Nazrief Nazri: Pelakon lelaki Malaysia

Mohamad Nazrief Mohamad Nazri (Jawi: نازريف نازري; lahir 19 Oktober 1991) merupakan pelakon dan model lelaki Malaysia.

Beliau mula dikenali melalui program realiti Hero Remaja di mana beliau merupakan antara 23 Finalis Hero Remaja 2011/12.

Nazrief Nazri
Kelahiran
Mohamad Nazrief bin Mohamad Nazri

(1991-10-19) 19 Oktober 1991 (umur 32)
Pendidikan
  • Integrasi Kejuruteraan Jepun
  • Ijazah Pengurusan Maritim
Pusat pendidikanUniversiti Kuala Lumpur (UniKL)
PekerjaanPelakon, model, penyanyi, pengacara
Tahun aktif2012–kini
PasanganAizatul Aqma Hamdan (k. 2019)
Anak-anak1

Kehidupan awal

Nazrief dilahirkan pada 19 Oktober 1991 di Seremban, Negeri Sembilan dan dibesarkan di Seri Menanti. Beliau memiliki ijazah berkembar Sarjana Muda Operasi Maritim dari Malaysian Institute Of Marine Engineering Technology (UniKL Mimet) dan Chartered Institute Of Logistics And Transport (CILT). Ketika zaman kanak-kanaknya, Nazrief pernah menggalas tanggungjawabnya sebagai bilal kanak-kanak di sebuah masjid di kampung halamannya ketika membantu ibu berniaga di bazar Ramadan. Ibu bapanya bercerai pada 2016 ketika Nazrief mencapai usia 25 tahun.

Kerjaya

Nazrief memulakan kerjaya lakonan dengan membintangi telefilem Anak Ikan arahan Rashid Sibir. Seterusnya beliau menyertai pertandingan pencarian bakat Hero Remaja 2011/12 yang turut disertai oleh Hafreez Adam, Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Fendy Bakry, Ben Amir dan Fattah Amin, sejak itu, bakat beliau terus digilap dan berjaya menghiasi beberapa drama dan telefilem, antaranya Maskara, Tanah Kubur dan Pengancam Perkahwinan.

Nazrief memulakan kerjaya muzik dengan melancarkan single sulungnya, "Cinta Semalam" yang dikeluarkan pada Julai 2017.

Kehidupan peribadi

Dalam temu ramah bersama Harian Metro pada Ogos 2017, Nazrief mendedahkan beliau amat obses dengan Dato' Rosyam Nor dan mengakui telah menonton hampir kesemua filem lakonannya, beliau berkata: "Banyak perkara yang ada pada Rosyam boleh saya jadikan contoh. Selain lakonan, dia juga pandai menjaga keterampilan. Selain berjaya sebagai pelakon, Rosyam juga sangat sukses sebagai ahli perniagaan. Saya sendiri berharap satu hari nanti mampu mengikut jejak langkahnya,".

Nazrief berkahwin dengan model, Aizatul Aqma Hamdan pada 15 November 2019. "Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan. Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama," katanya.

Beliau dikurniakan seorang anak yang dilahirkan pada 19 Julai 2021.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2022 Seratus Filem pertama, penampilan khas

