Khaidhirah Abu Zahar: Pelakon dan ahli politik Malaysia

Datuk Khaidhirah Dira Abu Zahar (lahir 2 Mac 1984) ialah seorang ahli politik, pelakon, pengacara dan pengarah Malaysia dan anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin yang menjawat jawatan itu dari 23 Mei 1997 hingga 2 Disember 1999.

Beliau mencipta sejarah sebagai selebriti pertama yang dipilih sebagai wakil rakyat apabila memenangi di DUN Rim ketika Pilihan raya negeri Melaka 2021 pada 20 November 2021. Beliau juga telah dilantik sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Melaka bermula 27 Disember 2021


Khaidhirah Abu Zahar

DPSM (Melaka)
Timbalan Pengerusi
Jawatankuasa Pelaburan, Perindustrian
dan Pembangunan TVET
Negeri Melaka
Memegang jawatan
7 April 2023
Didahului olehPenyandang sulung
Anggota Dewan Undangan Negeri Melaka
untuk Rim
Memegang jawatan
20 November 2021
Didahului olehGhazale Muhamad
Timbalan Yang di-Pertua
Dewan Undangan Negeri Melaka
Dalam jawatan
27 Disember 2021 – 6 April 2023
Yang di-PertuaIbrahim Durum
Didahului olehGhazale Muhamad
Digantikan olehKerk Chee Yee
Pengerusi
Majlis Penasihat Perfileman
dan Industri Muzik Malaysia
Dalam jawatan
17 September 2022 – 10 Oktober 2022
MenteriAnnuar Musa
Didahului olehPenyandang sulung
Ahli Majlis Tertinggi UMNO
Dalam jawatan
2018–2021
Exco Puteri UMNO
Dalam jawatan
10 September 2015 – 22 Jun 2018
Butiran peribadi
LahirKhaidhirah binti Abu Zahar
(1984-03-02) 2 Mac 1984 (umur 40)
Merlimau Pasir, Merlimau, Melaka, Malaysia
Parti politikKhaidhirah Abu Zahar: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi Barisan Nasional
Khaidhirah Abu Zahar: Kehidupan awal, Kerjaya, Kehidupan peribadi UMNO
Pasangan
  • Tengku Shafriz-Rullah Tengku Shahid (k. 2006; c. 2010)
  • Helmi Yusof (k. 2011; c. 2016)
  • Syfik Izdzywan Sidek (k. 2020)
Anak-anak5
IbuDatin Seri Khadijah Mohamad Jiddy
BapaDatuk Seri Abu Zahar Haji Isnin
KediamanBukit Antarabangsa, Ampang, Selangor
PendidikanIjazah Sarjana Muda Undang-undang
Alma materUniversiti Teknologi MARA (UiTM)
PekerjaanAhli politik, pelakon, pengacara, pengarah

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan sebagai Khaidiriah binti Abu Zahar pada 2 Mac 1984 di Merlimau, Melaka, anak kepada bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Allahyarham Datuk Seri Abu Zahar bin Haji Isnin. Datuk Dira memiliki kelulusan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, dan mempunyai hobi menunggang motosikal berkuasa tinggi.

Kerjaya

Lakonan

Datuk Dira pernah menjadi pengacara di rancangan televisyen Fulus Mania, Jom Ronda bersama Proton dan Melodi. Antara drama yang pernah dilakonkannya termasuk Delima, Cinta Tanpa Suara, Rona Roni Makaroni, Merah Putih, Seratus Hari jadi, Tower 13, Aki Nabalu, Arjuna, Perempuan, Dua Kali Mencintai Mu, Crossings dan Aku Bukan Dia. Beliau pernah berlakon dalam filem My Indie Rock Darling.

Datuk Dira juga turut terbabit dalam persembahan teater Kompilasi Vol II (Legasi) dan Tanda. Beliau juga turut terbabit dalam penulisan skrip seperti untuk filem drama Syawal Aku Dan Dia di TV AlHijrah. Dira pernah menyertai rancangan Sehati Berdansa, sebuah program realiti tarian terbitan Astro.

Beliau telah membintangi beberapa buah filem seperti Untuk Tiga Hari, Chow Kit, Kil, Lari, dan Longkai. Datuk Dira membintangi bersama Aiman Hakim Ridza dan Emma Maembong dalam filem Kimchi Untuk Awak arahan Michael Ang, yang ditayangkan pada Mac 2017.

Datuk Dira menduduki kerusi pengarah dengan mengarahkan pementasan teater Mencari Sumaiyah yang memulakan pementasannya di Istana Budaya, Kuala Lumpur dari 8 hingga 14 Ogos 2016.

Beliau juga mengarahkan drama sitkom untuk Astro Warna, 3 Dara Kg.com yang dibintangi oleh Scha Al-Yahya, Marsha Milan dan Nasz Sally.

