Farah Nabilah: Pelakon wanita dan model Malaysia

Farah Nabilah Saipuddin (lahir 10 Mac 1992) merupakan seorang pelakon dan model wanita Malaysia.

Memulakan kerjayanya dalam iklan komersial pada tahun 2011, kerjaya lakonan Farah bermula pada 2012. Beliau mencapai kejayaan komersial dan melonjak naik menerusi drama lakonannya termasuk Titian Cinta (2017), Papa Ricky (2017) dan Halalkan Hati Yang Ku Curi (2018). Antara anugerah yang dimenanginya termasuk Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018 dan Artis Baharu Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31.

Farah Nabilah
Kelahiran
Farah Nabilah binti Saipuddin

(1992-03-10) 10 Mac 1992 (umur 32)
Nama lainFawa
PendidikanIjazah Sarjana Muda Psikologi
Pusat pendidikanUniversiti SEGi
Universiti Upper Iowa, Amerika Syarikat
PekerjaanPelakon, model
Tahun aktif2011–kini
Ketinggian1.60 m (5 ka 3 in)
PasanganMohammed Amirul Yunus (k. 2019)
Anak-anak2
Ibu bapa
  • Datuk Saipuddin Ahmad (bapa)
  • Datin Haslina Ismail (ibu)
Keluarga
  • Firdaus Affan (adik)
  • Firdaus Azraai (adik)
  • Farah Shahirah (adik)
  • Firdaus El Muheymin (adik)
  • Firdaus Adam (adik)

Kehidupan awal

Farah Nabilah dilahirkan pada Selasa, 10 Mac 1992 Masihi bersamaan 6 Ramadan 1412 Hijrah di Petaling Jaya, Selangor. Beliau ialah anak sulung daripada enam beradik, empat lelaki dan dua perempuan kepada pasangan Datuk Saipuddin bin Ahmad dan Datin Haslina binti Ismail. Beliau membesar dalam keluarga Melayu Kelantan kerana kedua-dua ibubapanya berasal dari daerah Jelawat, Kelantan yang berhijrah ke Selangor. Beliau berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Program Kampus Malaysia Universiti Upper Iowa dan Universiti SEGi.

Kerjaya

Farah Nabilah, mesra dengan nama manja Fawa memulakan kerjaya hiburannya pada 2011 sebagai model, namun terhenti buat sementara waktu kerana menyambung pelajarannya dalam peringkat Ijazah Sarjana Muda Psikologi di Universiti Upper Iowa: Program Kampus Malaysia, Universiti SEGi. Empat tahun kemudian, beliau memenangi Program Pencarian Wajah Aurawhite dan sejak itu, beliau menjadi jurucakap produk Aurawhite. Pada tahun terawal kerjayanya, beliau pernah menggunakan nama Fawa sebelum menggunapakai nama lahirnya sebagai nama pentas.

Kerjaya filem Farah bermula dengan menjayakan watak sebagai penyambut tetamu dalam filem arahan A. Razak Mohaideen Mana Mau Lari sebagai penampilan khas.

Namanya mula mendapat perhatian ramai menerusi watak utama sebagai Kathy dalam siri drama Papa Ricky yang dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Siti Elizad yang disiarkan di Astro Ria. Farah kemudiannya digandingkan bersama Zul Ariffin menerusi drama waktu perdana Titian Cinta yang disiarkan di Slot Akasia TV3. Gandingan beliau bersama Zul melayakkan Farah menerima pencalonan Pasangan Pilihan di Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2018 dan memenangi Artis Baharu MeleTOP di Anugerah MeleTOP Era 2018.

Beliau berlakon bersama Aliff Aziz dalam drama adaptasi novel karya Mia Kiff, Halalkan Hati Yang Ku Curi, memegang watak sebagai Delisha. Drama ini mengisahkan pasangan suami isteri iaitu Faiq (Aliff) dan Delisha (Farah), yang amat sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas.

Beliau bersama-sama Fikry Ibrahim menjadi penyampai anugerah bagi kategori Artis Terbaik di Anugerah Planet Muzik 2018 yang berlangsung pada 28 September 2018.

Farah berlakon bersama Fikry dalam drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek, yang diadaptasi dari novel The Misadventures of Cik Reen & Encik Ngok Ngek karya Maya Adira.

Kehidupan peribadi

Farah Nabilah bertunang dengan juruterbang Penerbangan Malaysia Mohammed Amirul Yunus pada 23 Oktober 2019 dan berkahwin pada 20 Disember 2019. Beliau mengumumkan kehamilan pada 10 Jun 2020.

Farah dan suami, Amirul dikurniakan seorang anak, Andre Omar yang dilahirkan pada 22 Oktober 2020.

