Gabungan Rakyat Sabah: Pakatan parti politik di Sabah, Malaysia

Gabungan Rakyat Sabah (Jawi: ‏ݢابوڠن رعيت سابه‎code: ms is deprecated ‎, disingkatkan kepada GRS), atau secara rasmi dikenali sebagai Parti Gabungan Rakyat Sabah atau Parti GRS, ialah sebuah entiti parti politik tempatan Sabah dan sekaligus sebuah gabungan parti politik berdaftar rasmi di Sabah, Malaysia.

Gabungan ini telah didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 dengan perlembagaan yang membenarkan keangotaan terus terhadap ahli politik tanpa menyertai parti komponen di dalam gabungan tersebut. Di peringkat negeri, Gabungan Rakyat Sabah merupakan gabungan parti yang mempunyai formula sama seperti Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang mempromosikan kesatuan diantara presiden parti tempatan dan rakyat tempatan. Kubu-kubu kuat parti GRS dari segi sokongan rakyat ialah kawasan pedalaman Sabah, kawasan pantai timur Sabah dan separuh kawasan pantai barat Sabah.

Gabungan Rakyat Sabah
ݢابوڠن رعيت سابه
Nama Bahasa InggerisSabah People's Coalition
SingkatanGRS
PresidenDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor
(2021-2022)
Majlis Presiden GRS (MPGRS)
(Secara rasmi pada 2022)
PengerusiDatuk Seri panglima Haji Hajiji Noor
Setiausaha agungDatuk Seri Panglima Masidi Manjun
Timbalan PengerusiDatuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan
Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee
Tan Sri Datuk Seri Panglima Pandikar Amin Mulia,
PengasasDatuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2020 - 2021) (sebagai pakatan pilihan raya)
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor (2022) (sebagai gabungan politik yang berdaftar dengan JPPM)
Ditubuhkan12 September 2020
Didaftarkan26 Februari 2022
Disahkan11 Mac 2022
GabunganGBS + UBA + IND
PecahanBarisan Nasional (BN)
Perikatan Nasional (PN)
Bersatu Cawangan Semenanjung Malaysia (Pusat) (BERSATU)
Parti tempatan bersekutu (Sabah)
Didahului olehGabungan Bersatu Sabah (GBS)
Barisan Nasional (BN)
Ibu pejabatLot 57 G7
Lorong Plaza Permai 2
Alamesra
88400 Kota Kinabalu Sabah, Malaysia
AkhbarMedia Rakyat Kiulu
USNO Online
IdeologiRegionalisme Sabah
Perjanjian 20 Perkara Sabah
Menjaga hak bumiputera tempatan di Sabah
Penggabungan kebangsaanParti komponen:
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan GAGASAN (sejak Disember 2022)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan PBS (sejak Mac 2022)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan STAR (sejak Mac 2022)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan SAPP (sejak Mac 2022)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan USNO (sejak Mac 2022)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan PHRS (sejak April 2023)
  • Sabah Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan LDP (sejak April 2023)

Rakan gabungan:

Warna     Biru
Slogan"Sayangi Sabah"
(PRN 2020)
"Sabah Maju Jaya"
(sejak 2020)
"Sabah First, Sabah Forward, Sabah Prosper, Sabah Unity"
(selepas didaftarkan)
Dewan Negara
2 / 70
Dewan Rakyat
(Kerusi Sabah dan Labuan)
6 / 26
Dewan Undangan Negeri Sabah
42 / 79
Ketua Menteri Sabah
1 / 1
Simbol pilihan raya
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan
Bendera parti
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan
Laman sesawang
GRS Official Facebook group

Maklumat lanjut

Parti gabungan GRS telah diluluskan dan didaftarkan sepenuhnya pada 11 Mac 2022 oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dan penggunaan logo GRS telah dibenarkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR). Parti Gabungan Rakyat Sabah terdiri daripada 7 parti komponen rasmi iaitu Gagasan Rakyat Sabah, PBS, SAPP, STAR, USNO, LDP, dan PHRS berserta keahlian terus GRS.

