Mas Khan: Pelakon lelaki Malaysia

Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan (lahir 10 April 1994) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia.

Beliau terkenal menerusi watak Detektif Kamal dalam drama kepolisan Gerak Khas (2014–18).

Mas Khan
Kelahiran
Mas Hidzhir Khan bin Mas Fadzillah Khan

(1994-04-10) 10 April 1994 (umur 30)
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2013–kini
Ketinggian6 ft 0.5 in (1.84 m)

Kerjaya lakonan

Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Mas Khan mengeluarkan modal untuk menghantar profil beliau di 20 syarikat penerbitan. Bakatnya telah dikesan oleh Skop Productions milik Yusof Haslam, lalu menawarkan beliau peluang untuk mencipta nama sebagai pelakon.

Selepas menjadi pelakon undangan Roda-Roda Kuala Lumpur musim terakhir pada 2013, beliau menjadi salah seorang pelakon utama siri drama kepolisan Gerak Khas dengan memegang watak sebagai Detektif Kamal. Beliau meninggalkan siri itu pada 2018 selepas empat tahun.

Kerjaya filem beliau hadir pada 2015 menerusi filem Biasan arahan Sandosh Kesavan. Bekerja di bawah arahan Syafiq Yusof, Mas Khan memegang watak Rudy dalam filem Abang Long Fadil 2 (2017) lakonan Zizan Razak, Wak Doyok, Syamsul Yusof, Achey Bocey dan Tania Hudson.

Beliau seterusnya muncul dalam filem muzikal arahan Syed Khairul Fariz, Busker (2018), lakonan bersama Hafeez Mikail dan Daiyan Trisha, di mana beliau memegang watak sebagai Daniel. Mas Khan kembali meneruskan kerjasamanya dengan Syafiq menerusi filem seram psikologi Misteri Dilaila di mana dalam filem itu, beliau memegang watak sebagai Farid, adik kepada Dilaila lakonan Elizabeth Tan.

Filemografi

Filem

Tahun Tajuk Watak Catatan
2015 Biasan Harris Filem pertama
2017 Abang Long Fadil 2 Rudy
2018 Busker Daniel
2019 Misteri Dilaila Farid
2020 Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda Awang
2024 Tan-Ti-Ana Sopi Yusof

Drama

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2013 Roda-Roda Kuala Lumpur (Musim 6) TV2 Pelakon undangan
2014–2018 Gerak Khas Detektif Kamal
2015 Eksperimen Cinta Marcello Leo TV3
2016 Menongkah Kasih Ismail
Suri Hati Mr. Pilot Daniel Sein Astro Ria
2018 Andainya Takdir 2 Nizam TV3
Dia Anak Jeneral Nukman TV2
Oh My Prince Daniel Hypp Sensasi
2019 Cindai Farouk TV3 Pelakon undangan
2020 Bukan Gadis Biasa Amirul

Telefilem

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2018 Misteri Maria Adam ntv7
2022 Pulau Tengkorak Maula TV2

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Mas Khan Kerjaya lakonanMas Khan FilemografiMas Khan RujukanMas Khan Pautan luarMas KhanGerak Khas

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

RakaatKuantanZakar manusiaPenjodoh bilangan bahasa MelayuAnwar IbrahimPelajarAsha MericanLengkuasDe FamSaleemNora DanishSudirman (penyanyi)Undang-Undang Laut MelakaPembantu perubatanSurah Al-IkhlasGua HiraAndai Itu TakdirnyaKelurHemoroidJohor BahruOrang Melayu MalaysiaNadia BrianTunku Ismail ibni Sultan IbrahimAmelia HendersonPutri ArianiAsiaPangsapuriAbdul Razak Hussein15 Puasa (telefilem)1Takdir Itu Milik AkuSenarai kaum di MalaysiaKucingPlat pendaftaran kenderaan MalaysiaPenggunaAgamaFrekuensi radio di PahangKKN di Desa Penari (filem)Piala Dunia B-20 FIFA 2019Persekutuan Pengakap MalaysiaEtikaPolitik balas budiSolatAmir JahariSunan DrajatShukri YahayaKementerian Pendidikan MalaysiaSurah Al-QadrAhli Sunah WaljamaahFrekuensi radio di SabahRuhainiesMata anginSijjin (filem 2023)Bani IsraelZara ZyaTembikaiBajauWings (kumpulan muzik Malaysia)Tidak beragamaFattah AminPerjanjian HudaibiyahSejarahPitt HanifSenarai bank di MalaysiaSyed Mohd Yusof Syed NasirFadlan HazimKementerian Dalam Negeri MalaysiaPalestin (wilayah)Rukun NegaraBumiputera di SabahJabatan Kastam Diraja MalaysiaSemenanjung MalaysiaNabi Musa a.s.Isu kalimah Allah pada stoking 2024Amir AhnafAl-hamdu lillahi rabbil 'alaminTunku Aminah Maimunah IskandariahTrisha OoiA. Samad Said🡆 More