Algeria

2°E / 28°N 2°E / 28; 2

Algeria (Arab: الجَزَائِر, rumi: Al-Jazā'ir, bahasa-bahasa Barbar: ⵍⴻⵣⴰⵢⴻⵔ, rumi: Lezzayer, Perancis: Algérie) atau nama rasminya Republik Demokratik Rakyat Algeria (Arab: الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية, rumi: al-Jumhūriyya al-Jazā'iriyyah ad-Dīmuqrāṭiyyah asy-Sya`biyyah; bahasa-bahasa Barbar: ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ, rumi: Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit, Perancis: République algérienne démocratique et populaire) ialah sebuah negara di rantau Afrika Utara terletak di barat laut benua Afrika dengan pantai sepanjang Laut Mediterranean di sebelah utara, bersempadan dengan Tunisia di timur laut, Libya di timur, Niger di sebelah tenggara, Mali dan Mauritania di barat laut, dan Maghribi di barat.

Republik Demokratik Rakyat Algeria
ريڤوبليک ديموکراتيک رعيت الجيريا
الجمهورية الجزائرية الديمقراطية الشعبية
Al-Jumhūrīyah al-Jazā'irīyah
ad-Dīmuqrāṭīyah asy-Sya`bīyah

ⵜⴰⴳⴷⵓⴷⴰ ⵜⴰⵎⴳⴷⴰⵢⵜ ⵜⴰⵖⵔⴼⴰⵏⵜ ⵜⴰⴷⵣⴰⵢⵔⵉⵢⵜ
Tagduda tamegdayt taɣerfant tazzayrit
Bendera Algeria
Lambang Algeria
Bendera Lambang
Cogan kata من الشعب و للشعب   (Bahasa Arab)
"Revolusi oleh Rakyat dan untuk Rakyat."
Lagu kebangsaanKassaman  (Bahasa Arab)
"Jaminan"
Lokasi Algeria
Ibu negara
dan bandar terbesar
Algeria Algiers
36°44′52″N 3°02′57″E / 36.74791426685742°N 3.0491822614399755°E / 36.74791426685742; 3.0491822614399755
Bahasa rasmiBahasa Arab, Bahasa Amazigh (de jure), Bahasa Perancis (de facto)1
KerajaanRepublik
• Presiden
Abdelmadjid Tebboune
Nadir Larbaoui
Penubuhan
• Dinasti Ziyanid
dari 1236
• Pemerintahan Uthmaniyyah
dari 1516
• Pemerintahan Perancis
dari 1830
• Republic
5 Julai 1962
• Perairan (%)
sedikit sahaja
Penduduk
• Perkiraan 2021
44,700,000 (ke-32)
17.7/km2 (45.8/sq mi) (ke-168)
KDNK (PPP)2022
• Jumlah
$581.189 billion (ke-43)
$13,002 (111th)
KDNK (nominal)2022
•  Jumlah
$191.941 billion (ke-58)
$4,294 (ke-130)
Gini (2011)27.6
rendah
HDI (2021) 0.745
tinggi · ke-91
Mata wangDinar Algeria
(DZD)
Zon waktuUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
tidak diperhatikan
Bahagian memandukanan
Kod panggilan+213
Kod ISO 3166DZ
DPT internet.dz
1 Bahasa Kabyle ialah bahasa rasmi di Kabylia, Bahasa-bahasa Barbar yang lain juga diiktiraf sebagai "bahasa kebangsaan".

Algeria merupakan negara kedua terbesar di benua Afrika.

