Menanti Senja

Menanti Senja ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Faizal Nadxaman.

Ia dibintangi oleh Trisha Ooi dan Fazziq As'ari. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di TV3 melalui Slot Samarinda bermula 17 Januari 2024 menggantikan Hati Tercarik Luka.

Menanti Senja
Genre
Ditulis olehShaza Talib
PengarahFaizal Nadxaman
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutifMarjiena Abdul
PenerbitHariff Ahamat
Rosnita Abdul Rahman
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Anomali Media & Production
Penyiaran
Saluran asalTV3 (Samarinda)
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal17 Januari 2024 – 12 Februari 2024
Kronologi
MengikutiHati Tercarik Luka
Diikuti olehRindu Kasih 2

Sinopsis

Mengisahkan pengorbanan dan kasih sayang seorang ayah dan suami diuji apabila isteri dan anaknya dipisahkan daripadanya akibat kesalahan yang tidak dilakukannya.

Selepas ayahnya meninggal dunia, Syukri mengambil alih tanggungjawab menjaga ibunya, Mak Milah. Syukri membuka sebuah kedai yang menawarkan servis memperbaiki alatan elektrik dengan sahabat baiknya, Epul. Walaupun perniagaan mereka hanya kecil-kecilan, namun ia dapat menampung keluarga masing-masing.

Kehidupan sederhana Syukri berubah selepas berkenalan dengan Intan, anak kepada pemilik syarikat perindustrian kayu. Mereka berkahwin dan dikurniakan dengan seorang anak perempuan, Suhana walaupun perkahwinan mereka tidak direstui oleh ayah Intan, Kamal.

Kamal telah menyuruh Syukri bekerja di kilangnya. Satu hari, Syukri dituduh pecah amanah. Malangnya, Syukri gagal membela diri dan dipenjarakan akibat kesalahan yang tidak dilakukannya. Setelah dibebaskan, Syukri telah bertekad untuk membersihkan namanya demi menambat hati Intan semula dan mendapatkan hak jagaan anaknya Suhana. Adakah perjuangan cinta seorang suami dan ayah ini berpihak kepadanya?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon undangan & Penampilan khas

  • Jeri Jamalullail (Jeri Shades) sebagai Jebat

Pelakon pembantu & tambahan

  • Nazwan
  • Hamidi Dorsamin
  • Hamizan Junnaidi
  • Eyda Rahman
  • Che Norizuan (Boy Wan)
  • Hairi Azuat b. Razali
  • Nor Farhana bt Mat Dali
  • Badrul Sham bin Harun
  • Muhd Faizy Halim
  • Nik Badrol Hisham b. Nik Din
  • Mohd Azhari b. Sarif
  • Rezaki b. Daud
  • Nor Asli bin Mon
  • Mohd Rezal bin Abd Rahman
  • Nur Humaira
  • Yasmeen Zanayah binti Mohamad Hidir
  • Afrin Arissa Medina binti Mohd Hairul
  • Lienda Halim
  • Al Amrie
  • Hidir Sani
  • Nor Azlin Shamsudin
  • Mohd Erman Ibrahim
  • Noor Azizah Abd Jalil
  • Zaliqqal Izzah bt Mokhtar
  • Roslinawati bt Mat
  • Muhd Dayyan Lee
  • A. Juahir @Mizie Arjuna
  • Zaed bin Abd Hamid
  • Mohd Izhan Saliman
  • Mohammad Anwar Abd Halim
  • Asyraff Huzaini
  • Airil Hafiz
  • Nor Shaf Adriyana
  • Bella Camellia binti Mohamad Hidir
  • Afiera Alessya Medina binti Mohd Hairul

Penerbitan dan siaran

Drama Menanti Senja menyusuli drama Hati Tercarik Luka. Ia merupakan drama terbitan syarikat Malaysia iaitu Anomali Media & Production dan diarahkan oleh Faizal Nadxaman. Ia ditayangkan bermula 17 Januari 2024 di TV3 melalui Slot Samarinda pada hari Isnin sehingga Khamis, pukul 10.00 malam waktu tempatan. Menanti Senja juga boleh ditonton melalui platform Tonton. Drama ini mempunyai 15 episod penayangan.

Runut bunyi

Rujukan

Tags:

Menanti Senja SinopsisMenanti Senja PelakonMenanti Senja Penerbitan dan siaranMenanti Senja Runut bunyiMenanti Senja RujukanMenanti SenjaHati Tercarik LukaJohan As'ariSlot SamarindaTV3Trisha Ooi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Nur FazuraSlot AkasiaPuteri Sarah LiyanaSenarai negara berdaulat dan wilayah tanggungan di Amerika SelatanKulitUniversiti Teknologi MalaysiaOrang LampungPulau PangkorPeribahasa MelayuSenarai peribahasa (A–M)Liga Super Malaysia 2024–25Atikah SuhaimeUmar bin Al-KhattabPerjanjian PangkorIsteri Separuh MasaInstagramSenarai Kementerian di MalaysiaRukun ImanLaluan Kelana JayaKecerdasan buatanMuhammad al-FatihSultan Iskandar ibni Sultan IsmailHadha min fadhle RabbiIjazah sarjanaMinyak sapiManatiJuzAisyah Abu BakarSel (biologi)Amerika SyarikatBahasa ArabFrekuensi radio di MelakaPolis Diraja MalaysiaRaja AzuraAzzim ZahidPrabowo SubiantoPencemaran udaraKeruntuhan Jambatan Francis Scott KeySenarai raja-raja MelayuBukan Sekadar LafazJohor Darul Ta'zim F.C.KucingTanda-tanda KiamatKementerian Dalam Negeri MalaysiaGula melakaNegeri SembilanKementerian Komunikasi MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaAnwar IbrahimPetronasIslamPandemik COVID-19 di MalaysiaMalaysia MadaniHadis MutawatirAmir AhnafIzzue IslamGantung The SeriesNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaAgamaNabi Isa a.s.Sekolah Henry GurneyI.D.Amin IdrisGennaro GattusoSudirman (penyanyi)Nabi Saleh a.s.Frekuensi radio di JohorMazhab SyafiiKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Erysha EmyraBank Negara MalaysiaLee Kee HiongJenayah kolar biruFrekuensi radio di TerengganuMira FilzahBaju MelayuBatik Air Malaysia🡆 More