Pasukan Khas Udara

Pasukan Khas Udara atau diberi singkatan sebagai PASKAU merupakan di antara salah satu pasukan elit yang terbaik di Malaysia diletakkan di bawah tanggungjawab Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang biasanya menjalankan tugas-tugas mengekang sebarang bentuk serangan dan keganasan dari pihak musuh dan anasir-anasir luar yang melibatkan senario rampasan pesawat-pesawat TUDM dan awam serta tawanan ke atas pengkalan tentera udara dan lapangan terbang awam serta tugas-tugas khas sama seperti pasukan elit yang lain di Malaysia tetapi dengan merangkumi kepakaran masing-masing.

Pasukan Khas Udara (PASKAU)
Pasukan Khas Udara
Logo PASKAU
Aktif1 April 1980 - dikenali sebagai HANDAU
1 Jun 1993 - ditukar kepada PASKAU
NegaraMalaysia
CawanganTentera Udara Diraja Malaysia
JenisPasukan elit Tentera Udara / Pasukan Operasi Khusus Malaysia
PerananPasukan Kawalan Medan (FPT),

Skuadron Sayap Tempur-SST

Pasukan Penyelamat Tempur Udara
SaizSulit
Sebahagian daripadaAngkatan Tentera Malaysia
PangkalanPangkalan utama TUDM, Bukit Jugra, Banting, Selangor
Nama samaranHandau
MotoSenyap, Pantas, Pasti
WarnaBeret Biru Muda
PertempuranSila lihat operasi/insiden
Komander
Kolonel RejimenKolonel Haji Zaharin bin Haji Ahmad

Sejarah

Pasukan ini ditubuhkan dalam tahun 1980 selepas satu serangan oleh anasir pengganas komunis dari Parti Komunis Malaya ke atas pangkalan TUDM Kuala Lumpur menyebabkan kemusnahan sebuah pesawat DHC-4 Caribou pada bulan Mei 1975. Serangan itu dilakukan oleh ejen-ejen Parti Komunis Malaya dengan menggunakan sepucuk mortar yang dipasangkan di atas sebuah lori kecil atas tujuan melambatkan bantuan pasukan sahabat yang sedang berada di medan tempur. Semuanya bermula apabila sebuah lori yang tidak dikenali melalui diluar pangkalan udara Sungai Besi, Selangor dan berhenti di situ. Beberapa orang lelaki Cina yang disyaki ejen komunis turun dari kenderaan dan melepaskan beberapa das tembakan mortar ke pangkalan menyebabkan sebuah pesawat DHC-4 Caribou musnah dan beberapa buah kemudahan TUDM rosak teruk serta mencederakan beberapa orang petugas dipangkalan tersebut.

Atas insiden inilah, TUDM memperkenalkan satu doktrin khusus untuk menubuhkan sebuah pasukan elit bagi mengawal keselamatan pangkalan udara TUDM yang sebelum ini diletakkan dibawah tanggungjawab Kor Polis Tentera Diraja. Maka dengan secara rasminya, pada 1 April 1980, sebuah pasukan elit yang dikenali sebagai Pasukan Pertahanan Darat dan Udara atau singkatannya HANDAU ditubuhkan. Rejimen ini mendapat latihan awal daripada Grup Gerak Khas (GGK) malahan turut mendapat latihan khas daripada Special Air Service British (SAS),pasukan elit Amerika Syarikat , Australia , New Zealand.

Skuadron 102 HANDAU yang ditubuhkan merupakan skuadron pertama yang mengambil alih tugas-tugas keselamatan Pangkalan TUDM Kuala Lumpur dari Kor Polis Tentera Diraja, diikuti dengan Penubuhan Markas Rejimen Keselamatan TUDM (MAREJ) pada 1 April 1981 sehingga tertubuhnya 10 lagi skuadron Rejimen HANDAU TUDM pada 1 Mac 1993.