Penamaan

Nama Algeria atau bentuk Perancisnya Algérie diambil dari nama ibukotanya Algiers atau nama Arabnya الجَزَائِر Al-Jazā’ir yang bermaksud "kepulauan" iaitu bentuk jamak kata جَزِيرَة jazīrah "pulau". Hal ini mungkin merujuk kepada 4 buah pulau yang terletak berhampiran dengan kota tersebut, gugusan pulau ini diberi nama جزائر بَنِي مَزْغَنَّة Jazā'ir Banī Mazghannah "Kepulauan Bani Mazghanna"[halaman diperlukan][halaman diperlukan] tertulis dalam peta-peta dikarang zaman pertengahan seperti yang dilakukan Muhammad al-Idrisi; kota Al-Jazā’ir dinamakan oleh pengasasnya, Buluqīn bin Zīrī putera Ziri bin Menad yakni seorang ketua puak bangsa Amazigh pengasas wangsa Ziriyah yang memerintah kawasan tersebut. Ibn Khaldun sendiri dalam kitab Muqaddimah-nya menamakan kawasan merangkumi kota tersebut dan pinggirannya sebagai بِلَاد الجَزَائِر Bilād Al-Jazā'ir.

Nama ini dikatalakan sebagai Aljer sebelum diperanciskan kepada Algiers. Nama Algérie merupakan olahan lanjut dari nama kota tersebut yang mula digunakan oleh Menteri Peperangan Empayar Jean-de-Dieu Soult pada tahun 1837 sebagai pengganti label "Taklukan Perancis Afrika Utara" (« possessions françaises du Nord de l'Afrique »).

Sejarah

Populasi kaum peribumi Amazigh di Algeria telah berada di bawah pendudukan kuasa asing sejak 3000 tahun yang lepas. Orang-orang Phoenicia (1000 SM) dan Empayar Rom (200 SM) adalah yang paling penting diantara kuasa-kuasa asing di sini sehinggalah kedatangan kuasa Islam pada kurun kelapan masihi. Walau bagaimanapun penaklukan tidak datang sekaligus, pada zaman pertengahan Dinasti Fatimiyyah yang bermula di Algeria menakluki Mesir walaupun selepas itu dinasti ini meninggalkan Afrika Utara.

Algeria dikuasai Empayar Uthmaniyyah oleh Khair ad-Din dan abangnya Aruj yang menjadikan pesisir pantainya pelabuhan untuk kapal-kapal perang. Perancis kemudian menakluki Algiers pada 1830; bagaimanapun terdapat penentangan oleh pejuang-pejuang menjadikan usaha penaklukan Algeria menjadi lambat. Penaklukan Algeria tamat pada awal abad ke-20 apabila Tuareg ditakluki.

Sementara itu, pihak Perancis telah menjadikan Algeria sebagai sebahagian daripada wilayahnya sendiri. Beribu-ribu pendatang dari Perancis, Itali, Sepanyol, dan Malta berpindah menyeberangi Laut Mediterranean untuk membuka kebun di tanah lapang Algeria dan menduduki kebanyakan kota-kota Algeria. Bagi masyarakat majoriti Muslim Algeria, mereka tidak diberikan taraf kewarganegaraan Perancis mahupun hak untuk mengundi. Institusi sosial Algeria mencapai ke tahap kemuncak apabila kadar pandai membaca, menulis, dan mengira jatuh ke tahap yang paling rendah.

Pada tahun 1954 iaitu semasa Perang Kemerdekaan Algeria, Barisan Pembebasan Kebangsaan Algeria (BPKA) melancarkan serangan gerila dan hanya selepas sedekad berlakunya pertempuran di bandar dan desa, mereka berjaya mengusir Perancis keluar pada tahun 1962. Hampir 1,025,000 pieds-noirs, di samping 91,000 harkis (Orang Muslim Algeria yang pro-Perancis), atau 10% daripada populasi Algeria pada tahun 1962 melarikan diri ke Perancis dalam masa beberapa bulan semasa pertengahan peperangan tahun itu.

Presiden pertama Algeria merangkap ketua BPKA, Ahmed Bin Bella, telah digulingkan oleh bekas sekutunya yang juga menteri pertahanan, Houari Boumédiènne pada tahun 1965. Algeria kemudian menikmati kestabilan selama 25 tahun di bawah sistem satu parti sosial Boumedienne dan pengganti-penggantinya.