GRS merupakan gabungan parti politik yang mempunyai komponen parti terbanyak di Malaysia dengan memiliki 7 parti tempatan dalam gabungan itu.

Gabungan yang pada awalnya menggabungkan Perikatan Nasional, Barisan Nasional, Parti Bersatu Sabah, parti-parti tempatan bersekutu dan ahli-ahli politik bebas ini telah memenangi majoriti kerusi di dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 yang berlangsung pada 27 September 2020 dan berjaya membentuk kerajaan di Sabah.

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), bekas parti bersekutu dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah.

Parti GRS menjadi parti gabungan tempatan kedua yang berdaftar memerintah Sabah selepas Gabungan Pasok-PBS pada 1985.

Sejarah

Kebangkitan perikatan politik terbesar di Sabah

Gabungan ini telah diasaskan oleh Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bagi menghadapi pilihan raya negeri Sabah 2020. Perikatan politik ini telah dipersetujui sebahagian besar kepemimpinan politik di Sabah atas sebab dasar "gabungan tempatan" yang diperkenalkan oleh Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Hajiji Noor, Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee dan Datuk Seri Panglima Maximus Ongkili pada 12 September 2020. Penganalisis politik bebas di Sabah juga turut bersetuju tentang penubuhan gabungan ini atas sebab kemahuan rakyat yang menginginkan gabungan parti tempatan yang sama seperti ideologi Gabungan Parti Sarawak yang lebih mengutamakan kemajuan sesebuah negeri.

Pada awalnya (sebelum didaftarkan), gabungan parti ini hanya merupakan sebuah pakatan pilihan raya diantara dua parti gabungan di Sabah iaitu Barisan Nasional yang terdiri daripada Parti PBRS, MCA, UMNO; Perikatan Nasional yang terdiri daripada Parti STAR, SAPP, BERSATU Sabah, parti-parti tempatan bersekutu PN (termasuk GAGASAN serta PCS) dan sebuah parti tempatan Sabah tanpa gabungan, Parti Bersatu Sabah (PBS).

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) telah memenangi Pilihan raya negeri Sabah 2020 dan berjaya mengukuhkan kedudukan berorganisasi dalam membentuk sebuah pakatan tempatan Sabah. BERSATU, PAS dan UMNO serta parti-parti luar negeri kemudiannya tidak termasuk, tidak dibenarkan dan tidak tersenarai dalam organisasi GRS yang berdaftar dengan Akta Pertubuhan 1966 pada tahun 2022.

Memorandum persefahaman menghadapi pilihan raya negeri

Pada 9 Januari 2021, satu memorandum persefahaman antara semua parti yang bergabung di bawah Gabungan Rakyat Sabah telah ditandatangani oleh para pemimpin parti. Satu jawatankuasa telah dibentuk bagi menguatkan lagi ikatan antara parti bagi mengukuhkan gabungan tersebut yang telah memenangi pilihan raya negeri Sabah 2020 lalu. Gabungan ini tidak dipengaruhi dengan apa yang berlaku dalam gabungan di Semenanjung Malaysia dan menolak sebarang campur tangan dari luar Sabah.

