Sheera Iskandar: Pelakon wanita Malaysia

Yang Mulia Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra (lahir 18 April 1985) ialah seorang pelakon wanita Malaysia.

Namanya melonjak naik selepas berlakon drama bersiri Janji Diana. Bakat beliau dicungkil oleh Rosnani Jamil menerusi filem Bicara Hati yang turut dibintangi oleh Fazura dan Hanez Suraya. Beliau ialah anak kepada pelakon veteran, Aznah Hamid.


Sheera Iskandar
Kelahiran
Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar Putra

(1985-04-18) 18 April 1985 (umur 39)
PendidikanDiploma Pengurusan Perniagaan
Pusat pendidikanYayasan Pelajaran MARA
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2002–kini
Pasangan
  • Abdullah Harun (k. 2015; c. 2018)
  • Mohd Halim Abdul Ghani (k. 2021)
Anak-anak1
IbuAznah Hamid
BapaYM Tengku Iskandar Putra bin Tengku Long Ahmad

Kehidupan awal

Sheera dilahirkan sebagai Tengku Shaheera Ilani binti Tengku Iskandar pada 18 April 1985 di Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak sulung daripada tiga beradik kepada pelakon Aznah Hamid dan YM Tengku Iskandar Bin YBM Tengku Long Ahmad (Tengku Panglima Raja) Bin YBM Tengku Long Abdul Ghaffar (Tengku Temenggong) Ibni DYMM Sultan Muhammad II (Long Senik Mulut Merah), seorang kerabat diraja Kelantan. Beliau merupakan pemegang Diploma Pengurusan Perniagaan di Yayasan Pelajaran MARA.

Kerjaya

Beliau mula bergiat aktif dalam bidang lakonan pada 2004 setelah bakatnya dicungkil oleh pelakon veteran terkenal, Datin Rosnani Jamil. Di bawah didikkan Rosnani atau lebih mesra dengan panggilan Mak Nani, Sheera membuat kemunculan sulungnya di layar lebar menerusi filem Bicara Hati bersama Nur Fazura dan Hanez Suraya. Filem inilah yang melancarkan kerjaya lakonan beliau serta Fazura dan Hanez.

Pada tahun yang sama, beliau membuat kemunculan sulungnya di layar kaca menerusi drama Sembilu Kasih arahan Datuk Yusof Haslam dan seterusnya muncul dalam drama Janji Diana yang diadaptasi daripada filem 2003 dengan judul sama lakonan Erra Fazira, juga arahan Yusof. Pada 2005, beliau berlakon dalam dua filem — filem aksi KL Menjerit 1 arahan Bade Hj. Azmi yang merupakan prekuel dari filem KL Menjerit dan filem drama romantik Sembilu 2005.

Antara 2009 dan 2011, Sheera berlakon dalam siri drama Si Capik yang mana beliau memegang watak sebagai Syerin, isteri kepada Reza lakonan Zachery Francis atau lebih dikenali sebagai Zach X-Factor. Drama ini turut dibintangi oleh Erry Putra, Hetty Sarlene, ibunya Aznah Hamid, Fathil Dani, Raja Noor Baizura, Aziz Singah dan Riz Amin.

Pada 2010, beliau mula mendapat perhatian umum menerusi lakonannya sebagai Halimah, seorang gadis lurus bendul yang bergigi jongang dalam siri drama komedi, Halimah Jongang terbitan A. Aida Productions yang mana ia memerlukan beliau memakai gigi palsu demi watak Halimah.

Beliau kembali ke layar lebar pada 2011 menerusi dua filem terbitan Skop Productions – KL Gangster (sebagai Zati) dan Aku Bukan Tomboy (sebagai gadis pengkid bernama Bell), kedua-duanya arahan Syamsul Yusof. Sheera kembali melakonkan watak Zati dalam KL Gangster 2 pada 2013.