Pada tahun 1990-an, Algeria terjerumus dalam kancah perang saudara selepas pihak tentera menghalang sebuah parti politik Islam, Parti Pembebasan Islam daripada mengambil alih kuasa selepas pilihan raya yang buat pertama kalinya melibatkan pelbagai parti. Lebih daripada 100,000 orang terkorban dalam serangan gerila oleh pihak-pihak yang bertelagah.

Algeria 
Peta Algeria.

Geografi

Algeria 
Peta Algeria bagi zon klasifikasi iklim Köppen
Algeria 
Peta satelit Algeria
Algeria 
Peta relief berlorek Algeria dengan penempatan dan jalan raya

Algeria terdiri daripada 2,381,740 kilometer persegi (919,590 bt2), lebih daripada 80% daripadanya adalah padang pasir, di Afrika Utara, antara Maghribi dan Tunisia. Ia adalah negara terbesar di Afrika. Nama Arabnya, Al Jazair (pulau-pulau), dipercayai berasal dari pulau-pulau berbatu di sepanjang garis pantai Laut Mediterranean. Bahagian utara, kawasan pergunungan, lembah, dan dataran tinggi di antara Mediterranean dan Gurun Sahara, membentuk bahagian penting dari bahagian Afrika Utara yang dikenali sebagai Maghreb. Kawasan ini termasuk Maghribi, Tunisia, dan bahagian barat laut Libya yang dikenali secara sejarah sebagai Tripolitania.

Politik

Ketua negara adalah Presiden republik, yang dipilih bagi satu penggal 5-tahun year, diperbaharui sekali sahaja. Algeria has universal suffrage. Presiden merupakan ketua Majlis Menteri dan Majlis Keselamatan Tinggi. Dia melantik Perdana Menteri yang juga merupakan ketua kerajaan. Perdana Menteri turut melantik Majlis Menteri.

Parlimen Algeria adalah (bicameral), mengandungi dewan rakyat, National People's Assembly (APN), dengan 380 ahli dan dewan negara (upper chamber), Majlis Negeri, dengan 144 ahli. APN dilantik setiap 5 tahun.

Algeria terbahagi kepada 48 wilayah (ولاية), atau jajahan:

  1. Adrar
  2. Ain Defla
  3. Ain Temouchent
  4. Alger
  5. Annaba
  6. Batna
  7. Bechar
  8. Bejaia
  9. Biskra
  10. Blida
  11. Bordj Bou Arreridj
  12. Bouira
  13. Boumerdes
  14. Chlef
  15. Constantine
  16. Djelfa
  17. El Bayadh
  18. El Oued
  19. El Tarf
  20. Ghardaia
  21. Guelma
  22. Illizi
  23. Jijel
  24. Khenchela
  25. Laghouat
  26. Mascara
  27. Medea
  28. Mila
  29. Mostaganem
  30. M'Sila
  31. Naama
  32. Oran
  33. Ouargla
  34. Oum el Bouaghi
  35. Relizane
  36. Saida
  37. Setif
  38. Sidi Bel Abbes
  39. Skikda
  40. Souk Ahras
  41. Tamanghasset
  42. Tebessa
  43. Tiaret
  44. Tindouf
  45. Tipaza
  46. Tissemsilt
  47. Tizi Ouzou
  48. Tlemcen

Ketenteraan

Angkatan berseenjata Algeria terdiri daripada Tentera Darat Kebangsaan Rakyat (ANP), Tentera Laut Kebangsaan Algeria (MRA), dan Tentera Udara Algeria (QJJ), selain Pasukan Pertahanan Udara Wilayah. Ia merupakan pewaris kepada Tentera Darat Pembebasan Kebangsaan (Armée de Libération Nationale atau ALN), sebuah sayap bersenjata bagi nasionalis Barisan Pembebasan Kebangsaan yang menentang pendudukan oleh penjajah Perancis semasa Perang Kemerdekaan Algeria (1954–62).