Aktiviti kemanusiaan

Selain sebagai pelakon, Farah Nabilah turut bergiat aktif dalam aktiviti kemanusiaan. Beliau dilantik sebagai duta bagi Asia Africa Development Relief Foundation (ADRF), di mana beliau terlibat dalam pelbagai program melibatkan kanak-kanak, kelas pengajaran bahasa Melayu dan Inggeris dan aktiviti kemasyarakatan lain.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2014 Mana Mau Lari Penyambut tetamu Filem pertama, penampilan khas
2017 Baby Bro Baby Sitter Penampilan khas
2021 Dekatnya Cinta Zulaika

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2012 Bukan Bidadari Gina TV3 Drama pertama
2016 Imam Mudaku Romantis Syuhada Astro Oasis
Inikah Cinta Rose Adeline TV3
2017 Ustaz Pink Zaharah TV1
Papa Ricky Kathy Astro Prima
Titian Cinta Rahadatul Aisy TV3
Mocha Kau Bahagia Melur
2018 Mr. Grey Talitha Astro Ria
Halalkan Hati Yang Ku Curi Delisha TV3
Cik Reen & Encik Ngok Ngek Azreen Che Azhan (Reen) Astro Ria
Mocha Kau Bahagia 2 Melur TV3
Amira Rose Amira Rose
2019 Kau Yang Pertama Rose Natasha
2022 Scammer 2 Liya Astro Ria

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2016 Tersuka Tanpa Sengaja Raya Melati Astro Ria
Mati, Tunggu Sekejap Aishah Astro Prima
Tumbangkan Masjid Al-Ansar Suraya Astro Oasis
Bidadari Che Ah Astro Citra
2018 Adakah Aku Bersalah Tia TV3
2020 Hantu Ustazah Supiah Ustazah Supiah Astro Citra
Validasi Muna TV3

Televisyen

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2017 Sepahtu Reunion Live Sofia Astro Warna Artis Jemputan: Episod: "Boxer Rabak"
2018 Anugerah Planet Muzik 2018 Penyampai Anugerah TVRI, Astro Ria & Mediacorp Suria Menjadi Penyampai Anugerah Bersama Fikry Ibrahim
Bintang Bersama Bintang Juri Jemputan TV3
2019 MeleTOP Pengacara Jemputan Astro Ria Menjadi Pengacara Jemputan Bersama Nabil Ahmad
Sepahtu Reunion Live Bella Astro Warna Artis Jemputan: Episod "Korban Kasih Ayah"
Cinta Overhaul Aidilfitri Dhiya

Videografi

Muzik Video

Tahun Judul Artis Peranan
2012 "Jangan Ganggu Pacarku" Aliff Aziz Teman Wanita
2016 "Bayang" Khai Bahar Isteri Orang
2018 "Sejarah Cinta" Syalyn Band Bekas Kekasih
"Meskipun Kau Tahu" Projector Band

Anugerah dan pencalonan

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2018
Anugerah MeleTOP Era ke–5
Artis Baharu MeleTOP Titian Cinta Menang
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–5
Aktres Pilihan Tercalon
Pasangan Pilihan (bersama Zul Ariffin) Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–31
Pelakon TV Wanita Popular Tercalon
Artis Baharu Wanita Popular Menang
Pasangan Serasi Drama (bersama Zul Ariffin) Tercalon
2019
Anugerah Stail EH! ke–7
Selebriti Harapan Pilihan Tercalon
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke–32
Pasangan Serasi Drama (bersama Fikry Ibrahim) Cik Reen & Encik Ngok Ngek Tercalon

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Farah Nabilah Kehidupan awalFarah Nabilah KerjayaFarah Nabilah Kehidupan peribadiFarah Nabilah Aktiviti kemanusiaanFarah Nabilah FilemografiFarah Nabilah VideografiFarah Nabilah Anugerah dan pencalonanFarah Nabilah RujukanFarah Nabilah Pautan luarFarah NabilahAnugerah Bintang Popular Berita Harian ke-31Anugerah MeleTOP Era 2018Halalkan Hati Yang Ku CuriMalaysiaPapa RickyTitian Cinta

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Mohamad bin HasanNepenthesGabenor Bank Negara MalaysiaKasih Iris LeonaFilem Malaysia tahun 2024Gas rumah hijauHang TuahSenarai gunung berapi di MalaysiaFardu AinGerak KhasKomunikasiRisteena MunimPulau RedangKata ganti nama (bahasa Melayu)Sultan Iskandar ibni Sultan IsmailSophia AlbarakbahHentaiTaufik HidayatSiti HariesaBahasa ArabRevolusi PerindustrianSyiahDini SchatzmannBendera MalaysiaElektroterapiIsmail Sabri YaakobIskandar ChempakaSuruhanjaya Syarikat MalaysiaBola tamparUniversiti Kuala LumpurSofia JaneFrekuensi radio di SelangorLelaki ItuParti Islam Se-MalaysiaFasha SandhaAbdul Razak HusseinTauhidAn-Nuayman bin AmrPerang Dunia KeduaKedahMahathir MohamadSolat hajatAmir MasdiUjian dadahPeroduaSarah SuhairiSenarai daerah bagi setiap negeri di Malaysia mengikut populasiCik ManggisUmar bin Al-KhattabHantu Kak Limah Balik RumahBadarawuhi Di Desa PenariJam 12 jamShah AlamAdat resam kahwin MelayuPemancutan maniPerang Dunia PertamaNombor telefon di MalaysiaAbang Long FadilPilihan raya kecil Kuala Kubu Bharu 2024SerembanLapisan ozonNadia BrianBuah kerasPeribahasa MelayuKata hubung (bahasa Melayu)Erry PutraKata kerja transitifTunku Azizah Aminah Maimunah IskandariahNILAMFunanKerajaan MataramKuala Kubu Bharu (kawasan negeri)Negeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaNabi Sulaiman a.s.Gunung RuangNegeri-Negeri SelatKobe Jae ChongUniversiti Utara Malaysia🡆 More