Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia

Malaysia, Menteri Besar (MB) ( Jawi: منتري بسر ; secara harfiah Menteri Utama atau dalam bahasa Inggerisnya First Minister) ialah ketua kerajaan setiap sembilan negeri di Malaysia yang mempunyai Sultan dan Raja.

rencana senarai Wiki

Bagi empat negeri tanpa raja, gelaran Ketua Menteri (KM) ( Jawi: كتوا منتري atau dalam bahasa Inggerisnya Chief Minister) digunakan kecuali Sarawak di mana ia menggunakan Premier (Perdana). Gelaran Menteri Besar biasanya tidak dapat diterjemahkan dalam media Inggeris di Malaysia, tetapi biasanya diterjemahkan sebagai Chief Minister (Ketua Menteri) oleh media asing. Mengikut protokol, semua Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier diberi gelaran terhormat Yang Amat Berhormat atau Singkatannya YAB.

Sembilan Sultan dan Raja bagi negeri-negeri Melayu yang beraja dan Yang di-Pertua Negeri - Yang di-Pertua Negeri yang dilantik bagi empat negeri lain yang tidak beraja berkhidmat sebagai ketua negeri dan istiadat negeri mereka, manakala kuasa eksekutif negeri terletak pada Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier. Selepas pilihan raya ke Dewan Undangan Negeri (DUN), Raja atau Yang di-Pertua Negeri biasanya menjemput parti (atau gabungan) dengan majoriti kerusi DUN untuk membentuk kerajaan negeri. Raja atau Yang di-Pertua Negeri melantik dan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier, yang majlis eksekutifnya (atau Kabinet di Sabah dan Sarawak) bertanggungjawab secara kolektif kepada dewan. Berdasarkan sistem Westminster, memandangkan beliau mengekalkan kepercayaan dewan, tempoh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh bertahan sepanjang hayat dewan secara maksimum selama lima tahun. Tiada had kepada bilangan penggal yang Menteri Besar, Ketua Menteri dan Premier boleh berkhidmat.

Menteri Besar merupakan gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri di Malaysia yang mempunyai Raja atau Sultan iaitu Perlis, Johor, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja atau Sultan, gelaran bagi Ketua Eksekutif kerajaan negeri ialah Ketua Menteri.

Gelaran jawatan ini diwujudkan oleh Kerajaan British pada tahun 1948 ketika Persekutuan Tanah Melayu mula dibentuk tetapi semasa kesultanan Melayu dahulu jawatan yang seumpama dengannya dikenali sebagai Bendahara. Tetapi bagi sesetengah negeri seperi Johor, jawatan Menteri Besar telah lama wujud sebagaimana tertakluk di dalam Undang-undang Tubuh Negeri Johor, iaitu sebelum Persekutuan Tanah Melayu diperkenalkan dan dilantik sendiri oleh Sultan terdiri daripada pegawai tertinggi kerajaan negeri.

Nama jawatan Menteri Besar adalah mengambil nama yang digunakan di negeri Johor bagi tujuan penyeragaman. Sebelum itu pelbagai nama telah digunakan seperti Perdana Menteri di negeri Kelantan.

Selepas merdeka, jawatan Menteri Besar dipilih daripada parti yang mendapat majoriti bagi kerusi Dewan Undangan Negeri selepas setiap kali Pilihanraya diadakan.

Premier Jawatan ini sebelumnya dikenali sebagai Ketua Menteri Sarawak sebelum pindaan dibuat pada perlembagaan negeri yang diluluskan pada 15 Februari 2022 yang menukar gelaran jawatan tersebut kepada Premier dan berkuat kuasa bermula 1 Mac 2022.

