Manchester United F.c.

Manchester United Football Club, biasanya dirujuk sebagai Man United (selalu disingkatkan sebagai Man Utd), atau secara ringkasnya United, ialah sebuah kelab bola sepak profesional yang berpangkalan di Old Trafford, Greater Manchester, England.

Kelab ini bersaing dalam Liga Perdana, iaitu divisyen teratas dalam sistem liga bola sepak Inggeris. Digelar Red Devils, ia ditubuhkan sebagai Kelab Bola Sepak Newton Heath LYR pada tahun 1878, tetapi menukar namanya kepada Manchester United pada tahun 1902. Selepas beberapa waktu bermain di Clayton, Manchester, kelab ini telah berpindah ke stadium sekarang, di Old Trafford, pada tahun 1910.

Manchester United
Manchester United's emblem
Nama penuhManchester United Football Club
GelaranThe Red Devils
United
Nama pendekMan United
Man Utd
Diasaskan1878; 146 tahun yang lalu (1878), sebagai Newton Heath LYR F.C.
24 April 1902; 121 tahun yang lalu (1902-04-24), sebagai Manchester United F.C.
StadiumOld Trafford
(Kapasiti: 74,310)
PemilikManchester United plc (NYSE: MANU)
Pengerusi bersamaJoel Glazer dan Avram Glazer
PengurusErik ten Hag
LigaLiga Perdana Inggeris
2022–23Liga Perdana Inggeris, ke-3 dari 20
Tapak sesawangLaman kelab
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Warna tuan rumah
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Warna tempat lawan
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Manchester United F.c.
Warna ketiga
Manchester United F.c. Musim semasa

Di peringkat tempatan, Manchester United telah memenangi rekod 20 kejuaraan Liga, 12 Piala FA, enam Piala Liga, dan rekod 21 Perisai Komuniti FA. Untuk kejohanan bola sepak antarabangsa pula mereka telah memenangi Piala Eropah/Liga Juara-Juara UEFA tiga kali, dan Liga Europa UEFA, Piala Pemenang Piala UEFA, Piala Super UEFA, Piala Intercontinental serta Piala Dunia Kelab FIFA sekali. Pada tahun 1968, di bawah kendalian Matt Busby, 10 tahun selepas lapan pemain kelab itu terbunuh dalam tragedi nahas udara Munich, mereka menjadi kelab Inggeris pertama memenangi Piala Eropah. Sir Alex Ferguson ialah pengurus yang paling lama berkhidmat dan paling berjaya di kelab ini, beliau memenangi 38 trofi, termasuk 13 kejuaraan liga, lima Piala FA, dan dua gelaran Liga Juara-Juara antara 1986 dan 2013. Pada musim 1998–99, di bawah Ferguson, kelab ini menjadi yang pertama dalam sejarah bola sepak Inggeris yang berjaya meraih trebel di Eropah iaitu Liga Perdana, Piala FA, dan Liga Juara-Juara UEFA. Dengan memenangi Liga Europa UEFA di bawah kendalian Jose Mourinho pada musim 2016–17, mereka menjadi salah satu daripada lima kelab yang telah memenangi tiga pertandingan utama kelab UEFA yang asal. (Liga Juara-Juara, Liga Europa dan Piala Pemenang Piala).

Manchester United ialah salah satu kelab bola sepak yang paling mendapat sokongan meluas di dunia dan ada permusuhan yang ketat dengan Liverpool, Manchester City, Arsenal dan Leeds United. Manchester United ialah kelab bola sepak yang mendapat pendapatan tertinggi di dunia untuk musim 2016–17, dengan pendapatan tahunan sebanyak €676.3 juta, dan kelab bola sepak ketiga paling bernilai di dunia pada tahun 2019, dinilai pada jumlah £3.15 bilion ($3.81 bilion). Selepas diapungkan di Bursa Saham London pada tahun 1991, kelab ini telah diambil alih secara persendirian pada tahun 2005 selepas dibeli oleh ahli perniagaan Amerika Malcolm Glazer yang dianggarkan bernilai hampir £800 juta, di mana lebih £500 juta wang yang dipinjam menjadi bebanan hutang kepada kelab. Mulai 2012, beberapa saham kelab telah disenaraikan di Bursa Saham New York, namun begitu keluarga Glazer masih lagi mengekalkan pemilikan dan kawalan keseluruhan kelab.

Sejarah

Tahun-tahun awal (1878-1945)

Kelab ini telah ditubuhkan sebagai Newton Heath F.C. pada 1878 sebagai pasukan pekerja dari stesen Keretapi Lancashire dan Yorkshire di Newton Heath. Selepas hampir muflis pada tahun 1902, kelab ini telah diambil alih oleh J H Davies dan ditukar nama kepada Manchester United. Padang Old Trafford telah di bom pada Perang Dunia Kedua, menyebabkan kelab ini meminta ikhsan dari jiran terdekat mereka Manchester City, yang mana membenarkan mereka untuk menggunakan padang di Maine Road untuk seketika.

Tahun-tahun Busby (1945-1969)

Manchester United F.c. 
Plak di Old Trafford sempena memperingati mereka-mereka yang terkorban di dalam tragedi Munich Air.

Matt Busby telah dilantik menjadi pengurus pada tahun 1942 dan telah mengambil langkah yang tidak pernah didengar ketika itu, dengan menyertai pemain ketika latihan serta melakukan kerja-kerja pentadbiran. Beliau dengan segera mencapai kejayaan, apabila kelab ini berjaya menghabiskan liga ditempat kedua pada tahun 1947 dan memenangi Piala FA pada tahun 1948.

