Puteri Keranda

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda ialah filem seram mitologi Malaysia 2020 arahan Bade Hj.

Azmi">Bade Hj. Azmi dengan skrip oleh A. Aida yang turut berkhidmat sebagai penerbit. Berdasarkan daripada kisah benar yang berlaku di Johor, filem ini ditayangkan di pawagam pada 27 Februari 2020.

Ratu Kala Jengking: Puteri Keranda
PengarahBade Hj. Azmi
PenulisA. Aida
Dihasilkan olehA. Aida
Mohd Fariz Che Aziz (eksekutif)
Dibintangi
Disunting olehMat Bross
Muzik olehYusry Abd Halim
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 27 Februari 2020 (2020-02-27)
Masa tayangan
120 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Sinopsis

Mengisahkan tentang Cik Siti yang mempunyai dua orang sahabat baik iaitu Mawar dan Teratai. Siti bercinta dengan Awang, namun dalam diam rupa-rupanya Mawar juga mencintai Awang. Teratai yang mengetahui pekara tersebut menasihati Mawar agar tidak mengkhianati sahabat baik sendiri. Kemudian, wajah Cik Siti tiba-tiba diserang penyakit misteri apabila ditumbuhi jerawat batu. Keadaan mukanya sangat teruk sehingga orang kampung memanggilnya hantu dan diasering dihina dan dikeji, malah akhirnya Awang juga meninggalkannya. Cik Siti kecewa lalu berkawan dengan Nadim, pemotong kayu yang menjadi tempatnya mengadu. Mawar telah menghasut Cik Siti supaya pergi ke gunung panti untuk berubat dengan Nenek Kebayan, dengan harapan Awang akan menjadi miliknya.

Cik Siti nekad untuk pergi berubat dengan Nenek Kebayan, meskipun ibunya melarang. Semasa ketiadaan Cik Siti, Nadim yang menjaga ibunya siang dan malam. Terharu dengan kebaikkan Nadim, ibu Cik Siti telah berjanji yang dia akan mengahwinkan Nadim dengan Cik Siti. Sementara itu, Cik Siti meredah hutan belantara tiga hari tiga malam, sehingga dia berjumpa dengan Nenek Kebayan yang bersetuju mengubati penyakitnya, tetapi dengan syarat Cik Siti tidak boleh menderhaka dan mengecilkan hati ibunya. Sekiranya melanggar pantang, Siti akan menerima akibatnya. Cik Siti bersetuju dan terus berubat. Dia juga menuntut ilmu kebatinan. Setelah menuntut selama 99 hari, terdapat perubahan pada wajahnya. Mukanya licin dan cantik berseri-seri seperti bulan purnama.

Pelakon

Senarai barisan pelakon diperoleh daripada Sensasi Selebriti:

Penerbitan

Ratu Kala Jengking diterbitkan berdasarkan kisah benar wanita bernama Cik Siti Aminah Tanah Mahsyur yang juga dikenali dengan nama Puteri Keranda dan Puteri Jalang, yang mempunyai 99 suami. Menurut A. Aida, tajuk asal filem ini ialah Scorpion Queen kerana beliau mahu memasarkannya ke pasaran antarabangsa, tetapi akhirnya ditukar kepada Ratu Kala Jengking. Beliau juga mendapatkan nasihat daripada pengarah Syafiq Yusof untuk proses imej janaan komputer (CGI) untuk filem itu.

Nadia Brian yang terkenal dengan peranan TV termasuk Sweetie Nanie dan Lelakimu Yang Dulu, memegang watak Cik Siti Tanah Masyhur. Untuk menjayakan watak ini, Nadia terbang ke Indonesia untuk menjalani latihan silat dan tarian kuda kepang selama sebulan sebagai persiapan.

Rujukan

Pautan luar

Tags:

Puteri Keranda SinopsisPuteri Keranda PelakonPuteri Keranda PenerbitanPuteri Keranda RujukanPuteri Keranda Pautan luarPuteri KerandaA. AidaBade Hj. AzmiJohor

🔥 Trending searches on Wiki Bahasa Melayu:

Orang bunianSultan KedahTragedi Highland TowersWings (kumpulan muzik Malaysia)Teluk IntanNur SajatHari PekerjaAmelia HendersonInterscope RecordsKuala KangsarPolis Diraja MalaysiaSiti NurhalizaNabi Ibrahim a.s.Petaling JayaTunku Aminah Maimunah IskandariahJambatan Pulau PinangSalasilah keturunan Nabi MuhammadPerang Dunia PertamaTarian ZapinQodratSenarai saluran AstroSharifah AiniNaim DanielNabi Isa a.s.Semenanjung MalaysiaWany HasritaEurabiaNabil AhmadKetua Hakim Mahkamah Agung Amerika SyarikatAdnan Sempit 3Komedi situasiAzhar SulaimanFrekuensi radio di Negeri SembilanMuhammad al-FatihPiala FA Malaysia 2023Jambatan Angkat Kuala TerengganuRozita Che WanMelur Untuk FirdausFaviconFloor 88Slot LestaryImam Instant Ustazah ScammerKampong Pisang Bersiri-siriHukum Kanun MelakaZainol MacWilsonWorld Trade CenterNenek Bongkok TigaKetupatTiz ZaqyahMalaysia MadaniKoi... Mil GayaSaari AmriTentera Darat MalaysiaAnwar Ibrahim12 Dewa OlympusSherry AlhadadDiskografi XPDCBuayaMayonesSejarah MelakaPendidikan di MalaysiaEntiti geografiPasukan bola sepak kebangsaan MalaysiaTengku Hassanal Ibrahim Alam ShahSaifuddin Nasution IsmailRaja Raja Chola IOrang Melayu IndonesiaMierul AimanPenyampai televisyenThe Last AirbenderSultan Iskandar ibni Almarhum Sultan IsmailSabronzoNaverAstro BollyOne HDGelombang habaSenarai mel elektronikLebuhraya Utara-SelatanNaughty Dog🡆 More