Yang Di-Pertua Negeri

Tuan Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri (Jawi: ‏يڠ دڤرتوا نݢري‎code: ms is deprecated ‎) ataupun dahulunya dikenali sebagai Gabenor sebelum tahun kemerdekaan 1957 bagi Negeri-negeri Selat, merupakan ketua negeri di 4 buah negeri di Malaysia iaitu Melaka, Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.

Yang di-Pertua Negeri dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong setelah berunding dengan Majlis Kerajaan Malaysia kerana negeri-negeri ini tidak mempunyai Sultan. Yang di-Pertua Negeri dilantik selama sepenggal atau empat (4) tahun dan boleh dipanjangkan mengikut kesesuaian. Beliau tidak dibenarkan memiliki perniagaan atau keuntungan dan tidak dibenarkan juga bergiat aktif didalam mana-mana aktiviti komersial.

Yang di-Pertua Negeri merupakan komponen Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mempunyai kuasa untuk mengadakan perhimpunan atau pembubaran Dewan Undangan Negeri. Persetujuan beliau adalah diperlukan bagi meluluskan Dewan Undangan Negeri.

Yang di-Pertua Negeri juga merupakan Ahli Majlis Raja-Raja yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Kuasa mentadbir negeri dipikul oleh Yang di-Pertua Negeri tetapi fungsi-fungsi pentadbiran boleh diserahkan kepada pihak lain dari segi undang-undang. Yang di-Pertua Negeri akan melantik Ketua Menteri dan ahli Exco bagi menasihati beliau dalam menjalankan peranannya.

Fungsi dan peranan

Fungsi dan peranan Yang di-Pertua Negeri meliputi perkara-perkara berikut:

  • Ketua Kerajaan Negeri
  • Fungsi Kehakiman
  • Fungsi Pertadbiran
  • Kuasa Pengampunan
  • Sumber Kehormatan dan Daulat.

Senarai Yang di-Pertua Negeri

Pulau Pinang

Nama Tempoh
berkhidmat
Raja Tun Uda Al-Haj bin Raja Muhammad 1957 - 1967
Tun Syed Sheh bin Syed Abdullah Shahabudin 1967 - 1969
Tun Syed Sheh Al-Haj bin Syed Hassan Barakbah 1969 - 1975
Tun Haji Sardon bin Haji Jubir 1975 - 1981
Tun Dr Haji Awang bin Hassan 1981 - 1989
Tun (Dr) Haji Hamdan bin Sheikh Tahir 1989 - 2001
Tun Dr Haji Abdul Rahman bin Haji Abbas 1 Mei 2001 - 30 April 2021
Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak 1 Mei 2021 - kini

Melaka

Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Leong Yew Koh 1957 - 1963
Tun Haji Abdul Malek bin Yusof 1963 - 1971
Tun (Dr.) Haji Abdul Aziz bin Abdul Majid 1971 - 1975
Tun Syed Zahiruddin bin Syed Hassan 1975 - 1984
Tun Syed Ahmad Shahabudin Al-Haj 1984 - 2004
Tun Mohd Khalil Yaakob 4 Jun 2004 - 4 Jun 2020
Tun Seri Setia (Dr.) Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam 5 Jun 2020 - sekarang

Sabah

Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Mustapha b Harun 1963 - 1965
Tun Pengiran Ahmad Raffae 1965 - 1973
Tun Mohd Fuad Stephen 1973 - 1975
Tun Mohd Hamdan Abdullah (Indan Kari) 1975 - 1978
Tun Ahmad Koroh 1978 - 1979
Tun Mohd Adnan Robert 1979 - 1987
Tun Mohd Said bin Keruak 1987 - 1994
Tun Sakaran Dandai 1995 - 2002
Tun Ahmadshah b Abdullah 2003 - 2010
Tun Haji Juhar bin Haji Mahiruddin 1 Januari 2011 - sekarang

Sarawak

Lihat juga

Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeri


Nama Tempoh
berkhidmat
Tun Abang Haji Openg 1963 - 1969
Tun Tuanku Bujang Tuanku Othman 1969 - 1977
Tun Abang Muhammad Salahuddin 1977 - 1981
Tun Abdul Rahman Ya'kub 1981 - 1985
Tun Ahmad Zaidi Adruce 1985 - 2000
Tun Abang Muhammad Salahuddin 2001 - Februari 2014
Tun Abdul Taib Mahmud 1 Mac 2014 - 25 Januari 2024
Tun Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar 26 Januari 2024 - sekarang

Tags:

Yang Di-Pertua Negeri Fungsi dan perananYang Di-Pertua Negeri Senarai Yang di-Pertua NegeriYang Di-Pertua Negeri Lihat jugaYang Di-Pertua Negeri Rujukan tentang yang di-pertuan negara dan negeriYang Di-Pertua NegeriGabenorMelakaNegeriPulau PinangSabahSarawakTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Rawang, SelangorFrekuensi radio di PerakSolat hajatGombakElly MazleinMenara Jam Condong Teluk IntanAnak Jalanan (sinetron)Amir AhnafKuantanShin Tae-yongFasha SandhaSyed Mokhtar Al-BukharyRahmad AyobNoor AzizahIkan bandarayaSaronBurasUniversiti MalayaSubang JayaBuletin UtamaRazarudin HusainAstrolabUmar bin Al-KhattabSolat Sunat RawatibTulisan JawiCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPitt HanifAhirine AhirudinSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSlot AkasiaPerceraian dalam IslamEmpayar UthmaniyahSenarai poskod di MalaysiaMega Movie (Slot TV3)Rukun solatDini SchatzmannInna lillahi wa inna ilaihi raji'unFrom Saga With LoveSearch (kugiran)Putri JannahSharifah HusnaEjen AliSiti SalehaPendidikan di IndonesiaJalaluddin HassanBukan Kahwin PaksaMohd Shukri RamliPersekutuan Tanah MelayuTentera Laut Diraja MalaysiaPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaIsteri-isteri Nabi MuhammadMaria OzawaDaerah di SabahSultan Muhammad VPilihan raya umum Malaysia 2022Sheera IskandarKelurJanji DianaSharifah ShahirahPilihan raya umum India 2024Senarai Surah Al-QuranSejarah al-QuranFarah AhmadMuhammad Sanusi Md NorRaja berperlembagaanHamidin Mohd AminAkikahErick ThohirSenarai haiwanSistem SuriaFauziah NawiSyafiq YusofSurah At-TaubahDaiyan TrishaKelantan Darul Naim F.C.Abdul Rahim Mohd NoorSenarai lagu yang bertemakan Hari Raya🡆 More