Pablo Amirul: Pelakon lelaki Malaysia

Amirul Hisyam Mohd.

Sakri atau lebih dikenali sebagai Pablo Amirul (lahir 1 Februari 1985) merupakan seorang pelakon, model dan pelagak ngeri Malaysia. Memulakan kerjaya dalam dunia hiburan sebagai pelakon tambahan dan model sambilan, beliau terkenal dengan peranan antagonis dan telah berlakon dalam beberapa filem besar serta pecah panggung termasuk Abang Long Fadil (2014), Polis EVO (2015) dan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa (2022).

Pablo Amirul
Kelahiran
Amirul Hisyam bin Mohd. Sakri

(1985-02-01) 1 Februari 1985 (umur 39)
PekerjaanPelakon, model, pelagak ngeri, pengacara
Tahun aktif2012–kini
SaudaraKim Fukazawa (adik)

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya lakonan sebagai pelakon tambahan dan model sampingan hinggalah kearah kerjaya sebagai pelagak ngeri pada 3 bulan pertama pembabitannya di dalam bidang lakonan. Sehinggalah bakatnya disedari oleh Ahmad Idham apabila diberi peluang berlakon sebagai pelakon pembantu di dalam filem pertama beliau iaitu Anak Jantan.

Antara watak watak lakonannya sebagai watak penjahat atau antagonis dan yang paling diingati adalah memegang watak antagonis sebagai Jimbo dalam filem Polis EVO. Beliau mendapat tunjuk ajar dalam dunia lakonan oleh beberapa pelakon termasuk Farid Kamil, Bront Palarae, Fauziah Nawi, Shaheizy Sam, Fezrul Khan, Along Eyzendy, Wan Hanafi Su dan Rosyam Nor Lakonan antagonis dan beliau lebih gemar melakukan sendiri pelbagai aksi lasak.

Tidak ramai yang mengetahui bahawa Pablo cukup menggemari aktiviti lasak hingga mengemudi beberapa buah rancangan sebagai pengacara di dalam 13 Puncak (2014), Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam (2017), Lasak, Khazanah Negara dan Bencana Alam.

Beliau bersama Along Eyzendy menerbitkan bersama telefilem Last Kopek! Havoc terbitan Malayan Brotherhood Ventures.

Kehidupan peribadi

Pablo Amirul dilahirkan dan dibesarkan di Wakaf Bharu, Kelantan. Adiknya, Nurul Hafiza, juga dikenali sebagai Kim Fukazawa, juga ialah seorang pelakon dan pelagak ngeri.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2013 Gangster Celop Orang Kanan Mat Cirit Filem pertama, pelakon tambahan
Lari Pelakon tambahan
2014 Anak Jantan Rambo
Abang Long Fadil Murid 1
Sniper Jim
Kasut Ku Kusut Marcos
Rentap Ringgit
2015 Hantu Bungkus Ikat Tepi Jim Penampilan khas
Gudang Kubur Pegawai Bank Penampilan khas
Suamiku Jatuh Dari Langit Konco Ahlong
Polis EVO Jimbo
Mat Moto Kuzer
2016 Kampung Drift Ray
2019 Warkah Alang Penampilan khas
KL Vampires Van Kordi
Garang Idham
2021 Belaban Hidup: Infeksi Zombie Gadang
2022 Deleted: Akan Ku Jejak Bank
Air Force The Movie: Selagi Bernyawa Sarjan Udara TUAI (Aripin Anak Barat)
Seratus King
2023 Escape Hitman Laskar Timur 1
Adoiii Jiwaku Pablo
Budak Flat Riz Digital Film untuk Amazon Prime
2024 The Original Gangster KJ Pos-produksi
TBA Perisik Waris Pos-produksi

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2014 Gerak Khas (Musim 14) Roy TV2 Episod: "Scam 419"
2015 Ajaibnya Cinta TV3
2017 Joni Togo Astro Prima Episod: "Bunian"
Muzium Misteri TV3 Episod 7
2019 Curi-Curi Cinta Adli Astro Ria
The Bridge Jamal Mokhtar HBO Asia / Viu
2019–2021 Black 1 & 2 Middle Finger Man Viu
2021 Sabarlah Duhai Hati Johan TV3
Budak Tebing 2 Pablo
TBA Biarlah Aku Cari Pengganti Nik Luqman

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2014 Kem Cuci Tangan (KECUT) Eddy Unifi TV
Beca Ayah TV9
Aidil dan Fitri
2015 Sayang Awak Sangat-Sangat Farid Unifi TV
Gocoh Megat TV2
2016 Last Kopek! Havoc DVD
Budak Dari Tak Bai Aman Astro Ria
Lampu Merah Astro Citra
2017 Ramadan Terindah Nurani Samad TV3
2019 Mencari Nur Hidayah TV3
2020 Bujang Beraya Bersama TV Okey
2022 Wanji Kicap TV1
2023 Bro Jenin Astro Ria

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2014 13 Puncak Pengacara TV1
2017 Hanya Di Sini 3 Hari 2 Malam
2018 Lasak
2019 Bencana Alam
2022 Khazanah Malaya

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Pablo Amirul KerjayaPablo Amirul Kehidupan peribadiPablo Amirul FilemografiPablo Amirul RujukanPablo Amirul Pautan luarPablo AmirulAbang Long FadilAir Force The Movie: Selagi BernyawaPolis EVO

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Earth HourPulau RedangInfrastrukturRangka manusiaSkop ProductionsPerikatan NasionalAniq SuhairTawauKumpulan advokasiSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahTalbis IblisSuruhanjaya Syarikat MalaysiaFadillah YusofBiduanita NegaraAl-QuranPontianak Harum Sundal Malam IISukanNILAMRosyam NorPilihan raya umum Malaysia 2022Ashraf SinclairLabuanPenyalahgunaan bahanZodiakUniversiti Teknologi MalaysiaCabang dan mazhab IslamAmerika SyarikatBola sepakPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaNegeri-negeri Melayu BersekutuJambatan Sultan Abdul Halim Muadzam ShahPolis EVODewan Negeri PerakTanah Melayu BritishTentang Hati DiaKata ganti diriFunanSlot AkasiaKerajaan Persekutuan MalaysiaSistem sarafMelur Untuk FirdausCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaPendidikan di IndonesiaRiena DianaNabi Adam a.s.Aznil NawawiAbu Bakar BasyirMohd Ghazali Che MatSlot MegaDramaI.D.SkizofreniaBangladeshMenteri Pendidikan MalaysiaMydinOrang Melayu MalaysiaSenarai saluran AstroInna lillahi wa inna ilaihi raji'unSekolah Menengah Kejuruan Negeri 26 JakartaPerak F.C.Oktovia ManroseKanun KeseksaanJata MalaysiaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSistem pembiakan perempuanJohor Darul Ta'zim F.C.Azan dan iqamatDewan Negara MalaysiaHun HaqeemBendera ThailandMatlamat Pembangunan MampanShiqin KamalNatasya MahyanDewan Bahasa dan PustakaYang di-Pertuan AgongZiana ZainPerang Dunia KeduaLat🡆 More