Korban Kasih

Korban Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2020 arahan Mohd Fazli Yahya .

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Widuri TV1 bermula 24 April 2020 Hingga 23 Mei 2020 menggantikan Isteriku 120KG.

Korban Kasih
GenreDrama keluarga
Cinta
Konflik
Melodrama
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Korban Kasih 1&2 karya Fatimah Saidin
Ditulis olehFarhana Fauri
PengarahMohd Fazli Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanSampai Syurga - Idayu feat Ezad Lazim
Lagu penutupSampai Syurga - Idayu feat Ezad Lazim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod30
Penerbitan
Penerbit eksekutifIrene Qistina D
Nurul Izzah D
PenerbitNorley Aimi Nadiah Sharri
Tempoh siaran45 minit
Isnin-Ahad
7 Malam
Syarikat penerbitan
Mache All Star United Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV1 (Slot Widuri)
Siaran asal24 April 2020 – 23 Mei 2020
Kronologi
MengikutiIsteriku 120KG
Diikuti olehMemoir Kamila

Sinopsis

Sebuah kisah kekeluargaan yang dirakamkan melalui pandangan Fatimah (Zara Zya) yang melihat perselisihan dan pilih kasih dalam keluarganya. Dia tidak mengerti mengapa ibunya membenci Abang Jalil (Saharul Ridzwan) sehingga abangnya itu tersingkir setelah kematian ayahnya (Hasnul Rahmat). Dia juga melihat kejayaan kak long dan abang ngahnya belajar di sekolah berasrama penuh. Semua pergolakan ini dilihat secara positif oleh penulis sehingga menemukan semula secara harmoni semua ahli keluarga ini yang kini sudah pun dewasa. Sebuah kisah yang sangat memikat serta sarat dengan nilai-nilai murni.

Fatimah anak bongsu dari empat beradik, menyelami isi hati abang Jalil yang disisihkan oleh ibunya sendiri. Seluruh ahli keluarga menyayanginya, kecuali ibu Norizah (Dynas Mokhtar) yang mencurah kasih sayang pada anaknya yang lain. Walaupun dilayan seperti orang asing oleh ibu sendiri, Jalil banyak berkorban untuk kebahagiaan ibu, kembarnya Jamil (Azrel Ismail), adiknya Fatimah dan Kak Longnya (Ezzaty Abdullah).

Kasihankan Jalil, ayah telah membawa Jalil keluar dari rumah dan tinggal bersama Nek Limah. Suatu hari ditakdirkan ayah telah meninggal dunia dan Jalil tetap dipersalahkan, tetapi Jalil tetap bersabar dan reda dengan dugaannya. Adik beradik turut bersempati dengan nasib Jalil namun tidak mampu berbuat apa-apa.

Langit tidak selalu cerah, Nek Limah pula meninggal dunia. Jalil tiada pilihan selain terpaksa tinggal semula di rumah ibunya. Sekali lagi, Jalil terpaksa berhadapan dengan sikap marah ibu terhadap dirinya. Jalil tetap sabar dan tidak pernah membalas perbuatan ibunya. Jalil tetap meneruskan tanggungjawabnya menguruskan keluarga. Walaupun mendapat keputusan peperiksaan yang bagus, Jalil sanggup tidak meneruskan pelajaran demi memberi peluang kepada Kak Long dan Jamil meneruskan cita-cita mereka.

Tekanan demi tekanan, jiwa Jalil rapuh akhirnya. Dia mengambil keputusan meninggalkan rumah tanpa pengetahuan Fatimah dan ibunya. Fatimah sebagai adik yang rapat dengan Jalil terpaksa mengambil alih tugas Jalil menguruskan keluarga. Jamil pula dilihat tidak biasa memikul tanggungjawab mengurus keluarga. Ternyata, keadaan tidak sama sewaktu Jalil ada. Kehidupan Sang ibu mula rasa pincang tanpa Jalil dan timbul rasa insaf dan sesal kerana membenci Jalil hingga Jalil pergi tanpa berita.

Setelah beberapa tahun menghilangkan diri, Jalil kembali ke kampung bersama datuknya. Kepulangan Jalil sangat dirai oleh ibu dan adik-beradiknya. Mereka hidup bahagia bersama.

Keadaan keluarga tegang semula apabila Jamil yang dikahwinkan dengan Aisya (Ummi Nazeera) oleh ibu telah menghilangkan diri di hari perkahwinannya. Jamil hilang tanpa pesan. Ibu merasa sangat menyesal mengaturkan jodoh Jamil dengan Aisya. Namun Aisya sebagai isteri yang baik sanggup menunggu walau Jamil sudah bertahun meninggalkannya.

Fatimah yang kasihan Aisya telah memujuk Jalil agar mengahwini Aisya. Demi kebahagiaan ibu, Fatimah dan Aisya, Jalil akhirnya bersetuju mengahwini Aisya. Mereka hidup bahagia sebagai suami isteri. Kebahagiaan mereka diuji apabila Jamil secara tiba-tiba muncul untuk mendapatkan Aisya kembali tanpa dia ketahui yang Aisya sudah menjadi isteri kepada Jalil.

Bagaimana harus Jalil dan Aisya berhadapan dengan Jamil?

Pelakon

Rujukan

Tags:

Slot WiduriTV1

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sultan Mizan Zainal AbidinBandar TaipingBola tamparAeril ZafrelMuhammad bin Idris al-SyafiiHun HaqeemPembahagian kuasaSiti Khadijah HalimUthman bin AffanOh My Ceria!Malang Si PuteriHari BumiTeknologiGerak KhasSyamsul YusofTengku Ismail Leon PetraAdnan Abu Hassan (ahli politik)Sunan AmpelLemangVirusBadmintonSabahLabuanYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaM. NasirPerang BadarFarah AhmadSenarai perbandingan pangkat tenteraSenarai saluran Astro NJOINik Abdul Aziz Nik MatPeti pertolongan cemasPerkhidmatan awam di MalaysiaPerikatan NasionalLiga Super Malaysia 2024–25Frekuensi radio di SelangorKerajaan Bani UmaiyahJangan Menangis Cinta (drama)Na’im BrundageBola jaringPerdana Menteri MalaysiaBatu CavesFarali KhanBuah kerasEda EzrinProton Saga7 Hari Mencintaiku (musim 3)Kesan perubahan iklimRejimen Askar Melayu DiRajaRedza RosliJanna NickSepahtu Reunion Al-RayaHantu rayaSophia LianaOrang Melayu MalaysiaHot FMUpin & IpinMohammed Hanif OmarKata kerja tak transitifBendera dan jata PerakFrekuensi radio di PahangGunung KinabaluRozita Che WanPerodua KancilSepupuTunku Ismail ibni Sultan IbrahimR.A. KartiniSidratulmuntahaPahamin RajabInsya-AllahRaja Zarith SofiahOrang Melayu IndonesiaBumiputeraNajua NasirJohor Darul Ta'zim F.C.Piala ThomasJ Revolusi🡆 More