Senarai skuadron HANDAU TUDM
Cawangan Tanggungjawab
Skuadron 102 HANDAU Pangkalan TUDM Kuala Lumpur 1 April 1980
Skuadron 103 HANDAU Pangkalan TUDM Kuantan 18 November 1980
Skuadron 104 HANDAU Pangkalan TUDM Butterworth 10 Januari 1981
Skuadron 202 HANDAU Pangkalan TUDM Ipoh 9 Februari 1981
Skuadron 105 HANDAU Pangkalan TUDM Kuching 7 April 1981
Skuadron 107 HANDAU Pangkalan TUDM Alor Setar 7 Julai 1981
Skuadron 109 HANDAU DEBKAT Subang 6 Ogos 1981
Skuadron 204 HANDAU Pangkalan TUDM Kluang 19 Ogos 1981
Skuadron 201 HANDAU Pangkalan TUDM Bukit Jugra 27 Ogos 1987
Skuadron 208 HANDAU Pangkalan TUDM Subang 1 September 1987
Skuadron 106 HANDAU Pangkalan TUDM Labuan 1 Mac 1993

Dengan penyusunan semula struktur dan organisasi TUDM selaras dengan pemodenan armada udaranya, pada 1 Jun 1993, gelaran Rejimen HANDAU secara rasminya digantikan dengan gelaran Pasukan Khas Udara atau PASKAU. Dalam pada masa yang sama, peranan rejimen ini yang sebelumnya ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan udara TUDM kini diperluaskan kepada tugas-tugas anti-keganasan, peperangan bukan konvensional dan tugas-tugas menyelamat.

Cawangan

Terdapat 3 skuadron khas PASKAU yang mempunyai peranan dalam operasi-operasi yang berbeza, 3 skuadron tersebut terdiri daripada:-


Senarai skuadron khas PASKAU
Cawangan Tanggungjawab Peranan
Skuadron Sayap Tempur Unit Anti-pengganas SST adalah salah satu sub-unit khas dalam pasukan elit ini. Dilatih bagi menangani keganasan, menyelamat tebusan, penyusupan dan sabotaj. Tugas bagi skuad ini ialah melaksanakan tugas sebagai Penanda Sasaran Darat (Ground Designator) kepada pesawat pejuang serta ditugaskan sebagai unit bantuan khas dalam melaksanakan pemusnahan aset pertahanan udara pihak musuh. Selain itu terdapat tugas yang dilakukan secara persendirian dalam tugas-tugas sabotaj ke atas aset penting pertahanan udara musuh melalui SAMsites, radar dan pesawat yang berada di darat. Serta menggempur dan melawan keganasan yang melibatkan pesawat-pesawat TUDM dan awam, juga membantu pasukan-pasukan elit ATM dan PDRM dalam melaksanakan operasi-operasi khas. Unit ini turut mempunyai platun menyelamat tebusan (Hostage Rescue Team) yang dilatih khas bagi operasi menyelamat tebusan di dalam pesawat. Setiap operasi khas TUDM ini melibatkan enam pegawai dan anggota dengan memiliki kepakaran yang berlainan seperti pakar raifal (Rifleman), penembak tepat, pakar bahan letupan, pakar komunikasi dan pakar perubatan. Keanggotaan pasukan elit ini dilengkapi dengan persenjataan khas seperti karbin M4 keluaran Bushmaster dan Colt, raifal tempur Colt M16A1 dan mesingan ringan FN Minimi M249 Squad Automatic Weapon (SAW) sebagai senjata bantuan ringan. Untuk operasi tempur jarak dekat (Close Quarter Battle, CQB) seperti menyelamat tebusan atau operasi anti pengganas, persenjataan utama PASKAU ialah MP5-K PDW, MP5SD dan M4 dilengkapi dengan pejera holografik EOTech serta peralatan SOPMOD (khas bagi karbin M4).
Skuadron Penyelamat Tempur Udara Unit Penyelamat Unit ini berkemampuan dalam tugas mencari dan menyelamat anak kapal TUDM dan penumpang yang terhempas di belakang garisan musuh (behind enemy line) baik dalam keadaan aman mahupun darurat yang mana ia terhempas di darat dan laut. Selain itu, rawatan awal perubatan kepada mangsa nahas pesawat diberikan sebelum dihantar untuk mendapatkan rawatan yang sempurna. Dan juga, mendapatkan kembali mahupun memusnahkan peralatan dan dokumen penting yang melibatkan kepentingkan aset negara yang ada di dalam pesawat TUDM yang mengalami kecelakaan serta memusnah pesawat malang tersebut supaya ia tidak jatuh ke tangan musuh. Unit ini mempunyai 6 detasemen daripada pangkalan udara dengan sub pengkalan menyelamat seperti di Kuala Lumpur, Kuantan, Butterworth, Gong Kedak, Kuching dan Labuan. Unit ini turut berkemampuan dalam operasi menyelamat di perairan seperti Pasukan Penyelamat Maritim (Maritime Para Rescue Team, MPRT), berpangkalan di Bukit Jugra.
Skuadron Kawalan Medan Unit Kawalan Pangkalan Peranan bagi unit-unit FPT ini ialah memberi perlindungan sepenuhnya ke atas aset-aset penting dalam TUDM yang beroperasi di luar kawasan pangkalan. Skuad ini ditubuhkan berikutan selepas insiden serangan covert dari luar pengkalan oleh ejen PKM yang menyebabkan kemusnahan pesawat Carribou dan kemudahan-kemudahan lain di kawasan pengkalan. Tugas melindungi aset berharga TUDM ini tidak terletak pada pemasangan tetapi pada tugas khas dan kawalan rapat. Apa yang unik bagi skuad ini ialah mereka dilengkapi dengan Sistem Pengesanan Penceroboh Pangkalan (Field Intrusion Detection System, FIDS) di zon kawalan. Semasa kemasukan operasi di dalam kawasan musuh, skuad ini menjadi penunjuk jalan dan berkemampuan untuk bertindak sebagai Kawalan Khas Udara Hadapan Darat (Ground Forward Air Controller, GFAC). Selain itu, skuad ini pernah terlibat dalam kawalan khas sempena LIMA 2005 di Langkawi, Kedah.

