Farid Amirul Hisham Wu Abdullah (lahir 7 April 1965) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.
Beliau terkenal dengan watak sebagai Detektif Lim dalam drama kepolisan Gerak Khas yang disiarkan di TV2 dan TV3 (Gerak Khas The Finale) Drama bercorak kepolisan popular Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini diterbitkan oleh Skop Productions milik pengarah dan penerbit Dato’ Yusof Haslam.
Farid Amirul | |
---|---|
Kelahiran | Farid Amirul Hisham Wu bin Abdullah 7 April 1965 |
Pekerjaan | Pelakon, penolong pengarah |
Tahun aktif | 1986–kini |
Terkenal kerana | Sarjan Lim dalam Gerak Khas |
Pasangan | Norhayati Abdullah (k. 2021) |
Farid Amirul memeluk Islam pada 21 Jun 1991. Beliau mendirikan rumah tangga dengan Norhayati Abdullah pada 17 Februari 2021.
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1994 | Panggilan Pulau | Musa | Filem pertama |
1998 | Jibon | Mr. Lee | |
1999 | Bara | Ah Boon | |
2000 | Leftenan Adnan | Mejar Fujiwara | |
Pasrah | Pembantu Peribadi Datuk Othman | ||
2001 | Gerak Khas The Movie | Detektif Lim | |
2002 | Gerak Khas The Movie II | ||
2003 | MX3 | Banduan | |
2005 | GK3 The Movie | Detektif Lim | |
2007 | Kayangan | Robert | |
2008 | Evolusi KL Drift | — | Sebagai penolong pengarah |
2021 | J2: J Retribusi | Boon | |
2022 | Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan | Goh Hoi | |
Abang Long Fadil 3 | Penampilan khas |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV | Catatan |
---|---|---|---|---|
1986 | Harimau Rimba | TV1 | Drama pertama | |
1999–2011, 2019–2021 | Gerak Khas | Sub Inspektor (S.I) Detektif Lim | TV1, TV2, TV3 | |
2007 | Airmata Maria | Jimmy | TV3 | |
2012 | Metro Skuad (Musim 1) | Pelbagai watak | TV2 | 2 episod: "Dendam" dan "Khianat" |
2012–2013 | Roda-Roda Kuala Lumpur | Sarjan Mejar Lim | ||
2013 | Titisan Darah Pahlawan | Ketua Pengganas Komunis | TV1 | Episod: "Senoi Praaq" |
2021 | Single Terlalu Lama | TV3 | Penampilan khas | |
2021–2022 | Gerak Khas Undercover | Lim | ||
2021 | Jamu Nesan | Hypp Sensasi | ||
2022 | Pok Ya Cong Codei: Memburu Siti | Robert Liew | Astro Ria | |
Kuasa | Dr. Jason | Astro Citra | ||
Kerana Aku Isteri Bidaan | Tuan Nizam | TV3 | ||
Bukan Pi Mai Pi Mai | Astro Ria | Pelakon undangan | ||
Kamcing | Abdullah | Sooka | ||
Hilang | Dato Steven | Viu | ||
Hati Tanpa Rasa | Dato Hashim | TV3 | ||
2023 | One Million Dollar Voice | Hung | Astro Ria |
Tahun | Tajuk | Watak | Saluran TV |
---|---|---|---|
1995 | Diari Hati Julia | TV3 | |
2011 | Bara Cinta Ramadan | Tauke Lim | |
2013 | Kalam Cinta | Tuan Abdullah | TV AlHijrah |
2015 | Jalan Pintas | TV2 | |
2018 | Purnama | TV3 | |
2020 | Gaun Pengantin Ivovy | Unifi TV |
Pada 17 Disember 2009, Farid telah dituduh mencuri dua buah buku di MPH Bookstores, Mid Valley Megamall dan dihukum penjara dua bulan dan denda sebanyak RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur. Majistret Mohd. Faizi Che Abu memutuskan demikian selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Farid. Saksi kes pencurian ini ialah penyiasat dalam MPH, Mohd Aqib Mohd Yusof serta penyelianya, Fadhilah Mohd Yusuf. Buku itu bernilai RM198.90 pada jam 7.15 malam, 27 Mac 2009. Buku yang dicurinya bertajuk The Sistine Secrets dan Decoding The Heaven.
Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Bagaimanapun Farid telah menarik balik pengakuan awal sebagai bersalah setelah melantik Peguam bela Nor Azri Mohd. Arif. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Ashiqin Zulkifli. Farid dibebaskan pada Mac 2012. Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Datuk K.N. Segara dan Datuk Aziah Ali memutuskan demikian secara sebulat suara selepas menolak rayuan akhir pendakwa raya. Dengan keputusan itu, kuorum berkenaan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 24 September 2010 yang membebaskan beliau selepas membenarkan rayuannya. Hakim Abdul Malik ketika membacakan alasan penghakimannya menyatakan, panel itu menerima fakta keterangan kes bahawa tiada saksi yang melihat Farid mengambil dua buah buku itu dari rak di gedung buku MPH pada hari kejadian.
Beliau menyatakan, identiti kedua-dua barang kes turut diragui kerana ia tidak ditanda sewaktu diterima daripada pengawal keselamatan MPH, manakala beg sandang milik pelakon itu yang didakwa digunakan untuk menyembunyikan buku-buku, juga tidak dikemukakan ketika perbicaraan. Ujarnya, pegawai penyiasat sepatutnya menanda buku itu dan mengemukakan borang serahan kepada pengawal keselamatan sebagai bukti penyerahan sebelum meletak buku-buku itu dalam sampul surat yang dimeterai dan disimpan dalam setor polis.Hakim Abdul Malik turut menyatakan, wujud kepincangan pada kes pendakwaan kerana cip pengimbas keselamatan yang didakwa dikoyak dan dikeluarkan dari buku oleh Farid Amirul, tidak diambil dan ditanda oleh pegawai penyiasat sebagai barang bukti kes.
Selain itu, mahkamah turut berpuas hati bahawa kegagalan pihak polis merampas rakaman sistem kamera litar tertutup (CCTV) yang sebahagiannya berfungsi, turut mencacatkan kes pendakwaan. Farid Amirul tidak diwakili peguam manakala Timbalan Pendakwa Raya, Farah Ezlin Yusop Khan mewakili pihak pendakwaan.
This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Farid Amirul, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.