Drama Tahajjud Cinta: Siri drama televisyen Malaysia

Tahajjud Cinta adalah sebuah drama bersiri arahan pengarah prolifik Eirma Fatima yang ditayangkan menerusi slot Zehra di saluran TV3 bermula pada 8 Julai 2011.

Drama bersiri 13 episod ini mengisahkan tentang Citra Maisara lakonan Nur Fazura, seorang gadis lulusan undang-undang syarie dari Kaherah, Mesir yang pulang ke tanahairnya di Malaysia untuk bekerja bersama Biro Tata Syariah dalam cita-citanya untuk mencari keadilan hak-hak berlandaskan Al Quran dan As Sunnah untuk kaum muslimah di negara ini biarpun terpaksa melupakan cintanya kepada Azihan (Shahz Jaszle) serta harapan keluarganya. Ia juga mengisahkan mengenai seorang kiyai bernama Ustaz Shauki (Eman Manan) yang menjalani kehidupan menguruskan sekolah pondok At Takwa disamping empat orang isterinya, dan juga anak lelaki sulungnya, Solahuddin (Remy Ishak). Drama ini menampilkan 18 orang pelakon berstatus dan mencatat kedudukan tertinggi untuk slot Zehra sejak drama Nur Kasih pada 2010.

Tahajjud Cinta
Drama Tahajjud Cinta: Sinopsis, Pelakon, Lagu Tema
GenreDrama
Agama
PengarahEirma Fatima
Dibintangi oleh
Eman Manan
Nur Fazura
Fouziah Gous
Remy Ishak
Tiz Zaqyah
Eirma Fatima
Shahz Jaszle
Ziela Jalil
Ahmad Tarmimi Siregar
Melissa Saila
Azizah Mahzan
Jins Shamsuddin
Norish Karman
Aaron Aziz
Lagu pembukaan"Merpati Putih" oleh Chrisye, duet oleh Zamani dan Astrid
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13 episod
PenyuntingDamien Wu Kong Chuen
Aliff JJ Abd Majid
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal8 Julai 2011 – 14 Oktober 2011
Pautan luar
Laman sesawang

Sinopsis

Cerita bermula dengan kisah mengenai sahabat iaitu Citra Maisarah dan rakan sekuliahnya Seri (Fouziah Gous) tidak dapat lari dari cinta dan kasih sayang. Citra telah jatuh cinta dengan Azihan seorang lelaki yang sangat berpegang teguh kepada agama. Emelda (Tiz Zaqyah) kakak kepada Citra ada masalah dengan suaminya dan dia sangat lemah untuk menghadapi masalah dalam kehidupan berumahtangga.

Citra dan Seri pulang ke Malaysia dan Citra berjanji kepda dirinya untuk membela hak hak kaum wanita dari ditindas kaum lelaki. Citra ingin membukti jugak kepada keluarganya yang dia akan berjuang demi hak kaum wanita yang tertindas di zaman sekarang ni. Citra jugak ingin memperjuangkan hak kakaknya yang ditindas oleh abang iparnya.

Manakala Seri yang telah jatuh cinta buat pertama kali tapi entah macam mana dan dia telah berkorban untuk berkahwin dan menjadi isteri keempat kepada Ustaz Shauki (Eman Manan), bapa kepada Solahuddin (Remy Ishak).

Dapatkah Citra dan Solahudin, menyelamatkan Seri (Fouziah Gous) dari menjadi isteri keempat? Solahudin tidak mahu menjadi anak derhaka. Sampai bila Solahudin sanggup melihat ayahnya hidup dalam kemungkaran, menggunakan agama untuk kepentingan nafsu.

Pelakon

Lagu Tema

Judul : Merpati Putih
Ciptaan: Chrisye
Nyanyian: Chrisye (asal), Zamani & Astrid Sartiasari (duet)

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Kerja pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Profima Pengarah Terbaik Erma Fatima Menang
Pengarah Seni Terbaik Rabiati Adawiyah Ismail Menang
Operator Kamera Terbaik Asrar Lukmanal Hakim Menang
Drama Bersiri Terbaik Tahajjud Cinta Menang

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Drama Tahajjud Cinta SinopsisDrama Tahajjud Cinta PelakonDrama Tahajjud Cinta Lagu TemaDrama Tahajjud Cinta Anugerah dan pencalonanDrama Tahajjud Cinta RujukanDrama Tahajjud Cinta Pautan luarDrama Tahajjud CintaEirma FatimaEman MananNur FazuraNur KasihRemy IshakShahz JaszleTV3Zehra

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Putri ArianiMeerqeenSolat subuhCampaBumiputeraPiala UEFALabuanPilihan raya umum Malaysia 2022Tunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaAnak Perjanjian Syaitan 2Jenis darahSosialHero Seorang CinderellaBaby ShimaFattah AminPolitik balas budiPenjodoh bilangan bahasa MelayuSophia LianaTyzo XanderAssalamualaikumHang TuahI.D.Sheikh Muszaphar ShukorPembantu perubatanFadhlina SidekJessica MilaHantu Kak Limah Balik RumahKementerian Komunikasi MalaysiaHarris AlifTerlanjur Cinta (drama)Tunku Ismail ibni Sultan IbrahimSenarai rancangan yang disiarkan oleh TV3Johor Darul Ta'zim F.C.Mohd Aidil Zafuan Abdul RadzakRiz AminManatiProton WajaFauzi NawawiSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarShah AlamWalisongoKamus DewanTanam paksaMimi LanaHadha min fadhle RabbiKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Bunga rayaDunia Islam1Yang di-Pertua Negeri SarawakBahasa Melayu BruneiKelayakan Piala Asia AFC 2027IftarBendera PalestinMaktab Rendah Sains MARAKelayakan Piala Dunia FIFA 2026 (AFC)Malek MccroneIpohT-araSijil Pelajaran MalaysiaKecerdasan buatanPuncak AlamWanna AliAbang Johari Tun OpengKedahHamzah bin Abdul MuttalibJabatan Kastam Diraja MalaysiaLaila NasirMasjid al-AqsaLelaki ItuAlgeriaNora DanishErma FatimaNabiPeribahasa MelayuSlot Lestary🡆 More