus minat adik-adiknya terhadap muzik.

Ketika adik-beradik bin Abdul Halim menghabiskan waktu remaja mereka di London, mereka terdedah kepada pelbagai irama muzik Barat. Pada masa itu muzik Melayu dipenuhi lagu berentak jiwang dan rock balada. Mereka juga merupakan penyokong pasukan bola sepak Selangor, pernah menulis lagu rap bertajuk Viva Selangor untuk pasukan kegemaran mereka, disusuli oleh lagu Merah Kuning. Ketika itu mereka dikenali sebagai SRUSelangor Rappers Unit.

Semenjak itu, Norman, Yusry dan Edry mula menulis lebih banyak lagu original. Tanpa pengetahuan mereka seorang rakan sekampus Norman menghantar demo mereka kepada syarikat rakaman EMI (Malaysia). Pengurus syarikat ketika itu, Calvin Wong, menyukainya dan memanggil adik-beradik itu untuk uji bakat. Tidak lama kemudian, pada 19 Mei 1992, lahirnya kumpulan KRU.

Kumpulan KRU merupakan kumpulan rap yang paling diminati oleh para remaja sekitar tahun 90-an. Mereka telah terlibat dalam pelbagai kontroversi tetapi mereka masih dapat bertapak dalam industri muzik Malaysia dengan kukuh hingga sekarang.

Pada 2000, mereka menubuhkan kumpulan muzik maya bernama Tyco, yang ahlinya terdiri daripada mereka bertiga sendiri versi animasi.

Pada 18 April 2018, KRU mengumumkan pembubaran mereka selepas konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU25 yang akan berlangsung di Istana Budaya selama tiga hari mulai 4 hingga 6 Mei 2018, dengan tiket sebanyak 80 peratus telah dijual. Menurut Norman selaku ketua kumpulan, keputusan ini telah dipersetujui oleh beliau, Yusry dan Edry. Malah tiada perancangan untuk KRU membuat persembahan pertemuan semula pada masa hadapan berikutan setiap anggotanya sibuk dengan kehidupan dan kerjaya masing-masing. Norman turut memaklumkan entiti KRU dalam bidang perniagaan akan tetap berterusan dan beroperasi seperti biasa.

Sebuah rokumentari khas mengenai perjalanan muzik KRU telah diumumkan oleh Norman dan telah diterbitkan pada Julai 2018.

Cabang lain

Selain bidang muzik, KRU turut mengembangkan sayap mereka dalam bidang perniagaan menerusi Kumpulan Syarikat KRU yang ditubuhkan pada 1992. Berikut ialah senarai anak syarikat KRU:

  • KRU Studios
  • KRU Academy
  • KRU Music
  • KRU Media
  • KRU Entertainment
  • KRU Singapore
  • Prodigi Lab
  • Hot Jam Cafe
  • Showbiz Productions
  • Kartun Studios
  • Music Unlimited
  • United Studios

Diskografi

Album studio

Diskografi KRU
Album studio13
Album kompilasi3
Video muzik28
Single26

Album kompilasi

Tajuk Maklumat
Krumania
Relax
Gergasi
  • Dikeluarkan: 2018
  • Label: KRU Music

Single

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1992 "Cherrina" Canggih
"Hanya Kau"
"Sekali Lagi (Gadisku)"
1993 "20/20"
"Mengerti" ReKRUed
"Gadis Jelita"
1994 "Inikah Ertinya Cinta?"
"Janji Tinggal Janji"
"Katanya..."
"Awas!" Awas (EP)
"Untukmu (KRU Cover)"
"Di Dalam Dilema"
1995 "E'nuff Eez E'nuff"
"Negatif" Beware: Awas! Da Soundtrack
"2"
"I'll be Waiting"
"Malam Kita"
"Emilia"
1996 "Salah Siapa?"
"Ooh! La! La!" Ooh! La! La!
"Freaky G"
"Apa Saja" &mdash
"Diari Metropolitan" ft Kumpulan Elite
"Balada Hati"
1997 "Semuanya OK"
"Everest" Projek Everest
"Fanatik" Krumania
"Di Pintu Syurga" padusuara bersama Kumpulan Elite
"Getaran Jiwa" padu suara bersama P. Ramlee
1998 "Fobia" OST Silat Lagenda
"Setia Bersama" Padu suara bersama Sheila Majid
"The Way We Jam" The Way We Jam
1999 "More Than Forever"
"For You"
"Luar Biasa" Formula Luar Biasa
"Formula"
"Jangan Lafazkan"
2000 "Hilang Kawalan"
"Penjunjung Namaku"
"Seperti Yang Ku Jangka" Padu suara bersama Kumpulan Indigo Episod 3
"Bidadari" Tyco
2001 "With You"
"Saat Ku Pejamkan Mata"
"Supermokhtar"
2002 "Impak Maksima" Empayar KRUjaan Vol I & II
"Perpisahan Terasing"
"Mahaguru"
2003 "Sayang"
"Bintang Popular"
2004 "Babe" Relax
2005 "Suluhkan Sinar" padu suara bersama pelbagai artis CD Amal Tsunami
"Terhangat Di Pasaran" menampilkan Adam KRUnisme
"Empat Syarat"
"Sampai"
"Berat"
2006 "Gerenti Beres" 10 Di Skala Richter
"Buat Hal Lagi" menampilkan The Hits Squad
2007 "Kena Marah (Pun Tak Kisah)"
"Ladida Ladida"
2008 "Planet Hitam" OST Cicakman 2
2009 "Sujud" Ditampilkan bersama Mawi Allah Habibee
2011 "Ganas" Hitman
"Tiga Kata" KRUnomena
2012 "Wanita"
2013 "Semalam Tanpamu" padu suara bersama Stacy Anam
"Setiap"
"Erti Aidilfitri" Erti Aidilfitri (Single)
2016 "Hingga Ke Jannah" Hingga Ke Jannah (Single)
"Kuasa Juara" Team Malaysia (Olimpik 2016)
2018 "Tahan Lama" menampilkan Joe Flizzow Gergasi 25 Tahun

