Hajiji Noor: Ketua Menteri Sabah

Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor (lahir 10 Mei 1955) merupakan Ketua Menteri Sabah ke-16 sejak 2020.

Di samping itu, beliau juga merupakan pengasas serta penyandang pengerusi sulung bagi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan presiden ke-3 untuk Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN). Sejak 1990, beliau telah mendapat mandat dari rakyat Sulaman untuk menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah untuk kawasan Sulaman.

Yang Amat Berhormat
Datuk Seri Panglima Haji

Hajiji Noor

SPDK, PGDK (Sab); KMN
عزيزي محمد نور
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga
Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor
(Tuaran, Sabah)
Ketua Menteri Sabah ke-16
Memegang jawatan
29 September 2020
Yang di-Pertuan AgongAl-Sultan Abdullah
Sultan Ibrahim
Yang di-Pertua NegeriTun Juhar Mahiruddin
Perdana Menteri
TimbalanBung Moktar Radin
(hingga 2023)
Jeffrey Kitingan
Joachim Gunsalam
Shahelmey Yahya
(sejak 2023)
Didahului olehMohd Shafie Apdal
Menteri Kewangan I Sabah
Dalam jawatan
29 September 2020 – 11 Januari 2023
Berkhidmat dengan Masidi Manjun (Menteri II)
PembantuNizam Abu Bakar Titingan
Jasnih Daya
Didahului olehMohd Shafie Apdal
Digantikan olehMasidi Manjun
Anggota Dewan Undangan Negeri Sabah
untuk Sulaman
Memegang jawatan
22 Oktober 1990
Didahului olehJasni Gindug
Pengerusi
Parti Gabungan Rakyat Sabah
Memegang jawatan
12 September 2020
11 Mac 2022 (secara rasmi oleh JPPM)
12 December 2022
Timbalan
Didahului olehPenyandang sulung
Presiden
Parti Gagasan Rakyat Sabah
Memegang jawatan
29 Januari 2023
TimbalanMasidi Manjun
Naib PresidenMohd Arifin Mohd Arif
Rubin Balang
Masiung Banah
Didahului olehStephen Jacob Jimbangan
Pengerusi Badan Perhubungan Negeri
Parti Perikatan Nasional
Sabah
Dalam jawatan
5 Januari 2021 – 10 Disember 2022
Timbalan
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehRonald Kiandee
Ketua Badan Pimpinan Negeri
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Sabah
Dalam jawatan
7 September 2020 – 10 Disember 2022
PresidenMuhyiddin Yassin
TimbalanMasidi Manjun
Didahului olehPenyandang sulung
Digantikan olehRonald Kiandee
Timbalan Ketua Menteri Sabah
Dalam jawatan
11 Mei 2018 – 12 Mei 2018
Berkhidmat dengan
Jeffrey Kitingan
Masidi Manjun
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriMusa Aman
Didahului olehJoseph Pairin Kitingan
Yahya Hussin
Raymond Tan Shu Kiah
Digantikan olehWilfred Madius Tangau
Jaujan Sambakong
Christina Liew
Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah
Dalam jawatan
11 Mei 2018 – 12 Mei 2018
GabenorJuhar Mahiruddin
Ketua MenteriMusa Aman
Didahului olehJoseph Pairin Kitingan
Digantikan olehPeter Anthony
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah
Dalam jawatan
27 Mac 2004 – 10 Mei 2018
GabenorAhmadshah Abdullah
Juhar Mahiruddin
Ketua MenteriMusa Aman
PembantuEdward Yong Oui Fah
(2004–2013)
Ghulamhaidar Khan Bahadar
(2008–2013)
Zakaria Edris
(2013–2018)
Joachim Gunsalam
(2013–2018)
Didahului olehSalleh Said Keruak
Digantikan olehJahid Jahim
Butiran peribadi
LahirHajiji bin Mohd Noor
(1955-05-10) 10 Mei 1955 (umur 68)
Kampung Serusup
Tuaran, Sabah
Parti politikHajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga GAGASAN (2023-kini)
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Sabah Parti Gabungan Rakyat Sabah (2022-2023)
Malaysia Sabah Bebas (2018-2019, 2022)
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga BERSATU (2020-2022)
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga BERSATU (2019-2020)
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga UMNO (1994-2019)
Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga Hajiji Noor: Kehidupan awal, Kerjaya, Keluarga USNO (1990-1994)
Sekutu gabungan
politik lain
Barisan Nasional (1990-2019)
Pakatan Harapan (2019-2020)
Perikatan Nasional (2021-2022)
Gabungan Rakyat Sabah (sejak 2020)
PasanganDatin Seri Panglima Hajah Juliah Salag
Anak-anakMohd Reza
Khairil Anuar
Nur Diyana
Mohammad Ghazali
IbuHajah Teruyah Omar
BapaHaji Mohd Noor Harun
HubunganHajah Laireh
(sepupu)
Alma materUniversity of New Hampshire Amerika Syarikat
Dikenali kerana
  • Pengasas dan pengerusi pertama untuk pertubuhan gabungan politik GRS pada tahun 2020
  • Pengasas dan ketua pertama untuk BERSATU SABAH pada tahun 2019 (menjadi parti bebas daripada pemimpin pusat pada tahun 2020 hingga tahun 2022)
  • Presiden ke-3 untuk Parti GAGASAN selepas Stephen Jacob Jimbangan iaitu presiden ke-2 parti berkenaan

