Aida Aris: Pelakon dan model Malaysia

Siti Rohaida Mat Aris (Tulisan Jawi: سيتي رحيدا بنت مة ارس; lahir 7 September 1972) atau lebih dikenali sebagai Aida Aris merupakan seorang pelakon dan model wanita Singapura yang terkenal di Malaysia dan Singapura.

Aida Aris
Kelahiran
Siti Rohaida binti Mat Aris

(1972-09-07) 7 September 1972 (umur 51)
Nama lainAida Aris
PekerjaanPelakon, penerbit, model
Tahun aktif1994–kini
Pasangan
  • Bob Azrai (k. 2004; c. 2006)
  • Husfarid Shaikh Ali (k. 2010)

Kerjaya

Bakatnya bermula sebagai peragawati runway dan fesyen pada lewat 80an dan awal 90an di mana namanya sebaris dengan peragawati terkenal seperti Nasha Aziz dan Nora Ariffin. Pada tahun 1995 beliau beralih ke dunia lakonan setelah popular di Malaysia kerana muncul dalam muzik video lagu hits nyanyian Aris Ariwatan yang berjudul Lamunan Terhenti. Filem lakonannya yang pertama berjudul Suratan Kasih (1995) bersama Sofia Jane dan memegang watak utama dalam Debu-Debu Kasih pada tahun 1997 berjaya menaikkan namanya selain penampilan berkesannya membawa watak gadis bipolar dalam drama Hatiku Bukan Pualam bersama Umi Kalthum dan Wan Nor Azlin mendapat perhatian ramai pengkritik.

Beliau sering menghiasi kaca televisyen dari lewat 90an hingga kini menerusi pelbagai watak dan disifatkan antara dramatis yang malar segar di kaca televisyen Malaysia dan Singapura. Salah satu drama yang begitu mempopularkannya adalah Bulan Bintang Capricorn pada tahun 1999.

Aida Aris berjaya menubuhkan syarikat penerbitannya sendiri diberi nama CintaKasih Sdn Bhd. Ditubuhkan pada tahun 2006 menggunakan duit simpanannya, CintaKasih kini sudah menerbitkan dua telefilem iaitu Suram Pengantin arahan Fairuz Loy dan Tercipta Untukku diarahkan oleh Ahmad Idham.

Kehidupan peribadi

Beliau mendirikan rumah tangga bersama Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain Ketua Pramugara MAS pada 4 September 2010. Aida sebelum ini pernah berkahwin dengan Bob Azrai selama dua tahun.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
1994 Black Widow - Wajah Ayu Sally Filem pertama
1995 Debu-Debu Kasih Suzana
1996 Suratan Kasih Aleeza
1996 Kembara
2003 Black Maria Black Roses
2011 Senjakala Mazidah
2014 Aku Akan Muncul
2020 Tyickoouns Ibu Mannan Penampilan khas
Keluarga Iskandar The Movie Uda Pelakon undangan
2022 Renjana Melur

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1999 Bulan Bintang Capricon Dayang NTV7
2004 Rindu Semakin Jauh Julia TV3
2008 Obsesi Tengku Atikah
2008–2009 Jelma Azizah Tonton
2009 Matahari TV3
Embun Mutiara Sara
2009–2010 Jangan Tegur... Lagi Dr Aida
2010 Durja Ningsun Ustazah Tahirah
2011 Annissa Sara
2011–2012 Bunga April Puan Sri Aisyah
2012 Mahabbah Puan Sri Alina
Takdir Qismah Puan Ella
Putera Rayyan Nora
2014 Romi Cinta Julia Sabariah
2016 Mariam Alisa Datin Hayati
2016–2017 Lara Aishah Laura Astro Prima
2019 Anugerah Cinta Aisyah Zariah TV2
2020 The Bridge (Musim 2) Roslinda Ahmad HBO Asia / Viu
2021 Romantika 4 Hari 3 Malam Cik Norsira TV3
Penjara Janji Sabariah
Ganjil Rina Viu
2022 30 Hari Sebelum Raya Cik Kiah TV9 Penampilan khas
Juliet Suraya TV1
Cinta Hilang Kata Datin Lola Astro Prima
Roti Cicah Susu Datuk Ratna Astro Ria
2023 Bawah Blok Alia TV3
Projek: High Council Idah Astro Ria
Nenek Bongkok Tiga Marni Viu
Perempuan Itu Mak Mertua Tonton

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
1995 Bukan Aku Tak Cinta Diana TV3
2000 Playboy Pencen VCD
2001 Ayuni
2002 Momok VCD
Momok 2 Rahimah
2003 Di Antara Satu
2004 Gosok
Manisnya Hempedu Pahitnya Madu
Nyanyian Langsuir
2009 Raya Kali Ini TV2
2011 Kain Pelikat Acat TV9
2012 Gincu Ayah TV1
2013 Tetamu Maria Maria TV9
2015 Dahlia TV2
Haji Rock
2016 Anak Ibu Buangan Ibu Hanim TV3
2017 Janji TV2
Psikopat Marlia
2018 Haji Gugel Zahirah TV3
2020 Ara Puan Adibah
Brownies Lobak Untuk Papa Lydia Awesome TV
2021 Dolla Watch Me Glow Surya Astro Citra
Ancak Farah
Doa Terindah Marlisa TV1
2022 Kerana Aku Seorang Ibu Maria
Dania Aida TV3
Pelampung TV2
2023 Satu Hari Di Bulan Februari Aminah TV1 Juga sebagai penerbit

Videografi

Muzik Video

Tahun Tajuk lagu Penyanyi
1994 "Lamunan Terhenti" Aris Ariwatan

Anugerah dan pencalonan

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Aida Aris KerjayaAida Aris Kehidupan peribadiAida Aris FilemografiAida Aris VideografiAida Aris Anugerah dan pencalonanAida Aris RujukanAida Aris Pautan luarAida ArisMalaysiaSingapuraTulisan Jawi

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Pulau TiomanAbang Johari Tun OpengKKN di Desa Penari (filem)Kata namaKlangAstro MalaysiaBangladeshKata adjektifAn-Nuayman bin AmrSaifuddin Nasution IsmailPeribahasa MelayuSenarai saluran AstroKetua Polis Negara MalaysiaSyariat IslamAhmad Zahid HamidiMatlamat Pembangunan MampanRozita Che WanKesan rumah hijauShaheizy SamKitab suci IslamWan RajaBaju MelayuPolis EVO 3Eman MananJenis darahGeografi MalaysiaBaba Ismail SepanjangSolat hajatBuaya katakJenis-jenis ayat bahasa MelayuKrisis pencerobohan Lahad Datu 2013Emelda RosmilaTuanku Ja’afarKata kerjaA. Samad SaidPolis Diraja MalaysiaSejarah SingapuraSultan Ibrahim ibni Sultan IskandarNadhir NasarAngkatan Pertahanan Awam MalaysiaFilem Malaysia tahun 2024Asia BaratAisyah Abu BakarSimpulan bahasaYasmin AhmadSkop ProductionsBerlari merentas desaRazarudin HusainSiti HariesaBendera PalestinPasukan bola sepak kebangsaan UzbekistanPerlisCarles PuigdemontJam 12 jamWan SharmilaFauzi NawawiPetronasProton Saga (generasi kedua)SyasyaLuqman Hakim ShamsudinBella AstillahImam MahdiMokhtar DahariJilat farajAeril ZafrelGajahAkut (perubatan)Anita SarawakElla (penyanyi)Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi NasionalLiberalismeInsya-AllahMohd Noor Helmy Abdul HalemDolla🡆 More