Jawatan Nama Parti Catatan
Pengerusi Hajiji Noor BERSATU (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Ketua BERSATU Negeri Sabah
Timbalan Pengerusi I Bung Moktar Radin UMNO (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Pengerusi UMNO Sabah
Timbalan Pengerusi II Maximus Johnity Ongkili PBS Presiden PBS
Timbalan Pengerusi III Jeffrey Kitingan STAR Presiden STAR
Setiausaha Mohamed Razali Mohamed Razi BERSATU (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Ketua BERSATU Bahagian Sepanggar
Penolong Setiausaha Ardino Diris STAR Penolong Setiausaha Agung STAR
Bendahari Salleh Said Keruak UMNO (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Timbalan Pengerusi UMNO Sabah
Ketua Penerangan Joniston Bangkuai PBS Setiausaha Agung PBS
Ahli Jawatankuasa Masidi Manjun BERSATU (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Timbalan Ketua BERSATU Sabah
Mohd Arifin Mohd Arif BERSATU (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Bendahari BERSATU Sabah
Yakubah Khan UMNO (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Timbalan Ketua UMNO Sabah
Jafry Ariffin UMNO (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Setiausaha UMNO Sabah
Radin Malleh PBS Timbalan Presiden PBS
Jahid Jahim PBS Timbalan Presiden PBS
Ellron Alfred Angin STAR Timbalan Presiden STAR
Guan Dee Koh Hoi STAR Setiausaha Agung STAR
Arthur Joseph Kurup PBRS Timbalan Presiden PBRS
Vincent Lee PBRS Naib Presiden PBRS
Yong Teck Lee SAPP Presiden SAPP
Edward Dagul SAPP Timbalan Presiden SAPP
Lee Wan Tung @ Lu Yen Tung MCA (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Ketua MCA Sabah
Pamela Yong MCA (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Ketua Wanita MCA Sabah
Peer Mohammad Kadir MIC (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Ketua MIC Sabah
Chandra Segar MIC (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Setiausaha MIC Sabah
Mohd Aminuddin Aling PAS (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Pesuruhjaya PAS Sabah
Abdul Hisham Othman PAS (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah
Setiausaha Eksekutif Abdul Kassim Razali @ Jali BERSATU (sementara sebelum gabungan didaftarkan) Setiausaha Eksekutif BERSATU Sabah

Pendaftaran sebagai parti politik rasmi

Pada 24 November 2021, Datuk Salleh Said Keruak yang merupakan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah menyatakan untuk mendaftar & merasmikan gabungan itu di bawah Akta Pertubuhan 1966 untuk menstabilkan pandangan politik kerajaan Sabah.

Pada 25 November 2021, kebanyakan pemimpin GRS bersetuju dengan kenyataan Datuk Salleh Said Keruak untuk merasmikan & mendaftarkan gabungan ini sebagai "parti gabungan politik". Pemimpin yang bersetuju termasuk Datuk Jeffrey Kitingan (STAR), Datuk Masidi Manjun (BERSATU), Dr. Aliakbar Gulasan (PAS), Datuk Yong Teck Lee (SAPP), Datuk Bung Mokhtar Radin (UMNO), dan presiden parti lain juga bersetuju.

Pada 26 November 2021, Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bahagian Kiulu, Datuk Joniston Bangkuai menyatakan bahawa semua kepemimpinan PBS bersetuju dan menginginkan gabungan ini bukan sahaja dirasmikan tetapi didaftarkan sebagai sebuah entiti gabungan parti politik di Sabah yang sah untuk elak pertembungan dan mengukuhkan pandangan politik penyokong-penyokong Gabungan Rakyat Sabah.

Kelulusan pendaftaran

JPPM telah meluluskan pendaftaran GRS sebagai sebuah gabungan rasmi parti politik di Sabah. GRS telah menerima sijil kelulusan daripada JPPM pada 11 Mac 2022 selepas mengemukakan permohonan beberapa minggu sebelumnya dan kelulusan itu memenuhi permintaan semua pihak yang mahu gabungan itu didaftarkan secara sah