Sistem Pentadbiran di Malaysia

Senarai nama Ketua Kerajaan Negeri di Malaysia

Negeri Jawatan Parti politik Potret Penyandang Mula berkhidmat
(penggal/jawatan baharu)
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Sarawak Premier Sarawak GPS-PBB Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Tan Sri Datuk Patinggi Haji Abang Johari Tun Openg Mac 1, 2022
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Terengganu Menteri Besar PN-PAS Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Prof. Dato' Seri Dr. Haji Ahmad Samsuri Mokhtar Ogos 15, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Negeri Sembilan Menteri Besar PH-PKR Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Seri Haji Aminuddin Harun Ogos 14, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Pulau Pinang Ketua Menteri PH-DAP Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Tuan Chow Kon Yeow Ogos 13, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Pahang Menteri Besar BN-UMNO Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Sri Haji Wan Rosdy Wan Ismail November 27, 2022
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Selangor Menteri Besar PH-PKR Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Seri Haji Amirudin Shari Ogos 21, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Kedah Menteri Besar PN-PAS Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Seri Haji Muhamad Sanusi Md Nor Ogos 14, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Sabah Ketua Menteri GRS Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor September 29, 2020
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Perak Menteri Besar BN-UMNO Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Seri Haji Saarani Mohamad November 21, 2022
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Johor Menteri Besar BN-UMNO Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Datuk Onn Hafiz Ghazi Mac 15, 2022
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Perlis Menteri Besar PN-PAS Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Tuan Haji Mohd Shukri Ramli November 22, 2022

Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Melaka

Ketua Menteri

BN-UMNO

Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Datuk Seri Ab Rauf Yusoh Mac 31, 2023
Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Kelantan Menteri Besar PN-PAS Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia  Dato' Haji Mohd Nassuruddin Daud Ogos 15, 2023

Garis masa

Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ketua Kerajaan Negeri Di Malaysia Senarai nama Ketua Kerajaan Negeri di MalaysiaKetua Kerajaan Negeri Di Malaysia Garis masaKetua Kerajaan Negeri Di Malaysia Lihat jugaKetua Kerajaan Negeri Di Malaysia RujukanKetua Kerajaan Negeri Di Malaysia Pautan luarKetua Kerajaan Negeri Di MalaysiaKetua MenteriMalaysiaMenteri BesarYang Amat Berhormat

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Polis Diraja MalaysiaNaim DanielMalayan UnionThailandErysha EmyraPerubahan iklimTarian ZapinTunku Ismail ibni Sultan IbrahimWanita SyurgaNora DanishFattah AminPersatuan Bulan Sabit Merah MalaysiaKerenggaMandi wajibLeftenan KomanderSex and the CityPegawai memerintahSabah F.C. (Malaysia)The GadysFadhlina SidekSurah al-FatihahSultan SelangorSejarah IslamR.A. KartiniKhunsa (siri TV)LatKementerian Komunikasi MalaysiaBahasa Melayu MalaysiaTerlanjur Cinta (drama web)Timbalan Perdana Menteri MalaysiaAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamRuhainiesKota KinabaluPerodua AxiaMy Lovely DriverYasmin NapperAliff Syukri KamarzamanAbu Bakar as-SiddiqKaum-kaum di MalaysiaPelesitPemboleh ubahAgama BuddhaFrekuensi radio di SelangorKelantanJanna NickSabahPutrajayaNombor perdanaEtnik MelayuElla (penyanyi)The Original GangsterSistem pembiakan perempuanAli bin Abi TalibSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaKebudayaan MalaysiaBadarawuhi Di Desa PenariRejimen Askar Melayu DiRajaQueen of TearsJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaMadinah al-MunawwarahAlor SetarEda EzrinAmyra RosliKementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan MalaysiaSultan Iskandar ibni Sultan IsmailProton PersonaTengku Zafrul Abdul AzizSenarai gunung berapi di IndonesiaSenarai kaum di MalaysiaAwiePerkara 153 Perlembagaan MalaysiaDoa IftitahKasih Iris LeonaPersekutuan Tanah MelayuJosiah HoganFil Marsyal🡆 More