Jumlah anggota tentera adalah termasuk 147,000 aktif, 150,000 simpanan, dan 187,000 anggota paratentera (anggaran 2008). Perkidmatan di dalam tentera adalah wajid kepada orang lelaki yang berumur antara 19–30, selama 12 bulan. Belanjawan ketenteraan adalah 4.3% daripada produk domestik kasar (GDP) pada tahun 2012. Algeria merupakan tentera ke-2 terbesar di Afrika Utara dan belanjawan pertahanan terbesar di Afrika ($10 bilion).

Algeria 
La baia d'Argièr vista de l'oèst
Algeria 
Esquema detalhat dau drapèu argerian.

Algeria 

Algeria 
Logo de Sonatrach, companhiá nacionala d'esplecha deis idrocarburs.


Pada tahun 2007, Tentera Udara Algeria telah menandatangani satu perjanjian dengan Rusia untuk membeli 49 buah pesawat MiG-29SMT dan 6 buah MiG-29UBT dengan anggaran kos $1.9 bilion. Ia juga bersetuju untuk memulangkan pesawat lama yang dibeli daripada bekas Soviet. Rusia juga membina dua buah kapal selam berkuasa diesel Type-636.

Ekonomi

Algeria 
Eksport Algeria pada tahun 2006
Algeria 
Pemandangan pelabuhan minyak Béjaïa.

Ekonomi Algeria terus pulih pada separuh pertama 2022, diterajui oleh kembalinya pengeluaran minyak ke tahap pra-pandemi dan pemulihan berterusan sektor perkhidmatan bersama-sama dengan aktiviti pertanian yang lebih giat. Pemulihan itu akan diteruskan sehingga 2023, disokong oleh sektor bukan hidrokarbon dan pertumbuhan perbelanjaan awam, menurut edisi terkini Kemas Kini Ekonomi Algeria Bank Dunia.

Baki luaran pulih dan terus berkembang berikutan harga hidrokarbon global yang lebih tinggi. Selepas berkembang dengan anggaran 59% dalam tempoh enam bulan pertama 2022 dan memuncak pada bulan Jun, harga purata eksport hidrokarbon Algeria kehilangan sekitar 26% pada Q3-2022. Imbangan luaran juga dirangsang oleh peningkatan ketara dalam eksport bukan hidrokarbon. Syarat perdagangan Algeria juga bertambah baik apabila dinar meningkat berbanding dolar A.S. dan Euro.

Namun Inflasi kekal tinggi—9.4 peratus tahun ke tahun dalam tempoh sembilan bulan pertama 2022—terutamanya diterajui oleh kenaikan harga makanan global (yang meningkat sebanyak 13.6 peratus di Algeria), isi rumah yang lebih miskin menjadi yang paling terjejas. Pihak berkuasa bertindak balas dengan mempergiatkan langkah untuk melindungi kuasa beli, terutamanya dengan meningkatkan gaji perkhidmatan awam, memperkenalkan faedah pengangguran untuk pencari kerja kali pertama muda, dan mengukuhkan subsidi untuk bahan makanan asas.

Laporan itu memberi amaran bahawa tahap perbelanjaan ini boleh membawa kepada cabaran dalam jangka sederhana jika harga minyak dunia jatuh, sekali gus mengurangkan hasil kerajaan, dan pembaharuan struktur seperti yang digariskan dalam Pelan Tindakan Kerajaan untuk menggalakkan pelaburan sektor swasta akan menjadi kunci untuk mewujudkan peluang pekerjaan.

Demografi

Algeria 
Pembangunan penduduk Algeria
Algeria 
Lokasi Algeria

Ciri demografi penduduk Algeria termasuk kepadatan penduduk, etnik, tahap pendidikan, kesihatan penduduk, status ekonomi, pertalian agama dan aspek lain.

Sembilan puluh satu peratus daripada penduduk Algeria tinggal di sepanjang pantai Mediterranean pada 12% daripada jumlah jisim tanah negara. 75% daripada penduduk adalah bandar, dan pembandaran berterusan, walaupun usaha kerajaan untuk menghalang penghijrahan ke bandar.