Parti gabungan ini juga menjadi gabungan politik tempatan kedua di Sabah yang diluluskan secara rasmi oleh JPPM. Sebelum ini, Gabungan Bersatu Sabah (GBS) pernah menghantar surat pendaftaran gabungan tersebut tetapi tidak diluluskan. Gabungan Pasok-PBS merupakan gabungan pertama didaftarkan dibawah Akta Pertubuhan 1966 namun dibubarkan selepas berlaku perpecahan di dalam Parti Bersatu Sabah (PBS) pada tahun 1994 hasil dari lompatan sesetengah pemimpin Parti berkenaan.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) ini juga telah didaftarkan dengan perlembagaan Keahlian terus GRS yang membenarkan ahli politik bebas untuk menyertai gabungan tersebut secara langsung walaupun tanpa parti komponen. Sejak bulan April 2023, sokongan dan akar umbi Parti Gabungan Rakyat Sabah semakin berkembang luas dan parti komponen semakin bertambah. Gabungan ini terdiri daripada GAGASAN, PBS, SAPP, STAR, LDP, PHRS, bekas parti tempatan bersekutu, dan USNO berserta Keahlian terus GRS (Direct membership).

Pada 9 Mei 2022, Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) telah berjaya diterima sebagai parti komponen baharu Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan telah menjadi parti tempatan pertama yang diluluskan oleh kepimpinan sedia-ada GRS untuk menjadi anggota gabungan tersebut, diikuti dengan PHRS dan LDP yang telah diluluskan keanggotaan parti pada 5 April 2023.

Kejatuhan BERSATU Sabah

Pada 10 Disember 2022, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah lumpuh apabila semua wakil rakyatnya bertindak keluar parti pada hari itu. Dalam hal ini, para pemimpin BERSATU Sabah termasuk semua wakil rakyatnya secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu pada hari itu. Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor juga menyatakan bahawa semua wakil rakyat di peringkat ADUN Sabah juga keluar dan meninggalkan parti induk.

Hajiji Noor dan pihak kepemimpinan GRS mengumumkan untuk merasmikan GRS sebagai satu gabungan lokal di Sabah secara total tanpa penglibatan parti-parti luar Sabah. Selepas sahaja keluarnya BERSATU Sabah dari GRS, timbul khabar angin mengatakan bahawa bekas-bekas ahli BERSATU Sabah akan menyertai Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), namun presiden semasa PGRS Stephen Jacob Jimbangan menyatakan bahawa mereka belum dapat panggilan dari kepemimpinan tertinggi bekas ahli BERSATU Sabah untuk menyertai PGRS, dan dalam masa yang sama beliau tidak menolak kemungkinan PGRS akan menjadi platform baharu bagi bekas-bekas ahli berkenaan. Beliau juga berkata, ia tidak akan menjadi masalah sekiranya PGRS dijadikan komponen dan platform baharu mereka sekiranya demi kebaikan rakyat Sabah, dan ini juga disetujui pihak kepemimpinan tertinggi PGRS.

Menjadi parti gabungan politik tempatan yang bersepadu sepenuhnya

Pada tahun 2022, Gabungan ini secara rasminya hanya menggabungkan bekas komponen Gabungan Bersatu Sabah (GBS), United Borneo Alliance (UBA), dan bekas ahli-ahli politik bebas. Hal sedemikian menyebabkan GRS dilihat sebagai sebuah entiti parti gabungan politik tempatan sepenuhnya tanpa campur tangan parti luar Sabah. Gabungan Rakyat Sabah (GRS), rakan kongsi utama dalam gabungan kerajaan negeri kini dalam kedudukan lebih kukuh apabila pemimpin Bersatu Sabah meninggalkan parti itu, kata penganalisis politik Lee Kuok Tiung. Menurut Lee, ia membolehkan GRS dianggap sebagai parti tempatan sepenuhnya. Beliau turut menyifatkan keputusan ADUN dan Ahli Parlimen Bersatu Sabah meninggalkan parti itu sebagai tindakan bijak kerana tiada siapa boleh menuduh GRS sebagai parti pimpinan Bersatu yang berselindung di sebalik parti tempatan Sabah. “Ia kini parti tempatan dan bukan itu sahaja, saya percaya ia akan membantu mengukuhkan blok Borneo dengan kerjasamanya dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS),” katanya. Lee juga menolak spekulasi bahawa kerajaan negeri pimpinan Hajiji Noor akan tumbang kerana kononnya kehilangan majoritinya di DUN. Sebaliknya, katanya, kedudukan Hajiji telah diperkukuhkan lagi kerana dia dan ahli Bersatu lain telah menjadi ahli GRS.

