Sufian Suhaimi: Penyanyi lelaki Malaysia

Sufian bin Haji Suhaimi (lahir 3 Mei 1992) merupakan seorang penyanyi lelaki Malaysia.

Beliau popular menerusi single hits beliau iaitu "Terakhir" dan "Di Matamu", yang mana kedua-duanya turut layak ke Anugerah Juara Lagu ke-31 dan ke-33 yang berlangsung masing-masing pada 2017 dan 2019. Kedua-dua lagu tersebut digubah dan ditulis liriknya oleh beliau sendiri dengan dua rakannya Sirkhan dan Rinkarnaen.

Sufian Suhaimi
Sufian Suhaimi: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
Sufian di studio MeleTOP pada Julai 2016.
Kelahiran
Sufian bin Haji Suhaimi

(1992-05-03) 3 Mei 1992 (umur 31)
Pendidikan
  • Ijazah Sarjana Muda Bahasa Inggeris
  • Ijazah Sarjana Komunikasi Massa
Pusat pendidikan
PekerjaanPenyanyi, guru Bahasa Inggeris, pelakon, ahli perniagaan
Tahun aktif2016–kini
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Aries Music
Rusa Music
Pengkarya berkait
Aiman Tino, Amira Othman

Kehidupan awal

Sufian dilahirkan di Mersing, Johor. Bakatnya dalam bidang muzik bermula sejak berusia belasan tahun dan mula memetik gitar semasa sekolah menengah. Beliau juga banyak menyertai pertandingan nasyid disekolahnya.Semasa menuntut di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), beliau bergiat aktif dalam bidang muzik dan menyertai satu kumpulan muzik, De’ Mahameru. Sufian merupakan guru Bahasa Inggeris dan Matematik di Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya dan menjadikan bidang nyanyian sebagai kerjaya sepenuh masa.

Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda dalam Bahasa Inggeris dari UniSZA dan Ijazah Sarjana dalam komunikasi massa di Universiti Teknologi MARA (UiTM), Shah Alam.

Kerjaya

2016: "Terakhir" dan kejayaan

"Terakhir" telah dicipta oleh Sirkhan pada 2012. Sufian, Sirkhan dan Rinkarnaen mengambil masa lebih dua tahun untuk menyiapkan lagu ini. Asas dari lagu tersebut ialah peralatan rakaman yang dibelinya dengan wang simpanannya dan kemudian dimuat naik ke SoundCloud oleh Sufian. Seorang peminat memuat naik lagu itu di YouTube dan ia mula menarik perhatian peminat. Beberapa syarikat rakaman muzik ingin melamar Sufian sebagai artis rakaman, namun beliau menolak tawaran tersebut kerana menyifatkan konfliknya kerana pertaliannya dengan muzik rock. Hasil perbincangan bersama Sirkhan membawa kepada keputusanya untuk mengikat kontrak dengan syarikat rakaman, Sufian menyertai Aries Music pada awal 2016. "Terakhir" telah dirakamkan semula dan dikeluarkan di iTunes pada Mac 2016. Single ini menjadi kejayaan komersial seluruh negara dan layak bertanding di Anugerah Juara Lagu. Single keduanya, "Harus Aku" dikeluarkan pada Oktober 2016.

2017–2018: "Terasa Ada", "Di Matamu" dan pasaran Indonesia

Pada Ogos 2017, single ketiganya, "Terasa Ada" telah dikeluarkan dan diilhamkan oleh hubungan berprofil tinggi Sufian bersama pelakon, Elfira Loy.

Susulan perpisahannya dengan Elfira Loy, Sufian melancarkan "Di Matamu" sebagai single keempatnya pada Mac 2018. Single ini meraih kejayaan komersial, memperolehi lebih daripada 20 juta tontonan di YouTube dalam tempoh dua bulan. "Di Matamu" menduduki kedudukan teratas di Carta Domestik & Anatarabangsa RIM selama seminggu dan menjadi lagu yang paling distrim selama 11 minggu. Pada Januari 2019, muzik video rasmi untuk "Di Matamu" menjadi muzik video paling ditonton di YouTube selepas meraih lebih daripada 50 juta tontonan.

