Rahim

Rahim (Jawi: ‏رحيم‎code: ms is deprecated ‎), peranak, peranakan, merian atau uterus (daripada bahasa Latin, Ubt.

Rahim ditempatkan di pelvis membelakangi pundi kencing dan mendepani rektum; salah satu hujungnya adalah pangkal yang sempit menuju ke arah faraj di hadapan badan si perempuan manakala satu hujungnya lagi yang lebih luas dianggap "badan" rahim disambung dua-dua sisinya dengan salur benih telur.

Rahim
Rahim
Imej menunjukkan struktur yang berbeza di sekitar dan berkaitan dengan rahim manusia.
Butiran
PendahuluParamesonephric duct
ArteriArteri ovari, arteri rahim
UratVena rahim
LimfaBadan dan serviks ke nodus lomfa ilium dalam, fundus ke nodus limda para-aorta tambah nodus limfa inguinal supersifial.
Pengenalpastian
nama bahasa Latinuterus
nama bahasa Yunaniὑστέρα (hystéra)
MeSHD014599
TAA09.1.03.001
FMAFMA:17558
Terminologi anatomi

Rahim haiwan terdapat dalam berbagai bentuk dan ukuran mengikut jenis organisme: rahim manusia dikenalpasti berbentuk buah pir dan sekecil telur ayam pada tahap biasa luar kehamilan. Beberapa organisme seperti kucing dan babi serta jenis karnivor lainnya memiliki rahim yang terbelah dua.

Struktur

Rahim kebanyakan terdiri dari otot ditahan pada tempatnya oleh beberapa ligamen.

Rahim tertolak sebahagiannya menonjol di bahagian perut yang membesar selama tempoh kehamilan. Di kehamilan pun rahim manusia beratnya hanya sekitar sekilogram.

Lapisan rahim

Rahim mempunyai tiga lapisan membentuk dalamannya iaitu endometrium yang paling dalam, miometrium yang tengah dan perimetrium yang luar.

Endometrium merupakan lapisan paling dalam rahim. Lapisan ini menjadi semakin tebal dalam kitaran sebulan akibat estrogen dirembeskan ovum benih perempuan yang membesar dirangsang hormon perangsang folikel; lapisan ini akan turun dengan segala darahnya pada hujung bulan kitaran sekiranya benih perempuan tidak disenyawakan atau disuburkan dengan benih lelaki; perkara ini berlaku sepanjang suburnya seorang wanita. Sekiranya kedua-dua benih ini dapat disatukan, kelenjar dan pembuluh dalam rahim bertambah besar dan banyak membentuk decidua menghubung lanjut menjadi tembuni/uri yang menyalurkan khasiat dan oksigen kepada embrio yang kemudiannya berkembang lanjut menjadi janin sampai lahir.

Miometrium merupakan lapisan tengah rahim terdiri dari otot licin. Perimetrium pula sejenis membran peritoneum menutupi bahagian luar rahim.

Lihat juga

  • Ovul
  • Histerektomi
  • Putus haid
  • Kelenjar rahim
  • Rahim buatan
  • Rahim condong

Rujukan

Sumber utama

  • Anisah Barakbah (2007). Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Universiti Islam Malaysia Press. ISBN 9789671330593.

Pautan luar

Tags:

Rahim StrukturRahim Lihat jugaRahim RujukanRahim Pautan luarRahimBahasa LatinBetinaBiologiFarajMamaliaManusiaPangkal rahimPelvisPerempuanPerubatanPundi kencingRektumTiub FallopioTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Malaysia MadaniSaifuddin Nasution IsmailPeraturan bola jaringPemancutan maniFilem Malaysia tahun 2024Proton ExoraNabi Nuh a.s.Rujukan kehormatUthman bin AffanKementerian Komunikasi MalaysiaBella DallyKartina AyoobSelangorAdnan bin SaidiLaluan Kelana JayaKlangPetaling JayaHadha min fadhle RabbiSistem pembiakan perempuanHero Remaja10 Briged ParaNegeri-Negeri SelatKomanderFadillah YusofBendera MalaysiaTengku Ismail Leon PetraHael HusainiKesultanan Melayu MelakaUmar bin Al-KhattabPegawai memerintahAlor SetarSex and the CitySalasilah keturunan Nabi MuhammadIpohShahrulezad MohameddinHari GawaiKuantanDatuk (gelaran)Sepahtu Reunion Al-RayaBahasa MaduraKanun KeseksaanMahathir MohamadJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaSenarai Surah Al-QuranSalahuddin al-AyyubiSyafiq YusofBahasa CinaMerdeka 118An-Nuayman bin AmrMelayuKumpulan Rock MalaysiaThe Original GangsterKadet Remaja Sekolah MalaysiaAgama BuddhaGerakan Aceh MerdekaKomputerAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaAeril ZafrelHun HaqeemKementerian Kesihatan MalaysiaSunan GresikSurah al-BaqarahBandaraya MelakaBahasa MelayuM. NasirSenarai pelakon lelaki MalaysiaTentera Darat MalaysiaSyahadahRawang, SelangorAzira ShafinazBersinEmma MaembongAedy AshrafAgama di MalaysiaPenggunaAzri IskandarLeftenan Komander🡆 More