Hati Tercarik Luka

Hati Tercarik Luka ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2023 arahan Emi Suffian dan dibintangi oleh Zara Zya dan Syarul Ezani.

Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 bermula 21 Disember 2023 menggantikan Surat Dari Tuhan.

Hati Tercarik Luka
Genre
Berdasarkan daripada
Adaptasi novel Hati Tercarik Luka karya Aida Asmida
Ditulis olehNieza Nahar
PengarahEmi Suffian
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bayang-Bayang Sayang" — Suara
Lagu penutup"Bayang-Bayang Sayang" — Suara
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Creative Skill Solution Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal21 Disember 2023 – 16 Januari 2024
Kronologi
MengikutiSurat Dari Tuhan
Diikuti olehMenanti Senja

Sinopsis

Rumah tangga Dani Zairie dengan Eyda Amanda bahagia dengan kurniaan seorang anak perempuan, Farra. Dani Zairie dan Eyda Amanda bagaikan lambang pasangan yang bahagia. Perkahwinan mereka berdua dijodohkan oleh Puan Safina, ibu kepada Dani.

Walaupun Eyda turut bekerja, dia tidak lupa tentang peranan dan tanggung jawabnya sebagai seorang isteri dan ibu. Eyda selalu alpa yang dia perlu dahulukan suami dan anaknya. Dani pula menjadi suami yang memahami dan turut ringan tulang untuk membantu melakukan kerja rumah.

Namun, Puan Safina sering masuk campur dalam rumah tangga anaknya sehingga merunsingkan Eyda. Puan Safina menganggap Eyda mahu menjadi ‘Queen Control’. Puan Safina turut memberikan tekanan kepada Eyda untuk mendapatkan anak lagi, khususnya cucu lelaki memandangkan Farra sudah pun berumur 5 tahun.

Tidak lama kemudian, Dani dan Eyda menerima khabar gembira apabila Eyda disahkan mengandung lagi. Puan Safina sungguh teruja dan mengharapkan kandungan kali ini ialah bayi lelaki. Pada masa yang sama, Eyda mula perasan Dani telah berubah tetapi Dani pandai berkata-kata untuk menenangkan Eyda. Eyda mengharapkan agar kebahagiaan di sisi Dani akan kekal selagi hayatnya. Namun, konflik mula membelenggu kehidupan mereka berdua dengan kehadiran Maya Maria.

Rupa-rupanya dalam diam, Dani ada hubungan sulit dengan pembantu peribadinya, Maya yang masih berstatus isteri kepada Mazli. Maya menagih kasih daripada Dani kerana Mazli bekerja berjauhan dan lebih pentingkan keluarga sendiri berbanding Maya. Demi memiliki Dani, Maya berani melawan dengan suaminya malah Maya sanggup menggunakan ilmu hitam untuk merampas Dani.

Apakah yang akan berlaku seterusnya? Mampukah Eyda Amanda menyelamatkan rumah tangganya?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Pelakon kanak-kanak

  • Haifa Halina sebagai Farra

Pelakon tambahan

  • Noramilia Mohd Ramli
  • Mohd Nasir Mohd Asri
  • Mohd Rayyan
  • Zaiton Mohd Ibnu
  • Nur Amirah Afiqah Abdul Aziz
  • Rafah Nabilah Hussin
  • Fitra Hadrianti
  • Nurul Nabila Sazlizam
  • Hafiza Othman
  • Ritz Wahid
  • Azman Jemain
  • Mohamad Nasrul Habil
  • Azhar Hisham Mat Dan
  • Mohd Raid Lutfi Khairul Anhar
  • Baby Sara
  • Mohd Rayyan
  • Nur Adila Abdul Aziz
  • Zulkarnain Arba'ain
  • Rashimah Bee
  • Fariq Aldakhir Aqbal Omar
  • Arisya Abdullah
  • Rofiza Baharudin
  • Ahmad Zulhilmi Ahamd Radzi
  • Nurulfakhri Aziz
  • Mohd Izzuddin Bin Saliman
  • Zahanis Yaacob
  • Mohd Ridauddin Mohd Shafir
  • Nur Alia Humaira' Azizan

Rujukan

Tags:

Hati Tercarik Luka SinopsisHati Tercarik Luka PelakonHati Tercarik Luka RujukanHati Tercarik LukaSlot SamarindaSurat Dari TuhanSyarul EzaniTV3Zara Zya

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Grup Gerak KhasUthman bin AffanSepahtu Reunion LiveLembah BujangRukun IslamHari Paskah BesarPendidikan di IndonesiaKontrak sosial (Malaysia)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuSenarai raja-raja MelayuLaluan Kelana JayaAmelia HendersonAdnan Abu HassanSelangorAhli Sunah WaljamaahKarim BenzemaAngkor WatLatSenarai Saintis IslamKonsep Raja Berperlembagaan di MalaysiaSekolah Henry GurneyPuteri BalqisUqasha SenroseSunan MuriaPulau RedangSubang JayaPemancutan maniPerang Dunia KeduaSuruhanjaya Pencegahan Rasuah MalaysiaArif AimanPiala Dunia FIFA 2010SolatMinal 'Aidin wal-FaizinBaju kebayaGula melakaAlhamdulillahPiagam MadinahHong KongLayang Layang PerkahwinanSayu Yang SyukurSyariat IslamTidak beragamaJohorPertubuhan Pribumi PerkasaGantung The SeriesSSC NapoliMat KilauNgabuburitNajib RazakKata kerjaDewan Rakyat MalaysiaNora DanishKelayakan Piala Dunia FIFA 2026Inna lillahi wa inna ilaihi raji'unJambatan Pulau PinangPerkahwinan menurut IslamAgama BuddhaFunanRuqyahPenyimpan Mohor Besar Raja-RajaUniversiti Islam Antarabangsa MalaysiaBank RHBPuteri KhareezaBak kut tehPeroduaLembah KlangTempoh haram puasaUnifi TVSenarai universiti di MalaysiaOrang Cina MalaysiaPuncak AlamQiamullailKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Sultan Nazrin Muizzuddin ShahDasar Ekonomi BaruVirusMandi wajibFrekuensi radio di Sabah🡆 More