Beliau juga telah membawa polisi mengambil pemain dari pasukan belia bilamana sesuai, dan telah memenangi liga pada 1956 dengan purata umur pemain hanya pada 22 tahun. Polisi belia ini telah memainkan peranan yang penting kepada kejayaan kelab ini. Pada musim berikutnya, mereka sekali lagi memenangi liga dan berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA, kalah kepada Aston Villa. Mereka juga merupakan pasukan Inggeris pertama yang bertanding didalam Piala Eropah, dan berjaya sampai ke separuh akhir.

Tragedi telah menimpa pada musim berikutnya, apabila pesawat yang membawa pulang pasukan dari perlawanan Piala Eropah terhempas ketika berlepas setelah mengisi minyak di Munich. Tragedi Munich pada 6 Februari 1958 telah mengorbankan lapan pemain dan lima belas penumpang lainnya. Terdapat andaian bahawa kelab ini akan gulung tikar, tetapi, dengan Jimmy Murphy mengambil alih sebagai pengurus ketika Matt Busby beransur pulih dari kecederaan, kelab ini terus bermain menggunakan pemain-pemain simpanan. Walaupun begitu, mereka berjaya mencapai perlawanan akhir Piala FA sekali lagi, dimana mereka tewas kepada Bolton Wanderers.

Busby membina kembali pasukan pada awal 1960-an, dengan mengikat pemain seperti Denis Law dan Pat Crerand. Pasukan ini telah memenangi Piala FA pada tahun 1963, dan selepas itu memenangi liga pada tahun 1965 dan 1967 diikuti oleh Piala Eropah pada tahun 1968, sekaligus menjadi kelab pertama Inggeris yang berjaya melakukannya. Kelab ini juga terkenal kerana mempunyai tiga pemenang Pemain Bola Sepak Eropah Tahunan: Bobby Charlton, Denis Law dan George Best. Busby bersara daripada menjadi pengurus pada tahun 1969 dan telah digantikan oleh jurulatih pasukan simpanan dan juga merupakan bekas pemain United, Wilf McGuinness.

1969-1986

Manchester United F.c. 
Manchester United FC badge in the 1970s

United berusaha untuk mengantikan Busby, dan pasukan ini juga berusaha dibawah kendalian Wilf McGuinness dan Frank O'Farrell sebelum Tommy Docherty menjadi pengurus pasukan di akhir tahun 1972. Docherty, atau di kenali juga sebagai 'The Doc', telah menyelamatkan United dari penurunan divisyen pada musim itu tetapi United akhirnya tersingkir pada tahun 1974. Pasukan ini telah layak untuk kembali pada percubaan pertama dan berjaya ke perlawanan akhir Piala FA pada tahun 1976, tetapi telah dikalahkan oleh Southampton. Mereka berjaya ke perlawanan akhir sekali lagi pada tahun 1977, mengalahkan Liverpool. Walaupun dengan kejayaan ini, dan dengan populariti beliau ke atas penyokong, Docherty telah dipecat selepas perlawanan akhir selepas beliau diketahui telah menjalinkan hubungan dengan isteri kepada seorang ahli fisioterapi.

Dave Sexton telah menggantikan Docherty sebagai pengurus pada musim panas tahun 1977, dan membuat pertukaran formasi yang lebih bercorak pertahanan kepada pasukan. Corak ini tidak begitu popular kepada penyokong, yang mana telah biasa dengan corak serangan yang biasa digunakan oleh Docherty dan Busby, dan selepas gagal untuk memenangi trofi Sexton, beliau telah dipecat pada tahun 1981, walaupun telah memenangi tujuh perlawanan terakhir semasa beliau bertugas.

Beliau telah digantikan dengan seorang yang ranggi bernama Ron Atkinson yang mana telah memecahkan rekod perpindahan British untuk mengikat Bryan Robson dari West Brom. Pasukan Atkinson telah menonjolkan beberapa pemain-pemain baru seperti Jesper Olsen dan Gordon Strachan yang bermain bersama-sama bekas pemain pasukan belia, Norman Whiteside dan Mark Hughes. United telah memenangi Piala FA pada tahun 1983 dan 1985 dan telah menjadi pilihan untuk memenangi liga pada musim 1985-86 selepas memenangi sepuluh perlawanan pertama liga mereka, membuka sepuluh mata perbezaan kepada pasukan lawan seawal Oktober. Prestasi pasukan telah jatuh, walau bagaimanapun, United hanya dan telah berjaya menghabiskan musim di tempat keempat. Prestasi yang buruk telah mengikut untuk musim berikutnya, dan dengan United yang hampir di akhir zon penurunan Divisyen Pertama, Atkinson telah dipecat.

Era Alex Ferguson, sebelum trebel (1986-1998)

Alex Ferguson tiba dari Aberdeen untuk menggantikan tempat Atkinson dan memimpin kelab untuk menghabiskan liga di tempat ke-11. Pada musim berikutnya (1987-88), United menghabiskan liga di tempat kedua, dengan Brian McClair menjadi pemain United pertama selepas George Best untuk menjaringkan dua puluh gol dari pada liga dalam satu musim.

Walau bagaimanapun, United terpaksa berhempas pulas sepanjang dua musim berikutnya, dengan kebanyakan pemain baru Ferguson tidak mencapai jangkaan peminat. Alex Ferguson telah banyak kali dilaporkan hampir dipecat ketika awal tahun 1990 tetapi gol Mark Robins memberikan kemenangan tipis kepada United pada pusingan ketiga Piala FA mengatasi Nottingham Forest, yang mana ramai menganggapnya sebagai kemenangan yang menyelamatkan karier Ferguson. United telah mara untuk memenangi pertandingan tersebut, mengalahkan Crystal Palace pada final ulangan.

