Paolo Rossi

Paolo Rossi (sebutan bahasa Itali: ; 23 September 1956 – 9 December 2020) ialah bekas pemain bola sepak Itali yang bermain di posisi penyerang.

Beliau telah membantu pasukan Itali untuk meraih gelaran Piala Dunia 1982 dengan menjaringkan enam gol di samping turut meraih anugerah Kasut Emas sebagai penjaring terbanyak dan Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan. Rossi merupakan satu-satunya pemain tunggal dari Eropah di samping dua orang pemain lagi yang pernah meraih ketiga-tiga anugerah tersebut di Piala Dunia bersama Garrincha pada 1962 dan Mario Kempes pada 1978. Rossi juga merangkul anugerah Ballon d'Or 1982 sebagai Pemain Terbaik Eropah oleh sebab prestasinya (satu-satunya pemain dalam sejarah yang meraih keempat-empat anugerah tersebut pada tahun yang sama). Bersama Roberto Baggio dan Christian Vieri, beliau merupakan penjaring gol terbanyak Itali dalam sejarah Piala Dunia, iaitu dengan menghasilkan sembilan jaringan keseluruhan.

Paolo Rossi
Paolo Rossi
Rossi pada 2007.
Maklumat peribadi
Tarikh lahir (1956-09-23)23 September 1956
Tempat lahir Prato, Itali
Tarikh kematian 9 Disember 2020(2020-12-09) (umur 64)
Tempat kematian Siena, Itali
Ketinggian 1.74 m (5 ka 9 in)
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
1961–1967 Santa Lucia
1967–1968 Ambrosiana
1968–1972 Cattolica Virtus
1972–1975 Juventus
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1973–1976 Juventus 0 (0)
1975–1976 → Como (pinjam) 6 (0)
1976–1980 Vicenza 94 (60)
1979–1980 → Perugia (pinjam) 28 (13)
1981–1985 Juventus 83 (24)
1985–1986 Milan 20 (2)
1986–1987 Hellas Verona 20 (4)
Jumlah 251 (103)
Pasukan kebangsaan
1977–1986 Itali 48 (20)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Di peringkat kelab, Rossi merupakan seorang penjaring prolifik untuk kelab Vicenza. Pada 1976, beliau telah diikat oleh Juventus dalam rundingan pemilikan bersama serta mencatatkan rekod perpindahan dunia pada masa itu. Vicenza masih mengekalkan khidmat beliau dan Rossi menjadi penjaring terbanyak Serie B pada 1977 dan membantu pasukannya mara ke Serie A. Pada musim berikutnya, Rossi meledak 24 jaringan gol sekali gus menjadi pemain pertama dinobatkan sebagai penjaring terbanyak di Serie A dan Serie B pada dua musim berturut-turut. Rossi melakukan penampilan sulungnya buat Juventus pada 1981 sebelum melakar beberapa kejayaan seperti dua gelaran Serie A, Coppa Italia, Piala Juara-Juara UEFA, Piala Super UEFA dan Piala Eropah. Dengan menikmati kejayaan di peringkat kelab dan antarabangsa, beliau merupakan salah seorang daripada sembilan pemain yang pernah memenangi Piala Dunia, Liga Juara-Juara Eropah dan Ballon d'Or.

Rossi dianggap sebagai salah seorang pemain Itali terhebat sepanjang zaman. Pada tahun 2004, beliau telah disenaraikan oleh Pelé sebagai antara 125 pemain terhebat sebagai meraikan ulang tahun ke-100 FIFA. Pada tahun yang sama, Rossi berada di kedudukan ke-12 dalam Undian Jubli Emas UEFA. Setelah persaraan, beliau bekerja sebagai pundit untuk Sky, Mediaset Premium dan Rai Sport sehingga beliau meninggal dunia pada 9 Disember 2020.

Kerjaya kelab

Paolo Rossi 
Rossi pada zaman mudanya bersama Vicenza.

Kerjaya awal

Rossi telah dilahirkan di Prato, Tuscany, Itali iaitu di kawasan Santa Lucia.