Hajiji ketuai Parti Gagasan Rakyat Sabah

Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan bakal mengetuai sebuah parti yang dikenali sebagai Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) secara rasmi pada 29 Januari 2023. Ketua Menteri yang juga merupakan Ketua dan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu berkata, Gagasan Rakyat akan digunakan untuk meneruskan perjuangan sebagai parti tempatan di Sabah. Bekas Ketua Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah itu menjelaskan, Gagasan Rakyat juga telah diterima oleh GRS sebagai parti komponen pada 9 Disember 2022 dan Hajiji telah diterima baik dalam parti berkenaan.

Keanggotaan

Keanggotaan GRS terbahagi kepada dua, keanggotaan parti politik dan keanggotaan individu (anggota terus).

Keanggotaan individu

Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Logo rasmi Pertubuhan Keahlian terus GRS.

Perlembagaan GRS membolehkan seseorang individu menjadi ahli terus dalam parti. Anggota parti layak bertanding atas tiket parti tanpa menduduki mana-mana parti komponen dalam gabungan berkenaan. Menurut perlembagaan yang didaftarkan dalam Gabungan Rakyat Sabah, pengerusi semasa gabungan ialah ketua dan sekaligus presiden bagi parti keahlian individu GRS (iaitu yang mengawal keahlian individu dan sekaligus mengawal keangotaan parti komponen dalam Gabungan Rakyat Sabah). Tujuan "perlembagaan keahlian terus" ini adalah untuk memperkuatkan dan memperkukuhkan akar umbi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Selain itu, perlembagaan ini juga dapat mengeratkan perpaduan di kalangan rakyat pengundi luar pagar, ahli politik tidak berparti (Bebas) dan juga keanggotaan parti agar Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus diperkukuhkan. Perlembagaan ini diluluskan oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) pada 11 Mac 2022 dan disahkan pada 12 Mac 2022 oleh anggota Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).

Keanggotaan parti politik

Berikut ialah parti anggota bagi GRS:

Lambang Parti politik Akronim Presiden Tempoh keanggotaan
Anggota
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan  Parti Gagasan Rakyat Sabah GAGASAN Hajiji Noor 9 December 2022 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Parti Bersatu Sabah PBS Maximus Ongkili 11 Mac 2022 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Parti Solidariti Tanah Airku STAR Jeffrey Kitingan 11 Mac 2022 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Parti Maju Sabah SAPP Yong Teck Lee 11 Mac 2022 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu USNO Pandikar Amin Mulia 9 Mei 2022 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan  Parti Harapan Rakyat Sabah PHRS Liew Yun Fah 5 April 2023 - kini
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan  Parti Liberal Demokratik LDP Chin Su Phin 5 April 2023 - kini
Bekas anggota
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Bahagian Sabah BERSATU Sabah Hajiji Noor
(letak jawatan)
Ronald Kiandee
(selepas digugurkan keangotaan parti)
11 Mac 2022 - 11 Disember 2022

Perwakilan

Dewan Negara

Dewan Negara

2 / 70
Lantikan Ahli Parti Tempoh Penggal Catatan
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan  Dewan Undangan Negeri Sabah Bobbey Ah Fang Suan, YB Senator Datuk GRS (GAGASAN RAKYAT) 15 Januari 2024 - 14 Januari 2027 Kedua
Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan  Yang di-Pertuan Agong Anna Bell @ Suzieana Perian, YB Senator Puan GRS (GAGASAN RAKYAT) 5 Mac 2024 - 4 Mac 2027 Pertama

Dewan Rakyat

Dewan Rakyat

6 / 222

GRS mempunyai 6 orang ahli Dewan Rakyat dari negeri Sabah.