United memenangi Piala Juara-Juara Eropah pada 1990-91, mengalahkan juara Sepanyol tahun tersebut, Barcelona dalam aksi final pertandingan, tetapi mengecewakan buat United pada musim berikutnya selepas United disingkirkan oleh Leeds United akibat kemerosotan. Pada masa yang sama, dalam tahun 1991, nilai kelab telah meningkat di Bursa Saham London dengan nilai sebanyak £47 juta, memperlihatkan kewangannya ke pada umum.

Ketibaan Éric Cantona pada November 1992 telah memberikan sinar penting kepada United, dan diadun bersama dengan kebolehan terbaik yang dimiliki oleh Gary Pallister, Denis Irwin dan Paul Ince, bersama-sama bintang yang meningkat naik seperti Ryan Giggs, mereka menamatkan musim 1992-93 sebagai juara buat kali pertama semenjak 1967. Mereka memenangi "dua kejuaraan" (liga Inggeris dan Piala FA) untuk kali pertama pada musim berikutnya, dibantu dengan kemasukan Roy Keane, pemain tengah yang gigih dari Nottingham Forest, yang mana akan menjadi kapten kelab. Walau bagaimanapun pada tahun yang sama, kelab ini telah berdukacita berikutan dengan kematian pengurus legenda dan presiden kelab Matt Busby, yang telah kembali pada 20 Januari 1994.

Pada musim 1994-95, Cantona telah menerima penggantungan selama lapan bulan kerana telah melompat ke tempat orang ramai dan menyerang Matthew Simmons, seorang penyokong Crystal Palace, dalam perlawanan United di Selhurst Park. Seri pada perlawanan terakhir liga dan kalah kepada Everton didalam perlawanan akhir Piala FA menjadikan United sebagai naib juara di kedua-dua, liga dan Piala FA. Ferguson selepas itu telah membuat perubahan yang mengejutkan penyokong kelab dengan menjual pemain utama dan menggantikan mereka dengan pemain dari pasukan belia, termasuk David Beckham, Gary Neville, Phil Neville dan Paul Scholes. Pemain-pemain baru ini, sebahagiannya terus menjadi pemain pasukan kebangsaan England, melakukannya dengan baik dan membolehkan United memenangi dua kejuaraan sekali lagi pada musim 1995-96. Ini merupakan kali pertama sebuah kelab Inggeris memenangi dua kejuaraan sebanyak dua kali.

Rekod tanpa kalah Eropah United telah dipecahkan oleh Fenerbahçe, yang memenangi 1-0 di Old Trafford pada 30 Oktober 1996 dengan gol Elvir Bolić yang membias.

Mereka memenangi liga pada tahun 1997, dan Éric Cantona telah mengumumkan persaraan beliau dari bola sepak pada umur 30. Mereka telah memulakan musim (1997-98) dengan baik, tetapi mereka hanya berjaya menamatkan liga di tempat kedua pada musim tersebut, di belakang pemenang dwi-kejuaraan Arsenal.

Kejuaraan trebel (1998-99)

1998-99 merupakan musim di mana Manchester United telah mencapai kejayaan di dalam sejarah kelab bola sepak Inggeris selepas mereka berjaya menjadi pasukan Inggeris yang pertama dan satu-satunya untuk memenangi "Trebel" - memenangi Premiership, Piala FA dan Liga Juara-Juara UEFA pada musim yang sama. Selepas menghadapi musim Liga Perdana yang sukar, Manchester United berjaya memenangi kejuaraan pada hari terakhir dengan mengalahkan Tottenham Hotspur 2-1, sementara Arsenal menang 1-0 ke atasAston Villa. Memenangi Premiership merupakan bahagian pertama untuk mendapatkan Trebel, bahagian yang digambarkan Alex Ferguson sebagai yang paling sukar. Di dalam perlawanan akhir Piala FA, United bertemu Newcastle United dan menang 2-0 dengan jaringan dari Teddy Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer. Pada perlawanan terakhir untuk musim tersebut, Perlawanan Akhir Liga Juara UEFA 1999 mereka mengalahkan Bayern Munich yang mana dianggap sebagai kemuncak perlawanan terhebat pernah disaksikan. Selepas ketinggalan dengan gol awal jaringan sepakan percuma Mario Basler, United berada di belakang Bayern selama 85 minit. Selepas hampir 90 minit mereka mendapatkan sepakan sudut yang telah disempurnakan oleh pemain gantian Teddy Sheringham untuk gol penyamaan. Tidak berputus asa, United memperolehi gol kedua hasil sepakan sudut David Beckham, yang dijaringkan oleh Ole Gunnar Solskjaer, seorang lagi pemain gantian. Ferguson kemudiannya dikurniakan darjah kebesaran Britain kerana khidmatnya kepada bola sepak.

Selepas trebel (1999-2013)

United memenangi liga pada tahun 2000 dan 2001 tetapi pihak akhbar melihat musim tersebut sebagai kegagalan kerana mereka tidak berjaya mendapatkan Piala Eropah. Sir Alex telah menggunakan taktik bertahan untuk membuatkan United susah untuk dikalahkan di Eropah tetapi ia tidak berjaya dan United menghabiskan musim di tempat ketiga pada musim 2002. Mereka telah berjaya mendapatkan kembali kejuaraan liga pada musim berikutnya (2002-03) dan memulakan musim berikutnya dengan baik, tetapi prestasi mereka telah jatuh secara drastik apabila Rio Ferdinand menerima pengantungan kontroversi selama lapan bulan akibat gagal mengambil ujuan dadah. Walau bagaimanapun mereka memenangi Piala FA 2004, menyingkirkan Arsenal (akhirnya merupakan juara liga musim tersebut) ketika di dalam pendakian ke perlawanan akhir, yang mana mereka telah mengalahkan Millwall.

