Genre: Kategori hasil karya kreatif yang berdasarkan kriteria stilistik dan/atau tema

Genre (disebut ; pinjaman Perancis turunan Latin generis terbitan kata dasar genus asal, kelahiran) ialah satu set kriteria yang longgar untuk karya seni dan budaya terutama sekali karangan sastera; ia juga digunakan untuk menentukan bentuk seni atau ujaran.

Dalam mana-mana seni, genre adalah satu bentuk kategori yang agak kabur, tanpa sempadan yang jelas. Genre dibentuk oleh satu set konvensi dan kekadang melintasi sempadan berganda.

Genre, ialah konsep terkemuka dalam klasifikasi dan identifikasi karya seni, membentuk pemandangan seni yang pelbagai dan memperkaya pengalaman seni . Ia melibatkan kategorisasi yang menyeluruh dalam bidang muzik, filem, sastera, dan seni visual, memberikan arah kepada ciri-ciri khusus, gaya, dan tema setiap karya(Arti Genre dalam Seni dan Budaya, 2023, November 1). Esei ini meneroka pengertian genre, peranan utamanya dalam seni, persembahan beberapa tokoh yang membentuknya, dan memperincikan contoh-contoh karya yang menonjol dalam pelbagai genre.

Genre, sebagai himpunan kategori, memainkan peranan utama dalam membezakan satu karya seni daripada yang lain. Di bidang muzik, genre seperti rock, pop, jazz, dan hip-hop membentuk aliran yang jelas. Sementara itu, dalam filem, genre seperti drama, komedi, seram, dan fiksyen sains menjadi panduan untuk pemahaman dan penilaian karya. Begitu juga dalam sastera dengan genre seperti novel sejarah, cerpen romantis, dan puisi eksperimental yang menandakan kepelbagaian karya seni.

Dalam konteks kesusasteraan Melayu, genre memainkan peranan yang penting dalam membentuk identiti dan corak karya sastera (Ani binti Haji Omar 2015). Genre menyumbang kepada kepelbagaian dan kekayaan kesusasteraan Melayu dengan membimbing penulis dalam memilih bentuk, struktur, dan tema karya mereka.

Genre muzik

Latar Belakang Genre dalam Muzik:

Pada Zaman Barok, genre musik klasik seperti sonata, simfoni, dan oratorio mulai berkembang. Konvensi genre ini membantu membentuk struktur musikal dan memberikan arahan bagi komponis.

Di Zaman Romantis, genre muzik mengalami perkembangan pesat, dengan munculnya genre baru seperti lagu art, etude, dan prelude. Komponis seperti Beethoven dan Chopin memainkan peranan besar dalam merumuskan dan memperluas genre musik.

Karya kesusasteraan

Genre dalam kesusasteraan termasuklah epik, lirik, dramatik, sandiwara, ejekan, sindiran, satira dan lain-lain. Selain itu terdapat juga puisi, prosa, tragikomedi, cereka sains dan banyak lagi.

Latar Belakang Genre dalam Filem:

Sejarah genre filem bermula dengan munculnya sinema pada awal abad ke-20. Filem bisu awal sering diorganisasikan berdasarkan genre melodrama, komedi, dan horor.

Era Emas Hollywood pada tahun 1930-an hingga 1950-an menyaksikan perkembangan genre-filem seperti film noir, musical, dan western, yang membentuk konvensi dan formula khas masing-masing.

Seni lukis

Genre dalam seni lukis termasuklah lukisan sejarah, lukisan potret, lukisan pemadangan, lukisan alam benda dan lain-lain.

Latar Belakang Genre dalam Seni Visual:

Sejak zaman kuno, seni visual seperti lukisan dan patung diorganisasikan berdasarkan tema dan motif, termasuk genre potret, pejalan kaki, dan pemandangan.

Pada abad ke-19, munculnya seni impresionis dan seni abstrak membawa genre baru yang mengeksplorasi ekspresi dan perasaan dalam seni.

Rujukan

Arti Genre dalam Seni dan Budaya. (2023, November 1). Pengertian dan Istilah.

This article uses material from the Wikipedia Bahasa Melayu article Genre, which is released under the Creative Commons Attribution-ShareAlike 3.0 license ("CC BY-SA 3.0"); additional terms may apply (view authors). Kandungan disediakan dengan CC BY-SA 4.0 kecuali jika dinyatakan sebaliknya. Images, videos and audio are available under their respective licenses.
®Wikipedia is a registered trademark of the Wiki Foundation, Inc. Wiki Bahasa Melayu (DUHOCTRUNGQUOC.VN) is an independent company and has no affiliation with Wiki Foundation.

Tags:

Genre muzikGenre Karya kesusasteraanGenre Seni lukisGenre RujukanGenreBahasa LatinBahasa PerancisBudayaKesusasteraanSeni

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Ciri-ciri orang munafikLeftenan KomanderMajapahitAisyah Abu BakarNabi Muhammad SAWPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalSuria RecordsKhalid Mohamad JiwaSlot TiaraMega Movie (Slot TV3)Harvey NormanMaya KarinGeografi IndonesiaSenarai model kereta ProtonPenggunaLoloqZarina ZainuddinBola sepakRindu Kasih 2Cinta Bersemi Di Wadi SafiyyahKolej Islam Sultan Alam ShahPilihan raya negeri Selangor 2023Sijil Pelajaran MalaysiaTunku Aminah Maimunah IskandariahAhli Sunah WaljamaahTracie SinidolAngel (penyanyi)Astro MalaysiaRisteena MunimAisha RetnoPendidikan di IndonesiaHari DeepavaliPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuFuckSingapuraSenarai SBP di MalaysiaLengkuasJam 12 jamKetupatPuaka Cuti SemesterKata ganti diriBismillahVirusKebudayaan MalaysiaFadillah YusofSarafSiksa KuburErra FaziraPahangBuah kerasAliff AzizAl-QuranKuchingSolat subuhKesan perubahan iklimSusukMohd Noor Helmy Abdul HalemPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Anwar IbrahimFrekuensi radio di MelakaKasih Iris LeonaPeribahasa MelayuPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaSenarai negara mengikut sistem kerajaanSurah Al-InsyirahKaum-kaum di MalaysiaMerdeka 118Tentera Laut Diraja MalaysiaRejimen Askar Melayu DiRajaPolis Diraja MalaysiaHang TuahPerang AhzabLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaGol & Gincu (filem)KongkekJabatan Perkhidmatan Awam MalaysiaSultan Muhammad VBahasa Melayu🡆 More