Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955

Pilihan raya umum diadakan di Persekutuan Tanah Melayu pada Rabu, 27 Julai 1955, satu-satunya pilihan raya umum sebelum kemerdekaan pada 1957.

Ia dianjurkan bagi memilih anggota Majlis Perundangan Persekutuan, yang mana sebelum ini anggotanya dilantik sepenuhnya oleh Pesuruhjaya Tinggi British. Proses pengundian berlaku di semua 52 kawasan persekutuan, bagi memilih seorang anggota. Pilihan raya negeri pula meliputi 136 kawasan negeri di sebelas negeri dalam Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Selat dari 10 Oktober 1954 hingga 12 November 1955, bagi memilih seorang ahli majlis bagi majlis perundangan negeri.

Pilihan raya umum Tanah Melayu 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955
27 Julai 1955 1959 →

52 daripada 98 kerusi bagi Majlis Perundangan Persekutuan
27 kerusi diperlukan untuk majoriti
Terdaftar1,280,855
Pengundi hadir1,027,211 (82.8%)
  Parti pertama Parti kedua Parti ketiga
  Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955
Pemimpin Tunku Abdul Rahman Onn Jaafar Abbas Alias
Parti Perikatan Parti Negara PIMP
Pemimpin sejak 23 Ogos 1951 (1951-08-23) Februari 1954 1953
Kerusi pemimpin Sungei Muda tidak bertanding tidak bertanding
Kerusi yang
dimenangi
51 Tiada kerusi 1
Undian popular 818,013 78,909 40,667
Peratusan 81.7% 7.9% 4.1%

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955
Peta pemenang mengikut kawasan

Ketua Menteri dipilih

Tunku Abdul Rahman
Parti Perikatan

Pilihan raya ini memberikan keputusan kemenangan besar buat Parti Perikatan, sebuah kerjasama antara Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Persatuan Cina Malaysia (MCA) dan Kongres India Malaysia (MIC), dan kekalahan yang besar buat Parti Negara. Parti Islam Se-Tanah Melayu turut berhasil menempatkan wakil dalam Majlis Perundangan Persekutuan. Parti Perikatan berjaya membentuk kerajaan dengan pemimpinnya,Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri.

Pilihan raya ini juga memperlihatkan MIC bertanding buat pertama kali. MIC telah menyertai Parti Perikatan pada tahun 1954, manakala MCA telah bersekutu dengan UMNO dalam pilihan raya perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952.

30 calon Perikatan memperoleh majoriti melebihi 10,000 undi. Sembilan daripadanya memperoleh majoriti melebihi 20,000 undi. Empat puluh tiga lawan mereka hilang deposit.

Garis masa

Majlis Perundangan Persekutuan

  • Hari penamaan calon: 15 Jun 1955
  • Hari mengundi: 27 Julai 1955

Majlis Negeri

Negeri Hari penamaan calon Hari mengundi
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Johor 1 September 1954 10 October 1954
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Terengganu 29 October 1954
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Pulau Pinang 13 January 1955 19 February 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Melaka 4 August 1955 nil
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Kedah 14 August 1955 nil
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Selangor 11 August 1955 27 September 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Kelantan 15 August 1955 19 September 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Perlis 17 August 1955 24 September 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Pahang 25 August 1955 26 September 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Negeri Sembilan 8 September 1955 12 October 1955
Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955  Perak 1 October 1955 12 November 1955

Keputusan

Ringkasan

Ringkasan keputusan pilihan raya umum Tanah Melayu 1955: Parlimen

Parti atau gabungan Undi % Kerusi
Parti Perikatan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu 589,933 58.90 34
Persatuan Cina Malaysia 201,212 20.09 15
Kongres India Malaysia 26,868 2.68 2
Jumlah 818,013 81.68 51
Parti Negara 78,909 7.88 0
Parti Islam Se-Tanah Melayu 40,667 4.06 1
Persatuan Kebangsaan Perak 20,996 2.10 0
Liga Melayu Perak 5,433 0.54 0
Parti Buruh Malaya 4,786 0.48 0
Parti Progresif Perak 1,081 0.11 0
Bebas 31,642 3.16 0
Jumlah 1,001,527 100.00 52
Undi sah 1,001,527 97.50
Undi rosak/kosong 25,684 2.50
Jumlah undi 1,027,211 100.00
Pengundi berdaftar 1,280,855 80.20
Source: The Malayan Elections, Francis G. Carnell.[1][2][3]

Lihat juga

Rujukan

  • Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya. A History of Malaysia, The MacMlllan Press Ltd. (1982). ISBN 0-333-276736.
  • The World Book Encyclopedia, World Book International (1994). ISBN 0-7166-6694-4.

Tags:

Pilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 Garis masaPilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 Lihat jugaPilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955 RujukanPilihan Raya Umum Tanah Melayu 1955Majlis Perundangan Persekutuan Tanah MelayuPersekutuan Tanah MelayuPesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Seri Kembangan18 Puasa di Kampong PisangLiberalismePertanianKetua Polis Negara MalaysiaSingapuraGrup Gerak KhasPendidikan di MalaysiaAhmad Zahid HamidiMokhtar DahariHarris AlifMatahariPerdana Menteri MalaysiaLawrence WongBeto KusyairyPASKAL (filem)Peribahasa MelayuMahathir MohamadZainal Abidin bin AhmadZul AriffinYasmin AhmadSyasyaSenarai poskod di MalaysiaGerak KhasUniversiti Teknologi MARANabi Musa a.s.Solat hajatMandi wajibHospital Canselor Tuanku Muhriz UKMAmerika SyarikatUniversiti Kebangsaan MalaysiaAisyah Abu BakarTentera Udara Republik Islam IranAbang Long FadilKementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup MalaysiaSaifuddin Nasution IsmailJanna NickMenteri Pendidikan MalaysiaPilihan raya umum Malaysia 2022WudukSharifah AiniTakwim HijrahPiala Asia AFCKhadijah binti KhuwailidPersekutuan Pengakap MalaysiaPerlisTerapi fizikalJabatan Bomba dan Penyelamat MalaysiaPolis EVO 3Mia KhalifaPerjanjian Inggeris-Belanda 1824Sari YantiFC Bayern MunichAmyra RosliNur FazuraPerintah Kawalan Pergerakan Malaysia 2020-2021Cik ManggisMatlamat Pembangunan Mampan 15Tulisan JawiAlhamdulillahTengku Zafrul Abdul AzizPerodua MyViIsteri-isteri Nabi MuhammadMyKadMelurSilatVaksin tetanusFarah AhmadHantu rayaSurah Al-InsyirahFadhli MasootAl-QuranShukri YahayaBank Negara MalaysiaOlahragaShaheizy SamNegeri dan Wilayah Persekutuan di MalaysiaLaila Nasir🡆 More