Musim 2004-05 telah digambarkan sebagai kegagalan untuk menjaringkan gol, sebahagian besarnya disebabkan oleh kecederaan penyerang Ruud van Nistelrooy dengan United telah menghabiskan musim tersebut tanpa sebarang piala dan di tempat ketiga liga. Kali ini , dengan mereka juga tidak mendapat "hadiah saguhati" piala FA selepas Arsenal mengalahkan United pada penentuan sepakan penalti selepas seri tanpa jaringan selama 120 minit. Di luar padang, cerita utama keluar yang menyatakan kemungkinan besar bahawa kelab ini akan diambil alih pada penghujung musim, oleh ahli perniagaan Tampa Malcolm Glazer, (juga merupakan pemilik pasukan Ragbi Amerika Tampa Bay Buccaneers), cuba mengambil alih kepentingan kelab. United telah memulakan musim 2005-06 dengan agak kurang menyakinkan, dengan pemergian pemain tengah Roy Keane ke Celtic selepas membuat kritikan secara umum kepada beberapa pemain pasukan, dan kelab ini gagal untuk layak ke fasa kalah-mati Liga Juara UEFA untuk kali pertama sepanjang sedekad selepas tewas kepada kelab Portugis SL Benfica. Pada musim ini juga mereka mendapat tamparan hebat dengan kecederaan kepada pemain utama seperti Gabriel Heinze, Alan Smith, Ryan Giggs dan Paul Scholes. Walau bagaimanapun, mereka telah berjaya mengelak dari menghabiskan musim dengan tangan kosong - satu kekecewaan yang tidak pernah dirasai sepanjang 17 tahun - dengan memenangi Piala Liga dengan mengalahkan pasukan yang baru mendapat kenaikan Wigan Athletic di perlawanan akhir 4-0. United juga telah memastikan mereka berakhir di tempat kedua dan secara automatik layak ke Liga Juara pada hari terakhir musim dengan mengalahkan Charlton Athletic 4-0. Pada akhir musim 2005-2006, penyerang utama United, Ruud van Nistelrooy, telah meninggalkan kelab untuk bersama-sama Real Madrid, kerana a berbalah dengan Alex Ferguson.

Pengambilalihan Malcolm Glazer

Pada 13 Mei 2005, ahli perniagaan Malcolm Glazer telah mendapat semua kepentingan di dalam kelab menerusi pelaburan Red Football Ltd. dalam pengambilan nilai kelab yang berjumlah hampir £800 juta (lebih kurang $1.5 bilion atau RM5.5 bilion). Pada 16 Mei, beliau menambah saham kepada 75% untuk mengeluarkan kelab tersebut daripada Bursa Saham, menjadikannya milik persendirian sekali lagi, dan telah mengumumkan niat beliau dalam masa 20 hari. Pada 8 Jun beliau telah melantik anak-anak beliau menjadi lembaga pengarah kepada Manchester United sebagai pegawai bukan eksekutif.

Pada Julai 2006 kelab ini telah mengumumkan pakej pinjaman semula. Kerana sebelum ini hutang yang diambil Glazers untuk pembelian kelab telah terbahagi kepada kelab dan keluarga, tetapi kini ia akan hanya terdiri daripada kelab. Dengan jumlahnya menjadi £660 juta, yang mana pembayaran interest akan menjadi £62 juta setahun. Ia merupakan pengurangan pembayaran interest sebanyak 30%.

Era baru tanpa Sir Alex

Pada 1 Julai 2013, Sir Alex Ferguson bersara selepas mengurus United selama 26 tahun. Ferguson telah mencadangkan David Moyes dilantik sebagai pengurus baharu United. Menandatangani kontrak enam tahun, beliau mendapat piala pertama selepas menewaskan Wigan Athletic 2–0 bagi memenangi FA Community Shield. Bagaimanapun, United bermain agak teruk dalam perlawanan pra-musim dan tewas 3 kali dalam enam perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris 2013-14, permulaan terburuk mereka sejak lebih dua dekad. Lebih menderitakan, United tersingkir di Piala FA Inggeris seawal pusingan ketiga ditangan Swansea City, 1-2 di halaman sendiri. Walaupun begitu, United berjaya layak ke separuh akhir Piala Liga Inggeris 2013/14 dan ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah 2013/14.

Akhirnya, United ambil keputusan memecat Moyes selepas 10 bulan mengendalikan pasukan tersebut. Ryan Giggs dipilih untuk memikul tugas sebagai pengurus sementara United. Akhirnya, Manchester United sekadar menamatkan liga di tangga ke-7 sekaligus mereka gagal layak ke saingan anjuran UEFA buat kali pertama sejak 23 tahun.

Pada 15 Mei 2014, Manchester United secara rasmi melantik jurulatih kebangsaan Belanda, Louis van Gaal sementara Giggs pula pembantu pengurus bersama Albert Stuivenberg. Mendatangani kontrak selama 3 tahun, Van Gaal memulakan tugasnya sebagai pengurus United selepas berakhirnya Piala Dunia FIFA 2014 di Brazil. United beraksi cemerlang di jelajah pra-musim di Amerika Syarikat. Namun begitu, United memulakan Liga Perdana Inggeris 2014/15 dengan kekalahan di tempat sendiri di tangan Swansea City, 1-2. Lebih memalukan, mereka tumpas 4-0 di tangan pasukan divisyen 3, Milton Keynes Dons di pusingan kedua Piala Liga Inggeris. Selepas itu, United cipta kejutan apabila menandatangani pemain Real Madrid C.F., Angel di Maria bernilai 50.1 juta sekaligus memecah rekod pembelian Britain yang dipegang oleh Fernando Torres, yang bernilai 48.1 juta dari Liverpool ke Chelsea pada 2011.bernilai 50.1 juta bernilai 50.1 juta

Walaupun beraksi buruk pada awal musim, United kembali menunjukkan perkembangan positif apabila berjaya menamatkan liga ditangga ke-4 dan layak ke suku akhir Piala FA Inggeris sekaligus layak ke play-off Liga Juara-Juara UEFA. Van Gaal kekal mengemudi United untuk musim 2015/16. Pada jelajah pra-musim di Amerika Syarikat, United beraksi cemerlang.