Kehidupan peribadi

Sheera pernah berkahwin dengan Abdullah Harun pada Ogos 2015 dan berpisah pada hujung 2018. Sheera berkahwin dengan Mohd Halim bin Abdul Gani seorang pegawai polis berpangkat Inspektor pada 3 Mei 2021.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2004 Bicara Hati Filem pertama
Father
2005 Sembilu 2005 Shira
KL Menjerit 1 Khatijah
2007 Cinta Yang Satu Siti
2011 KL Gangster Zati
Aku Bukan Tomboy Bell
Datin Ghairah Emilia
2013 KL Gangster 2 Zati/Zeti
2023 Eva ‘Take Me As I Am’ Peguam

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2006 Sembilu Kasih Anis TV3
Janji Diana Diana TV2
2007 Mat Burger TV1
2008 Fatimah Najwa TV2
2008–2011,
2017–2021
Gerak Khas Inspektor Sheera TV2, TV3
2009–2011 Si Capik Sherin
2010 Siong Ria Fajarina TV9
2011 Halimah Jongang The Series Halimah Astro Prima
Terowong Salina TV3 Episod: "Bidan"
2012 Metro Skuad (Musim 1) Dira TV2 Episod: "Haikal"
Runtun Qalbu Juriah TV3
2013 Tanah Kubur (Musim 8) Astro Oasis Episod: "Tiada Kubur"
2014 Walau Sedetik Cuma Aishah TV AlHijrah
Jalan Kembali Tasya TV2
2016 Gerak Khas (Musim 16) Episod: "Salam Di Aidilfitri"
2021–2022 Gerak Khas Undercover Sheera TV3

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2002 Momok 2 Joanne VCD
2010 Madu Cinta TV1
Halimah Jongang Halimah Astro Prima
2011 Imam Balqis TV1
2014 Pontianak Teng Teng Pontianak (artis jemputan) TV3

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Sheera Iskandar Kehidupan awalSheera Iskandar KerjayaSheera Iskandar Kehidupan peribadiSheera Iskandar FilemografiSheera Iskandar RujukanSheera Iskandar Pautan luarSheera IskandarAznah HamidBicara Hati (filem)FazuraHanez SurayaJanji DianaRosnani Jamil

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Fadillah YusofPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 UzbekistanNegeri SembilanPerlembagaan MalaysiaKelantanBudak IjatYang di-Pertua Negeri SarawakAbang Johari Tun OpengBadmintonMaria OzawaAlor SetarJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaRedza RosliDaun salamEman MananZizie EzetteSemenanjung MalaysiaImperialismeYasmin AhmadMatlamat Pembangunan Mampan 15PASKAL (filem)Chempaka Emalin PahaminJudiSenarai negara mengikut keluasanInfrastrukturRahsia (filem 2023)R.A. KartiniAdellea SofeaFadhli MasootMatahariShah AlamCarles PuigdemontSaleemPedofiliaLiga Juara-Juara UEFAMediaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Syamim FaridSM Faliq SM NasimuddinBerkhalwatKucingPulau RedangFrekuensi radio di Negeri SembilanAC MizalQasrina KarimBaju tradisional MelayuKeluarga 69Senarai saluran AstroWilayah PersekutuanSekali Lagi Cinta KembaliIdolaTalbis IblisEyka FarhanaKota BharuBahasa MelayuBaba dan NyonyaSenarai Surah Al-QuranKata namaKementerian Dalam Negeri MalaysiaKadazan-DusunCabang dan mazhab IslamSeri KembanganUniversiti Kebangsaan MalaysiaMaktab Rendah Sains MARANegara PalestinSharifah HusnaNombor dalam budaya CinaBukit TaburSumbang mahramNabi Sulaiman a.s.Sultan Ibrahim ibni Sultan IskandarAgama BuddhaTuanku MuhrizJenis-jenis ayat bahasa MelayuDini SchatzmannPantang larang Melayu🡆 More