Sabhi Saddi

Sabhi Saddi (Jawi: سبهي سدد; lahir 6 September 1984) merupakan seorang penyanyi dan pelakon lelaki Malaysia.

Sabhi Saddi
Kelahiran (1984-09-06) 6 September 1984 (umur 39)
PekerjaanPenyanyi, pelakon
Tahun aktif2010–kini
PasanganRosi Aswani binti Abdul Razak (k. 2012)
Anak-anak5
Ibu bapaDatuk Saddi Abdul Rahman
Datin Nordiah Jambri
HubunganDatuk Samad Jambri
(bapa saudara sebelah ibu)
Kerjaya muzik
GenrePop, R&B
Syarikat rakaman
Nova Music Malaysia
Pengkarya berkait
Esdco, Adam AF2, Helena, Vienna Fridiana, Niely, One Nation Emcees

Beliau juga pernah dikenali sebagai Boy dari kumpulan Esdco yang pernah bersama-sama Adam AF2. Namun sekarang, beliau telah bergerak aktif sebagai penyanyi solo dan telah membintangi beberapa buah drama dan telemovie.

Kerjaya

Sabhi memulakan kerjaya seni beliau dalam sebuah kumpulan bergenrekan hip hop iaitu Esdeco bersama Adam AF dan Ejarn serta menggunakan nama Boy sebagai nama komersial beliau dalam kumpulan tersebut. Beliau juga pernah menjadi penari pengiring kepada Adam selama beberapa tahun. Kumpulan ini terpalit dengan populariti selepas Adam menyertai Akademi Fantasia Musim 2. Mereka juga pernah muncul secara berkumpulan dan telah mengeluarkan single pertama bertajuk Sayang Giler setelah diberi peluang dan single ini juga untuk mengukuhkan kumpulan tersebut. Malangnya kumpulan itu tidak mendapat tempat dan seolah-olah sudah lama berkubur . Akibat komitment masing - masing yang sibuk, Sabhi akhirnya mengorak langkah sebagai penyanyi solo dan telah mengeluarkan album menggunakan nama beliau sendiri pada tahun 2010. Beliau juga tidak menggunakan nama Boy untuk aktiviti seni solo beliau sebaliknya menggunakan nama sebenar beliau dan menggunakan genre R&B dalam lagu nyanyian beliau berbeza dengan genre hip hop yang pernah dibawa semasa menjadi ahli kumpulan Esdeco.

Karier nyanyian Sabhi mula meningkat naik apabila single beliau Nadiku berjaya menarik minat pendengar Malaysia. Selain itu, single Cinta Sesungguhnya bergandingan dengan Marsha juga telah menaikkan nama Sabhi.

Pada 2014, Sabhi telah dicalonkan dalam dua kategori di Anugerah Planet Muzik (APM) menerusi Kolaborasi Terbaik (Lagu) bersama Bemby Noor dan Artis Terbaik (Lelaki).

Selain menyanyi, Sabhi juga melibatkan diri dalam bidang lakonan apabila telah berlakon dalam beberapa buah drama dan telefilem.

Kehidupan peribadi

Sabhi telah sah menjadi suami kepada Rosi Aswani Abdul Razak, gadis kelahiran Pasir Mas, Kelantan pada 17 Julai 2012.

Pada tahun 2013, Sabhi dan isteri telah menyambut anak sulung mereka yang diberi nama Sofea Reesya. Pada 6 September 2015, Sabhi menyambut kelahiran anak keduanya yang juga seorang bayi perempuan, sempena hari ulangtahun kelahirannya ke-31. Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 11.33 pagi dengan berat 3.3 kilogram dan diberi nama Sofea Rania. Pada 24 Mac 2017, Sabhi Saddi dan isterinya Rosi Aswani sekali lagi menyambut kelahiran cahaya mata ketiga. Bayi perempuan itu dilahirkan pada jam 10.45 pagi.