United mulakan EPL dengan langkah kanan dan layak ke peringkat kumpulan UCL. Bagaimanapun, United tersingkir awal dalam peringkat kumpulan buat kali keempat dalam sejarah United. United catat rekod terburuk buat kali pertama dalam tempoh 17 tahun apabila mencatatkan 8 perlawanan tanpa kemenangan dari hujung November 2015 hingga hujung Disember 2015. Namun, mereka berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA buat kali pertama sejak tahun 2007 dan memenanginya buat kali pertama sejak 2004 tewaskan Crystal Palace, 2-1. Namun dua hari kemudian, iaitu 23 Mei 2016, Louis Van Gaal dan staffnya telah dipecat selepas United tamatkan liga di tempat kelima dan gagal ke Liga Juara-Juara Eropah buat kali kedua dalam tempoh tiga tahun.

Pada 26 Mei 2016, bekas pengendali Chelsea F.C., Jose Mourinho secara rasminya dilantik sebagai pengurus baharu United. Pada musim 2016-2017, Jose Mourinho berjaya memenangi tiga piala iaitu Liga Europa, Piala Liga Inggeris, dan Piala Perisai Komuniti. Beliau juga menamatkan liga pada musim tersebut di tempat keenam tetapi layak ke Liga Juara-Juara Eropah selepas memenangi Liga Europa. Di musim kedua Mourinho, beliau berjaya membantu United ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah buat kali pertama sejak 2014, layak ke perlawanan akhir Piala FA dan menduduki tangga kedua Liga Perdana Inggeris, sekaligus menjadi kedudukan terbaik pernah diraih sejak persaraan Ferguson pada tahun 2013.

Pada 18 Desember 2018, Jose Mourinho bagaimanapun telah dipecat secara rasminya oleh United. Antara faktor pemecatan Mourinho adalah kerana gagal dalam memastikan keharmonian pasukan secara keseluruhannya ditambah pula dengan siri kekalahan yang melanda United. Pembabitan terakhir Mourinho bersama United adalah dua hari sebelum pemecatannya di mana United tewas di tangan seteru utama mereka Liverpool di Anfield. Selain daripada itu, taktik negatif Mourinho yang lebih suka bertahan serta kritikan terbuka kepada para pemainnya juga merupakan titik tolak kepada pengakhiran kariernya sebagai pengurus United. Ketua Eksekutif United, Ed Woodward melantik bekas lagenda United, 'Baby Face Assassin' Ole Gunnar Solskjær sebagai pengurus Interim sehingga ke penghujung musin 2018/2019. Kehadiran Solskjær bersama Mike Phelan telah membawa kebangkitan semula United dengan menerapkan budaya menyerang Manchester United yang telang hilang semenjak persaraan Sir Alex Ferguson.

Di lapangan sendiri, United menyamai kemenangan terbesar dalam sejarah Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 9-0 melawan Southampton pada 2 Februari 2021, tetapi mengakhiri musim dengan kekalahan penalti di Final Liga Europa UEFA menentang Villarreal, menjalani empat musim berturut-turut tanpa piala dan satu musim lagi daripada menyamai kemarau piala terburuk mereka sejak kelab terakhir diturunkan.

Lencana dan warna

Semasa hari-hari Newton Heath, pakaian tuan rumah kelab ini adalah bah berwarna kuning dan hijau; corak tersebut telah dikembalikan sebagai pakaian semasa keluar pada awal tahun 1990-an sempena memperingati ulangtahun yang ke-100 kelab. Kelengkapan tuan rumah Manchester United yang paling dikenali ialah jersi berwarna merah, seluar putih dan stokin berwarna hitam. Kelengkapan semasa keluar pula kebiasaannya ialah jersi berwarna putih dengan seluar hitam dan stokin berwarna putih.

Kelengkapan ketiga kebiasaannya berwarna biru tetapi kelab ini juga pernah menggunakan hitam keseluruhan dan pada satu ketika pada pertengahan tahun 90-an mereka menggunakan kelabu keseluruhan. Jersi mereka kini telah ditaja oleh penaja utama AIG dengan baju berwarna merah dengan jalur emas di bahagian tepi. Bahagian lengan mempunyai warna putih manakala simbol AIG dan Nike juga berwarna putih. Sulaman perkataan MUFC dibawah jersi adalah berwarna emas. Gencana kelab diletak di atas corak perisai putih. Jersi untuk perlawanan luar pula berwarna putih dengan jalur hitam di bahagian tepi. Bahagian lengan dan leher mempunyai warna emas manakala simbol AIG, Nike, dan MUFC berwarna hitam. Gencana terletak di atas corak perisai berwarna hitam.

Gencana Manchester United telah beberapa kali ditukar, tetapi ciri-ciri utamanya masih lagi kekal. Lencana ini telah direka berdasarkan gencana bandar Manchester. Bentuk iblis pada gencana kelab adalah berasal dari gelaran kelab "The Red Devils", yang telah dipakai pada awal tahun 60-an selepas Sir Matt Busby mendengarnya sebagai gelaran kepada pasukan liga ragbi Salford yang menggunakan baju merah. Pada akhir tahun 1960-an, iblis tersebut telah mula dimasukkan ke dalam acara dan program kelab, sebelum ia akhirnya dimasukkan ke dalam gencana kelab pada tahun 1970, memegang serampangnya yang jelas. Pada 1998, gencana tersebut telah sekali lagi direka semula, kali ini dengan menghilangkan perkataan "Football Club".

