Hati Tanpa Rasa

Hati Tanpa Rasa ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2022 arahan Emi Suffian dan Ayiez Mustafa, dibintangi oleh Scha Elinnea, Redza Rosli dan Khalida Balqis.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 13 Disember 2022 menggantikan Rindu Kasih.

Hati Tanpa Rasa
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Heartless karya Ateen Khalid
Ditulis olehNieza Nahar
Ateen Khalid
PengarahEmi Suffian
Ayiez Mustafa
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Sejuta Maaf" - Liza Hanim
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifAzlina Sanimin
PenerbitSuriyati Sidek
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Slot Samarinda)
IQIYI
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal13 Disember 2022 – 25 Januari 2023
Kronologi
MengikutiRindu Kasih
Diikuti olehBukan Lelaki Terhebat

Sinopsis

Nur Kaisara (Scha Elinnea) berasal dari keluarga miskin di sebuah kampung kecil tetapi mendapat pekerjaan yang baik di bandar. Dia menyembunyikan latar belakang sebenar dari rakan-rakannya, takut mereka akan meninggalkannya. Suatu hari, ibu bapanya datang menemuinya, tetapi dia kejam tidak bertemu dengan mereka. Nauful Nidham ataupun Nid (Redza Rosli) melihat perkara ini dan memutuskan untuk membawa ibu bapa Kaisara pulang ke rumahnya. Malangnya, bapa Kaisara jatuh sakit dan meninggal dunia pada malam itu. Sejak itu, Nidham bertekad untuk mengajar Kaisara pelajaran.

Nur Kaisara terlalu taksub dengan kecantikan dan sanggup berkorban untuk mengikat perut kerana gaji yang rendah. Dia juga seorang yang sombong dan tidak disenangi oleh orang sekelilingnya. Hanya teman serumah, Erin (Amanda Shuib) dan Naila (Shakira Stephen) yang memahaminya. Di pejabat, Kaisara mempunyai rakan rapat, Danish (Said Ismail) yang turut menyimpan perasaan padanya dalam diam. Kaisara ada musuh tegar bernama Julia (Khalida Balqis) yang sentiasa mencari kesalahannya dan sanggup menggoda Danish semata-mata untuk menyakitkan hati Kaisara.

Satu hari, Kaisara ditawarkan gaji yang lumayan sebagai pembantu peribadi kepada Nidham, seorang arkitek yang bekerja di syarikat pembinaan milik ayahnya, Dato’ Nazrin (Zuhairi Ibrahim). Malahan, Nidham juga seorang lelaki bujang yang paling dikenali kerana latar belakang keluarganya yang berkedudukan dan kaya.

Umpama durian runtuh, Kaisara terlalu teruja dan terus menerima tawaran tersebut tanpa berfikir panjang dan tidak membaca syarat-syarat kontrak dengan teliti. Selepas menandatangani kontrak, barulah Kaisara sedar dia ‘bersetuju’ untuk bekerja sebagai pemandu peribadi dan dikehendaki mematuhi lima syarat tambahan dalam perjanjiannya.

Akibat terikat dengan kontrak yang telah ditandatanganinya, Kaisara terpaksa akur bekerja dengan Nidham. Mereka berdua selalu bergaduh dan Kaisara juga menggelar Nidham dengan pelbagai nama termasuk ‘Mr Banyak Syarat’ dan ‘Mr Potong Gaji’. Sepanjang mereka bekerja, mula terbit satu perasaan yang aneh dalam hubungan mereka. Tanpa diketahui oleh Kaisara, Nidham mempunyai sebabnya untuk mengambil Kaisara bekerja dengannya. Apakah niat sebenar Nidham?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

  • Khalida Balqis sebagai Julia
  • Syarafi Sudarmaji sebagai Zafril
  • Azim Yusof sebagai Mika
  • Yasmin Khalid sebagai Dr Irina
  • Shakira Stephen sebagai Naila
  • Amanda Shuib sebagai Erin
  • Jasmin Hamid sebagai Makcik Rohani atau Mak Ani
  • Zuhairi Ibrahim sebagai Dato Nazrin
  • Lisdawati sebagai Datin Faizah
  • Ayra Messi sebagai Naina
  • Fyda Othman sebagai Duha
  • Noniswara sebagai Datin Suria
  • Said Ismail sebagai Danish
  • Nicholas Liew Davis sebagai Isyraf
  • Farid Amirul sebagai Dato Hashim
  • Amy Nur Tinie sebagai Zahra
  • Riesha Aslan sebagai Jasmin
  • Jesse Lim sebagai Encik Fauzan
  • Wan Raja sebagai Encik Barry

Runut bunyi

  • Lepaskan - Cherpen Band (lagu iringan)
  • Million Years - ShePandora (lagu iringan)
  • Luka - Yulia Kamelia (lagu iringan)
  • Dewi - ShePandora (lagu iringan)

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Hati Tanpa Rasa SinopsisHati Tanpa Rasa PelakonHati Tanpa Rasa Runut bunyiHati Tanpa Rasa RujukanHati Tanpa Rasa Pautan luarHati Tanpa RasaRedza RosliRindu KasihScha Elinnea

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaBangunan Sultan Abdul SamadOrang Cina MalaysiaMata anginPhat FamilyBugisPertubuhan Kerjasama IslamAllahTV OkeyM. NasirNegara PalestinZizan RazakGoogle ScholarTeknologi hijauPengatur caraPulau PinangLelaki ItuRukun IslamPasukan bola sepak kebangsaan Tanah MelayuPetronasBukit Kepong (filem)FunanSherry AlhadadAssalamualaikumHuminodunPasir GudangJenis-jenis ayat bahasa MelayuInfinity WardKitar semulaM.O.BSyamsul YusofIsham JalilIman TroyeKedudukan Dunia FIFADewan Negara MalaysiaKhunsaCabang dan mazhab IslamSolat subuhAtikah SuhaimePiala Asia AFCJasmine Suraya ChinJata MalaysiaUndang-Undang Laut MelakaCiri-ciri orang munafikDialog Antarabangsa LangkawiTakwim HijrahTikTokNasi tangasPeroduaSultan PerakSonu SoodJohorKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)MelayuSlot MegaDramaBella AstillahAl-QuranRaja Zarith SofiahPemerintahan Revolusioner Republik IndonesiaFrekuensi radio di KelantanGasingYang Bakal Mati Ramadan IniPutri JannahAbdul Taib Mahmud16 PuasaBeto KusyairySumber primerNorish KarmanAwesome TVMyKadSukanKetumSahurPerceraian dalam IslamAsia TenggaraKerajaan SalakanagaraNik Abdul Aziz Nik MatUthman bin Affan🡆 More