Darah Yang Keluar Dari Rahim Wanita

Dari segi feqah, ada 4 jenis darah yang keluar dari rahim wanita iaitu darah haid, nifas, istihadhah (juga dipanggil fasad), dan wiladah.

Darah haid

Menurut jumhur ulamak (termasuk mazhab Syafi’ie, Hanafi, Hanbali dan kebanyakan ulamak mazhab Maliki); sekurang-kurang umur datangnya haid ialah sembilan tahun. Maka menurut pandangan ini, darah yang kelihatan sebelum sembilan tahun bukan darah haid, tetapi darah penyakit (istihadhah).

Sebahagian ulamak mazhab Maliki berpendapat; jika darah keluar dari kanak-kanak perempuan antara umur 9 hingga 13 tahun, hendaklah keadaannya ditanya kepada kaum wanita atau doktor yang berpengalaman. Jika mereka mengesahkan bahawa yang keluar adalah haid, maka darah itu adalah haid. Jika tidak, maka ia bukan darah haid.

Darah nifas

Darah nifas, ialah darah yang keluar dari rahim perempuan selepas melahirkan anak, sekalipun hanya berupa segumpal darah. Jangka masa keluarnya darah nifas :-

  1. Masa yang paling pendek ialah kadar keluar setitik darah.
  2. Masa yang sederhana ialah empat puluh hari.
  3. Masa yang paling lama ialah enam puluh hari.

Darah istihadhah / fasad

Darah istihadhah iaitu darah yang keluar bukan pada masa yang sepatutnya atau darah berpenyakit. Begitu juga, perempuan yang berubah kebiasaan hari-hari haidnya (yakni hari-hari kebiasaan haidnya berubah sama ada bertambah atau berkurang atau bertukar pada hari-hari yang lain), maka perubahan itu adalah dikira haid sehinggalah ia mengetahui bahawa darah yang keluar itu bukan haid, tetapi istihadhah kerana darah yang keluar berterusan tanpa henti.

Darah wiladah

Darah Wiladah bermaksud darah yang keluar semasa kelahiran anak termasuklah keguguran (sekalipun hanya berupa segumpal darah atau segumpal daging). Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad (mengikut satu riwayat darinya) ; wanita yang melahirkan anak atau keguguran, ia WAJIB MANDI jika ditakdirkan TIADA darah NIFAS yang keluar. Ini kerana diqias kepada air mani. Anak atau janin adalah air mani yang telah menjadi kanak-kanak. Keluarnya anak atau janin dari faraj dapat diumpamakan seperti keluar mani darinya, maka wajiblah mandi.

Namun jika ada darah NIFAS yang keluar selepas kelahiran atau keguguran tersebut, maka hukumnya TERTAKLUK dengan HUKUM wanita yang kedatangan NIFAS dan ia hendaklah menunggu hingga kering darah nifasnya barulah mandi.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Darah Yang Keluar Dari Rahim Wanita Darah haidDarah Yang Keluar Dari Rahim Wanita Darah nifasDarah Yang Keluar Dari Rahim Wanita Darah istihadhah fasadDarah Yang Keluar Dari Rahim Wanita Darah wiladahDarah Yang Keluar Dari Rahim Wanita RujukanDarah Yang Keluar Dari Rahim Wanita Pautan luarDarah Yang Keluar Dari Rahim WanitaFasadHaidIstihadhahNifasWiladah

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Datuk (gelaran)Beto KusyairyAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaEkarUjian dadahTanda-tanda KiamatPasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 JepunJenis air untuk bersuci dalam IslamSiksa NerakaGersang (kumpulan muzik)Yasmin AhmadPerodua AxiaNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaHang TuahAstro MalaysiaAbu Bakar as-SiddiqAbang AdikRaja berperlembagaanXPDCBukit TaburPeristiwa 13 MeiSenarai perbandingan pangkat tenteraBukan Kahwin PaksaNasha AzizRadio Televisyen MalaysiaNur (drama)Pentaksiran Tingkatan TigaNadia AqilahHentaiKetua Polis Negara MalaysiaCibaiPertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17Anwar IbrahimDaun salamMusa HassanPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024Nabila RazaliWan SharmilaJepunFilem Malaysia tahun 2024Kerajaan KutaiOrang Cina MalaysiaSekolah Menengah Kebangsaan Dato' Undang Haji AdnanInsya-AllahBajauBukit Tinggi, PahangNegeri-Negeri SelatKota BharuJangan Menangis Cinta (drama)Krisis pencerobohan Lahad Datu 2013Cuti umum di MalaysiaPiala Asia B-23 AFCIntan LadyanaAgensi Penguatkuasaan Maritim MalaysiaIslamKerana Dia SukaPenanda wacanaKuala Kubu BharuKelurKecerdasan buatanAngeline TanHulu LangatKulitUsul al-FiqhKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSultan Nazrin Muizzuddin ShahAbdul Rahim Mohd NoorLapangan Terbang Sungai BesiAl-QuranRamli M. S.Senarai mukim di PerakNabi Adam a.s.Husin, Mon dan Jin Pakai ToncitOrang Asli di MalaysiaTauhid RububiyahEllie SuriatyMaria OzawaGanjaAyob Khan Mydin Pitchay🡆 More