Latihan

Pasukan Khas Udara 
Anggota PASKAU dalam perarakan hari kemerdekaan di Kuala Lumpur.

Setiap pegawai dan anggota TUDM akan dianugerahkan dengan beret biru muda apabila tamat latihan asas PASKAU dan pisau komando setelah menjalani kursus kepakaran PASKAU. Mereka akan menjalani latihan lanjutan secara berterusan bagi mendalami kepakaran masing - masing bagi melayakkan mereka menyertai sebarang operasi. Anggota PASKAU diwajibkan menjalani ujian kecekapan & kecergasan setiap 12 minggu bagi menilai tahap kemampuan anggota. Antara ujian-ujian asas komando PASKAU yang dijalankan ialah :

  1. Ujian jalan lasak sejauh 160 kilometer
  2. Teknik 'rapelling' kaedah Australia (menuruni bukit dan bangunan dengan tali secara berlari)
  3. Teknik 'spie-rig' (badan diikat pada tali yang ditarik dengan helikopter)
  4. Mendayung sejauh 160 km (peringkat paya)
  5. Latihan asas komando hutan
  6. Penyusupan peninjau khas
  7. Kursus penembak tepat melalui sungai dengan bot.

Latihan khas bagi PASKAU dan berkemampuan dalam:-

    Teknik pertempuran
  1. Penanda-Laser - Menggunakan GLTD II (Ground Laser Target Designator II) untuk 'menanda' sasaran musuh, bagi tugas pengeboman daripada udara berpandukan panduan sasaran laser seperti Paveway II LGB (Laser-guided bomb).
  2. Tempur jarak dekat (Close Quarters Battle; CQB, Close Quarters Combat; CQC).
  3. Pertempuran bukan konvensional
  4. Penembak tepat atau kepantasan menembak.
  5. Sabotaj
  6. Penembak hendap
    Teknik penyusupan
  1. Atitud Tinggi Permulaan Rendah / A/T Permulaan Tinggi (HALO/HAHO)
  2. Turun dengan tali
  3. Terjun ke permukaan air
    Teknik perisikan
  1. Perisikan khas
  2. Perisikan
  3. Peninjauan
    Kepakaran asas
  1. Mencari dan menyelamat tempur (CSAR, Combat Search and Rescue) - Menyelamat anggota pasukan sahabat (misalnya juruterbang pesawat yang telah menyelamatkan diri) daripada barisan belakang musuh
  2. Melengkapkan keselamatan pangkalan TUDM.
  3. Tugas anti keganasan
  4. Menyelamat tebusan.
  5. Operasi di kawasan pembinaan - OBUA
  6. Tempur di dalam bandar - FIBUA
  7. Letupan khas
  8. Unit Pemusnah Bom (EOD).

