Ac Mizal: Penyanyi, pelakon, pengacara, pelawak dan penyampai radio Malaysia

Dato' Mizal Zaini, atau lebih dikenali sebagai AC Mizal (lahir 21 Disember 1971) ialah seorang penyanyi, pelakon, pelawak, pengacara televisyen, penyampai radio dan ahli perniagaan Malaysia.

Sepanjang kerjayanya, AC telah merakamkan album dan lagu, membintangi sejumlah filem dan siri televisyen, mengacarakan rancangan hiburan, bual bicara dan majlis anugerah.


AC Mizal

Ac Mizal: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi
AC semasa promosi untuk Anugerah MeleTOP Era 2015.
Kelahiran
Mizal bin Zaini

(1971-12-21) 21 Disember 1971 (umur 52)
PendidikanSijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Pusat pendidikanMaktab Tentera Diraja
PekerjaanPelakon, penyanyi, pelawak, pengacara, penyampai radio, ahli perniagaan
Tahun aktif1992–kini
Ketinggian1.83 m (6 ka 0 in)
Pasangan
Anak-anak4
IbuDatin Madzinah Mansor
BapaDato' Zaini Md. Hasim
Hubungan
  • Rokiah Ibrahim (ibu mertua)
  • Abdul Hamid Md. Ally (bapa mertua)
  • Emelda Rosmila (adik ipar)
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Pengkarya berkait

Beliau memulakan kerjaya hiburan sebagai ahli kumpulan hip hop 4U2C yang meraih kejayaan pada 1990-an. Kerjaya lakonannya bermula menerusi "Roda-Roda Kuala Lumpur", namun paling dikenali menerusi watak Inspektor Mazlan dalam "Gerak Khas", yang merupakan siri drama TV paling lama bersiaran, seterusnya membintangi filem pertama, "Bara" (1999). Beliau melancarkan album solo pertamanya, "Tassamaqu" (2004). Antara filem-filem terkenal beliau ialah siri filem "Gerak Khas" (2001–2002), "Buli" (2004), "Baik Punya Cilok" (2005), "Cicak-Man" (2006), "My Spy" (2009) dan "Abang Long Fadil 2" (2017). AC telah menerima pelbagai anugerah dalam televisyen, filem dan muzik termasuk Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Anugerah Lawak Warna dan Anugerah MeleTOP Era.

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 21 Disember 1971 di Johor Bahru, Johor dan merupakan anak kepada pasangan Datuk Zaini Md. Hasim dan Datin Madzinah Mansor. Beliau berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), kemudian melanjutkan pelajaran di Maktab Tentera Diraja Malaysia.

Kerjaya

AC Mizal memulakan kerjaya sebagai penyanyi, yang mana beliau merupakan salah seorang ahli kumpulan hip hop 4U2C, yang meraih kejayaan dalam bidang muzik antara 1992 dan 1996 semasa demam muzik hip hop dan rap melanda seluruh Malaysia. Kumpulan ini terkenal dengan single, "Fiona" yang meraih kejayaan sekaligus menjadi lagu tandatangan mereka. AC telah merakamkan tiga album bersama kumpulan itu. 4U2C dibubarkan pada 1996 dan kebanyakkan ahlinya mengambil keputusan untuk menyambung pelajaran dan menumpukan perhatian kepada kerjaya masing-masing. AC sendiri kemudian memulakan kerjaya lakonan selepas kumpulan itu dibubarkan.

Di bawah bimbingan Yusof Haslam, kerjaya lakonan beliau bermula dengan memegang watak Koperal Jefri dalam jelmaan awal siri "Roda-Roda Kuala Lumpur", yang disiarkan antara 1998 dan 1999. Peranan lakonan cemerlang beliau hadir apabila beliau memegang watak Inspektor Mazlan dalam siri drama kepolisan paling lama bersiaran, "Gerak Khas". Beliau merupakan salah seorang daripada barisan tujuh pelakon asal drama itu termasuk Abby Abadi, ACP Shaharon Anuar, Farid Amirul, A. Galak dan Deen Maidin sewaktu ia mula bersiaran pada 5 April 1999. Pada tahun sama, beliau membintangi filem sulungnya, "Bara", seterusnya membintangi bersama Erra Fazira dalam filem "Pasrah" (2000). AC kembali menjayakan peranannya dalam dua adaptasi filemnya, iaitu "Gerak Khas The Movie" (2001) dan "Gerak Khas The Movie II" (2002). Beliau meninggalkan "Gerak Khas" pada 2002 selepas empat musim, atas sebab peribadi dan komitmen lain.