Politik

Mengikut jejah langkah bapanya, bekas Ketua Menteri Melaka kelapan, Datuk Seri Abu Zahar Haji Isnin menceburi bidang politik, Datuk Dira menyertai Puteri UMNO dengan menjawat jawatan sebagai Exco dari 2015 hingga 2018. Pelantikannya dibuat semasa mesyuarat sayap UMNO itu di Menara Dato' Onn yang dipengerusikan Ketua Puteri, Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan. Turut hadir, Naibnya, Zahida Zarik Khan; Penolong Setiausaha Puteri, Fahariyah Md Nordin serta barisan EXCO.

Pada 24 Ogos 2013, Datuk Dira menyerahkan borang keahlian Puteri UMNO kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Idris Haron. Beliau dipetik dari Utusan Malaysia sebagai berkata: "Saya hendak buat banyak perkara untuk parti sebab saya melihat bagaimana perjuangan mak dan ayah dalam parti dan atas semangat mereka saya berasa terpanggil menyertai Puteri,".

Datuk Dira mendedahkan kepada Utusan Malaysia pada Jun 2018 yang beliau membuat kenyataan rasmi berhubung spekulasi beliau bertanding untuk jawatan Ketua Puteri UMNO. Dalam satu temubual bersama Sinar Harian, Datuk Dira menyatakan beliau terus beristiqamah bersama UMNO sambil mengatakan apa yang beliau lakukan sekarang ialah berniaga dan berpolitik dan tidak lagi berlakon. Dira diumumkan sebagai Ketua Puteri UMNO Bahagian Jasin pada mesyuarat perwakilan pergerakan itu. Beliau menang tanpa bertanding bagi jawatan berkenaan untuk penggal 2018-2021.

Pada 17 September 2022, beliau telah dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Kehidupan peribadi

Datuk Dira pernah berkahwin sebanyak tiga kali. Beliau pernah mendirikan rumahtangga bersama pasangannya Tengku Shafiz-Rullah Tengku Mohd Shahid (kini berkahwin dengan Sherie Merlis) pada 2006, dan berpisah pada 2010. Hasil perkongsian hidup pasangan ini, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Tengku Anggun Deandra Tengku Shafiz-Rullah. Datuk Dira kemudian telah mendirikan rumah tangga bersama jurukamera, Helmi Yusof, pada 14 November 2011, dan pernah mengalami keguguran pada Disember 2013. Dira dan Helmi memfailkan perceraian pada 2016.

Bapanya, Datuk Seri Abu Zahar meninggal dunia pada 12 Julai 2013 jam 5.50 petang akibat penyakit kencing manis dan komplikasi buah pinggang. Dalam temuramah bersama Kosmo!, Datuk Dira berkata selepas bapanya meninggal, beliau kerap pulang ke kampung bagi menemani ibunya, Datin Seri Khadijah.

Beliau mempunyai seorang anak angkat bernama Waris Iskandar Andiqa selepas mendapat permohonan daripada kerajaan.

Datuk Dira berkahwin kali ketiga bersama ahli perniagaan Syfik Izdzywan Sidek pada 21 Jun 2020 dengan sekali lafaz di Masjid Al Azim, Melaka, pada jam 10.30 pagi. Dalam majlis itu, Datuk Dira menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 beserta tiga dulang hantaran berbalas lima.

Kontroversi

Pada April 2012, Datuk Dira Abu Zahar menjadi subjek kontroversi apabila didakwa terlibat dalam satu kes pergaduhan dan dituduh telah menyebabkan cedera parah terhadap seorang wanita berikutan sedikit perselisihan faham. Beliau membuat laporan polis berhubung insiden itu, namun menafikan dirinya terlibat dengan insiden itu. Akibat itu, beliau direhatkan sebagai pengacara Melodi, malah tidak dibenarkan menghadiri rangka promosi filem Chow Kit lakonannya.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2007 My Indie Rock Darling Young Lady Filem pertama
2012 Chow Kit Salina
Untuk Tiga Hari Balqis
Ngorat Aishah
Pontianak vs Orang Minyak Penasihat Pontianak 1
2013 KIL Salina
Lari Maya
Longkai Rima
Kolumpo Kakak Kuih Penampilan khas
Papadom 2 Sheila
2014 Sejoli: Misi Cantas Cinta Lola
Mana Mau Lari Gadis Jelita Penampilan khas
2016 Bo-Peng Hana
2017 Kimchi Untuk Awak Kak Long
Kau Takdirku Awek Dating 1 Penampilan khas
2023 Sayu Yang Syukur Sherry