Walaupun beliau merupakan anggota skuad ketika musim 1972-73, Rossi melakukan kemunculan sulungnya di kancah bola sepak Itali bersama Juventus pada 1973 dengan melakukan kemunculan di Coppa Italia serta meraih pencapaian naib-juara dalam Piala Antara Benua 1973. Beliau sering tercedera pada musim-musim awalnya, yang menyebabkan beliau hanya melakukan tiga kemunculan Coppa Italia bersama Juventus antara tahun 1972 dan 1975 serta tidak berupaya menjaringkan sebarang gol. Selepas melakukan tiga pembedahan di lutut, beliau telah dihantar ke Como, dan di sanalah beliau berpeluang melakukan kemunculan sulung di liga Itali ketika musim 1975–76. Pada awalnya, beliau beraksi di posisi sayap kanan. Beliau hanya melakukan enam kemunculan liga tetapi masih gagal menjaringkan gol.

Kerjaya beliau mencapai titik pusingannya apabila Vicenza Calcio (dahulu dikenali sebagai Lanerossi Vicenza) meminjam khidmatnya. Jurulatih Giovan Battista Fabbri mengambil keputusan untuk memindahkan posisi Rossi dari sayap kepada penyerang (disebabkan kecederan penyerangnya) hanya menjelang sebelum kempen musim bermula. Rossi akhirnya mempamerkan kemampuannya dalam menghasilkan gol apabila meraih Kasut Emas Serie B dengan menjaringkan 21 gol pada tahun pertamanya di posisi yang lebih keterhadapan. Pada musim 1976–77, kualiti Rossi sebagai penyerang yang tajam telah membantu pasukannya mara ke Serie A di samping beliau membantu Vicenza melangkah ke peringkat kumpulan kedua Coppa Italia pada musim yang sama. Pada musim selanjutnya, Rossi menjaringkan 24 gol sekali gus menjadi pemain pertama untuk menjadi penjaring terbanyak di Serie B dan Serie A pada dua musim berturut-turut selain membantu Vicenza menduduki tangga kedua Serie A, hanya di belakang kelab induknya, Juventus. Disebabkan prestasinya yang cemerlang, beliau telah dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan Itali ke kejohanan Piala Dunia 1978.

Kemuncak dan skandal

Pada saat itu, Rossi dimiliki bersama oleh Vicenza dan Juventus. Semasa kedua-dua kelab berunding, Lanerossi menawarkan jumlah yang mengejutkan iaitu sebanyak 2.612 bilion lira Itali untuk membida Rossi sekali gus mencatatkan rekod perpindahan dunia dan sukan Itali. Setelah Piala Dunia 1978, Rossi melakukan kemunculan sulungnya di pentas Eropah bersama Vicenza dalam aksi Piala UEFA. Walaupun berjaya menjaringkan 15 gol di Serie A, kempennya dihalangi oleh kecederaan dan pasukannya pula tersingkir ke Serie B. Rossi seterusnya dipinjamkan ke Perugia untuk membolehkan beliau beraksi di Serie A pada musim mendatang.

Semasa di Perugia, beliau menjaringkan 13 gol liga ketika musim 1979–80 di samping membantu kelab mara ke pusingan 16 Piala UEFA. Semasa musim tersebut juga, beliau terlibat dalam skandal pertaruhan 1980 di Itali yang dikenali sebagai Totonero. Perkara ini menghukum Rossi apabila beliau digantung selama tiga tahun dan ia disingkatkan kepada dua tahun. Kesannya dapat dilihat apabila Rossi tidak dapat beraksi di kejohanan Euro 1980 bersama Itali. Walaupun berlaku penggantungan itu, Rossi sering didakwa tidak bersalah dan menyatakan bahawa beliau menjadi mangsa ketidakadilan.