Ac Mizal: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi 
AC ditemuramah oleh MeleTOP sewaktu pelancaran Peace Y'all FM.

Beliau juga pernah muncul dalam telefilem "Neon" (2003) arahan Mohd Feroz Abdul Kader lakonan Allahyarham Faizal Yusup dan Eric Fuzi bersama ramai pelakon termasuk Vanida Imran, Rashidi Ishak, Azhar Sulaiman, Aziz M. Osman, Saiful Apek, Sofi Jikan, Aziz Sattar, Kuswadinata, Abby Abadi, Serina Redzuawan, Zila Bakarin, Rita Rudaini, Kartina Aziz dan ramai lagi.

Pada Julai 2004, AC melancarkan album solo pertamanya, "Tassamaqu" dengan "Kali Pertama" menampilkan penyanyi rap, Reefa, dikeluarkan sebagai single utama. Pada tahun sama, beliau berlakon dalam filem komedi arahan Afdlin Shauki, "Buli", memegang watak sebagai Rudy, dalang di sebalik rompakan Allied Asian Bank. Beliau menjayakan kembali peranannya dalam kesinambungannya, "Buli Balik" yang dikeluarkan pada 2006. Beliau juga berlakon bersama Afdlin, Hans Isaac dan Awie dalam "Baik Punya Cilok" (2005).

Beliau ialah salah seorang daripada beberapa artis Malaysia yang menyumbangkan suara untuk sebuah lagu khas bertajuk "Suluhkan Sinar". Diterbitkan oleh KRU dan dikeluarkan pada Januari 2005, lagu ini ditujukan khas kepada mangsa-mangsa tragedi gempa bumi dan tsunami Lautan Hindi 2004 dan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak. Artis-artis lain yang terlibat dalam projek ini ialah peserta-peserta "Akademi Fantasia", Erra Fazira, Dayang Nurfaizah, Alleycats, Jaclyn Victor dan Anita Sarawak.

Pada tahun 2006, AC memulakan kerjaya sebagai pengacara TV dan mengendalikan rancangan bual bicara "AC Di Sini" di Astro Ria. Beliau juga berlakon di samping Adlin Aman Ramlie sebagai Ginger Brothers dalam siri filem "Cicakman". Selain itu, beliau dan isterinya, Emylia Rosnaida menubuhkan Emac Vision mengkhususkan kepada penerbitan filem dan televisyen dengan kerjasama Datuk Jamaluddin Ahmad yang berkhidmat sebagai pengerusi.

Pada tahun berikutnya, beliau melancarkan singlenya, "Di Sini". AC memulakan kerjaya radionya dengan menjadi penyampai Era, namun meninggalkan stesen itu setahun kemudian. Dari 2008 hingga 2009, beliau menjadi pengacara "Akademi Fantasia" musim keenam, menggantikan Aznil Nawawi. AC juga menjadi juri untuk "Raja Lawak", "Maharaja Lawak" dan "Maharaja Lawak Mega". Beliau juga aktif di pementasan teater dan pernah menjayakan Puteri Gunung Ledang The Musical pada 2005 dan 2009, dan Cuci The Musical pada 2009. Ia telah dilaporkan bahawa beliau bakal kembali menjayakan "Gerak Khas", namun ia tidak menjadi kenyataan. Dari 2013 hingga 2015, beliau menjadi pengacara rancangan bual bicara berkonsepkan santai, "Sembang Teh Tarik" di Astro Warna dan pada 2016, beliau menjadi hos siri baru, "Sembang Teh Tarik Kaw".