PASKAU berkemampuan tinggi di dalam operasi menyelamat tebusan dalam pelbagai situasi dan arif tentang operasi anti-rampasan untuk pesawat tentera dan awam. Tugas dalam situasi tersebut diambil alih daripada Grup Gerak Khas Tentera Darat Malaysia. Anggota PASKAU yang memakai beret biru muda ini turut dihantar ke luar negara untuk mengikuti latihan khas dan kursus asas teknikal oleh Rejimen ke-22 British SAS dan pasukan elit Amerika Syarikat.

Peranan

Pasukan yang ditubuhkan dikenali dengan nama asalnya HANDAU sebelum ini ditugaskan menjaga keselamatan pangkalan-pangkalan TUDM. Dalam tahun 1996, pasukan ini disusun semula dan diberikan nama baru, iaitu Pasukan Khas Udara atau lebih dikenali sebagai PASKAU, kini diperluaskan peranan pasukan tersebut kepada tugas tempur dan sokongan tempur. Peranan pasukan ini berlainan dengan pasukan khas tentera darat dari Grup Gerak Khas ataupun dengan pasukan PASKAL TLDM, khususnya dari segi peranan utama pasukan-pasukan tersebut yang berbeza-beza dan dikendalikan oleh anggota-anggota terlatih serta mempunyai peralatan khas bagi penugasan yang sukar dijalankan oleh tentera biasa.

Penubuhan PASKAU merupakan satu pendekatan untuk meningkatkan keupayaan TUDM dalam pengoperasian udara. Dan juga mempertingkatkan keupayaan TUDM dalam memenuhi keperluan dalam penugasan penyelamat tempur udara (Combat Search Air Rescue), keselamatan pangkalan/unit TUDM yang beroperasi di pangkalan hadapan dan tugas membantu pesawat-pesawat pejuang melaksanakan serangan udara terhadap sasaran musuh dengan menggunakan senjata khas. Serta berkemampuan untuk melumpuhkan aset penting pihak musuh. Pasukan Khas Udara (PASKAU) terdiri daripada anggota-anggota rejimen TUDM yang dipilih mengikuti kursus peperangan khas untuk membolehkan mereka menjalankan peranan seperti mencari dan menyelamat tempur CSAR serta penandaan sasaran menggunakan peralatan penanda (designator) menggunakan infra red ataupun laser (TLID). PASKAU boleh menggunakan teknik-teknik dan taktik khusus dalam operasi mencari dan menyelamat tempur (CSAR) menggunakan pasukan-pasukan khusus dipanggil (Combat Air Rescue Team).

Tugas

Penugasan PASKAU TUDM dilaksanakan dengan berkesan bagi sebarang pengoperasian khas mereka. Ini adalah kerana ia merupakan aset penting TUDM yang mudah melaksanakan arahan, pengawalan dan koordinasi secara terus. Penugasan pasukan ini dengan menggunakan pesawat sudah pastinya dapat diaturgerak dengan pantas dan berkesan dalam jangkamasa yang singkat. Pengoperasian PASKAU diendalikan dalam keadaan negara yang masih aman, darurat mahupun semasa peperangan. Tugas-tugas bagi pegawai dan anggota PASKAU terdiri daripada:

Pasukan Khas Udara 
Pasukan PASKAU menggunakan sistem penanda laser untuk melakukan bantuan serangan dari udara.
    Tugas Menanda Sasaran
    Tugas TUDM dalam peranannya mempertahankan kedaulatan negara akan melibatkan pesawat-pesawat pejuangnya bagi mengekalkan penguasaan ruang udara daripada sebarang pencerobohan dari anasir-anasir luar atau menidakkan keupayaan pasukan udara pihak musuh dalam sebarang operasi di udara. Selain berupaya melindungi aset-aset pertahanan udara, yang mungkin mendatangkan penglibatan pesawat pejuang dalam pengoperasian di ruang udara negara mahupun menyusup jauh ke dalam kawasan musuh. Unit ini akan ditugaskan dengan melakukan penyusupan ke kawasan operasi di barisan belakang musuh bagi memusnahkan aset dan kemudahan pertahanan udara pihak musuh. Juga berkemampuan menjalankan penugasan menyusup masuk dengan berkesan dan terlatih dalam pelbagai teknik penyusupan. Serta berkemampuan untuk melakukan tugas-tugas sabotaj secara persendirian ke atas mana-mana sasaran pertahanan udara musuh seperti radar dan tapak pelancaran peluru berpandu ke udara (Surface to Air Missile sites, SAMsites).
    Kawalan Aset Utama TUDM
    Pasukan ini berkemampuan menghadapi sebarang ancaman daripada pasukan biasa mahupun pasukan elit musuh dalam keadaan di mana TUDM mengoperasikan pangkalan operasi hadapan (Forward Operation Base, FOB) mahupun pangkalan yang beroperasi di kawasan yang terdedah pada serangan musuh (Hostile environment). Penugasan pasukan elit ini berjaya melaksanakan pengoperasiannya dengan cekap dan pantas sungguhpun berhadapan dengan ancaman yang akan berlaku.
    Mencari dan menyelamat
    Tugas yang dipertanggungjawabkan oleh PASKAU ini ialah mencari dan menyelamat unit ketenteraan sama ada di darat mahupun di perairan. Dalam sebarang tugas yang melibatkan operasi-operasi di udara, pesawat udara TUDM sudah pastinya terdedah kepada bahaya kemungkinan terlibat dalam kemalangan, terhempas mahupun ditembak oleh musuh sama ada di darat, perairan atau udara negara sendiri atau negara musuh. Penyusupan bagi operasi menyelamat adakalanya bukannya satu tugas yang paling mudah sekiranya berlaku di kawasan yang mempunyai lurah yang curam dan merbahaya, ini boleh dibuktikan ketika insiden melibatkan sebuah helikopter Nuri yang terhempas di Gunung Gerah serta yang terkini di hutan Genting Sempah yang mana unitnya terpaksa diturunkan dengan menggunakan teknik abseiling daripada helikopter ke pokok yang tinggi dan dari pokok ke kawasan lokasi kejadian. Begitu jugas dengan insiden yang melibatkan kawasan perairan, yang mana pasukan elit tentera udara yang terjun dengan penerjunan bebas atau payung terjun dilengkapi dengan peralatan menyelam dan peralatan menyelamat di laut. Tugas menyelamat dapat dijalankan dengan cekap dan berkesan oleh anggota penyelamat yang terlatih dalam paramedik serta berpengetahuan luas berkaitan dengan ciri-ciri pesawat bagi tugas-tugas menyelamat.
Pasukan Khas Udara 
Anggota Skuadron Sayap Tempur PASKAU sedang menjalani latihan operasi mencari dan menyelamat di bawah permukaan air dengan bantuan pasukan khas tentera udara Amerika Syarikat.
    Sekiranya keadaan di mana mangsa nahas pesawat udara yang terperangkap dan peralatan atau aset dan dokumen penting memerlukan kepakaran yang ada untuk melaksanakan misi ini. PASKAU berkemampuan melaksanakan tugas-tugas menyelam di perairan bagi menyelamat mangsa yang terdiri daripada juruterbang yang mungkin terbelit dengan peralatan payung terjun atau talipinggang keledar pesawat ketika berada ditengah lautan misalnya insiden nahas pesawat Caribou yang terhempas perairan Labuan.
    Menangani Keganasan (Counter Terrorism duties)
    Sekiranya berlaku sebarang insiden yang melibatkan rampasan ke atas pesawat-pesawat dan pangkalan-pangkalan udara baik dari TUDM mahupun awam oleh pihak musuh atau anasir-anasir luar, PASKAU adalah salah satunya pasukan yang pertama diaturgerakkan ke hadapan untuk menghadapi insiden ini. Kita sudah sedia maklum, PASKAU begitu profesional dalam senario rampasan pesawat oleh pengganas dan memahami selok-belok pesawat terutamanya teknik penyusupan yang cekap tanpa memberi kesan yang negatif ke atas pesawat dan penumpang.

