Alyah: Penyanyi wanita Malaysia

Datin Noor Hasliah Abu Hasan (lahir 3 Januari 1981) atau Alyah Hasan juga disebut Alyah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia.

Mula bergiat aktif dalam dunia seni sejak 2000 ketika beliau berusia 19 tahun, namun namanya mula meniti di bibir peminat sekitar tahun 2008 bersandarkan populariti lagu hit "Tak Mungkin Kerna Sayang" ciptaan Ajai, manakala lirik tulisan DatukHabsah Hassan. Bakatnya dikesan menerusi pertandingan Bintang HMI 2000 anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menobatkan beliau sebagai juara.


Alyah
Kelahiran
Noor Hasliah binti Abu Hasan

(1981-01-03) 3 Januari 1981 (umur 43)
PekerjaanPenyanyi, pelakon, duta produk, usahawan
Tahun aktif1998–kini
PasanganDato' Ramli M.S (k. 2013)
Anak-anak2

Kerjaya

Ketika zaman remajanya di Johor, Alyah banyak menyertai pertandingan nyanyian baik dengan lagu-lagu pop mahupun lagu tradisional. Alyah mula mendapat perhatian ramai apabila menjadi Naib Juara Pertandingan Asia Bagus yang berlangsung di Jakarta pada tahun 1998 ketika beliau berusia 17 tahun. Seterusnya Alyah mencipta nama sekali lagi menerusi pertandingan Bintang HMI pada tahun 2000 dengan mempertaruhkan lagu nyanyian Francesca Peter berjudul Andainya dan Khatijah Ibrahim ("Ku Ingin Lari"). Kerjaya bermula apabila mengikat kontrak bersama sebuah syarikat rakaman kecil tempatan. Ketika itu bernaung di bawah syarikat Muzik Segar Embun (MSE) kerana syarikat itu serius dalam membuat tawaran. Alyah berguru bersama bapa saudaranya yang juga seorang penyanyi Azizul Khamis sebagai persiapan untuk album sulungnya. Album itu memuatkan juga tiga buah lagu yang berjudul Senandung Duka dan Bukan Begitu Caranya yang dipetik dari album kompilasi Kita Adalah Kita (Tribute to Mahathir Mohammad) pada tahun 2001. Album pertamanya berjudul Destinasi telah diterbitkan pada tahun 2002, malangnya ekoran masalah syarikat rakaman yang gulung tikar, kerjaya nyanyian Alyah yang baru bermula juga turut sama tenggelam.

Setelah itu beliau berjaya mendapat peluang oleh syarikat rakaman antarabangsa EMI untuk merakamkan album kedua. Peluang itu digunakan sebaik mungkin kerana beliau berpeluang bekerjasama dengan komposer hebat seperti LY, Bong, Miji, Aji, Kelly, Pacai, Ross Arifin, Zuraini dan Taj Mahal dan diterbitkan oleh Ahmad Izham Omar. Album tersebut diberi judul Permata akhirnya menemui pendengar pada tahun 2004. Biarpun beberapa lagu mendapat tempat di hati pendengar, album tersebut tidak begitu menyerlahkan nama Alyah malahan kerjayanya juga suram ekoran persaingan dengan bintang TV realiti yang lebih mendapat tempat ketika itu.

Pada tahun 2006 beliau meninggalkan EMI dan mengambil keputusan untuk menyertai program nyanyian realiti di 8TV iaitu One In A Million. Beliau berjaya ke TOP 12 dan menamatkan saingan di tempat ke 6. Pertandingan yang sama turut disertai oleh penyanyi seperti Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Suki Low dan Alif Satar. Seterusnya Alyah menyertai kumpulan hip hop The Fabulous Cats (TFC) pada tahun 2006 dan album sulung kumpulan itu yang berjudul Fantastik menampilan Alyah sebagai vokalis wanita sekaligus menguji Alyah dalam menyampaikan lagu-lagu dari nuansa muzik seperti Hip Hop, R&B, reggae, reggaeton, dan ‘80s pop serta swing. Single pertama kumpulan tersebut "Papa Jahat" melonjak ke tangga pertama carta muzik tempatan sementara lagu-lagu lain seperti "Fantastik", "Bila-Bila Katakan" dan "Rimas" juga mendapat tempat. Malangnya jodoh Alyah tidak bertahan lama dengan kumpulan tersebut kerana perselisihan faham. Alyah meninggalkan TFC dan melancarkan kerjaya muzik secara solo kembali.

Pada tahun 2008, beliau kembali dengan album solo berjudul Alyah yang mendapat sentuhan komposer Ajai menerusi label Wake The Baby dan kerjasama Complete Version. Album ini diedarkan oleh Maestro Records. Album ini berkonsepkan indo pop dan mempertaruhkan lagu "Tak Mungkin Kerana Sayang" dan "Ku Pinjamkan Satu Bintang" yang menjadi hits terhebat pada tahun tersebut. Album ini berjaya meletakkan nama Alyah ke tempat tertinggi di kalangan artis tempatan sekaligus menjulang nama Alyah sebagai salah seorang penyanyi wanita popular masa kini.