Lagu-lagu ciptaan

Berikut ialah lagu-lagu ciptaan KRU yang dipersembahkan oleh artis lain.

  • Cyndi Wang (Penyanyi Taiwan) - Hi Hi Bye Bye (Nyanyian asal Ezlynn)
  • AZ Yet ft. Jaclyn Victor - Magical Moment (OST Ribbit)
  • Yuki - 亂了 (Aku Siapa Kau Siapa, Penyanyi asal: Elite)
  • Alex To - 妳有罪的心 (Andai Kau Pergi, Penyanyi asal: Indigo)
  • Caliph Buskers - Hanya NamaMu
  • Sharifah Aini - Takkan Melayu Hilang Di Dunia
  • Anita Sarawak - Seksis; Ular
  • Erra Fazira - Ingin Tahu
  • Ella - Permata Pemotong Permata; ISA /Aku
  • Tiara Jacquelina - Asmaradana (OST Puteri Gunung Ledang)
  • Anuar Zain - Sedetik Lebih (OST Hikayat Merong Mahawangsa)
  • Zainal Abidin - Ceritera (OST Silat Lagenda)
  • Amy Mastura - Satu Dalam Sejuta; Tekanan Jiwa
  • Ning Baizura - Bawa Daku Pergi
  • Rabbani - Pergi Tak Kembali; Satu Kiblat Yang Sama; Apa Yang Kau Tahu; Intifada
  • Feminin - Kini; Untukmu; Di Mana; Selamat Tinggal Cinta
  • Imam Muda - Pejuang Agama (Lagu Tema Imam Muda 2)
  • Shahir - Kebahagiaan Dalam Perpisahan
  • Elite - GIG; Trauma; Tamparan Wanita; Manisnya Senyumanmu; etc (Artis KRU)
  • Adam - Tak Tahu; Robot; etc ( Artis KRU )
  • Forteen - Kita; etc (Artis KRU)
  • Adira - Aku Ada Kamu
  • Mawi & Diana Danielle - Penyembuh Rindu (OST Magika)
  • Mawi, Akhil Hayy; Imam Muda - HambaMu (Lagu Tema Imam Muda)
  • Tomok - Arjuna
  • Syura - Gantung
  • Sofaz - Pencinta Terbaik
  • Indah & Ewal - Cerita Cinta Kita (OST Pelamin Fantasia)
  • Slam - Sinar Menunggu; Biarkannya
  • Indigo - Istimewa; Gadis Misteri;etc (Artis KRU)
  • X-factor - Sehangat Api;7251364; etc (Artis KRU)
  • Phyne Ballerz - Monte Carlo; Kawan Makan Kawan; etc (Artis KRU)
  • Ezlynn -Hi Hi Bye Bye; etc (Artis KRU)
  • Stacy - Pakai Buang; Jahat;
  • Arip (Pemenang Kilauan Emas 4) - Aku Tak Bisa
  • Pelbagai Artis - Gemuruh Suara (Team Malaysia)

Konsert

  • 1993
    • ReKRUed Rap Tour
  • 1995
    • Awas Da' Concert
  • 1997
    • KRU Mega Tour (Ditaja oleh Peter Stuyvesant)
  • 1999
    • Jammin the Nation
  • 2002
    • Konsert Empayar Krujaan (26 Oktober 2002) - Dataran Merdeka
  • 2012
    • Konsert Ulang Tahun Ke-20 - Orange Club, Kuala Lumpur
  • 2018
    • Konsert Gergasi 25 KRU - Istana Budaya Kuala Lumpur