Sokongan

Sebelum Perang Dunia II, terdapat beberapa penyokong yang pergi ke permainan di tempat lawan disebabkan masa dan wang. Manchester City dan Manchester United, sebelum ini, bermain permainan di tempat sendiri pada hari Sabtu berganti-ganti. Selepas perang, terdapat satu persaingan lebih kuat dan ia menjadi lebih biasa bagi penyokong memilih satu pasukan untuk disokong.

Bila United memenangi Liga dalam 1956, mereka menpunyai jumlah pukulan rata penghadir terbesar, rekod yang sebelum ini, dipegang oleh Newcastle. Selepas tragedi Munich Air, lebih ramai orang mula menyokong kelab ini. Oleh itu, United masih memegang rekod ini untuk hampir semua tahun selepas itu, walaupun mereka pernah berada di Divisyen Kedua antara tahun-tahun 19741975.

Laporan 2002 Do You Come From Manchester? Diarkibkan 2006-08-16 di Wayback Machine menunjukkan walaupun Manchester City mempunyai lebih banyak perkadaran penyokong yang memegang tiket bermusim dalam daerah Manchester, tetapi jumlah penyokong United lebih besar.

Pada lewat 1990-an dan awal 2000, isu kerisauan daripada ramai penyokong United ialah kemungkinan bahawa pasukan itu akan dikuasai oleh orang lain. Kumpulan Penyokong IMUSA (Persatuan Penyokong Manchester United Bebas, atau Independent Manchester United Supporters' Association) sangat aktif menentang percubaan rampasan kuasa daripada Rupert Murdoch dalam 1999. Selain itu, kumpulan lain Shareholders United Against Murdoch, yang menjadi Manchester United Supporters' Trust dilahir pada masa itu untuk menggalakkan penyokong membeli saham dalam kelab, yang membolehkan penyokong-penyokong mengambil bahagian perbincangan dalam kelab seperti harga tiket dan parti lain yang ingin mengambil alih kelab. Tetapi, ini gagal menghalang Malcolm Glazer dari mengambilalih kelab Manchester United. Akibatnya ramai penyokong yang marah dengan peristiwa itu, dan mereka memulakan kelab baru iaitu F.C. United of Manchester.

Penajaan

Tempoh Pengeluar kit Penaja baju (dada) Penaja baju (lengan)
1945–1975 Umbro
1975–1980 Admiral
1980–1982 Adidas
1982–1992 Sharp Electronics
1992–2000 Umbro
2000–2002 Vodafone
2002–2006 Nike
2006–2010 AIG
2010–2014 Aon
2014–2015 Chevrolet
2015–2018 Adidas
2018–2021 Kohler
2021–2022 TeamViewer
2022– DXC Technology


Pada 23 November 2005 Vodafone telah menamatkan kontrak tajaan baju empat tahun £36 juta dengan Manchester United. Pada 6 April 2006, ketua eksekutif David Gill mengumumkan AIG sebagai penaja baju baru Manchester United dengan rekod baru kontrak penajaan baju sebanyak £56.5 juta untuk dibayar dalam tempoh empat tahun (£14.1 juta setahun). Manchester United kini mempunyai penajaan kedua terbesar di dunia selepas Juventus dari liga Itali, yang mendapat kontrak dengan Tamoil dengan akses lebihan £15 juta setahun. Perjanjian empat tahun ini telah diumumkan sebagai penajaan terbesar dalam sejarah British, mengatasi perjanjian antara Chelsea dengan Samsung.

Pada awal musim 2010-11, Aon syarikat reinsurans Amerika menjadi penaja utama kelab itu dalam perjanjian empat tahun yang dikatakan bernilai lebih kurang £ 80 juta, menjadikannya urusan penajaan baju paling lumayan dalam sejarah bola sepak. Manchester United mengumumkan kit penaja latihan pertama mereka pada bulan Ogos 2011, bersetuju perjanjian empat tahun dengan DHL dilaporkan bernilai £ 40 juta; ia dipercayai menjadi contoh pertama penajaan kit latihan dalam bola sepak Inggeris.

Pada musim 2014/15, giliran Chevrolet, jenama kereta pula menjadi penaja utama United dan menandatangani kontrak selama 6 tahun. Sementara Aon pula menjadi penaja utama kit latihan.

Pada musim 2015/16, United merasmikan jenama sukan dari Jerman, Adidas sebagai jenama rasmi kit pasukan itu selama 6 tahun.

