Ismail Izzani: Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Malaysia

Ismail Izzani Zainal Nazeri (lahir 13 April 2000) merupakan seorang penyanyi, penulis lagu dan pelakon lelaki Malaysia.

Beliau merupakan juara dalam pertandingan di YouTube. Ismail merupakan anak kepada penyanyi veteran 1980-an, Datin Suliza Salam.

Ismail Izzani
اسماعيل عزاني
Kelahiran
Ismail Izzani bin Zainal Nazeri

(2000-04-13) 13 April 2000 (umur 24)
Pekerjaan
  • Penyanyi
  • Penulis Lagu
  • Pelakon
Tahun aktif2016–kini
Ibu bapa
Saudara
  • Nur Falahi Zainal Nazeri
  • Nur Izzati Zainal Nazeri
Kerjaya muzik
Genre
InstrumenVokal
Syarikat rakaman
Universal Music Malaysia
Pengkarya berkait
Zizan Razak, Alif Abdullah, Andi Bernadee, Naim Daniel, Killa Driz

Kerjaya

Ismail Izzani mula mencipta nama ketika berusia 17 tahun, dan mula menjadi fenomena selepas single pertama berjudul "Sabar" hasil ciptaannya sendiri bersama Omar K, Adib Hamdi dan Zyn semakin popular. Sehingga Ogos 2017, video muzik lagu berkenaan ditonton lebih empat juta kali selepas dimuat naik di laman YouTube pada Februari 2017.

Sebelum Ismail menceburkan dirinya dalam bidang nyanyian, beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Setiabudi dan Sekolah Menengah Setiabudi di Gombak. Ismail pernah menyertai kumpulan nasyid di sekolah tersebut. Pada pertengahan tahun 2016, beliau mula mengikuti pembelajaran secara persekolahan di rumah untuk memastikan jadual kerjaya dan pelajarannya berjalan seiring dan tidak bertembung.

Ismail sepatutnya menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada 2017. Namun, beliau tidak berpeluang menduduki peperiksaan SPM pada tahun tersebut atas sebab masalah pendaftaran.

Ismail telah melancarkan sebuah lagu duet bersama Siti Nordiana dan dua artis Indonesia iaitu Fatin Shidqia dan Rizky Febian bersempena Hari Raya Aidilfitri berjudul Raya Nusantara pada 9 Jun 2017.

Ismail juga semakin dikenali ramai dengan lagu ala pop iaitu Luar Biasa bersama Alif Sleeq yang dimuatnaik ke Youtube pada 15 Mac 2018.

Ismail juga turut berkecimpung dalam bidang lakonan, memulakan kerjaya lakonan menerusi telefilem Batang Buruk Lesung Batu, seterusnya membintangi drama Kebaya Kasut Kanvas dan Lelaki Lingkungan Cinta.

Kehidupan peribadi

Beliau sebelum ini pernah digosipkan dengan penyanyi Shalma Eliana, namun kedua-duanya mengumumkan telah putus hubungan cinta pada awal November 2021.

Diskografi

Album

  • Ismail Izzani (2022)

Single

Sebagai artis utama

Tahun Tajuk Album Catatan
2017 "Sabar" Single tanpa album
"Demi Kita"
2018 "Luar Biasa"
(menampilkan Alif)
"Teruskan Perjalanan"
(bersama Altimet)
"Save Me"
"Bidadari"
2019 "Berserah"
(bersama Zizan Razak)
"Cinta"
"Hello"
(bersama Andi Bernadee)
2020 "Nyawa"
"Sedih"
(bersama Naim Daniel)
"Ada Cara"
2021 "Contact"
(bersama Izhar dan Quai)
Ismail Izzani
"Kamu"
2022 "Ape Ko Nak"

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2021 Dendam Penunggu Zul Filem Pertama
TBA Projek: Kahar Megat Dalam perancangan

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2020 Kebaya Kasut Kanvas Mikail TV3 Drama Pertama
Lelaki Lingkungan Cinta Zamri
2021 Keluarga Epik Syamsul
2023 Bukan Hanya Sekadar Cinta Isa Rafael

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2018 Batang Buruk Lesung Batu Wanji Astro Ria
2019 Lelaki Kelas Sebelah Anas TV3
Cerita Raya Luar Biasa Ismail Astro Ria
2020 Gangguan Psiko Stalker Zafran Astro Citra
2023 Impak Maksima Underground Arie Tonton

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31 Artis Baru Lelaki Popular Tercalon
Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
2023 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 Penyanyi Lelaki Popular Tercalon
Couple Filem Popular Dendam Penunggu Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Ismail Izzani KerjayaIsmail Izzani Kehidupan peribadiIsmail Izzani DiskografiIsmail Izzani FilemografiIsmail Izzani Anugerah dan pencalonanIsmail Izzani RujukanIsmail Izzani Pautan luarIsmail IzzaniSuliza SalamYouTube

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

GajusSultan PerakZodiakDaerah di SabahJoe FlizzowPeribahasa MelayuAbang Long Fadil 3Hukuman mati di MalaysiaTunku Abu BakarProton PrevéEtnik MelayuMisteri DilailaAdi PutraLencana pangkat TLDMGajahPencemaran udaraNombor dalam budaya CinaUmar bin Al-KhattabFilem Sex and Zen IIManchester United F.C.Mia KhalifaCinta Luar BiasaCabang dan mazhab IslamNegara PalestinOzlynn WatyJam 12 jamPerdana Menteri MalaysiaSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarReen RahimKuantanPolis EVO 3IpohPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaKelurPadiHussein OnnHafizh Syahrin AbdullahSenarai poskod di MalaysiaBharathanatayamSekolah Kluster KecemerlanganNasi goreng (Nusantara)Bonda TeresaHadha min fadhle RabbiPerkara yang dilarang dalam IhramOmbak Rindu (filem)Pertubuhan Bangsa-Bangsa BersatuUnifi TVJawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan KampungLencana pangkat Angkatan Tentera MalaysiaNatasya MahyanSaleemHantu Kak Limah (siri filem)Sistem pembiakan manusiaJosiah HoganNasi lemakPilihan raya umum Malaysia 2022NgajatAdnan bin SaidiSenarai Surah Al-QuranSejarah SingapuraKhalid Mohamad JiwaSabri YunusKota BharuIntan LadyanaPahamin RajabAstro ShawYasmin AhmadRacun RihannaPerikatan NasionalShah AlamQue HaidarIsmail Mohamed SaidPenunggang Agama 2Nur Amira SyahiraPersekutuan Tanah MelayuPenjodoh bilangan bahasa MelayuPerlembagaan Malaysia🡆 More