Bukan Cinta Aku

Bukan Cinta Aku ialah siri drama televisyen Malaysia 2019 dibintangi oleh Janna Nick, Syafiq Kyle dan pelakon Indonesia, Baim Wong.

Siri ini memulakan tayangan perdana di Slot Akasia TV3 dari 5 Jun 2019 hingga 2 Julai 2019 menggantikan 30 Pesanan Suara.

Bukan Cinta Aku
Genre
Ditulis olehErma Fatima
PengarahEjump Mohd
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bukan Cinta Aku" oleh Khai & Dinie
Lagu penutup"Bukan Cinta Aku" oleh Khai & Dinie
Negara asalMalaysia
Bahasa
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Citra Abdullah
  • Ann Abdullah
Penerbit
  • Ahmad Albab Abdullah
  • Ahmad Arri Abdullah
Lokasi
Tempoh siaran42 minit
Syarikat penerbitan
Rumah Karya Citra
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar1080i (HDTV)
Format audioDolby Digital
Siaran asal5 Jun 2019 – 2 Julai 2019
Kronologi
Mengikuti30 Pesanan Suara
Diikuti olehUtusan Cinta Buat Adam

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.

Sinopsis

Mengisahkan Riana, baru sahaja selesai pengajiannya dan kembali ke pangkuan keluarganya yang menetap di Florence, Itali. Riana telah jatuh cinta dengan Arjuna, pemandu keluarganya. Kesungguhan Arjuna yang sering memberi kata-kata nasihat membuatkan Riana jatuh hati pada Arjuna. Walaupun pada awalnya, Arjuna tidak berani untuk membalas cinta Riana kerana dia sudah banyak terhutang budi dengan keluarga Riana. Namun perasaan cinta itu tidak mampu dinafikannya dan mereka cuba menyembunyikan percintaan mereka supaya tidak diketahui oleh ibu bapa Riana.

Suatu hari, Riana sekeluarga perlu pulang ke Malaysia kerana perniagaan bapanya mengalami masalah di sana. Arjuna juga dibawa pulang kerana ibu Riana merasakan Arjuna sudah banyak berjasa dan menjaga Riana sepanjang mereka di Itali. Berita itu menggembirakan Riana kerana dia tidak akan terpisah dengan Arjuna. Ibu bapa Riana sudah ada rancangan lain untuk Riana. Mereka ingin menjodohkan Riana dengan Tengku Isma, anak kenalan mereka. Setelah mengetahui rancangan ibu bapanya untuk menjodohkannya dengan Tengku Isma, Riana membuat keputusan untuk bertemu Tengku Isma.

Riana lega apabila Tengku Isma mengatakan bahawa dia juga tidak sukakan keputusan keluarganya kerana dia sudah punya kekasih. Riana membuat perjanjian dengan Tengku Isma supaya mereka mengikut sahaja kehendak keluarga buat sementara waktu tetapi tiada komitmen antara mereka. Mereka boleh meneruskan hubungan dengan pasangan masing-masing dan Tengku Isma bersetuju.

Malangnya, perhubungan antara Riana dan Arjuna akhirnya diketahui oleh ibu bapa Riana. Mereka kecewa kerana Riana mengkhianati kepercayaan mereka. Riana telah dikurung dan Arjuna hilang entah ke mana kerana dihalau oleh ibu bapa Rania. Pernikahan antara Riana dan Tengku Isma dipercepatkan. Walaupun sudah bernikah, Riana tidak mengizinkan Tengku Isma untuk menyentuhnya. Tengku Isma tetap melayani Riana dengan baik, memenuhi segala permintaan Riana tetapi dia tidak mampu membuatkan Riana untuk menerimanya. Masihkah ada peluang buat Tengku Isma untuk memiliki cinta Riana?

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Kontroversi

Bukan Cinta Aku menjadi bahan bulan warganet apabila salah satu adegan dalam episod 19 yang memperlihatkan pelakon utamanya, Syafiq Kyle dan Janna Nick menghantar Baim Wong ke sebuah hospital yang kononnya di Indonesia rupa-rupanya hanya dilakonkan di Hospital Pakar Kuala Terengganu. Hal ini disedari oleh golongan netizen apabila logo dalam poster tersebut tertera tulisan Hospital Pakar Kuala Terengganu. Ianya turut di muat naik menerusi laman Facebook Kuala Terengganu Post yang kelihatan menegur kecuaian pihak produksi drama ini.

Rujukan

TV3: Akasia, Isnin–Jumaat, 7:00 petang
Sebelumnya Bukan Cinta Aku Berikutnya
30 Pesanan Suara Utusan Cinta Buat Adam

Tags:

Bukan Cinta Aku SinopsisBukan Cinta Aku PelakonBukan Cinta Aku KontroversiBukan Cinta Aku RujukanBukan Cinta Aku30 Pesanan SuaraBaim WongJanna NickSlot AkasiaSyafiq KyleTV3

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Plat pendaftaran kenderaan MalaysiaSenarai filem Malaysia berdasarkan kutipan tertinggiKhunsa (siri TV)Slot CempakaKementerian Pendidikan MalaysiaSelawatDoa IftitahRiezman KhuzaimiDaerah SegamatFardu KifayahFattah AminSex and the CityPrabowo SubiantoNombor dalam budaya CinaKecerdasan buatanChacha MaembongSophia LianaNabi Sulaiman a.s.TabbyKL GangsterMustika RatuSultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah ShahJ RevolusiBandaraya MelakaNegeri-negeri Melayu Tidak BersekutuThe GadysSejarah MelakaUthman bin AffanRaghad Waleed AlkurdiRaja Zarith SofiahAmy SearchKedahRukun solatAb Rauf YusohAbang Long FadilDemokrasiFahmi FadzilHaqimi Azim RosliKaum-kaum di MalaysiaSenarai Kementerian di MalaysiaLaksaAbdul Rahman AyobUjian dadahElla (penyanyi)Media sosialRawang, SelangorMalaysia MadaniFil MarsyalMalaysia TimurSejarah Pulau PinangPerempuan Itu (drama)KuantanKerajaan SalakanagaraPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Liga Super MalaysiaAmerika SyarikatUniversiti Teknologi MARATanda-tanda KiamatHukuman matiSenarai perbandingan pangkat tenteraHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMNegeri SembilanKedah TuaMasya-AllahAmelia HendersonNabila HudaJohor BahruRaja berperlembagaanSultan Nazrin Muizzuddin ShahPerbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalTanah Melayu British7 Hari Mencintaiku (musim 3)Hukuman mati di MalaysiaMusang PulutHidroterapiSenarai lagu yang bertemakan Hari RayaHukum mad🡆 More