Anugerah dan pencalonan

Anugerah Industri Muzik

  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1995 – Jurutera Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas); Album Pop Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Awas)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1996 – Persembahan Vokal Berkumpulan Terbaik Di Dalam Album (Artis/Album: KRU/Awas da’ Soundtrack)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1997 – Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry/Izan/Jon Gass/Martin Horenburg/Steve Hall/Ooh! La! La!); Album Terbaik (Artis/Penerbit/Album: KRU/KRU/Ooh! La! La!)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Saw Teong Hin/Fanatik)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 1999 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: KRU/The Way We Jam); Jurutera Album Terbaik (Jurutera/Album: Edry Abdul Halim/The Way We Jam); Anugerah Kembara
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2002 – Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/KRU/Intifada)
  • Anugerah Industri Muzik (AIM) 2003 – Muzik Video Terbaik (Pengarah/Lagu: Virginia Kennedy/Impak Maksima); Album Nasyid Terbaik (Artis/Penerbit/Album: Rabbani/Edry, Archie & Ustaz Sohibul/Qiblat)
  • Anugerah Bintang Popular 1994 - Penghibur TV Paling Popular (Lelaki)
  • Anugerah Bintang Popular 1995/96 - Penyanyi Berkumpulan Popular
  • Anugerah Bintang Popular 1998/99 - Penyanyi Berkumpulan Popular
  • Anugerah Bintang Popular 2004 - Penyanyi Lelaki Popular (Yusry)

Anugerah Era

  • Muzik Video Pilihan (Terhangat Di Pasaran)
  • Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan

Anugerah Juara Lagu

  • AJL18: Pemenang kategori Pop Rock menerusi lagu Hi Hi Bye Bye oleh Ezlynn

Anugerah Planet Muzik

  • Anugerah Planet Muzik 2001 - Duo/Kumpulan Terbaik
  • Anugerah Planet Muzik 2008 - Anugerah Cipta Planet Muzik

Festival Filem Malaysia

  • Festival Filem Malaysia 2009 - Filem Terbaik (Magika)
  • Festival Filem Malaysia 2011 - Hikayat Merong Mahawangsa
  • Festival Filem Malaysia 2014 - Filem Animasi Terbaik (Ribbit)

Anugerah Shout!

  • Anugerah Shout! 2012 - The Ultimate Shout Award
  • Anugerah Shout! 2013 - Music Video Award (Semalam Tanpamu - bersama Stacy)

Malaysia Book of Records

    1997
  • Artis pertama berduet dengan yang telah meninggal dunia (P. Ramlee - Getaran Jiwa)
  • Muzik video pertama dicalonkan di Anugerah Muzik Video MTV (Fanatik)
    2001
  • Artis Alam Maya Pertama Di Malaysia (Tyco)

Anugerah lain

    Anugerah Pencapaian EMI
  • Memperoleh Platinum 10x untuk jualan album mencecah 1 juta.
    Anugerah Video M 1997
  • Muzik Video Terbaik, Persembahan Terbaik oleh Artis, Suntingan Terbaik, Fotografi Terbaik, Penataan Seni Terbaik, Arahan Terbaik
    ntv7’s Most Popular Video Clip
  • Klip Video Terbaik (Jangan Lafazkan)
    Malaysian Video Awards 2002
  • Impak Maksima memenangi PERAK dalam kategori Muzik Video Terbaik
    Anugerah Tokoh Profima
  • Norman Abdul Halim
    The BrandLaureate Grand Master Brand Icon Leadership Award
  • Norman Abdul Halim
    MACP
  • Lagu Inggeris Popular (The Way We Jam)
  • Anugerah Komposer dengan Pendapatan Terbanyak - Edry Abdul Halim
    IOC Trophy Sport Innovation
  • Kuasa Juara
    Niagara Integrated Film Festival
  • Best Family Film - Ribbit

Catatan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Kru SejarahKru Cabang lainKru DiskografiKru KonsertKru Anugerah dan pencalonanKru CatatanKru RujukanKru Pautan luarKruEdry bin Abdul HalimKRU RecordsKRU StudiosMalaysiaNorman bin Abdul HalimSyarikat rakamanYusry bin Abdul Halim

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

LatKristianPedofiliaKelantanGen1esSarawakNombor dalam budaya CinaAwieGabenor Bank Negara MalaysiaAzhan RaniKata ganti diriPegawai WaranMierul AimanSlot SamarindaMenteri Besar PerlisAtikah SuhaimeJamrahSoffi JikanManchester United F.C.Bola tamparSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3IpohAziz HarunKetua Polis Negara MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahTV3Isteri HalalShah IskandarCabang dan mazhab IslamBaba dan NyonyaSharifah ShahirahDollaMusa HitamBella DowannaHelikopter Nuri Terhempas di Genting Sempah 2007BabiTimbalan Perdana Menteri MalaysiaSabronzoAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamTentera Darat MalaysiaHun HaqeemNabila RazaliAyah PinBurasSolat jamakKedahSheikh Muszaphar ShukorWan Azizah Wan IsmailHemoroidSelangor F.C.MonyetShah AlamPiala Asia B-23 AFC 2024SelangorRatu SofyaMalaysiaMasjid Sri SendayanKuala Kubu BharuKuantanSofia JaneSultanah Nur ZahirahMaktab Rendah Sains MARA Sungai BesarMustaqim BahadonKerajaan MataramSaronTikTokSenarai Yang di-Pertuan AgongJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahNadia AqilahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunIntan NajuwaSumazauPenjajahan Jepun di Tanah MelayuJean Retno AryaniYasmin NapperSaleemSenarai model kereta ProtonIntan Ladyana🡆 More