Epik

Epik adalah sebuah genre puisi naratif yang luas, dicirikan dengan kepanjangannya, pelbagai latar, sejumlah watak-watak yang besar dan berat serta jangka masa yang lama.

Biasanya melibatkan cerita-cerita zaman kuno ratusan tahun lampau dan kadang-kala sukar untuk difahami kerana ada maksud tersurat dan maksud tersirat. Ia mengemukakan watak wira yang agung dalam satu rentetan peristiwa yang meliputi mitos, lagenda, dongeng dan sejarah. Epik biasanya dianggap penting bagi perjalanan sejarah sesebuah bangsa, dan merupakan sumber inspirasi kepada bangsa yang melahirkan epik tersebut.

Dasar penceritaan epik tertumpu kepada kepahlawanan seseorang wira. Sebagai seorang wira, dia perlu mempunyai sifat-sifat dan perlakuan fizikal yang berbentuk kepahlawanan. Wira harus bersedia menghadapi cabaran dan dapat membuktikan kepahlawanannya. Masyarakat pula dapat menerima dan mengakui kepahlawanan wira tersebut sebagai yang terunggul pada zamannya.

Ciri-ciri sastera epik

  1. Wiranya merupakan tokoh yang agung dalam sejarah bangsanya dan dianggap sebagai lambang kemegahan di peringkat antarabangsa.
  2. Epik mempunyai latar tempat yang luas dan melibatkan latar masa yang panjang untuk menyediakan ruang kepada wira membuktikan kepahlawanannya.
  3. Epik menonjolkan sifat kepahlawanan wiranya.
  4. Di dalamnya terdapat unsur-unsur ghaib (supernatural) yang melibatkan kesaktian dan campur tangan kuasa bukan manusia (non-human).
  5. Pengarangnya memberikan gambaran yang bersifat objektif. Semasa menggambarkan sesuatu peristiwa, pengarang tidak campur tangan dan tidak menyelebahi mana-mana pihak.

Contoh epik

Yunani

Antara karya agung dalam genre epik ialah hasil karya Homer, Dante serta Milton. Homer adalah penulis berasal dari Yunani Purba yang telah menghasilkan puisi Iliad dan Odyssey.

Melayu

India

Rujukan

Tags:

Epik Ciri-ciri sastera epikEpik Contoh epikEpik RujukanEpikDongengGenreMitosPuisi naratifSejarah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai Yang di-Pertuan AgongKL GangsterSudirman (penyanyi)Luruhnya Bunga CintaMaya KarinLapisan rangkaianSenarai Surah Al-QuranNabi Adam a.s.Nadhir NasarMasjid Sri SendayanPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaHari Raya AidilfitriCibaiPitt HanifLaluan Kelana JayaPentaksiran Tingkatan TigaNaim DanielErry PutraSenarai kaum di MalaysiaMarissa YasminSolehahMira FilzahProton WiraLebuhraya Utara–Selatan Jajaran UtaraKecerdasan buatanRindu Kasih 2Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17JamrahMata anginJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaTwitterSepupuSurah al-BaqarahPak Ketipak KetipungLapangan Terbang Antarabangsa Kuala LumpurKelantanPuteri BalqisTracie SinidolZul AriffinKesan perubahan iklimVanny RossyaneAb Rauf YusohMusa HitamMuhammad Sanusi Md NorRokokAmyra RosliHulu LangatSateSolat subuhSifat-sifat AllahRazarudin HusainZUS CoffeeKerajaan Bani UmaiyahPerang BadarNombor perdanaUjian dadahBandaraya MelakaJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPembentukan MalaysiaSaleemPerakAerofonSharifah AiniSiksa NerakaBismillahInna lillahi wa inna ilaihi raji'unKhadijah binti KhuwailidMalaysiaOrang Melayu MalaysiaFrekuensi radio di SabahAndai Itu TakdirnyaYasmin NapperAsmidarTentera Laut Diraja MalaysiaKadet Remaja Sekolah MalaysiaProton Waja🡆 More