Susulan kejayaan "Di Matamu", Sufian merakamkan semula lagu itu bersama kumpulan Indonesia, Shima untuk pasaran Indonesia. Lagu ini telah dirakamkan semula dengan gubahan baru dan diberi tajuk "Di Matamu 2.0". Muzik video untuk lagu itu telah difilemkan di Indonesia dan dikeluarkan pada 23 November 2018.

Dalam tinjauan muzik tahunannya, Spotify menyenaraikan Sufian di tempat kedua dalam senarai artis Malaysia paling distrim sepanjang 2018.

2019–kini: "Mencuba", buku puisi dan Konsert TRIO

Pada April 2019, Sufian melancarkan single, "Mencuba". Muzik videonya telah meraih 1 juta tontonan di YouTube dalam masa 3 hari dan menjadi sohor kini di tempat kedua. Sufian juga mengumumkan perancangannya untuk terbitkan sebuah buku puisi yang ditulis semasa menuntut UniSZA, menjelang akhir tahun. Buku itu akan diterbitkan oleh Universiti Utara Malaysia (UUM).

Beliau bersama Amira Othman menyumbangkan suara untuk runut bunyi filem Motif yang bertajuk "Takkan Merubah" hasil nukilan Farouk Roman dan Amylea Azizan. Sufian juga berjinak-jinak dalam bidang lakonan, dengan membuat penampilan sulungnya menerusi drama Aku Tak Raya yang disiarkan di TV3, yang mana beliau memegang watak sebagai Mazlan. Ini kemudian diikuti oleh telefilem pertama lakonannya, Bayang dengan memegang watak sebagai Pyan.

Sufian, bersama Khai Bahar dan Wany Hasrita, menjayakan Konsert TRIO 2019 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor pada 2 November 2019. Beliau kemudian single terbaharu, "Janji" hasil ciptaan Ikhwan Fatanna dan lirik oleh Wan Salleh. Ia dikeluarkan pada Februari 2020 sebagai singlenya yang ketujuh.

Pada April 2020, Sufian melancarkan single terbaharu, "Inikah Dikatakan Cinta" yang dipilih sebagai lagu tema drama Di Hujung Ranting.

Singlenya, "Cinta Tak Bertepi" dilancarkan pada Ogos 2021 dengan muzik video rasmi diterbitkan bagi mempromosikan single ini.

Kehidupan peribadi

Pada Oktober 2017, Sufian mengumumkan pertunangannya dengan seorang ahli perniagaan muda dan pelakon, Elfira Loy. Pasangan itu dijangka akan bernikah pada 23 Mac 2018. Bagaimanapun, pasangan itu memutuskan pertunangan pada 17 Februari 2018.

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Faeq Razeeq. Sufian dipetik oleh Kosmo! sebagai berkata: "Saya boleh rasakan ini adalah waktu yang tepat untuk mengambil seorang anak angkat".

Pada tahun 2023, Sufian sekali lagi menjalinkan hubungan cinta. Kali ini dengan seorang model dan peguam, yang dikenali sebagai Rania Al-Sadat. Pada akhir tahun 2023, keluarga sufian suhaimi telah menghantar cincin merisik ke kediaman keluarga Rania. Kedua-dua buah keluarga bersetuju untuk menyatukan dua pasangan ini. Namun demikian, pada bulan ramadan 2024, hasrat sufian untuk mendirikan rumah tangga tidak kesampaian apabila ikatan cintanya sekali lagi terlerai setelah Rania memulangkan cincin merisik.[1][2]

Diskografi

Single

Sebagai artis utama

Tahun Tajuk Kedudukan tertinggi Catatan
Era FM
Hot FM
Muzik Muzik
RIM (Antarabangsa & Domestik)
RIM (Domestik)
2016 "Terakhir" 1 1 1 OST Duda Terlajak Laris
"Harus Aku" 7 6 5
2017 "Terasa Ada" 14 8 8
2018 "Di Matamu" 1 1 1 1 1
2019 "Mencuba" 6 11 3
"Takkan Merubah" (bersama Amira Othman) OST Motif
2020 "Janji"
"Inilah Dikatakan Cinta"
2021 "Cinta Tak Bertepi"
2022 "Damba Kasih" (bersama (Inteam)
2023 "Menggenggam Bahagia"
2024 "Semua Tentangmu"