Pada tahun 2014, beliau menubuhkan kembali 4U2C selepas lebih 18 tahun menyepi dengan kumpulan ini dinamakan semula sebagai ForUToC, terdiri daripada ahli baru. Beliau kemudian melancarkan single terbaru, "Paranoid" menampilkan pelakon Indonesia, Luna Maya. Pada tahun 2017, beliau melakonkan dua watak, iaitu King Kong dan Cobra dalam filem aksi komedi pecah panggung, "Abang Long Fadil 2" arahan Syafiq Yusof, juga dibintangi oleh Zizan Razak sebagai watak utama. Ia merupakan filem pertama lakonannya dalam tempoh 8 tahun sejak "My Spy" (2009). Beliau turut menyumbangkan runut bunyi filem itu bertajuk "Senorita" bersama Syamsul Yusof dan Shuib Sepahtu.

Pada tahun 2018, beliau mengacarakan "Super Spontan Xtravaganza", "Arena Panggang" musim 2 dan "Maharaja Lawak Mega 2018". Pada tahun berikutnya, beliau muncul sebagai Jefri Dom dalam "Pop Yeah Yeah" di TV3.

Dalam tahun 2020, AC menjadi pengacara untuk beberapa rancangan televisyen, antaranya ialah "Punchline DAC". Selain itu, beliau juga menjadi pengacara jemputan untuk konsert "Gegar Vaganza" musim ke-7 minggu pertama, menggantikan Nabil Ahmad serta menjadi pengacara "The Masked Singer Malaysia" di Astro Warna.

Bermula 6 Jun 2021, beliau menjadi kapten juri untuk rancangan realiti terbaharu Astro Ria, "All Together Now Malaysia, adaptasi Malaysia dari rancangan realiti UK "All Together Now" terbitan BBC One. Selepas sekian lama meninggalkan "Gerak Khas", AC kembali menjayakan watak sebagai Inspektor (kini Supritendan) Mazlan dalam "Gerak Khas Undercover" yang bersiaran di TV3 bermula 1 Oktober 2021.

Kehidupan peribadi

AC Mizal telah berkahwin sebanyak dua kali. Perkahwinan pertama beliau ialah bersama Shafnie Zainuddin pada 24 Jun 1995, dan dikurniakan dua anak lelaki, Muhammad Shafiq Iman dan Muhammad Shabil Iman. Pasangan itu bercerai pada 17 Oktober 2001. Beliau kemudian berkahwin dengan bekas pelakon dan model, Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002; melalui perkahwinan keduanya ini, AC dikurniakan dua lagi anak, iaitu Muhammad Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Bapa beliau, Datuk Zaini Md. Hashim merupakan seorang Ketua Polis Muar, meninggal dunia pada 29 Mac 2014.

Cabang lain

Dengan kejayaannya dalam kerjaya hiburan, beliau menceburi bidang perniagaan dengan menubuhkan syarikat AC Konsortium Sdn. Bhd. yang mana beliau berkhidmat sebagai Pengerusi Eksekutif, syarikat ini menghasilan gelang magnet dan produk lain. Terdapat kontroversi mengenai penjualan gelang ini, namun telah dijawab oleh beliau menerusi temubual bersama Harian Metro.

AC turut menceburi industri penyiaran radio dengan menubuhkan stesen radio internet Peace Yall FM pada 1 Mei 2015 dengan majlis pelancaran dirasmikan oleh Siti Nurhaliza, yang mana beliau turut berkhidmat sebagai Presiden dengan Rashidi Ishak berkhidmat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Pada 18 Oktober 2015, beliau berjaya membida satu set rokok elektronik buatan anak tempatan dengan nilai bidaan sebanyak RM45,000 di Festival Vape yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC).

Pada Ogos 2017, AC mengumumkan yang beliau dan Datuk Afdlin Shauki akan melancarkan stesen TV mereka yang dikenali sebagai Syiok TV yang merupakan usahasama antara mereka berdua melalui syarikat Syiok Media Network milik AC dan VisionWorks milik Afdlin. Syiok TV kemudian bertukar nama kepada Awesome TV pada Ogos 2019. AC mengumumkan pada Februari 2020 bahawa beliau bukan lagi sebahagian daripada Awesome TV dan turut mengumumkan akan muncul dengan stesen TV sendiri.