Persenjataan

Atas keperluan yang amat penting dalam menjaga aset keselamatan di pangkalan TUDM, unit-unit elit PASKAU dilengkapi dengan persenjataan khas yang termoden dalam tugas-tugas mereka seharian. Senjata-senjata yang diperolehi dan digunakan oleh pasukan elit TUDM ini meliputi:-

Data Kelengkapan Senjata Api
Pistol Senapang Patah Submesingan Raifal Tempur/Karbin R/Penembak Tepat Anti Material Mesingan
Browning HP Remington M870 HK MP5K-PDW Bushmaster Carbon 15 Blaser R93 Tactical Barrett M82 FN Minimi 249
Glock 18C Benelli M4 Super 90 HK MP5SD2 Colt M4A1 SOPMOD1 DSR-1 ATS
Glock 19 HK MP5SD3 Colt M16A1 HK PSG-1
Glock 34 Colt M16A1 Model 653
Sig Sauer P226 Sig 552 Commando
Sphinx 3000 Steyr AUG

1Sekiranya perolehan karbin tempur Colt M4 buatan Amerika Syarikat ini diterima sepenuhnya didalam inventori Angkatan Tentera Malaysia, ia bakal menggantikan raifal AUG yang telah sekian lama berada didalam inventori ATM, termasuk TUDM.

Kemampuan

Kemampuan yang ada pada pasukan ini terbahagi kepada lima. Kemampuan PASKAU meliputi:

    Mobiliti
    Mempunyai kemampuan untuk mengaturgerak pasukan ini dengan lebih pantas dan tepat di mana sahaja kawasan yang ditugaskan sama ada di darat, laut dan udara.
    Fleksibiliti
    Berkeupayaan mengaturgerak untuk menjalankan tugas khas pasukan tersebut sama ada secara persendirian mahupun dengan bantuan atau bergabung dengan pasukan elit lain.
    Ketahanan
    Mempunyai ketahanan dalam menjalankan tugas operasi khas tanpa sebarang bantuan sehingga operasi yang diamanahkan tersebut selesai.
    Pendedahan teknologi terkini
    Berkemampuan terhadap pendedahan kepada teknologi terkini yang mempunyai hubungkait dengan tugas-tugas khas TUDM.
    Latihan khas
    Berkemampuan untuk menjalani latihan khas yang mencabar ketahanan fizikal dan mentaliti dengan mengeluarkan pakar-pakar bagi menjalankan operasi khas mereka. Dilatih sebagai pasukan yang lebih berkeyakinan untuk melaksanakan tugas dalam satu kumpulan yang kecil.

Misi dan perancangan masa hadapan

Pasukan elit TUDM telah menggariskan beberapa penugasan yang dirasakan sesuai mengikut keupayaan pasukan tersebut, selaras dengan kehendak semasa dan adalah menjadi masa hadapan pasukan ini untuk menjadi sebuah entiti khas yang mempunyai keupayaan dalam sebarang operasi dan profesionalisma yang jauh lebih tinggi. Terdapat dua aspek bagi membentuk pasukan ini untuk menjadi lebih berpotensi. Pertama; atas kepakaran yang terbaik dalam peranan dan fungsi pasukan tersebut. Kedua; membentuk pasukan tersebut ke arah kemampuan dalam sesuatu misi dengan berkesan dan termasuklah melengkapkan pasukan ini dengan kemampuan bagi melaksanakan operasi khas dengan lebih efektif dalam teknologi terkini.