Juventus

Walaupun digantung, Rossi telah dibawa semula ke Juventus pada 1981 dan kembali ke kesebelasan utama buat kali pertama pada penghujung musim 1981–82 untuk membantu pasukannya meraih kejuaran Serie A. Selepas kejohanan Piala Dunia 1982, Juventus menamatkan musim berikutnya sebagai naib-juara Serie A walaupun beliau membantu kelabnya menjuarai Coppa Italia dengan menjaringkan lima gol. Beliau juga membantu Juventus untuk mara ke aksi final Piala Eropah namun tewas kepada Hamburg. Beliau dinobatkan sebagai penjaring terbanyak kejohanan tersebut dengan enam gol. Ketika musim 1983-84, Rossi meraih kejuaraan Scudetto keduanya bersama Juve dengan menjaringkan 13 gol di samping turut membantu kelabnya menjuarai Piala Juara-Juara UEFA dan diikuti oleh kejayaan Piala Super UEFA 1984. Ketika musim terakhirnya bersama kelab, beliau akhirnya menjuarai Piala Eropah pada tahun 1985 dengan menamatkan kempen kejohanan bersama lima jaringan gol di belakang pendahulu iaitu rakan sepasukannya, Michel Platini dan Torbjörn Nilsson yang mencatatkan tujuh jaringan.

Penghujung kerjaya

Berikutan kariernya di Juventus, Rossi berpindah ke Milan yang sedang bergelut pada tahun 1985. Semasa di Milan, beliau diingati ketika aksi menentang Inter Milan dalam pertembungan Milan apabila beliau menjaringkan dua gol. Beliau akhirnya menamatkan kariernya di Hellas Verona semasa musim 1986-87 dengan membantu kelabnya menamatkan kempen di tempat keempat Serie A sebelum mengumumkan persaraan pada penghujung musim. Beliau kemudian melakukan hartanah bersama bekas rakan sepasukan, Giancarlo Salvi.

Kerjaya antarabangsa

Prestasi Rossi yang menonjol bersama kelab Venezia membolehkan beliau mendapat perhatian daripada pengurus Azzurri, Enzo Bearzot. Rossi diberi peluang untuk melakukan kemunculan sulungnya bersama skuad Azzurri pada 21 Disember 1977 dalam aksi pershabatan menentang Belgium. Perkembangan prestasi Rossi diakui sebagai salah seorang penyerang terhebat dunia menjelang kejohanan Piala Dunia 1978. Rossi beraksi sebagai penyerang utama Itali dan kadang kala beliau telah menukar posisi iaitu kepada posisi asalnya, sayap kanan. Pemain sayap kanan Franco Causio juga berkebolehan dengan kedua-dua kaki akan bermain di sebelah kiri sementara pemain sayap kiri lampai Itali, Roberto Bettega akan beraksi di penyerang tengah. Perangkap mudah ini yang dimiliki oleh kualiti ketiga-tiga pemain ini akan mencetuskan masalah kepada pemain lawan dan Itali mempamerkan corak serangan menarik ketika kejohanan. Rossi telah menjaringkan tiga gol dan membantu empat jaringan bagi membantu Itali menamatkan kejohanan di tempat keempat. Beliau juga disenaraikan ke dalam bintang pasukan pilihan kejohanan serta dianugerahkan Bola Perak sebagai pemain kedua terbaik kejohanan. Jaringan Rossi ketika aksi pembukaan menewaskan Perancis pada 2 Jun 1978 juga menandakan jaringan sulungnya bersama Azzurri.

Skandal pertaruhan telah menyebabkan Rossi terlepas kejohanan Kejohanan Eropah 1980 di tanah airnya sendiri. Setelah beliau membantu Juventus meraih Scudetto, beliau telah dipanggil untuk ke kejohanan Piala Dunia 1982 di Sepanyol. Wartawan dan tifosi Itali pada awalnya menyelar Rossi kerana mempamerkan prestasi hambar terutamanya dalam tiga perlawanan awal peringkat kumpulan. Beliau juga digambarkan sebagai "kelibat yang bersiaran tanpa arah di atas padang".

Paolo Rossi 
Rossi meraikan jaringan gol ketika Piala Dunia 1982.