Beliau melancarkan single terbaharu, "Jutaan Purnama" pada awal 2018.

Pada tahun 2019, Alyah meraikan 19 tahun kerjayanya dalam bidang muzik.

Mania! (2012)

Pada tahun 2012 Alyah menyertai Mania!, iaitu sebuah program realiti TV terbaru di Astro Ria ketika itu. Program ini menghimpunkan 15 seniman tanah air untuk beradu suara dalam satu pentas setiap minggu dimana bakat mereka akan digilap oleh penerbit muzik yang terkenal seperti Dato' M. Nasir, Aubrey Suwito dan Ahmad Dhani. Alyah telah dipilih oleh Aubrey Suwito melalui empayar biru. Malangnya perjalanan beliau dalam program ini terhenti apabila beliau telah tersingkir pada konsert kelapan (suku akhir) berikutan undian SMS yang tidak menyebelahi beliau ketika itu. Berikut adalah persembahan beliau dalam Mania!:

Konsert Lagu Penyanyi Asal Ked.
2 "Russian Roulette" Rihanna Dipilih oleh Aubrey Suwito
4 "Tanpa Kekasihku" Agnes Monica Ke-11
5 "Kau" Glenn Fredly Ke-11
6 "Khatimah Cinta" 6ixth Sense Ke-11
7 "Di Persimpangan Dilema"

(duet Nora)

Nora Ke-8
8

(Suku Akhir)

"Jauh Di Sudut Hati" / "Kasih" Dato' Sudirman Tersingkir (Ke-9)

Anugerah Juara Lagu

Tahun Edisi Lagu & Pencipta Keputusan
2009 Ke-24 "Tak Mungkin Kerana Sayang"

(Ajai/Habsah Hassan)

Dicalonkan/Finalis
2011 Ke-26 "Kisah Hati"

(Manusia Putih)

Pemenang Persembahan Terbaik
2012 Ke-28 "Kau Yang Terindah" Dicalonkan/Finalis
2014 Ke-29 "Sesal Separuh Nyawa" Dicalonkan/Finalis

Kehidupan peribadi

Alyah mula bertudung pada 2012.

Pada 18 Mac 2013 beliau berkahwin dengan maestro muzik Dato' Ramli M.S. di Indonesia tetapi merahsiakan perkahwinan selama setahun lima bulan sebelum dihidu media. Pasangan ini belum dikurniakan cahaya mata.

Abang sulungnya, Mohd Fadzil Abu Hasan meninggal dunia pada 28 April 2021 pada usia 41 tahun.

One in a Million

Konsert Lagu (penyanyi asal) Rank
Top 20 "Kasih Kita" (Aishah) Mara ke Top 12
Top 12 "Menghitung Hari" (Krisdayanti) Selamat
Top 10 "Tentang Dia" (Melly Goeslaw & Evan) Selamat
Top 9 "Sway" (Dean Martin) Tersingkir

Mania!

Konsert Lagu (penyanyi asal) Rank
Minggu 2 "Russian Roulette" (Rihanna) Empayar Biru
Minggu 4 "Tanpa Kekasihku" (Agnes Monica) 11th
Minggu 5 "Kau" (Glenn Fredly) 11th
Minggu 6 "Khatimah Cinta" (6ixth Sense) 11th
Minggu 7 "Di Persimpangan Dilema" (Nora)
(duet bersama Nora)
8th
Minggu 8 "Jauh Di Sudut Hati" + "Kasih" (Dato' Sudirman) Tersingkir

Anugerah Juara Lagu

Peringkat Akhir

Tahun Edisi Lagu Komposer Penulis Lirik Keputusan
2009 24 "Tak Mungkin Kerna Sayang" Ajai Finalis
2011 26 "Kisah Hati" Manusia Putih Persembahan Terbaik
2014 29 "Sesal Separuh Nyawa" Nik Aidil Zamri Alfi Alwi Shah Shamsiri & Alyah Finalis

Peringkat Separuh Akhir

Tahun Edisi Lagu Komposer Lirik Keputusan

Diskografi

Album studio

EP

Album studio (bersama The Fabulous Cats)

  • Fantastik (2006)

Single

Tahun Lagu Album
2001 "Senandung Duka" Kita Adalah Kita
2002 "Setelah Kau Pergi" Destinasi
"Sesungguhnya"
2003 "Mengapa" Permata
"Permata"
2008 "Tak Mungkin Kerana Sayang" Alyah
"Ku Pinjam Satu Bintang"
(duet Riz AF6)
2009 "Realiti Dewi" Kisah Hati
2010 "Kau Bisu"
2011 "Kisah Hati"
2012 "Lena Sahara" Single
"Pesananmu Single
"Kau Yang Terindah" OST Drama Kau Yang Terindah
2014 "Sesal Separuh Nyawa" Single
2015 "Dendam Cinta" OST Filem Jwanita
"Syurga" Single
2016 "Engkau Milikku"
2017 "Mengapa Harus Aku"
(duet bersama Farawahida)
2018 "Jutaan Purnama" OST Drama Seribu Rindu
2019 "Meluruh" OST Drama Cemburu Seorang Perempuan
2020 "Cintaiku" OST Drama Camelia
2021 "Thank You Allah" (duet bersama Cat Farish & Ustaz Haris) Single

