Qasrina Karim: Pelakon wanita Malaysia

Qasrina Karim (lahir 11 April 1996) ialah seorang pelakon, model dan duta produk dari Malaysia.

Beliau dikenali menerusi peranannya dalam filem Kongsi Raya dan Siapa Tutup Lampu? dan yang paling terbaru, siri drama My Famous Ex-Boyfriend yang ditayangkan di slot Megadrama, Astro Ria.

Qasrina Karim
Kelahiran (1996-04-11) 11 April 1996 (umur 28)
PendidikanIjazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris
Pusat pendidikanUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
PekerjaanPelakon, model, duta produk
Tahun aktif2016–kini

Kerjaya

Qasrina memulakan kerjaya sebagai seorang model sejak 2016 dengan memperagakan koleksi jenama terkenal termasuk produk hijab Alhumaira sebagai wajah rasmi. Beliau kemudian mengorak langkah dalam bidang lakonan menerusi filem Kongsi Raya (2022) dan Siapa Tutup Lampu? (2021). Qasrina juga muncul dalam siri komedi saluran Astro Ceria, Salam Squad 3.0, dan drama Senduk Swap (2022) lakonannya bersama Emma Sofea.

Qasrina juga memegang watak utama dalam siri Legenda Puteri Qaseh (2023) sebagai Puteri Qaseh yang juga ditayangkan di Astro Ceria. Selain dipilih menjadi duta kempen Ramadan Raya Astro pada tahun 2023, beliau memegang watak sampingan sebagai Siti Siakap dalam drama Astro Ria yang ditayangkan pada bulan Ramadan bertajuk Imam Instant Ustaz Scammer (2023) lakonan bersama Mira Filzah, Hun Haqeem dan Mierul Aiman. Seterusnya, Qasrina memegang watak utama bernama Sameera di slot Megadrama Astro Ria, My Famous Ex-Boyfriend (2023) gandingan bersama Hael Husaini dan Nadhir Nasar.

Selain berlakon, Qasrina juga dipilih menjadi duta produk Wardah Beauty dan Samsung.

Kehidupan peribadi

Qasrina dilahirkan di Subang Jaya, Selangor dan merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Beliau ialah pemegang Ijazah Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris diUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Qasrina juga mempunyai darah kacukan Melayu dan Irish. Beliau dikenali dengan lesung pipit dan senyumannya yang manis.

Beliau tular di laman Twitter pada 2018 kerana persamaan wajah dengan Mira Filzah dan Siti Nurhaliza.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Siapa Tutup Lampu? Aida Filem pertama
2022 Kongsi Raya Sharifah
Bintang Hatiku Dian
TBA Siapa Tutup Lampu? 2 Aida Sekuel pada Siapa Tutup Lampu?

Drama & Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2021 Salam Squad 3.0 Zahara Astro Ceria
2022 Senduk Swap Ayu TA-DAA!
2023 Legenda Puteri Qaseh Puteri Qaseh Astro Ceria
Imam Instant Ustazah Scammer Siti Siakap Astro Ria
My Famous Ex-Boyfriend Sameera
2024 My Famous Ex-Boyfriend Raya

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2024 Sepahtu Reunion Al-Raya Amalina Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Rompak Raya"

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya Tercalon Keputusan
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 BBNU Wanita Popular Dirinya sendiri Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Qasrina Karim KerjayaQasrina Karim Kehidupan peribadiQasrina Karim FilemografiQasrina Karim Anugerah dan pencalonanQasrina Karim RujukanQasrina Karim Pautan luarQasrina KarimKongsi Raya (filem)My Famous Ex-BoyfriendSiapa Tutup Lampu?

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Sarimah IbrahimPerikatan NasionalSarimah AhmadSuntikanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaFauzi NawawiShah AlamIntan NajuwaKementerian Pendidikan MalaysiaProton ExoraSumpahan JeruneiProton PersonaKhawarijHadha min fadhle RabbiPekanbaruUndang-Undang Laut MelakaAmmar AlfianKu FaridahPerang Dunia KeduaSyahadahLatMalang Si PuteriAdam LeeDaun salamMasya-AllahPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaMustapha KamalTunku Ismail ibni Sultan IbrahimRukun IslamSeks oralSetelah Cinta Itu PergiNujum Pa' BlalangNabi Musa a.s.Al-QuranKerajaan Bani UmaiyahMurutMajlis Raja-RajaMuhtar SuhailiShasha AbedulShiqin KamalJam 24 jamSenarai kaum di MalaysiaZara ZyaOktovia ManroseFrekuensi radio di KelantanFrekuensi radio di TerengganuKuantanSarafSenario The MovieRinggitQistina RaisahAlhamdulillahHukum Kanun MelakaFardu KifayahRahsia (filem 2023)Nasi tangasPuchong, SelangorSenarai negara mengikut sistem kerajaanHantu dalam masyarakat MelayuTanjung KarangDini SchatzmannHishammuddin HusseinMenteri Pendidikan MalaysiaJenis air untuk bersuci dalam IslamTV1Letupan kilang mercun Bright SparklersPerjanjian PangkorChinaNegarakuSultan TerengganuAssalamualaikumProton WajaEmma MaembongPencemaran udaraCibaiSultan Sharafuddin Idris ShahSurah Al-InsyirahSenarai Surah Al-QuranTengku Abdul Rahman🡆 More