Walau bagaimanapun, pengurus Enzo Bearzot mengesahkan tempat Rossi untuk pusingan penentu apabila Itali perlu berhadapan dengan juara bertahan, Argentina, pasukan pilihan Brazil yang dibarisi oleh pemain-pemain berkelas dunia seperti Sócrates, Zico dan Falcão. Setelah Itali menumpaskan Argentina 2-1 hasil usaha pertahanan baik oleh Claudio Gentile dan Gaetano Scirea yang mematahkan gerakan bintang muda Argentina Diego Maradona, Rossi mencatatkan jaringan hatrik bagi menewaskan Brazil 3-2 sekali gus membantu pasukannya menempah tiket ke pusingan separuh akhir. Dalam aksi separuh akhir menentang Poland, dua jaringan Rossi sudah cukup untuk mengesahkan tempat Itali ke pusingan akhir kejohanan. Ketika perlawanan akhir, Rossi menjaringkan gol pertama Itali sebelum pasukannya meraikan kemenangan 3-1 ke atas Jerman Barat sekali gus menghadiahkan gelaran Piala Dunia ketiga buat tanah airnya. Dengan menghasilkan enam jaringan, beliau memenangi anugerah máximo goleador, Kasut Emas sebagai penjaring erbanyak, Bola Emas sebagai pemain terbaik kejohanan dan disenaraikan ke dalam pasukan pilihan kejohanan buat kali kedua berturut-turut dalam kariernya.

Para peminat Itali telah memasang sepanduk yang menggelar beliau sebagai "pemain terbaik perlawanan". Pencapaian Rossi di Sepanyol telah melayakkan beliau meraih anugerah Pemain Terbaik Eropah dan Pemain Terbaik Dunia pada 1982 serta Anugerah Onze d'Or 1982. Beliau juga mendapat nama samaran "Pablito" dan "torero". Di antara sumbangan jaringan gol Rossi, beliau telah terlibat secara langsung sebanyak 58% daripada jaringan gol pasukannya ketika Piala Dunia 1982. Rossi telah diangkat menjadi wira negara di Itali oleh kerana sumbangannya ketika kejohanan Piala Dunia 1982.

Rossi telah terpilih ke dalam skuad Itali bagi kejohanan Piala Dunia 1986 di Mexico tetapi beliau tidak melakukan sebarang kemunculan di kejohanan tersebut. Kecederaan yang dialaminya menghalang beliau untuk terlibat dalam ujian kecergasan pasukan serta didorong oleh faktor altitud tinggi di kawasan tuan rumah. Oleh sebab itu, bahagian serangan telah diisi dan digantikan oleh Giuseppe Galderisi di barisan kesebelasan utama. Beliau melakukan kemunculan terakhirnya untuk Azzurri pada 11 Mei 1986 dalam aksi persahabatan di Naples menentang China.

Secara keseluruhannya, Rossi telah menjaringkan 20 gol dalam 48 kemunculannya untuk pasukan Itali. Rossi menjadi penjaring terbanyak Itali dalam kejohanan Piala Dunia iaitu dengan sembilan gol dalam 14 kemunculan merentasi dua edisi kejohanan sambil berkongsi pencapaian dengan Roberto Baggio dan Christian Vieri. Enam jaringannya tersebut direncanakan ketika perjalanan Itali menjulang trofi Piala Dunia 1982. Rossi juga mewakili Itali dalam World Cup of Masters edisi 1991.

Selepas persaraan

Setelah mengumumkan persaraan, Rossi bekerja sebagai pundit untuk Sky, Mediaset Premium dan Rai Sport.

Pada Ogos 1990, beliau menjadi naib-presiden bagi kelab Lega Pro Prima Divisione, A.S. Pescina Valle del Giovenco.

Pelé menamakan Rossi ke dalam senarai 125 pemain terhebat pada Mac 2004. Pada tahun yang sama, Rossi berada di kedudukan ke-12 dalam Undian Jubli Emas UEFA.

Rossi telah meninggal dunia pada 9 Disember 2020 pada usia 64 tahun akibat menderita kanser paru-paru. Rossi telah meninggalkan isteri keduanya, Federica Cappelletti bersama tiga orang anak. Semasa upacara pengebumiannya di Vicenza pada 12 Disember yang dihadiri ribuan orang, rumahnya di Bucine telah dirompak.