No. Kawasan Parlimen Ahli Yang Berhormat Parti Catatan
P175 Papar Armizan Mohd Ali, Dato' Dr Anggota terus GRS Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Malaysia
P178 Sipitang Matbali Musah, Datuk Anggota terus GRS
P179 Ranau Jonathan Yasin, Datuk Anggota terus GRS
P180 Keningau Jeffrey Kitingan, Datuk Seri Panglima Dr. STAR
P185 Batu Sapi Khairul Firdaus Akbar Khan, Tuan Anggota terus GRS Timbalan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia
P190 Tawau Lo Su Fui, Tuan PBS

Dewan Undangan Negeri Sabah

Dewan Undangan Negeri Sabah

42 / 73
No. Kerusi Parlimen No. Dewan Undangan Negeri Nama Parti Catatan
P167 Kudat N3 Pitas Ruddy Awah GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P168 Kota Marudu N5 Matunggong Julita Mojungki PBS Pembantu Menteri Negeri
N7 Tandek Hendrus Anding PBS Pembantu Menteri Negeri
P169 Kota Belud N8 Pintasan Fairuz Renddan GAGASAN
P170 Tuaran N12 Sulaman Hajiji Noor GAGASAN Ketua Menteri
N14 Tamparuli Jahid Jahim PBS Menteri Negeri
N15 Kiulu Joniston Bangkuai PBS Pembantu Menteri Negeri
P175 Papar N28 Kawang Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar GAGASAN
P176 Kimanis N31 Membakut Mohd Arifin Mohd Arif GAGASAN Menteri Negeri
P177 Beaufort N32 Klias Isnin Aliasnih GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
N33 Kuala Penyu Limus Jury GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P178 Sipitang N34 Lumadan Ruslan Muharam PBS
P179 Ranau N36 Kundasang Joachim Gunsalam PBS Timbalan Ketua Menteri
N37 Karanaan Masidi Manjun GAGASAN Menteri Negeri
N38 Paginatan Abidin Madingkir STAR Pembantu Menteri Negeri
P180 Keningau N39 Tambunan Jeffrey Kitingan STAR Timbalan Ketua Menteri
N40 Bingkor Robert Tawik @ Nordin STAR Pembantu Menteri Negeri
N41 Liawan Annuar Ayub STAR
P181 Tenom N43 Kemabong Rubin Balang GAGASAN
P182 Pensiangan N44 Tulid Flovia Ng STAR Pembantu Menteri Negeri
N45 Sook Ellron Alfred Angin STAR Menteri Negeri
N46 Nabawan Abdul Ghani Mohamed Yassin GAGASAN
P183 Beluran N47 Telupid Jonnybone Kurum PBS
N49 Labuk Samad Jambri GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P187 Kinabatangan N57 Kuamut Masiung Banah GAGASAN
P190 Tawau N68 Apas Nizam Abu Bakar Titingan GAGASAN Pembantu Menteri Negeri
P191 Kalabakan N70 Kukusan Rina Jainal PHRS
N73 Sebatik Hassan A Gani Pg Amir GAGASAN
Anggota Dilantik Jaffari Waliam GAGASAN
Anggota Dilantik Amisah Yassin GAGASAN
Anggota Dilantik Yong Teck Lee SAPP

Senarai ketua GRS pusat

Gabungan Rakyat Sabah: Maklumat lanjut, Sejarah, Keanggotaan 
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) diasaskan oleh Hajiji Noor (gambar) pada tahun 2020, dan seterusnya menjadi pengasas penaja utama GRS pada tahun 2022.