Pemain

Skuad pasukan utama

    Sehingga jendela perpindahan musim panas tahun 2023

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
1 GK Manchester United F.c.  Altay Bayındır
2 DF Manchester United F.c.  Victor Lindelöf
4 MF Manchester United F.c.  Sofyan Amrabat (Dipinjam dari Florentina)
5 DF Manchester United F.c.  Harry Maguire
6 DF Manchester United F.c.  Lisandro Martínez
7 MF Manchester United F.c.  Mason Mount
8 MF Manchester United F.c.  Bruno Fernandes (kapten)
9 FW Manchester United F.c.  Anthony Martial
10 FW Manchester United F.c.  Marcus Rashford
11 FW Manchester United F.c.  Rasmus Højlund
12 DF Manchester United F.c.  Tyrell Malacia
14 MF Manchester United F.c.  Christian Eriksen
14 DF Manchester United F.c.  Sergio Reguilón (Dipinjam dari Totthenham)
16 MF Manchester United F.c.  Amad Diallo
17 FW Manchester United F.c.  Alejandro Garnacho
18 MF Manchester United F.c.  Casemiro
No. Pos. Negara Pemain
19 DF Manchester United F.c.  Raphaël Varane
20 DF Manchester United F.c.  Diogo Dalot
21 FW Manchester United F.c.  Antony
22 GK Manchester United F.c.  Tom Heaton
23 DF Manchester United F.c.  Luke Shaw
24 GK Manchester United F.c.  André Onana
25 FW Manchester United F.c.  Jadon Sancho
28 MF Manchester United F.c.  Facundo Pellistri
29 DF Manchester United F.c.  Aaron Wan-Bissaka
34 MF Manchester United F.c.  Donny van de Beek
35 DF Manchester United F.c.  Jonny Evans
37 MF Manchester United F.c.  Kobbie Mainoo
39 MF Manchester United F.c.  Scott McTominay
46 MF Manchester United F.c.  Hannibal Mejbri
47 FW Manchester United F.c.  Shola Shoretire

Bawah-21 tahun dan akademi

Senarai pemain akademi dan bawah 21 tahun

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
36 MF Manchester United F.c.  Tom Huddlestone (pemain-jurulatih)
44 MF Manchester United F.c.  Dan Gore
52 FW Manchester United F.c.  Joe Hugill
53 DF Manchester United F.c.  Willy Kambwala
59 MF Manchester United F.c.  Isak Hansen-Aarøen
No. Pos. Negara Pemain
61 FW Manchester United F.c.  Mateo Mejía
62 MF Manchester United F.c.  Omari Forson
63 FW Manchester United F.c.  Ethan Ennis
65 MF Manchester United F.c.  Toby Collyer
68 DF Manchester United F.c.  Maxi Oyedele

Keluar secara pinjaman

Nota: Bendera menunjukkan pasukan kebangsaan seperti yang ditakrifkan di bawah peraturan kelayakan FIFA. Pemain boleh memegang lebih daripada satu kewarganegaraan bukan FIFA.

No. Pos. Negara Pemain
48 DF Manchester United F.c.  Will Fish (di Hibernian sehingga 30 Jun 2024)

Anugerah pemain

Pasukan: Pasukan utama B-21 B-18
Anugerah: Sir Matt Busby Player of the Year Players' Player of the Year Denzil Haroun Reserve Team Player of the Year Jimmy Murphy Young Player of the Year
Instituted: 1987–88 2005–06 1989–90 1989–90
Pemegang:
2022–23
Manchester United F.c.  Marcus Rashford Manchester United F.c.  Marcus Rashford Manchester United F.c.  Dan Gore Manchester United F.c.  Kobbie Mainoo

Kakitangan kejurulatihan

Jawatan Kakitangan
Pengurus Manchester United F.c.  Erik ten Hag
Penolong jurulatih Manchester United F.c.  Mitchell van der Gaag
Manchester United F.c.  Steve McClaren
Jurulatih pasukan utama Manchester United F.c.  Darren Fletcher
Manchester United F.c.  Benni McCarthy
Manchester United F.c.  Eric Ramsay
Jurulatih penjaga gol senior Manchester United F.c.  Richard Hartis
Penolong jurulatih penjaga gol Manchester United F.c.  Craig Mawson
Ketua perubatan & sains bola sepak (doktor pasukan utama) Manchester United F.c.  Jim Moxon (interim)
Ketua fisioterapi & rehabilitasi Manchester United F.c.  Robin Sadler
Fisio utama pasukan pertama Manchester United F.c.  Richard Merron
Ketua prestasi fizikal Manchester United F.c.  Richard Hawkins
Jurulatih kecergasan Manchester United F.c.  Paulo Gaudino
Manchester United F.c.  Charlie Owen
Jurulatih kekuatan dan kemampuan pasukan utama Manchester United F.c.  Michael Clegg
Ketua saintis sukan pasukan utama Manchester United F.c.  Edward Leng
Pengarah akademi Manchester United F.c.  Nick Cox
Ketua pembangunan & kejurulatihan pemain (B19–B23) Manchester United F.c.  Travis Binnion
Jurulatih utama bawah 21 tahun
Jurulatih utama bawah 18 tahun Manchester United F.c.  Adam Lawrence
Jurulatih senior akademi Manchester United F.c.  Mark Dempsey

Sejarah pengurusan

Tarikh Nama Nota
1878–1892 Tidak diketahui
1892–1900 Manchester United F.c.  A. H. Albut
1900–1903 Manchester United F.c.  James West
1903–1912 Manchester United F.c.  Ernest Mangnall
1912–1914 Manchester United F.c.  John Bentley
1914–1921 Manchester United F.c.  Jack Robson
1921–1926 Manchester United F.c.  John Chapman
1926–1927 Manchester United F.c.  Lal Hilditch Pemain-pengurus
1927–1931 Manchester United F.c.  Herbert Bamlett
1931–1932 Manchester United F.c.  Walter Crickmer
1932–1937 Manchester United F.c.  Scott Duncan
1937–1945 Manchester United F.c.  Walter Crickmer
1945–1969 Manchester United F.c.  Matt Busby
1958 Manchester United F.c.  Jimmy Murphy Pengendali sementara
1969–1970 Manchester United F.c.  Wilf McGuinness
1970–1971 Manchester United F.c.  Matt Busby
1971–1972 Manchester United F.c.  Frank O'Farrell
1972–1977 Manchester United F.c.  Tommy Docherty
1977–1981 Manchester United F.c.  Dave Sexton
1981–1986 Manchester United F.c.  Ron Atkinson
1986–2013 Manchester United F.c.  Alex Ferguson
2013–2014 Manchester United F.c.  David Moyes
2014 Manchester United F.c.  Ryan Giggs Pemain-pengendali sementara
2014–2016 Manchester United F.c.  Louis van Gaal
2016–2018 Manchester United F.c.  José Mourinho
2018–2021 Manchester United F.c.  Ole Gunnar Solskjær
2021 Manchester United F.c.  Michael Carrick Pengendali sementara
2021–2022 Manchester United F.c.  Ralf Rangnick Pengurus sementara
2022– Manchester United F.c.  Erik ten Hag