Statistik kerjaya

Kelab

Kelab Musim Liga Coppa Italia Eropah Lain Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Paolo Rossi  Juventus 1973–74 0 0 1 0 0 0 1 0
1974–75 0 0 2 0 0 0 2 0
Jumlah 0 0 3 0 0 0 3 0
Paolo Rossi  Como 1975–76 6 0 0 0 6 0
Paolo Rossi  Vicenza 1976–77 36 21 6 2 42 23
1977–78 30 24 4 2 34 26
1978–79 28 15 3 2 1 0 32 17
Jumlah 94 60 13 6 1 0 108 66
Paolo Rossi  Perugia 1979–80 28 13 4 0 4 1 36 14
1980–81 0 0 0 0 0 0
Jumlah 28 13 4 0 4 1 36 14
Paolo Rossi  Juventus 1981–82 3 1 0 0 0 0 3 1
1982–83 23 7 11 5 9 6 43 18
1983–84 30 13 7 0 9 2 46 15
1984–85 27 3 6 2 9 5 1 0 43 10
Jumlah 83 24 24 7 27 13 1 0 135 44
Paolo Rossi  Milan 1985–86 20 2 3 1 3 0 26 3
Paolo Rossi  Hellas Verona 1986–87 20 4 7 3 27 7
Jumlah kerjaya 251 103 54 17 35 14 1 0 341 134

Antarabangsa

Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
1977 1 0
1978 10 4
1979 5 3
1980 3 0
1981 0 0
1982 11 6
1983 7 2
1984 6 3
1985 3 2
1986 2 0
Jumlah 48 20

Gol antarabangsa

Pencapaian

Paolo Rossi 
Rossi mencium trofi Piala Dunia.

Kelab

    Vicenza
    Juventus

Antarabangsa

    Itali

Individu

Catatan

Pautan luar

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Paolo Rossi, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Paolo Rossi Kerjaya kelabPaolo Rossi Kerjaya antarabangsaPaolo Rossi Selepas persaraanPaolo Rossi Statistik kerjayaPaolo Rossi PencapaianPaolo Rossi CatatanPaolo Rossi Pautan luarPaolo RossiAnugerah Piala Dunia FIFAMario KempesPenyerang (bola sepak)Piala Dunia FIFA 1982Roberto Baggio

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hussein OnnWarna liturgiSheikh Muszaphar ShukorShaheizy SamHang TuahLimau nipisWan Junaidi Tuanku JaafarKKN di Desa Penari (filem)Sekolah Menengah Kebangsaan LikasMohd Noor Helmy Abdul HalemArmeniaKitab suci IslamAisyah Abu BakarSolo LevelingPiala Asia 2019Puasa (Islam)Zakar manusiaBendera MalaysiaSepanyolMYTV BroadcastingUyaina ArshadCuti umum di MalaysiaAlat kebesaran diraja MalaysiaDollaIftarAyob Khan Mydin PitchaySultan Muhammad VUngku Ismail AzizMy Lovely DriverAmir JahariKetaminMasjidLayang Layang PerkahwinanLelaki ItuHaidGerhana matahariSultanah ZanariahAtilia HaronKerajaan Persekutuan MalaysiaSyahadahMontevideoEtnik MelayuInfrastrukturNabi Muhammad SAWRozita Che WanAbdul Taib MahmudTunku Ismail ibni Sultan IbrahimSophia AlbarakbahKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Nombor dalam budaya CinaHari BumiWikipediaSejarah al-QuranMohd Aidil Zafuan Abdul RadzakNombor perdanaGombakNegeri SembilanMedia sosialCongkakJaafar OnnSlot SamarindaPulau PangkorQiamullailBatu PahatAdiraSusan ManenTeknologi maklumatVirgil van DijkMalaikatAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminEman MananLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaTengku Zafrul Abdul AzizIjazah sarjanaAzhar IdrusHawariI.D.Mahathir Mohamad🡆 More