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Tanah Kubur (Musim 5) Amin Astro Oasis Episod: "Sepandai-pandai Tupai"
2013 Maskara Alif Azril TV1
Pengancam Perkahwinan Astro Ria
2014 Cinta Ilahi Kojek TV3
Alam Maya Edd TV9
Misiku Kuza Ismail Astro Ria
2015 Tanah Kubur (Musim 10) Rahim Astro Oasis Episod: "Langkah Mayatku"
Suami Sebelah Rumah Azlan TV3
Lari Mira Yusof
Oh My English Cikgu Ariff Astro TVIQ
HidayahMu Ramadan Nazir TV3
2016 Demi Cinta Ain Adam
Lara Terindah Razlan
Nasi Minyak Kuah Cinta Izka / Putra
2017 Urusan Hati Cik Drama Queen Eddie Astro Ria
Cerita Dari Mastika Muzaffar Astro Prima Episod: "Aku Sudah Mati"
Bilo Nogori Jupo Kelate Noah TV3
2018 Air Mata Di Bumi Matador Adib TV2
Makmum Yang Paling Aku Cinta Syed Amru Hypp Sensasi
Cinta Bukan Kristal Faiz TV3
2019 Plan Cinta Ismadi
Leftenan Zana Zaidi
Utusan Cinta Buat Adam Tengku Aidit
Suamiku Mr. Blind Aidil Zafran Hypp Sensasi
2020 Rindu Yang Terindah Hazieq Wafiy TV3
Bidadari Salju Wan Hakimi
2022 Villa Kristal Ustaz Adib WeTV
Keluarga Pasar Encik Aaron TV Okey
Takdir Cinta Dhia Fikri Astro Prima
2023 Derhaka Sebuah Cinta Naufal Astro Ria
Liar Taufiq Radzlan
Jangan Ambil Kerja Tuhan TV2 Episod: "Syurga Dunia"

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Anak Ikan Astro Prima
2014 Al Kazzab Ustaz Ashraf Astro Oasis
2015 5 Kali Cinta Andy TV3
M.A.I.D Pun Nak Beraya Reza Astro Ria
2017 Suami Aku Jurumekap Aidan HyppTV
Malam Tanpa Yasin Imran TV3
2018 Doa Untuk Dijual Unifi TV
Permaisuri Syurga Aiman TV1
2022 Hantu Karaoke Zack TV3
Radio Atok TV9

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2016 Sembang Terapi Pengacara TV9 bersama Akhmal Nazri dan Dayah Bakar
Lari: Misi Mencari Mr. X Peserta
Lari: Kita Kejar Dia Istimewa Hari Raya
2017 Nasi Lemak Kopi O Artis Jemputan bersama Johan As'ari dan Sabhi Saddi (9 Julai)

Diskografi

Single
Tahun Tajuk
2017
"Cinta Semalam"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2016
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–28
Artis Baru Lelaki Popular Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Nazrief Nazri Kehidupan awalNazrief Nazri KerjayaNazrief Nazri Kehidupan peribadiNazrief Nazri FilemografiNazrief Nazri DiskografiNazrief Nazri Anugerah dan pencalonanNazrief Nazri RujukanNazrief Nazri Pautan luarNazrief NazriHero RemajaJawiMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RuhainiesBrazilNekbatTunku Aminah Maimunah IskandariahBaby ShimaKhamis PutihSultan Iskandar ibni Sultan IsmailZodiakPuasa (Islam)Kata hubung (bahasa Melayu)Zarina ZainoordinQarinMarissa YasminTunku Abu BakarKecerdasan buatanTwitterSyamsul YusofS.S. LazioEmpayar UthmaniyahEman MananMasjid Sri SendayanDataran MerdekaKedah TuaIsrak dan MikrajSunan Gunung JatiSultan Muhammad VAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaAliff AzizPasukan bola sepak kebangsaan VietnamAwesome TVTulisan JawiMediaNorish KarmanSophia Liana17 PuasaMata anginPuchong, SelangorCongkakBak kut tehLaluan Kelana JayaTrisha OoiSenarai raja-raja MelayuJuzSiti Khadijah HalimRiz AminShahrulezad MohameddinPandu PuteriSyafiq KylePeristiwa Bukit KepongSel (biologi)Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaNabi Lut a.s.Masjid Wilayah PersekutuanToyota AgyaSyiahSharifah ShahirahSlot MegaDramaIpohBella DowannaTentera Darat MalaysiaKeperibadianPemasyhuran Kemerdekaan Tanah MelayuNgabuburitSimpulan bahasaBola tamparBaju MelayuSurah al-FatihahAaron AzizPahangBatuk kokolBumiputeraBadli Shah bin AlauddinKhir RahmanOrang Melayu MalaysiaNabi Syu'aib a.s.Nasi lemakKerajaan Kutai🡆 More