Operasi/Insiden

Pasukan Khas Udara 
Anggota PASKAU sedang memasang rangka khemah di dalam hutan.
    Insiden Genting Sempah
    Pada Julai, 2007, PASKAU TUDM dengan pasukan elit 10 Briged Para, Rejimen ke-22 Gerak Khas dan Pasukan Gerakan Khas PDRM dengan dibantu oleh Tentera Laut Amerika Syarikat, Pasukan Gerakan Am PDRM, Renjer Perhutanan, Jabatan Bomba Dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam (JPA3) serta penduduk tempatan dalam usaha mencari dan menyelamat 6 krew helikopter Sikorsky S-61 Nuri TUDM yang terhempas di Genting Sempah pada 13 Julai lalu. Walau bagaimanapun, keenam-enam wira negara tersebut telah terkorban sebelum pesawat malang itu ditemui oleh unit-unit penyelamat tersebut.
    Insiden Bukit Galla
    Pada 20 Februari 1999, Pasukan Pertahanan Darat Udara (Handau) atau kini PASKAU bersama Pasukan Gerakan Am PDRM, Jabatan Hutan Negeri, Jabatan Pertahanan Awam (JPA 3), Jabatan Penerbangan Awam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan terlibat dalam misi mencari dan menyelamat mangsa nahas pesawat ringan Beechcraft BE-36 yang ditemui terhempas di lereng bukit Hutan Simpan Bukit Galla, Mantin, Negeri Sembilan. Dua juruterbang pesawat, Patrick Dutrey, 56, dan Natalie Marie Chappate, 35, yang merupakan warganegara Perancis ditemui mati dalam keadaan badan mereka yang sudah hancur akibat letupan daripada pesawat tersebut ketika terhempas.
    Insiden pesawat Hawk terhempas
    Pada 27 Jun 2006, PASKAU terlibat dalam operasi menyelamat juruterbang pesawat BAE HAWK 208 TUDM, Mejar Muhammad Rohaizan Ab Rahman yang terhempas di perairan Rompin, Pahang pada 31 Mei 2006. Walau bagaimanapun, mayat juruterbang pesawat malang tersebut ditemui 28 hari kemudian di dasar laut, 150 meter daripada pesisir Pantai Lanjut, Rompin, Pahang.
    Insiden Bukit Batu Tiban
    Pada 28 Julai 2005, PASKAU dikerah dalam operasi menyelamat mangsa nahas helikopter Bell 206 Jet Ranger milik Hornbill Skyways yang terhempas di Bukit Batu Tiban, Ulu Baleh, Kapit, berhampiran sempadan Sarawak-Kalimantan Barat, Indonesia. Hasilnya, mayat juruterbang helikopter Long Ranger, Kapten Razali Sani, kakitangan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) cawangan Sarawak, Ramli Jamal dan Koperal Empini Karung ditemui mati, manakala Razali Hasan dari JUPEM ditemui selamat.
    Insiden Gunung Brinchang
    Pada 7 Jun 2005, 21 anggota Pasukan Khas Udara (PASKAU) dan 10 anggota dari 69 Komando Pasukan Gerakan Khas PDRM terlibat dalam operasi mencari tiga beradik dan seorang sepupu mereka yang sesat dan hilang di Bukit Fraser diadakan sejak kelmarin, dua orang lagi dilaporkan hilang semasa mendaki Gunung Brinchang di Cameron Highlands. Empat mangsa yang tersesat itu dikenali sebagai Chew Ser Wee, 16, Chew Ser Han, 14, dan Chew Ser Meng, 10, serta sepupu mereka Jeremy Teo, 9, warga Singapura, manakala dua lagi dalam kejadian dikenali sebagai Rahman Osman, 58, dari Taman Ehsan Kepong, Kuala Lumpur dan anak saudaranya, Mohd. Azid Tahrin, 14. Pada 9 Jun 2005, keempat-empat orang bersaudara itu ditemui selamat, manakala Rahmad dan Aziq berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada 6 petang hari yang sama.
    Insiden nahas Piper 28
    Pada 14 Mac 2004, PASKAU berserta Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan 10 Briged Para Tentera Darat Malaysia telah dihantar melalui udara dalam operasi menyelamat juruterbang pesawat ringan Piper 28, Kapten Nasir Ma Lee dan seorang penumpang, Nazarullah Mohd. Sultan yang terhempas di kawasan hutan kira-kira 3.2 kilometer ke barat daya Empangan Langat, Selangor. Walau bagaimanapun, Kapten Nasir ditemui mati ditemui mati di tempat kejadian manakala Nazarullah terselamat.
    Insiden bot karam
    Pada 19 Januari 2003, sebuah bot gentian kaca yang dinaiki oleh dua pegawai dan empat anggota elit PASKAU karam dipukul ombak besar dalam keadaan laut yang bergelora ketika sedang mengadakan operasi tinjauan di sekitar 8 batu nautika di Pulau Sibu, Johor pada 10.30 pagi. Mejar Udara Aundrey Smith, Kapten Udara Damian Sebastian, Sarjan Udara Radzi Abdul Majid dan Sarjan Udara Saad Che Omar ditemui terselamat. Manakala dua yang terkorban dalam insiden tersebut ialah Koperal Udara Hasnul Abdul Rahman dan Koperal Udara Ayub Sidek.
    Insiden Gunung Gerah
    Pada 14 November 1989, anggota PASKAU terlibat dalam operasi menyelamat helikoper Sikorski S-61 Nuri TUDM yang terhempas di Gunung Gerah dan Gunung Bilah berhampiran dengan sempadan Kelantan-Perak. Dalam insiden tersebut, 21 orang krew termasuk 15 anggota Pasukan Gerakan Am PDRM terkorban.