Melengkapkan portfolio perniagaan beliau, AC tampil dengan produk kecantikan IDEALYST X Dato' AC Mizal pada Oktober 2019. Pada tahun 2022, beliau menubuhkan satu stesen TV baharu yang dikenali sebagai SUKE TV yang memulakan operasi siarannya pada April.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1999 Bara Hisham Filem pertama
2000 Pasrah Zamri
2001 Gerak Khas The Movie Inspektor Mazlan
2002 Gerak Khas The Movie II
2004 Makar Aiman
Buli Rudy
2005 Baik Punya Cilok Wak
2006 Buli Balik Rudy
Cicak-Man Ginger 2
2007 Diva Rudy
Zombi Kampung Pisang Mat Karan
2008 Cuci Tan
Apa Kata Hati? Bomoh Penampilan khas
Los dan Faun Jefri
Cicakman 2 - Planet Hitam Ginger Ghost 2
2009 My Spy AJ
2017 Abang Long Fadil 2 King Kong / Cobra
2022 Nasi Lemak 1.0 Sultan Melaka
Abang Long Fadil 3 King Cobra / King Kali Kong
Zaara Zaara
2023 Sumpahan Syaitan Malik

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1998–1999 Roda-Roda Kuala Lumpur Korperal Jefri TV1 Drama pertama
1999–2002 Gerak Khas Inspektor Mazlan
2007 Dakollin Dakkosi Dakkosi Astro Prima
2018 Misteri Jenazah (Musim 1) Askar Jepun Episod: "Pada Zaman Dahulu"
2019 Pop Yeah Yeah Jefri Dom TV3
2021–2022 Gerak Khas Undercover (Musim 1) Mazlan

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2003 Meraung VCD
Neon Karim Penampilan khas
2006 Kantoi Astro Ria
2019 Saya Jual Ye Bang Datuk Jaki Astro First Eksklusif
2022 Megastar Academy Astro Ceria

Televisyen

Tahun Tajuk Sebagai Saluran TV Catatan
2006–2009 AC Di Sini Pengacara Astro Ria
2008 Akademi Fantasia (musim 6)
2009 Akademi Fantasia (musim 7)
2011–2012 RM1,000,000 Money Drop
2011 Maharaja Lawak Astro Warna
Akademi Fantasia (musim 9) Pengacara Jemputan Astro Ria Konsert Akhir
S.Y.O.K. Pelbagai watak TV1
2011–2021 Maharaja Lawak Mega Pengacara Astro Warna
2012–2015 Betul ke Bohong?
2013 Raja Lawak Astro (Musim 7) Juri
2013–2015 Sembang Teh Tarik Pengacara
2014 #havocwarna
Terbaik Toqq
2015 Super Spontan All Star
2015–2016 Dalang Prank
2016 Super Spontan Superstar
Sembang Teh Tarik Kaw
Kaunter Kebaboom! Astro Ria bersama Atu Zero
Akademi Fantasia (musim 13) Juri
Duo Star Pengacara
2017 Super Spontan Superstar 2017 Astro Warna
2018 Gegar Lawak 2018 Juri
Super Spontan Xtravaganza Pengacara
2019 Di Balik Tawa (Musim 2) Artis Jemputan
Arena Panggang Warna Live Pengacara
I Can See Your Voice Malaysia (Musim 2) Artis Jemputan TV3 Episod 9
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-32 Pengacara bersama Elly Mazlein
2020 Dansa Dan Sing Pengacara Jemputan Astro Ria Minggu 6
Punchline DAC Pengacara Astro Warna
Gegar Vaganza (musim 7) Pengacara Jemputan Astro Ria Minggu 1
Vokal Mania Pengacara TV3 bersama Azira Shafinaz
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 bersama Nabila Huda
2020–kini The Masked Singer Malaysia Astro Warna
2020–kini MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria
2021 All Together Now Malaysia (musim 1) Kapten Juri
2023 UBI Superstar Live Inspektor Astro Warna Episod 3: "Di Bawah Langit Yang Sama"
Big Stage (musim 5) Juri Jemputan Astro Ria Minggu 9
The Chosen One Astro Ceria
Gelak 90 Saat Pengacara Astro Warna