Pengasas utama

Pengasas Tahun
Hajiji Noor 2020-2021
(sebagai pakatan pilihan raya)
Hajiji Noor 2022
(sebagai gabungan berdaftar rasmi dengan JPPM)

Pengerusi

Ketua gabungan
(Pengerusi)
Parti Dalam jawatan Lepas jawatan
1. Hajiji Noor
(pemegang pengerusi sulung)
BERSATU Sabah (2020-2022) 2020-2021 (Tidak rasmi)
11 Mac 2022 (Rasmi)
11 Disember 2022
2. Hajiji Noor Gabungan Rakyat Sabah 12 Disember 2022 29 Januari 2023
3. Hajiji Noor Parti Gagasan Rakyat Sabah 29 Januari 2023 Penyandang

Kepimpinan

Organisasi kepimpinan utama GRS

Berikut ialah organisasi GRS pada 2023.

Keputusan pilihan raya umum

Dewan Rakyat

Pilihan raya umum Jumlah kerusi menang Jumlah kerusi ditandingi Jumlah pengundi Peratusan pengundi Keputusan Pilihan raya Ketua Pilihan raya
2018
(Sebagai gabungan tidak rasmi)
2 / 222
5 89,876 0.52% 2 kerusi; Kerajaan Jeffrey Kitingan & Joseph Pairin Kitingan
2022
6 / 222
13 194,324 1.25% 4 kerusi; Kerajaan Hajiji Noor

Keputusan pilihan raya negeri

Pilihan raya negeri Sabah Jumlah kerusi dimenangi Jumlah kerusi ditandingi Bilangan undian Peratusan undian Hasil (Outcome) pilihanraya Ketua pilihanraya
2020
39 / 79
51 873,298 4.03% 4 seats; State governing coalition
(Gabungan Rakyat Sabah)
Hajiji Noor

Galeri

Lihat juga

Rujukan

Tags:

Gabungan Rakyat Sabah Maklumat lanjutGabungan Rakyat Sabah SejarahGabungan Rakyat Sabah KeanggotaanGabungan Rakyat Sabah PerwakilanGabungan Rakyat Sabah Senarai ketua GRS pusatGabungan Rakyat Sabah KepimpinanGabungan Rakyat Sabah Keputusan pilihan raya umumGabungan Rakyat Sabah Keputusan pilihan raya negeriGabungan Rakyat Sabah GaleriGabungan Rakyat Sabah Lihat jugaGabungan Rakyat Sabah RujukanGabungan Rakyat SabahAkta Pertubuhan 1966Dewan Undangan Negeri SabahGabungan Parti SarawakKeahlian terus GRSMalaysiaParti politikSabahSenarai parti politik di MalaysiaTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai stesen radio di MalaysiaRosalindaPerang AhzabAvatar RokuRangka manusiaRuqyahKeluaran dalam negara kasarPerjanjian HudaibiyahPerakDatuk (gelaran)Azalina Othman SaidFazlina Ahmad DaudMelanauDatuk GongSultan Ismail ibni Sultan IbrahimHamzah ZainudinBatu PahatAngkahGombakSarimah AhmadReriangTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahAhmad Zulqarnain OnnSemenyihPluralisme agamaMat KilauKerdasChacha MaembongJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaMaria OzawaMadinah al-MunawwarahZakar manusiaRukun ImanSusukJam randikRejimen Askar Melayu DiRajaYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanJam 12 jamAwang HashimHulu LangatSkim PonziProton SagaPantang larang MelayuSenarai universiti di MalaysiaPensterilan (mikrobiologi)Bendera PalestinZamarul HishamPulau PangkorSasqia DahuriPutri ArianiJazakallahKontrak sosial (Malaysia)Senarai jajahan di KelantanM. NasirPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Fauziah LatiffNur Qistina RaisahSudirman (penyanyi)Nam RonAnugerah Juara Lagu ke-32Senarai episod Upin & IpinKetumSenarai episod Tanah KuburMuhyiddin YassinPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaMisteri Wan PeahKenji SawahiNabila RazaliHari Raya AidilfitriNiezam ZaidiSenarai stesen televisyen di MalaysiaAzzim ZahidKerajaan TarumanagaraDewan Undangan Negeri SarawakTengku Zafrul Abdul AzizMelayuKelurKementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam MalaysiaRawang, Selangor🡆 More