Kehidupan awal

Hajiji dilahirkan di Kampung Serusup, Tuaran, Sabah pada 10 Mei 1955, anak kedua daripada tiga orang adik beradik kepada pasangan Haji Mohd Noor Harun dan Hajah Teruyah Omar. Ayah beliau merupakan seorang petani dan nelayan bermusim. Mendapat pendidikan awal di SRK Serusup dari 1961-1966 dan menyambung persekolahan peringkat menengah di Sekolah Menengah Tuaran dari 1967-1971 dan mendapat agregat 15 di dalam peperiksaan Lower Certificate of Education (LCE). Selepas itu beliau meneruskan persekolahan di Sekolah Menengah St. John, Tuaran dari 1972 hingga 1973. Beliau juga telah lulus Malaysia Certificate of Education (MCE) dan mendapat keputusan antara yang terbaik untuk daerah Tuaran.

Kerjaya

Penjawat awam

Memulakan kerjaya sebagai juruhebah Radio Televisyen Malaysia (RTM) Sabah pada 1976 selama satu tahun. Pada tahun berikutnya, beliau telah ditawarkan jawatan sebagai Penolong Pegawai Pembangunan di Pejabat Daerah Tuaran dan berkhidmat dari 1977 hingga 1982. Selepas menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Pengurusan Ekonomi Masyarakat di Southern New Hampshire University, Amerika Syarikat, beliau berkhidmat sebagai Penguasa Kastam Sabah dari tahun 1986 hingga 1990.

Politik

Beliau memulakan kerjaya politiknya apabila menyertai Parti USNO pada tahun 1990 hingga 1994. Selepas pembubaran USNO pada tahun 1994, beliau menyertai UMNO. Sejak Pilihan raya negeri Sabah 1994 hingga Pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau mengekalkan kerusi DUN Sulaman atas tiket UMNO. Beliau telah berkhidmat selama enam (6) penggal berturut-turut. Walaubagaimanapun, United Malays National Organisation (UMNO) di Negeri Sabah telah hilang usul percaya dan ini telah menyebabkan UMNO jatuh dan "runtuh" pada PRU-14 (2018). Sehubungan dengan kejatuhan UMNO-BN di Sabah, Datuk Hajiji Noor telah menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) yang telah diasaskan oleh Datuk Joseph Pairin Kitingan dan Datuk Jeffrey Kitingan pada 2018. Pada tahun 2019, Beliau telah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia Cawangan Sabah (PPBM Sabah) dan telah dilantik sebagai Ketua BERSATU untuk bahagian Sabah serta dilantik sebagai Ketua Perikatan Nasional (PN) Sabah pada Tahun 2020.

Gabungan baru telah diasaskan pada 12 September 2020 sehubungan dengan pembubaran Dun Sabah yang diumum oleh Datuk Shafie Apdal (Mantan Ketua Menteri ke-15). Gabungan tersebut ialah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang telah diasaskan oleh penyandang sulung pengerusi GRS, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Noor bagi menghadapi Pilihan raya negeri Sabah 2020.

Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menjadi gabungan yang beliau sertai secara rasmi selepas Gabungan Bersatu Sabah (GBS).