Pengurusan

  • Pemilik: Keluarga Glazer melalui Pemegangan Saham Red Football Limited

Manchester United Limited

Jawatan Nama
Pengerusi bersama Avram Glazer
Joel Glazer
Ketua eksekutif Richard Arnold
Ketua pegawai kewangan Cliff Baty
Ketua pegawai operasi Collette Roche
Ketua pegawai undang-undang / Penasihat umum Patrick Stewart
Pengarah bukan eksekutif Bryan Glazer
Kevin Glazer
Edward Glazer
Darcie Glazer Kassewitz
Robert Leitão
John Hooks
Manu Sawhney

Kelab Bolasepak Manchester United

Pejabat Nama
Presiden kehormat Martin Edwards
Pengarah David Gill
Michael Edelson
Sir Bobby Charlton
Sir Alex Ferguson
Pengarah bola sepak John Murtough
Timbalan pengarah bola sepak Andy O'Boyle
Pengarah teknikal Darren Fletcher
Pengarah rundingan bola sepak Masih kosong
Pengarah operasi bola sepak David Harrison
Setiausaha kelab Rebecca Britain

Kejuaraan

Kejuaraan Manchester United FC
Jenis Pertandingan Gelaran Musim
Domestik Divisyen Pertama/Liga Perdana 20 1907–08, 1910–11, 1951–52, 1955–56, 1956–57, 1964–65, 1966–67, 1992–93, 1993–94, 1995–96, 1996–97, 1998–99, 1999–2000, 2000–01, 2002–03, 2006–07, 2007–08, 2008–09, 2010–11, 2012–13
Divisyen Kedua 2 1935–36, 1974–75
Piala FA 12 1908–09, 1947–48, 1962–63, 1976–77, 1982–83, 1984–85, 1989–90, 1993–94, 1995–96, 1998–99, 2003–04, 2015–16
Piala Liga Bola Sepak/Piala EFL 6 1991–92, 2005–06, 2008–09, 2009–10, 2016–17, 2022–23
Perisai Amal FA/Perisai Komuniti FA 21 1908, 1911, 1952, 1956, 1957, 1965*, 1967*, 1977*, 1983, 1990*, 1993, 1994, 1996, 1997, 2003, 2007, 2008, 2010, 2011, 2013, 2016 (* berkongsi)
Eropah Piala Eropah/Liga Juara-Juara Eropah 3 1967–68, 1998–99, 2007–08
Liga Europa UEFA 1 2016–17
Piala Super UEFA 1 1991
Piala Pemenang Piala Eropah 1 1990–91
Antarabangsa Piala Kelab Dunia FIFA 1 2008
Piala Antara Benua 1 1999
  •   rekod
  • s berkongsi rekod

Berganda dan Trebel

Nota

Rujukan

Bacaan lanjut

Pautan luar

Templat:Wikinews category

Templat:Manchester United F.C.

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Manchester United F.C., which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Manchester United F.c. SejarahManchester United F.c. Lencana dan warnaManchester United F.c. SokonganManchester United F.c. PenajaanManchester United F.c. PemainManchester United F.c. Anugerah pemainManchester United F.c. Kakitangan kejurulatihanManchester United F.c. PengurusanManchester United F.c. KejuaraanManchester United F.c. NotaManchester United F.c. RujukanManchester United F.c. Bacaan lanjutManchester United F.c. Pautan luarManchester United F.c.Bola sepakLiga Perdana InggerisManchester RayaOld TraffordSistem liga bola sepak Inggeris

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

FunanJabatan Kemajuan MasyarakatKuala KangsarDaerah LangkawiKementerian Perhubungan Republik IndonesiaKuchingTerlanjur Cinta (drama web)Harimau MudaPronoAsertifKamilia AfiqahErma FatimaNombor telefon di MalaysiaSenarai Sultan Empayar UthmaniyahKerajaan KutaiTanda-tanda KiamatChempaka Emalin PahaminPerang Dunia PertamaJoseph KurupNegara PalestinZodiakSinonimPenunggang AgamaHussein OnnCabang dan mazhab IslamSophia LianaPerodua MyViSyafiq YusofPulau (filem)Uthman bin AffanJohor Darul Ta'zim F.C.SyerifKL GangsterLabuanRukun ImanUpin & IpinPolis Diraja MalaysiaMohammed Hanif OmarEurocopter FennecSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahRozita Che WanPadang Besar (Perlis)Solat Sunat RawatibNadhir NasarLee Chong WeiKata kerja transitifGrup Gerak KhasBiduanita NegaraTentera Darat MalaysiaKerajaan SalakanagaraBiokepelbagaianTasik KenyirKetupatInstitut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan KebangsaanMegat SharizalPasukan Udara Tentera Darat MalaysiaNora DanishYang di-Pertua Negeri SarawakKhunsa (siri TV)Amerika SyarikatKasih Iris LeonaInflasiShiqin KamalJenis darahRukun solatKapal terbangPasukan Khas UdaraMenteri Kesihatan MalaysiaWan Junaidi Tuanku JaafarKelurSenarai poskod di MalaysiaNegarakuHannah DelishaPerlembagaan MalaysiaGerak KhasIzzue IslamPahangMohamed Khaled Nordin🡆 More