Radiografi

Radio

Tahun Tajuk Stesen
2007–2008 Pagi@Era Era

Diskografi

Album studio

Tajuk Butiran album
Tassamaqu

Single

Tahun Tajuk Penyanyi undangan
2001 "Keliru" (OST filem Gerak Khas The Movie)
2007 "Di Sini"
2012 "Apo Kono Eh Jang" Rafidah Ibrahim & Stelar Band
2013 "Al-Haq.....Yang Satu" Mawi
"Raya" Sepahtu
2014 "Paranoid" Luna Maya
"Bergema Takbir di Pagi Raya" ForUToC
2017 "Senonita" Syamsul Yusof & Shuib Sepahtu (OST filem Abang Long Fadil 2)
"Itu Saja"
2021 "Mine" Reeve Damien

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Penerima/Karya tercalon Keputusan
1993 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1993 Penyanyi Berkumpulan Popular 4U2C Menang
2000-2001 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2000/01 Pelakon TV Lelaki Popular Gerak Khas Menang
2013 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-26 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Tercalon
2014 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Menang
2015 Anugerah MeleTOP Era 2015 Hos MeleTOP Dato AC Mizal (Maharaja Lawak Mega 2013) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pengacara TV Lelaki Popular Dato AC Mizal Tercalon
Anugerah Lawak Warna 2015 Pengacara Lawak Paling Popular Dato AC Mizal Menang
2016 Anugerah MeleTOP Era 2016 Hos MeleTOP Dato AC Mizal "(Super Spontan All Stars)" Menang
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Pengacara TV Popular Dato AC Mizal Tercalon
Artis Versatil Popular Tercalon

Penghargaan

Penghargaan Malaysia

  • Ac Mizal: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Pahang :
    • Ac Mizal: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi  Darjah Indera Mahkota PahangDato' (2010)

Beliau dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato' dari Sultan Ahmad Shah, Sultan Pahang pada hujung 2010.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ac Mizal Kehidupan awalAc Mizal KerjayaAc Mizal Kehidupan peribadiAc Mizal Cabang lainAc Mizal FilemografiAc Mizal RadiografiAc Mizal DiskografiAc Mizal Anugerah dan pencalonanAc Mizal PenghargaanAc Mizal RujukanAc Mizal Pautan luarAc MizalDarjah kebesaran Melayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pendidikan di MalaysiaSheriff (filem)Kolej Islam Sultan Alam ShahKumpulan advokasiNombor dalam budaya CinaMelioidosisRozie OthmanTelaga BarhutHassanal BolkiahAliff AzizKhalid bin al-WalidSaleemHari BumiPerdana Menteri MalaysiaHafizh Syahrin AbdullahPerpaduanTayamumKaum-kaum di MalaysiaCongkakPeraturan bola jaringPontianak Harum Sundal Malam IIUndang-undangDaniella SyaTengku Permaisuri NorashikinJudiCinema (Slot TV3)Raysha RizroseHuruf syamsiah dan qamariahAisyah AzizAzira ShafinazNabi Ibrahim a.s.NeelofaOrang Melayu IndonesiaTeknologi hijauSekali Lagi Cinta KembaliBahagian di SarawakKetupat palasHemoroidHak asasi manusiaKata sendi (bahasa Melayu)Muhyiddin YassinSharifah ShahirahKerenggaIsa KhanSarah SuhairiSukanPiala Asia B-23 AFC 2024Persekutuan Tanah MelayuTerengganuNaim DanielPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Pasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaAlor SetarYassin YahyaNadhir NasarMega Movie (Slot TV3)Earth HourHukum Kanun MelakaSenarai negara berdaulatNatasha WilonaRukun IslamBunga rayaPerlisHazama AzmiMasjid Sri SendayanJamrahKerajaan Bani UmaiyahGunung berapiAbdul Taib MahmudBadarawuhi Di Desa PenariErry PutraPolitik balas budiSejarah Pulau PinangBiduanita NegaraParti Komunis MalayaAtikah SuhaimePerjanjian PangkorIslam🡆 More