97% penduduk menganut Islam Sunni; segelintir orang Islam bukan Sunni kebanyakannya Ibadi dari lembah Mozabite pada kadar 1.3%[perlu rujukan] (lihat Islam di Algeria).

Agama

Agama di Algeria (2020)

  Islam (99.1%)
  Kristian (0.4%)
  Tidak bersekutu (0.4%)

Agama lain jumlahnya <0.1%

Agama di Algeria didominasi oleh orang Islam, dengan hampir sembilan puluh lapan penduduk (lebih sembilan puluh sembilan peratus daripada populasi yang menyatakan mana-mana agama) menganut Islam Sunni dari mazhab Maliki, pada 2020. Selebihnya termasuk sekolah dan cawangan Islam lain (Ahmadi, Syiah dan Ibadi), mazhab Kristian (Katolik Rom, Advent Hari Ketujuh, Gereja Protestan Algeria (persekutuan kumpulan Reformed dan Methodist), Lutheran, Anglikan dan Koptik Mesir), Bahá'í dan Yahudi. Anggaran populasi Kristian berkisar antara 71,000 (anggaran untuk 2010) hingga 200,000 (laporan 2018). Anggaran terkini yang tersedia mencadangkan penduduk Bahá'í seramai 3,300 (laporan 2010), dan komuniti Yahudi kurang daripada 200 orang.

Prasarana

Pendidikan

Pendidikan di Algeria (Arab: التعليم في الجزائر) adalah percuma dan wajib untuk warga Algeria dari umur 6 hingga 15 tahun. Walau bagaimanapun, hanya separuh daripada pelajar Algeria yang mendaftar di sekolah menengah. Sehingga 2015, Algeria mempunyai 92 institusi pasca menengah, termasuk 48 universiti.

Kebudayaan

Algeria 
Pakaian tradisional Algeria

Kebudayaan Algeria merangkumi sastera, muzik, agama, masakan, dan aspek kehidupan lain di Algeria.

Rujukan

    Sumber utama

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Algeria PenamaanAlgeria SejarahAlgeria GeografiAlgeria PolitikAlgeria EkonomiAlgeria DemografiAlgeria PrasaranaAlgeria KebudayaanAlgeria RujukanAlgeria Lihat jugaAlgeria Pautan luarAlgeriaSistem koordinat geografi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Hang TuahMuhammad bin Idris al-SyafiiBank Negara MalaysiaHadisBharathanatayamGeografi JohorIsham JalilCik ManggisPerkara yang dilarang dalam IhramSarah SuhairiShah Rukh KhanGoogle ScholarMierul AimanIpohRaja AzmiSenarai pelakon lelaki MalaysiaSlot MegaDramaM. NasirKetua Menteri MelakaSistem SuriaQueen of TearsTeknologi hijauKedah TuaSandrinna MichellePeribahasa MelayuUniversiti Teknologi MARAKata kerjaAl Nassr FCKuala LumpurPulau RedangCinta Bersemi Di Wadi SafiyyahPerodua AxiaTunSarawakMahathir MohamadSejarahSenarai gunung berapi di MalaysiaNor Aliah LeePneumoniaVirusRazarudin HusainHari Kebangsaan MalaysiaKata gandaCristiano RonaldoChinta Wrong DirectionOmbak Rindu (filem)Najib RazakHarissa AdlynnProton PrevéBola tamparAyat kursiGunung QafKesultanan Melayu MelakaSenarai raja-raja MelayuNabi Isa a.s.Malang Si PuteriInna lillahi wa inna ilaihi raji'unCongkakAkut (perubatan)Johan GhazaliSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiAdnan bin SaidiMamat KhalidBuah kerasProton ExoraKementerian Kesihatan MalaysiaGhazali ShafieSumpahan JeruneiPenerbangan 370 Penerbangan MalaysiaHantu Kak Limah (siri filem)Piala Asia B-23 AFCWilayah PersekutuanAbdul Razak HusseinFrekuensi radio di KelantanSoffi JikanMustapha KamalFunanBatu PahatDaiyan Trisha🡆 More