Diskografi

EP

Single

Tahun Tajuk Menampilkan Album Catatan
2010 "Nadiku" Sabhi Saddi
2011 "Tanpamu"
Helena
Single tanpa album Lagu tema filem Nur Kasih The Movie
"Seperti Dulu Lagi"
Vienna Fridiana
"Waktu"
2013 "Cinta Sesungguhnya"
Marsha
2015 "Bukan Isteri Sempurna"
Mila Jirin
Lagu Tema untuk Drama Bukan Isteri Sempurna
"Tiada Lagi Cinta"
"Kisah Kita"
Nieyl
"Percuma"
2017 "Setia Menunggumu" Lagu Tema Drama Andainya Takdir (2017) & Drama Setia Menunggumu (2017)

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak
2011 Klip 3GP Zekri

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Antara Cinta Laut China Selatan Balai TV2
2015 Puteri Gunung Ledang Unifi TV
2016 Bodyguard Basri TV3
Abang Sado Boleh Beres Rahul
Lambaian Ramadan Azman
Bibik-Bibikku
2017 Biar Aku Jadi Penunggu
Andainya Takdir Rahmat
Inspirasi Ramadan Episode 1
Tukar-Tukar Menu Dirinya Sendiri Penampilan istimewa
Tauke Jamu Arman
2018 Awak Suka Saya Tak Nazim Astro Ria
Terbaik Dariku Ahmad TV3
Teratai Kemboja Hathim
2021 Jangan Ganggu Jodohku Ustaz Hadhari Astro Ria
2022 Nusyuz Berkiblat Cinta Zarul
Lockdown 2
Biarkan Ia Pergi Aqasha TV3
2023 Derhaka Sebuah Cinta Doktor Izzudin Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2013 Walau Air Mata Darah TV3
2014 Aku Ada Wali TV AlHijrah
2016 Seutas Gelang Emas Rashid TV3
2017 Isteriku, Cikguku Nazri
Antara Capati Dan Belacan Kamal TV1

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2013 Sesat Peserta Astro Ria berpasangan dengan Lana Nordin
2015 Papa Hero Saya (Musim 2) Artis Jemputan
2017 Apa Nak Makan Ni ? TV3 17 Jun
2022 The Masked Singer Malaysia (musim 2) Peserta Astro Warna sebagai Bujang Senang
Famili Duo (musim 2) TV3 berpasangan dengan FareedPF

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2014 Anugerah Planet Muzik (APM) Kolaborasi Terbaik (Lagu) Tercalon
Artis Terbaik (Lelaki) Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sabhi Saddi KerjayaSabhi Saddi Kehidupan peribadiSabhi Saddi DiskografiSabhi Saddi FilemografiSabhi Saddi Anugerah dan pencalonanSabhi Saddi RujukanSabhi Saddi Pautan luarSabhi SaddiJawiMalaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Takdir Itu Milik AkuJesus ChristDahlia RizalPolitik MalaysiaSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimAmyra RosliSharisa HarisWudukKementerian Pendidikan MalaysiaSophia AlbarakbahNabi Isa a.s.Universiti awamVirusPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaSenarai saluran Astro NJOIBank Negara MalaysiaPandemik COVID-19 di MalaysiaMajapahitHentaiSejarah SingapuraVaksin tetanusLelaki ItuSenarai pelakon lelaki MalaysiaMalaysia MadaniXPDCLaman UtamaAngeline TanTok JanggutPulau RedangJambatan Pulau PinangUniversiti Teknologi MARAPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 MalaysiaIntegritiBaby ShimaBarisan NasionalUniversiti MalayaSharnaaz AhmadSurah al-FatihahPerjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948Darurat Tanah MelayuTamrin Abdul GhafarKhaliq Mehtab Mohd IshaqZiana ZainUndang-undangBola balingLaila NasirSultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in BillahAmir AhnafSerangan Iran ke atas Israel 2024Melur Untuk Firdaus (musim 2)Puteri Khareeza@Siti HariesaSlot MegaDrama2024 di MalaysiaKhalid Mohamad JiwaBumiputera di SabahSalasilah keturunan Nabi MuhammadMedia sosialSharifah AmaniTentang Hati DiaKerenggaDwidewanHukum madNajis dalam IslamSelangorUltrabunyiSarimah IbrahimHassanal BolkiahPerang AhzabJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaGerak KhasPantang larang MelayuAbdullah bin Ahmad BadawiSekolah Kebangsaan Raja Bahar🡆 More