Beliau sangat berpengalaman dalam arena Politik Sabah dan berikut adalah Pengalaman Datuk Hajiji Noor selama dalam arena politik Sabah:

  • 1992, beliau dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Timbalan Perdana Menteri Malaysia, YAB Abdul Ghafar Baba (kemudiannya Tun) sehingga 1993.
  • 1994, dilantik sebagai Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah portfolio Belia dan Sukan.
  • Ketua UMNO Bahagian Tuaran dari tahun 1994 hingga 2018.
  • Dilantik sebagai Ahli Lembaga Pengarah Bank Kerjasama Rakyat Malaysia (Bank Rakyat), dari tahun 1991 hingga 1994.
  • Pembantu Menteri Kerajaan Negeri Sabah di bawah Pembangunan Perindustrian dari tahun 1994 hingga 1996 dan tahun 1999 hingga 2001.
  • Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah dari tahun 1996 hingga 1999.
  • Pembantu Menteri Kewangan Malaysia dari tahun 2001 hingga 2004.
  • Bendahari UMNO Sabah dari tahun 2001 hingga 2018.
  • Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan dari tahun 2004 hingga 2018.
  • Timbalan Ketua Menteri Sabah dari 11 Mei 2018 hingga 12 Mei 2018.
  • Menjadi Ahli Bebas (Secara rasmi keluar dari Parti UMNO-Sabah)
  • Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Bebas Pro-GBS pada pertengahan Tahun 2018.
  • Dilantik sebagai Ketua BERSATU Sabah (2019) dan dilantik sebagai Ketua Perhubungan Perikatan Nasional (PN) - Sabah (2020, 2021 - rasmi).
  • Dilantik sebagai Ketua Menteri ke-16 Negeri Sabah pada 28 September 2020.
  • Dilantik sebagai Pengerusi Gabungan Parti - Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada 9 Januari 2021 dan telah menandatangani Memorandum persefahaman "MoU" GRS.
  • Mengumumkan "Hala Tuju Sabah Maju Jaya" sebagai projek pembangunan dan kemajuan Sabah selama 5 tahun (2021 - 2025).
  • Meluluskan dan merasmikan Gabungan Rakyat Sabah dibawah Akta Pertubuhan 1966 di Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia serta mendaftarkan kesemua ahli-ahli PPBM Sabah termasuk dirinya untuk masuk ke dalam keahlian terus GRS mengikut perlembagaan yang diluluskan kedalam gabungan tersebut.
  • Pada 12 Disember 2022, beliau dikekalkan sebagai pengerusi GRS selepas mensyuarat GRS yang berlangsung pada 9 Disember 2022.
  • Beliau ialah satu-satunya tokoh yang berani membebaskan Sabah dari cengkaman parti luar Sabah selepas mengisytiharkan keguguran keahlian PPBM Sabah di dalam Gabungan Rakyat Sabah.


- KEJATUHAN BN-UMNO DI NEGERI SABAH (2018)

Selepas kejatuhan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada PRU ke-14 (2018), beliau telah keluar dari UMNO dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS) sebagai Ahli Politik Bebas. Beliau dilantik sebagai Pengerusi BERSATU Sabah sejak dari tahun 2019. Perdana Menteri Malaysia ke-8, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah mencalonkan beliau untuk dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah sekaligus dijadikan pengerusi sulung rasmi Gabungan Rakyat Sabah yang baharu seandainya gabungan di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS) berjaya memenangi pilihan raya negeri Sabah ke-16. GRS berjaya memenangi pilihan raya negeri dan Hajiji dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah mewakili pihak Perikatan Nasional (PN) serta rasmi menjadi pengerusi sulung Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Pencalonan beliau telah diperkenan oleh Tuan Yang Terutama (TYT) Sabah, Tun Juhar Mahiruddin dan majlis angkat sumpah jawatan dan taat setia dilangsungkan pada 29 September 2020.

Keluarga

Beliau berkahwin dengan Juliah Salag dan dikurniakan empat (4) orang anak antaranya Mohd. Reza, Mohd. Khairil Anuar, Nur Diyana dan Mohd. Ghazali.