Sebagai artis jemputan

Tahun Tajuk Artis Kedudukan tertinggi Catatan
Era FM
Hot FM
Muzik Muzik
RIM (Antarabangsa & Domestik)
RIM (Domestik)
2018 "Di Matamu" SHIMA Band

Konsert dan jelajah

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2024 Pemburu Saka Zack Filem pertama

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2019 Aku Tak Raya Mazlan TV3
2021 Kampung Kolestrol Adi TV9
2022 30 Hari Sebelum Raya Harraz

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2019 Bayang Pyan TV3 Telefillem sempena Anugerah Juara Lagu ke-33
2020 Please Subscribe Cintaku Fendi Astro Citra

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Ketuk Ketuk Ramadan 17 Dirinya sendiri/Tetamu jemputan TV1
Nak Raya Dah ? Astro Raya HD
2018 Ketuk Ketuk Ramadan 18 TV1

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan Ruj.
2017 Anugerah Juara Lagu ke-31 Finalis "Terakhir" Tercalon
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Lagu Paling Popular APM "Di Matamu" Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon
2019 Anugerah Muzik Digital ERA (EDMA) Lagu Paling Viral "Di Matamu" Tercalon
Interviu Carta ERA Terbaik Dirinya sendiri Tercalon
Anugerah Juara Lagu ke-33 Persembahan Terbaik "Di Matamu" Menang
Anugerah MeleTOP Era 2019 Penyanyi MeleTOP Dirinya sendiri Tercalon
Lagu MeleTOP "Di Matamu" Tercalon
The Malaysia Book of Records Tontonan Muzik Video Paling Tertinggi di YouTube (Melayu) "Di Matamu" Menang
Herald Global's Asia Awards Peneraju Paling Diminati – Hiburan Dirinya sendiri Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Penyanyi Lelaki Paling Popular DuitNow Dirinya sendiri Tercalon
Lagu Paling Boom "Di Matamu" Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Dirinya sendiri Tercalon

Catatan

Rujukan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Sufian Suhaimi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Sufian Suhaimi Kehidupan awalSufian Suhaimi KerjayaSufian Suhaimi Kehidupan peribadiSufian Suhaimi DiskografiSufian Suhaimi Konsert dan jelajahSufian Suhaimi FilemografiSufian Suhaimi Anugerah dan pencalonanSufian Suhaimi CatatanSufian Suhaimi RujukanSufian Suhaimi Pautan luarSufian SuhaimiAnugerah Juara Lagu ke-31Anugerah Juara Lagu ke-33Di MatamuMalaysiaTerakhir

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pasukan Kadet PDRMAiman Hakim RidzaAdi PutraFrekuensi radio di SarawakKata kerja16 PuasaHari GawaiBukan Kahwin PaksaKedah TuaSayu Yang SyukurAaron AzizNegeri-Negeri SelatPuteri Gunung LedangHun HaqeemElly ArifinPokok MambuPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Tunku Aminah Maimunah IskandariahKristianOrang India MalaysiaArash MohamadMira FilzahSenarai haiwanSurah Al-QadrNabila HudaKatedral St PaulNabi Isa a.s.Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaSenarai sistem badan manusiaZizan RazakNasi tangasAlhamdulillahPerkhidmatan awam di MalaysiaRock Oo!Senarai peribahasa (A–M)SejarahBendera MalaysiaBubur lambukSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahIslam di RwandaSenarai negara mengikut keluasanDewan Rakyat MalaysiaMy Lovely DriverMusang PulutKedudukan Dunia FIFABank RHBSyafiq YusofSenarai poskod di MalaysiaMasjid Sri SendayanMarissa YasminOrang Melayu MalaysiaLionel MessiOne Cent ThiefEnglandGajahMenara Berkembar PetronasFrekuensi radio di PahangAzahari HusinKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeyAnak Perjanjian Syaitan 2Upin & IpinCarles PuigdemontNombor dalam budaya CinaNasi lemakAzira ShafinazRujukan kehormatIsrafilHari Raya AidilfitriSultan Sharafuddin Idris ShahJudiMuhyiddin YassinCopa América 2015Pertubuhan Pribumi PerkasaMaktab Rendah Sains MARAHong KongJabatan Imigresen MalaysiaKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Gantung The Series🡆 More