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2008 Rona Roni Makaroni Gia Astro Ria Drama pertama
Kekasihku Seru Masita TV3
2009 Merah Puteh Anggun
Tower 13 Maria
2010 Arjuna Mas Ayu
Crossings Katie ntv7
2011 Tahajjud Cinta Umairah TV3
2011–2012 Nilapura Widya
2012 Tanah Kubur (Musim 4) Yati Astro Oasis Episod: "Pengkid"
2012–2013 Cinta Dalam Hati Munira TV2
2013 Dahlia Dahlia Astro Mustika HD
2015 Aku Bukan Dia Amy TV1
2017 3 Dara Kg.com Astro Warna Sebagai pengarah

Teater

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Baik Punya Cilok
2016 Mencari Sumayyah Sebagai pengarah
2017 Dia Semanis Honey Muzikal

Videografi

Muzik Video
Tahun Tajuk lagu Penyanyi
2007 "Izinkan Ku Pergi" Kaer

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2009 Ponti Anak Remaja Astro Ria
Seratus Hari Jadi Sara
2011 Perempuan TV2
2012 50:50 TV1
Kau Untukku Nurul Umairah Astro Box Office
2013 Karlos Bolos Cuwie TV3
Pasport Duniawi TV AlHijrah
2015 Cinta Suci Jadi Saksi Astro Ria
2016 Redha Untukmu TV1 Sebagai pengarah

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV
2007 Mango TV Pengacara
2008 Jom Ronda bersama Proton Pengacara bersama AG TV3
2010–2012 Melodi Pengacara bersama Zizan Razak

Pilihan raya Negeri melaka

Dewan Undangan Negeri Melaka: Rim
Tahun Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2021 Datuk Khaidiriah Abu Zahar (UMNO) Azalina Abdul Rahman (BERSATU)
Prasanth Kumar Brakasam (PKR)

Anugerah dan pengiktirafan

Darjah kebesaran

Anugerah kesenian

Tahun Kategori Acara Karya dimenangi Peranan
2016 Pengarah Terbaik, Telefilem Terbaik, Pelakon Wanita Terbaik menerusi Sharifah Sakinah dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik oleh Iedil Putra. Anugerah Kaseh Tribute P. Ramlee Telefilem Redhaku Untukmu Pengarah
2018 Rekaan Set Terbaik, Anugerah Pengarahan Terbaik dan Anugerah Pelakon Utama menerusi Alif Satar. BOH Cameronian Arts Awards Teater Muzikal Dia Semanis Honey Pengarah

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Khaidhirah Abu Zahar Kehidupan awalKhaidhirah Abu Zahar KerjayaKhaidhirah Abu Zahar Kehidupan peribadiKhaidhirah Abu Zahar KontroversiKhaidhirah Abu Zahar FilemografiKhaidhirah Abu Zahar Pilihan raya Negeri melakaKhaidhirah Abu Zahar Anugerah dan pengiktirafanKhaidhirah Abu Zahar RujukanKhaidhirah Abu Zahar Pautan luarKhaidhirah Abu ZaharAbu Zahar bin Haji IsninDatuk (gelaran)Ketua Menteri MelakaMalaysiaPilihan raya negeri Melaka 2021Rim

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

KuchingYasmin NapperBangunan Sultan Abdul SamadBerlinNicol Ann DavidNombor perdanaSlot AkasiaNadia AqilahSekali Lagi Cinta KembaliAzad JasminBola jaringKelantan Darul Naim F.C.KhairulamingMega Movie (Slot TV3)Riena DianaRomantisismeCuti umum di MalaysiaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuPutrajayaETerengganuBatu PahatFrekuensi radio di Negeri SembilanBella AstillahKelurAisyah Abu BakarSharifah AmaniKuala TerengganuTunku Abu BakarTunku Ismail ibni Sultan IbrahimYang di-Pertuan Besar Negeri SembilanManchester United F.C.Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 IndonesiaTentera Udara Diraja MalaysiaAfzan A. RahmanSumpahan JeruneiGombakJohorAl-ArqamDaerah di SabahEda EzrinSuria RecordsTeluk IntanErma FatimaPiala Asia B-23 AFC 2024Kata ganti diriSultanah Nur Diana Petra AbdullahPiala Asia B-23 AFCSarimah IbrahimLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHusin, Mon dan Jin Pakai ToncitKesultanan Johor-RiauBeto KusyairyBukit TaburSolat jamakUniversiti MalayaSultan PerakAbdul Rahim Mohd NoorIsa KhanJean Retno AryaniProton ExoraAssalamualaikumAdab menyambut kelahiran bayi menurut IslamKodi RasheedSurah al-BaqarahMelakaJabatan Kebajikan Masyarakat MalaysiaTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahPertubuhan Keselamatan SosialBruneiJabatan Kastam Diraja MalaysiaHadha min fadhle RabbiMahathir MohamadHulu SelangorLaskar KananZaki AzemanI.D.🡆 More