Single (bersama The Fabulous Cats)

Tahun Lagu Album
2006 "Papa Jahat" Fantastik
2007 "Fantastik"
"Macam Itu Macam Ini"
"Rimas"
"Bila Bila Katakan"

Filemografi

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran Nota
1999 Asia Bagus Naib Juara TV3
2000 Bintang HMI Peserta RTM
2006 OIAM Peserta 8TV Tersingkir di konsert Top 9
2012 Mania! Peserta Astro Ria Tersingkir di konsert Minggu 8 (Suku Akhir)
Idola Kecil (Musim 5) Juri tetap TV9
2020 The Masked Singer Malaysia (musim 1) Peserta Astro Warna Sebagai Wau
2024 The Hardest Singing Show Astro Ria

Muzik video

Tahun Lagu Pengarah Video
2008 "Tak Mungkin Kerna Sayang" Hedy Suryawan
"Ku Pinjam Satu Bintang"

(feat Riz Zaizizi)

2010 "Kau Bisu" Ghaz Abu Bakar
2011 "Kisah Hati"
2012 "Pesananmu"
"Kau Yang Terindah Eirma Fatima
2014 "Sesal Separuh Nyawa" Ghaz Abu Bakar
2015 "Dendam Cinta"
"Syurga"
2016 "Engkau Milikku" Izuan Mokhtar
2017 "Mengapa Harus Aku"

(duet Farawahida)

2018 "Jutaan Purnama"
2019 "Meluruh"
2020 "Cintaiku"

Anugerah dan pencalonan

  1. Juara Wirawan EON (1994)
  2. Juara Suara Johor (1997)
  3. Juara Bintang Asli (1998)
  4. Juara Bintang Sensasi Johor (1998)
  5. Naib Johan Asia Bagus (1998)
  6. Juara Bintang MPPJ (1999)
  7. Juara Bintang HMI (2000)
  8. Top 12 8TV’s OIAM (2006)
  9. Top 5 Anugerah Industri Muzik Ke-16(2009) - Album Pop Terbaik
  10. Finalis Anugerah Juara Lagu 24 (2010) - lagu Tak Mungkin Kerna Sayang
  11. Persembahan Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
  12. Lagu Terbaik GAH1 Akhir RTM (2010)
  13. Persembahan Terbaik Anugerah Juara Lagu 25 (2011) - lagu Kisah Hati
  14. Lagu Terbaik Anugerah Planet Muzik 2012 - Kisah Hati
  15. Lagu Pop Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-21(2014 ) - lagu Sesal Separuh Nyawa
  16. Lagu Nasyid Terbaik Anugerah Industri Muzik Ke-23(2022 ) - lagu 'Thank You Allah'

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Alyah KerjayaAlyah Kehidupan peribadiAlyah One in a MillionAlyah Mania!Alyah Anugerah Juara LaguAlyah DiskografiAlyah FilemografiAlyah Anugerah dan pencalonanAlyah RujukanAlyah Pautan luarAlyahAjaiDatinHabsah HassanMalaysiaRadio Televisyen MalaysiaTak Mungkin Kerna Sayang

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

May (kugiran)Jabatan dan agensi kerajaan MalaysiaLumut, PerakSekolah Dato' Abdul RazakParlimen MalaysiaPegawai Tadbir dan DiplomatikAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan terendahPendidikan di MalaysiaBruce GilleyHulu Selangor (kawasan persekutuan)Slot TiaraNafiez ZaidiPerodua AxiaSultan Mizan Zainal AbidinEmma MaembongKugiran MasdoPangkat tenteraYang di-Pertuan AgongNilai, Negeri SembilanUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaPiala Asia AFCMuhyiddin YassinSenarai raja-raja MelayuPerang BadarShukri YahayaMaria OzawaNajis dalam IslamAwieZizan RazakOrang Melayu MalaysiaSepahtu Reunion LiveShaheizy SamPilihan raya umum Malaysia 2022Sharifah HusnaBajauPerakFuckSenarai sistem badan manusiaBella DowannaSunan Gunung JatiHael HusainiLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaAb Rauf YusohKucingPersekutuan Tanah MelayuUpin & IpinPutrajayaThe GadysKhaliq Mehtab Mohd IshaqPantang larang MelayuMajlis Sukan Sekolah Sekolah MalaysiaAmyza AznanAbdul Razak HusseinTentera Laut Diraja MalaysiaJata MalaysiaUmie AidaPerang UhudMeerqeenIman TroyePertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17BadmintonPembentukan MalaysiaRindu Kasih 2Slot LestarySharnaaz AhmadBaba dan NyonyaSalasilah keturunan Nabi MuhammadAzhan RaniVanny RossyaneFaralyna IdrisNelydia SenroseJalaluddin HassanLee Kee HiongParti Islam Se-MalaysiaDewan Negara MalaysiaAiman Hakim Ridza🡆 More