Filem

  • Pada tahun 1987, filem Wira Angkasa lakonan Dato' Yusof Haslam dan Sabree Fadzil, anggota PASKAU terlibat dalam babak terakhir iaitu menyelamat Leftenan Iskandar (Sabree Fadzil), juruterbang pesawat TUDM yang terhempas di hutan akibat ditembak jatuh oleh pihak musuh.

Lihat juga

Pautan luar

Tags:

Pasukan Khas Udara SejarahPasukan Khas Udara CawanganPasukan Khas Udara LatihanPasukan Khas Udara PerananPasukan Khas Udara TugasPasukan Khas Udara PersenjataanPasukan Khas Udara KemampuanPasukan Khas Udara Misi dan perancangan masa hadapanPasukan Khas Udara OperasiInsidenPasukan Khas Udara FilemPasukan Khas Udara Lihat jugaPasukan Khas Udara Pautan luarPasukan Khas UdaraAngkatan Tentera MalaysiaTentera Udara Diraja Malaysia

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Senarai kaum di MalaysiaIstinjakCibaiSultan Muhammad VSumber primerNombor dalam budaya CinaShahrulezad MohameddinKeningauShah IskandarAiman Hakim RidzaSenarai Yang di-Pertuan AgongMenara Berkembar PetronasNicol Ann DavidRujukan kehormatPerodua KancilBukan Kahwin PaksaMuhyiddin YassinIkan bayanBaju tradisional MelayuPerang AhzabKerajaan Persekutuan MalaysiaZainal Rashid AhmadThailandTerlanjur Cinta (drama web)Zaman air batuEmelda RosmilaJangkitanGunung JeraiPerkara 153 Perlembagaan MalaysiaDewan Bahasa dan PustakaSifat-sifat AllahSolozImran AqilSistem pernafasanCiri-ciri orang munafikTenaga Nasional BerhadPeraturan bola jaringSainsFunanKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaJohorKata kerja transitifSiti NurhalizaSarimah AhmadHantu dalam masyarakat MelayuTerapi fizikalHassanal BolkiahKasih Iris LeonaSlot MegaDramaYang di-Pertua Negeri SarawakMenteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaPerempuan Itu (drama)JuzBanjaran TitiwangsaKlangBunga rayaBaby ShimaLaluan Kelana JayaArmizan Mohd AliJulia RaisRuhainiesSharifah HusnaSukanXPDCLembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaDemokrasiAbdul Taib MahmudTadau KaamatanDaiyan TrishaOrang India MalaysiaHarumanisSiti Rosmizah SemailPendidikan di MalaysiaBendera PalestinNasi lemakAzhar IdrusRahsia (filem 2023)Upin & Ipin🡆 More