Keputusan pilihan raya

Dewan Undangan Negeri Sabah
Tahun Kerusi Undi Pct Pencabar Undi Pct Jumlah undi Majoriti Peratus unjuran
1990 N11 Sulaman, P137 Tuaran Hajiji Noor (USNO) 3,575 59.05% Jahid Jahim (PBS) 3,294 32.14% 8,202 281 80.02%
Kalakau Untol (AKAR) 565 2.55%
Aliasgar Basri (BERJAYA) 538 2.66%
Shafie Anterak (PRS) 120 3.60%
Yusof Awang Ludin (Bebas) 38 3.60%
Laugan Tarki Noor (Bebas) 11 2.66%
1994 N11 Sulaman, P149 Tuaran Hajiji Noor (UMNO) 5,016 59.05% Matbee Ismail (PBS) 4,140 32.14% 9,365 876 79.56%
Pengiran Othman Pengiran Rauf (Bebas) 69 2.55%
Margaret Kimon (D1J000) 60 2.66%
1999 N10 Sulaman, P149 Tuaran Hajiji Noor (UMNO) 6,571 59.05% Rakam Sijim (PBS) 3,127 32.14% 10,799 3,444 77.31%
Mohammed Daud Abdullah (BERSEKUTU) 886 2.55%
Hamdin Adb. Kadir (SETIA) 100 2.66%
2004 N10 Sulaman, P170 Tuaran Hajiji Noor (UMNO) 7,065 59.05% Ansari Abdullah (keADILan) 3,583 32.14% 12,997 3,482 72.54%
2008 Hajiji Noor (UMNO) 8,961 59.05% Ansari Abdullah (PKR) 3,505 32.14% 12,770 5,456 79.44%
2013 Hajiji Noor (UMNO) 13,065 59.05% Ghulabidin Enjih (PKR) 2,624 32.14% 17,044 10,441 87.10%
Ali Akbar Kawi (Bebas) 615 2.55%
David Orok (STAR) 225 2.66%
Arifin Harith (Bebas) 66 3.60%
2018 Hajiji Noor (UMNO) 12,966 45.46% Dausil Kundayong (WARISAN) 5,192 31.59% 19,055 7,774 84.30%
Arifin Harith (PHRS) 467 6.01%
2020 N12 Sulaman Hajiji Noor (BERSATU) 5,919 65.83% Datuk Aliasgar Basri (WARISAN +) 2,820 31.36% 3,099
Rekan bin Hussien (PCS) 253 2.81%

Anugerah dan penghargaan

Rujukan

Pautan luar

Hajiji Noor di Facebook

Tags:

Hajiji Noor Kehidupan awalHajiji Noor KerjayaHajiji Noor KeluargaHajiji Noor Keputusan pilihan rayaHajiji Noor Anugerah dan penghargaanHajiji Noor RujukanHajiji Noor Pautan luarHajiji NoorDatuk Seri PanglimaDewan Undangan Negeri SabahGabungan Rakyat SabahHaji (gelaran)Ketua Menteri SabahParti Gagasan Rakyat SabahSulaman (kawasan negeri)

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Kuala TerengganuHarissa AdlynnAziz HarunSyamsul YusofSurah Al-InsyirahMega Movie (Slot TV3)IntegritiBunga rayaKata sendi (bahasa Melayu)Takdir Itu Milik AkuLiberalismeGasingFunanAbdul Samad IsmailSlot MegaDramaZakar manusiaRaja Zarith SofiahBendera MalaysiaPukimakUniversiti Utara MalaysiaRuhainiesSkop ProductionsParlimen MalaysiaTawauHadha min fadhle RabbiAkut (perubatan)Kesultanan Melayu MelakaHassanal BolkiahAbdul Wahid OmarRazarudin HusainDoa IftitahSultan Muhammad VLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaSimpulan bahasaJesus ChristSejarah MelakaPulau PinangA. Samad SaidFauzi NawawiMarga SangirNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaMasjid Sri SendayanBatu PutehAzhar IdrusKerajaan SalakanagaraPekanbaruBuah kerasEropahKongkekSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarHantu rayaThe Original GangsterBanjir Malaysia 2021–2022Gayatri Su-Lin PillaiMatlamat Pembangunan MampanGua NiahKata kerjaSiti Rosmizah SemailRukun ImanMahathir MohamadRosyam NorPencemaran udaraPerodua AxiaKhawarijSyahir BashahSultan Abu Bakar ibni Temenggong Daeng IbrahimSolat Sunat RawatibSenarai kata pinjaman bahasa MelayuSejarah bahasa MelayuSuntikanSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Abu Bakar as-SiddiqSaifuddin Nasution IsmailOrang Cina MalaysiaNasi lemakRukun NegaraWan SharmilaWohnenHang Tuah🡆 More